Ia bermula dengan idea untuk mengumpulkan semua aktivis dakwah kampus, pelajar Malaysia di Bandung yang terdiri dari IMAN dan BAIK. Langkah pertama dengan panitia program datang ke Bandung untuk bertukar pandangan dengan abang dan kakak senior yang sedang praktikum (clinical) di hospital disini. Jadual yang padat bagi kami, dan aturan rutin yang berbeza membuatkan pertemuan sepenuhnya ahli tidak mampu dilakukan.
Namun ia bukan satu kekurangan yang perlu ditangisi, melainkan berusaha menjadikan ia satu kelebihan yang bersinergi.
Menyedari keterbatasan saya dan teman yang sedang ber'clinical', banyak urusan selepas itu diuruskan oleh panitia sendiri. Dan saya secara pribadi terkadang, mewujudkan keterbatasan agar mereka berusaha semaksimum mungkin yang hakikat sebenarnya mereka mampu.
Hinggalah ke hari program 30 Sept 2011-2 Oktober 2011, program akan diadakan di Gunung Puntang, Taman Bunga Kertas (ini saya bagi nama, selepas ramai teman tergeliat lidah nak sebut "bougainvillea".
Rancangannya saya dan beberapa teman akan ke sana pada pagi Sabtu, kerana pada malam sebelum itu ada beberapa orang dari kami oncall. Allah s.w.t menakdirkan sebaliknya, malam itu dengan beberapa teman yang menjadi bidan terjun untuk pengisian, kami bergerak ke sana. Bermanfaat juga bagi kami kerana dapat tahu lebih awal jalan kerana tidak satu pun dari kami tahu tempat diatas gunung itu.
Kami tetap pulang malam itu juga, sampai dirumah dengan jarum jam mengarah ke 1 am. Dan seterusnya, biar gambar berbicara....

Singgah sebentar di penginapan ikhwan iaitu khemah besar. Sudah lama tidak merasa tidur beralaskan kanvas plastik.
Berbincang tentang pengubahsuain tentatif untuk memberi kejutan dan menimbulka mood berkelana didalam hutan
Antara pesanan saya kepada panitia "Jadikan daurah ini paling santai dikalangan daurah-daurah didalam dunia." Dan ini adalah aktiviti kami.
Senior-senior bergambar sebelum pulang ke Bandung terlebih dahulu kerana tuntutan kerja yang lain. Meninggalkan adik-adik yang masih berprogram
6 comments:
assalamualaikum..
setuju,
gambar sinergi IMAN n BAIK tu paling sweet dan memberi 1000 erti..
Duha-Wslm, sinergi dan simbiosis.
assalammualaikum,
seronoknya tgk gambar2 di ats..teringat zmn uitm dulu..ikut kelab masuk hutan utk prgm motivasi..:)
Cik Effa- Wslm, secara pribadi memang sudah lama tak masuk hutan. Kebetulan tamrin kali ni kita niatkan nak dibawa keluar dari tempat 'biasa'. Diajak berprogram diatas gunung. Alhamdulillah lancar... =)
dah lama x ikut program mm nie.... sesekali tinggalkn soal kerja bagus jugak....
Masliana-Kami pun sudah lama tidak ke hutan. Sekali pergi, nostalgia habis! =)
Post a Comment