Monday 1 August 2011

Nota Ringkas Ramadan: Berniat Tanpa Sedar


Derih: Aiseh, tadi tak sempat niat puasa la, macamana la puasa aku ni?

Sobri: Dah tu tadi pagi sahur ke tak?

Derih: Dah sahur tadi, dengan keluarga. Tapi itulah masalahnya tak sempat niat.

Sobri: Sahur tadi pagi tu untuk apa?

Derih: Engko ni, mestilah sahur untuk puasa. Isi perut buat bekal seharian.

Sobri: Tu tahu sahur untuk puasa. Jadi apa yang masalahnya?

Derih: Ye la, tahulah sahur untuk puasa. Tapi aku tak buat yang sahaja-sahaja tu. Aku lupa. Sah ke tidak puasa ni ek?

Sobri: Ini ramai tak dapat nak bezakan. Antara lafaz niat dan niat. Apa yang dikatakan lafaz niat, yang sahaja-sahaja tu, yang terkeluar dari bibir. Adapun niat, apa yang terlintas dihati. Jadi sebenarnya isu sah atau tidak puasa tidak timbullah. Dah sahur, mestilah niat untuk bekal perut buat puasa.

Derih: Terus, tak payahlah ek lafaz niat macam Ustaz-ustaz kita ajar kat sekolah.

Sobri: Bukan tak payah, bagusnya buatlah. Sebab apa yang dilafazkan pada mulut, cepat terlintas dihati. Lagipun, entah kenapa bagian nusantara ni kuat bebenor was-wasnya. Jadi lafaz niat diajar oleh tok-tok guru bagi memudahkan geng was-was ni. 'Berhalus' tok-tok guru kita kat kampung bab ni. Tapi, tidaklah seharusnya, wajibnya begitu, tidak boleh tidak. 'Tak sahaja-sahaja, tak sah'. Itu salah.

Derih: Alhamdulillah, kira sah la ni kan.

Sobri: Sah...InsyAllah. Bukankah Allah itu Maha Mengerti segala sesuatu.

Nota 1: InsyAllah, untuk Ramadan kali ini. Saya akan cuba menambah bilangan update blog dengan catatan ringkas berkisar Ramadan.

Nota 2: Article berkaitan ramadan. 'Ramadan: Berani Hidup vs Berani Mati'

.: Amad ingatkan andaikata kita terlupa :.

2 comments:

syuhadah said...

assalamualaikum..

ini salah satu contoh Islam itu mudah..tapi mungkin sebab dari kecik kita di ajar untuk melafazkan niat..jadi,apabila tidak lafaz,rsa tak sah..hhu

selamat beribadah di bulan Ramadhan..=)

Dr Amad said...

Syuhadah- Jika melafaz niat sekalipun, itu bukan tanda Islam itu menyusahkan. Cuma penentuan sikap yang tepat bila berhadapan hal seperti ini. Sudah semestinya, dengan pengetahuan fiqh (hukum Islam) yang jelas.

Selamat beribadah juga buat Sue. Lama tak datang sini dan lama juga tak dengar khabar. =)