Saya pernah bersembang dengan seorang teman yang berasal dari Indonesia, dia menceritakan betapa dirinya sudah tidak percaya dengan pemimpin. Tidak kira siapa, asal dari kubu mana sekalipun.
Namun itu ketika kuasa tidak berada didalam genggaman. Harta dan pangkat membawa pesona yang berbeza. Cukup luarbiasa untuk menjadikan manusia itu hamba. Itulah realiti dunia, walaupun tidak sedikit manusia mengeluh dan berputus asa dalam mengajak manusia menuju kebaikan, ketahuilah syaitan tidak pernah sedikit pun berhenti apatah lagi berputus asa menyesatkan manusia.
Bukankah syaitan pernah berkata "Berilah aku waktu, sampai hari mereka dibangkitkan." (Al-A'raf:14)
“Semuanya sama, jika udah diatas. Korupsi juga. Dulu”
Saya hanya tersenyum.
Selepas itu saya menyambung.
“Mau dengar cerita enggak? Di Malaysia itu ada satu pemimpin, kalau diibaratkan seperti Gabenur lah disini. Disana dipanggilnya Menteri Besar. Namanya Tok Guru Nik Abdul Aziz. Dia udah memerintah Kelantan lebih 20 tahun. Cuba nebak (teka) rumahnya gimana?.”

“Wah, pasti udah kayak Istana dong. Memerintahnya udah 20 tahun. Pasti 'lahannya' udah banyak dijarah," beliau menyamakan insan yang saya cerita ini dengan realiti semasa pemimpin Islam yang ada.
“Tet…salah. Rumahnya berdinding kayu, berlantai juga kayu doang. Yang gedek (besar) itu masjid disebelah rumahnya. Dan walaupun dia adalah Gabenur, beliaulah imam di masjid itu.”
“Bener…enggak percaya ah gue.”
“Datang Msia, aku bawa jalan kesana. Gratis!.”
Saya mengangkat punggung dan berlalu.
Nak cool, tidak perlu pergi konsert.
Nak cool, tidak perlu pergi stesen radio popular.
Nak cool, tidak perlu pergi naik bas.
Nak cool, cukup memakai kain pelikat, bertegur sapa dengan masyarakat. Cool tidak boleh direka, melainkan sememangnya orang itu memang cool!

TGNA tengah cool!
2 comments:
assalamualaikum..
pemimpin seperti beliaulah yang kita cari..tidak perlu urusan rasmi untuk berjumpa dengannya..selalu kalau time raya, after solat raya kat masjid beliau, dia akan hidangkan foods untuk orang ramai..dan sangat dekat dengan rakyat..semoga lebih ramai lagi pemimpin akan dtg seperti beliau yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai GPS..
p/s : TGNA bukan saje cool tapi sempoi ah..hehehe
Syuhadah- Wslm Mek Sue.
Nasib baik TGNA dah tua, kalau muda ada je orang muda boleh gosok belakang dan cakap "Lu memang sempoilah."
Hehehe.
Post a Comment