Hari ini sungguh memenatkan.Jadual yang di rancang sejak dua tiga hari lepas.Mulai dari pagi sehinggalah lewat malam.Sebelum ini saya tidak berkesempatan untuk membuat semua itu lantaran ujian pertengahan semester dan juga tugas-tugas lain yang tidak mampu dielakkan.
Mujahadah pagi itu saya bersama Mr Max (bukan nama sebenar).Dimulai dengan Liqa IMAN pada paginya.Dari yang saya maklum Liqanya mula jam 9am,tetapi amat dukacita hanya mampu dimulakan pada jam 945.Insyallah hal ini akan saya sentuh pada article yang akan datang.Segi ketepatan masa,komitmen dan amanah yang Allah bebankan pada bahu kita sebelum kita.
Liqa selesai jam 11am.Saya dengan Mr Max berkejar ke Bandung kerana jadual asalnya kami mahu pergi awal pagi untuk mengelakkan macet (kesesakan jalan raya) dan becek ( lecah) hujan. Jika sebelum-sebelumnya saya biasanya pergi dengan menunggang motorsikal tetapi sekarang musim hujan,motor baru basuh.Sayang pula rasanya…
Didalam perjalanan hujan lebat.
“Ya Allah permudahkanlah perjalananku hari ini,” doa saya didalam hati sambil melepaskan pandangan keluar tingkap.Kami perlu menyelesaikan segala urusan dengan masa yang terhad,dan hujan masih mahu bermain-main dengan kami.Alhamdulillah doa saya dimakbulkan.Masuk sahaja kota Bandung,hujan reda dan Allah gantikan mendung awan gelap dengan sinar matahari yang indah.
Lepas keluarkan wang dan mengisi perut yang tengah berdondang sayang pinta diisi. Selesai menyelesaikan tuntutan fizikal,rohani pula dipenuhi. Selepas itu kami pergi ke BEC (Bandung Electronic Center). Mr Max dengan handphone,saya pula sibuk dengan membeli payung dan shower. Penat tawaf kami perlu beralih tempat untukmenyelesaikan tugas yang lain.Jangkaan saya tepat,diluar hujan menyambung dendangan gerimis lebatnya. Alhamdulillah buat kali kedua,saya sudah mempunyai payung. Jadi ia tidak menganggu perjalanan kami.
“Orang kata hujan itu nikmat,bagi air pada semua,tapi selain dari itu ada nikmat lain,cuba tengok kat depan tu,” sambil saya menunjukkan pada sekumpulan kanak-kanak kecil yang memegang payung. Disini,bekerja walaupun masih umur yang muda bukan menjadi satu keganjilan.Mereka akan menghulurkan payung pada pengunjung yang mahu pergi ke kereta saat diluar hujan.Dengan itu mereka mendapat sedikit upah.Alhamdulillah buat kali ketiga,kerana saya tidak perlu bekerja seperti mereka untuk mencari sesuap nasi.
Tempat tujuan kami seterusnya adalah BIP (Bandung Indah Plaza).Selesai semua urusan,kami berkejar balik kerana bas terakhir ke Jatinangor jam 5 sedangkan pada waktu itu sudah jam 430pm. Alhamdulillah buat kali keempat buatkan kami tidak kebasahan.
"Bapok mana entah call aku tadi," luah Mr Max dengan muka kelat
"Dia suka ke mung kot,nak berkenalan," saya ketawa besar
Sampai di Dipati Ukur,bas masih belum sampai dan awan beransur-ansur gelap.Disana sahaja,sudah ramai yang menunggu bas dan kebanyakan mahasiswa UNPAD.
“Mampuh la,doh la rama…konpem berdirilah ni,” ujar Mr Max dalam keadaan pasrah.Saya tersenyum dan sedang berfikir macamana taktik nanti.
“Ni baru betul-betul mahasiswa Indonesia,” saya pun sudah tidak ingat umur berapa saya pergi ke Bandar dengar menggunakan bas sebagai alat pengangkutan.Sekarang saat itu hadir kembali.Lama juga kami menunggu sehinggalah bas muncul.
“Prepare for the battle,”saya tersenyum.Kami perlu berasak-asak,berhimpit-himpit dan tiada perasaan kasihan disaat itu.Ia adalah sebahagian rencah hidup dibumi Wali Songo ini. Bas sampai tepat dihadapan.Saya terus melompat ke dalam walaupun bas belum berhenti.Disaat ini anda akan dapat perhatikan,jika dia ada si dia.Si dia tertinggal dibelakang.Alhamdulillah untuk kali kelima,saya masih tempat duduk dalam keadaan bas seperti 10 ekor ikan sardine yang besar-besar disumbat dalam tin sardine yang kecil.
Terhimpit
Panas membahang
Padat
Lelaki mahupun perempuan,tersesak dan terhimpit didalam bas.Bersentuhan semacam amat-amat sukar dielakkan disaat itu.Syukur saya tidak berdiri,dan mengurangkan hal semacam itu.Saya terkenang pendekatan sebuah negara yang mengasingkan bas lelaki dan perempuan.Ia satu pendekatan yang bagus dan lebih melindungi wanita.Jika ada golongan feminine yang tidak setuju diatas hak sama rata.Meh siniku mau luku kepala.Disini dengan pendekatan itu,insyallah mungkin ada tetapi saya rasa bukan dalam waktu terdekat.
Sampai di Jatinangor dalam jam 615pm dan sudah masuk waktu maghrib.Kami menaiki angkut dan ojek,berkejar untuk solat.Selesai solat maghrib dan Isyak,saya dengan Mr Max menghadiri jemputan naik rumah Rozi,Tehah,Kak Ainul,Yam,Zubez,Sha dan Nad.Sedap dan pedas nasi lemak kalian.Alhamdulillah…
Pengajaran:
1.Datang meeting awal lain kali
2.Jika hujan bawa payung
3.Datang Bandung jangan bawa awek,payah nak naik bas
4.Buat wanita,nak elak sesak didalam bas,beli kereta
5.Jika ada panggilan yang tidak dikenal pasti,hati-hati,itu mungkin waria (wanita pria) yang ingin berkenalan.
5.Kita rancang,Allah rancang,tetapi Allah sebaik-baik perancang.Berdoalah
6.Bersyukur
Maaf telat,hujen,becek,enggak ada ojek...capek deh!!!
2
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.
8 comments:
BEP (Bandung SUperMall)? =P
Ya ampunnn cik kiah...semalam duk wat article dalam keadaan paranormal.So jadilah BEP itu Bandung Super Mall..hahaha
xrimah ko dok depek nga orang puang??Mujur la mung ada iman lagi
Klau dok,xtau lar ;-)
Zulfahmi-Rimah giler...tepek jah.Tapi siang pun ada...kaum mereka itu patut naik bas yang asing.Nok lawang nak bas dengan awok-awok ni mmg dok dang la...skali sigung reboh beleping
kalau ade duit lebih bisnes tu, buat laa syarikat bas satu khas utk 'kaum puang' nih..
Duha- dari guna duit beli bas,baik beli camera baru...DSLR..waaa
hmm..korang pelajar2 medik kat UNPAD ek??
saya belajar kat UNHAS makassar..
hrmm..juz nak bg cadangan...utk yg bermasalah nek bus..
kami kat cni, beli motor je...or kalo nak lebih jimat n x mencemarkan alam sekitar, beli je speda(basikal), lebih baik drpada buang2 wang bg kat pak ojek..
Orang Makassar- Ahlan,tidak sangka sampai ke hujung Indonesia sana pun blog ana sampai...Semoga bermanfaatlah kiranya.
Motor?satu cadangan bagus bagi lelaki tetapi buat perempuan belum bagi pandangan saya.Keadaan disini dengan banyak kereta,kondisi jalan yang tidak bagus ditambah pula dengan disiplin pemandu yang tiada...perempuan seakan sukar untuk memilih motor sebagai jalan keluar.
Saya sendiri pun,jika abah tahu bawa motor kat sini cmna..conferm xkasi...rempit habis..
Post a Comment