Friday 10 October 2008

Kemana Mahu Kita Bawa Mereka



“Mie,aku nak tanya sikit ni.Dalam Islam ada ke tidak bertunang ni.Bertunang ini sunnah atau hanya adat melayu je?”, pertanyaan tulus dari seorang sahabat kepada saya semasa chatting.


“Erm,aku sebenarnya tidak pasti tetapi aku pernah dengar Nabi Muhammad s.a.w melarang seseorang lelaki itu meminang diatas pinangan dengan bahasa mudah tidak boleh masuk line kalau sudah perempuan itu tunang orang. Jadi kalau sudah Nabi larang mesti pada zaman Nabi itu sudah ada amalan bertunang ini,” jawap saya dengan sifir yang mudah berkenaan persoalan ini. Saya sebenarnya tidak begitu yakin 100% berkenaan jawapan itu lantaran,saya bukan berautoriti menjawapnya.


“Ginilah,aku check balik la nanti dengan ustaz deh pasal bertunang ni.Kita cari hukumnya,” solusi saya dengan mengambil jalan selamat terutama berkaitan soal agama.


Saya pun cuba cari dalil-dalil berkaitan hal ini di internet.Dalam pencarian itu saya menjumpai satu hadis Rasulullah s.a.w

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)


Saya pun forward hadis tersebut kepada sahabat saya itu.


“Itu hadis disahihkan oleh al-Albani,jadi aku rasa bertunang itu adalah dalam Islam ni,” komentar saya berbasa-basi.


“Ooo,ok terima kasih tau.Cuma satu lagi Nabi bertunang ke tidak?Sunnah ke tidak bertunang ni,sunnah itu kana pa yang nabi buat,” lanjutan pertanyaan sahabat saya.


Erkkk…

“Mung jelas dok lagi apa itu sunnah dan apa itu bertunang? ,” tanya saya

“Dok tahu…,”jawapan yang tulus

“Kita dok leh terus ke kesimpulan bab-bab ini. Kalu kita masing-masing pun dok jelas soal sunnah dan bertunang ini,kena belajar secara berasingan apa itu sunnah,apa itu hukum bertunang lepas paham molek-molek hok ni,baru kita boleh ke kesimpulannya,” jawap saya


Menepuk dahi


Menggeleng kepala


Kemana Mahu Membawa Madu’


Saya menceritakan pengalaman diatas bukan mahu membincangkan berkaitan hukum hakam bertunang,bukan juga untuk mengutarakan tentang fikrah Salafi tetapi article ini ditulis untuk menyampaikan apa yang saya alami,rasa dan perhatikan selama ini.


Polimik ini sudah lama berlarutan dan saya juga tidak mahu memanjangkan isu ini.Kerana itu saya tidak berminat mengulas dari segi hukum dan fikrah,cuma ingin membawa para pembaca sama-sama merenung dan memikirkan apa sebenarnya yang telah berlaku pada masyarakat dan sahabat-sahabat saya khususnya dari segi pendekatan dan sisi yang kita terlepas pandang.


“Kita patut check balik apa yang ustaz kita kata. Jangan main terima je. Entah betul,entah tidak.Balik check balik kitab-kitab hadis tu.Kang apa yang ustaz kata itu hadis daif!,” saran seorang pencinta sunnah pada seorang madu’ yang baru ‘berkenalan’ dengan Islam




Ucapan itu betul tetapi tidak jelas.


Ada sisi yang benar dan ada juga sisi yang mereka terlepas pandang.Saya sememangnya bersetuju setiap apa yang kita dengar,kita perlu periksa kesahihan dan selok belok hal tersebut. Persoalannya adakah dengan kita sekadar buka kitab hadis sendiri,sudah mampukan kita kata itu halal,itu haram,itu bidaah,itu dan ini…


Saya rasa ia bukan satu tindakan yang tepat bahkan salah dari disiplin ilmu itu sendiri. Kita tidak mampu bahkan tidak berhak kata itu halal dan haram berdasarkan buka kitab terjemahaan hadis dan terus mahu memberi hukum.


Saya sebagai pelajar perubatan perlu mengikuti 6 tahun pengajian dan terpaksa mengikuti disiplin-disiplin ilmu yang pihak universitas tetapkan.Jika hal ini diikuti secara patuh barulah saya mempunyai autoriti mengatakan itu boleh dan tidak tetapi masih dalam skop hal perubatan.


Begitu juga berkaitan agama.Ada disiplin-disiplin ilmunya untuk membolehkan kita “competence” mengeluarkan hukum tentang sesuatu. Jika hanya membuka kitab terjemahaan,baca article dua tiga terus kita berpencak silat mengeluarkan hukum,bagi saya kasihan.Kasihan pada ustaz-ustaz yang pergi belajar jauh-jauh ke Mesir,Jordan dan lain, bertalaqqi kitab-kitab dengan syeikh-syeikh sedangkan ada insan yang mampu mengeluarkan hukum dengan bertalaqqi dengan “syeikh google”. Tidak semudah itu bukan.


Saya cukup bersetuju dengan ayat Abu Saif,dalam memahami agama masukkanlah melalui pintu bukan melalui tingkap.Melalui tingkap,terjadi seperti scenario diatas.Bertanya hukum bertunang adakah sunnah tetapi apa itu sunnah masih belum kemas tapaknya.


Daie’ Oh Daie’


Kita perlu bijak dalam pendekatan dakwah.Kita menganggap huraian dalil yang kita pegang adalah sesahih dalil yang kita dengar dan pelajari.Hakikat yang kita dengar bukan maksud sebenar pengertian dalil tetapi yang dipegang adalah kalam si anu dan si anu.


Secara tidak sedar bukan!


Jangan kita menghapuskan satu kebatilan dengan mengantikan dengan kebatilan yang lain.Saya takuti kebatilan yang para daie’ secara tidak sengaja dicipta lebih buruk kesannya dari kebatilan yang cuba dihapuskan dahulu.


Yang ada Para Daie’:

Bincang dan terus bincang

Bertekak dan terus bertekak

Bergaduh dan terus bergaduh…


Sedangkan sahabat-sahabat kita diluar:

Berzina

Minum arak

Dan bermacam lagi kemungkaran


Penegakan sunnah itu penting dan wajib bahkan saya mencintai sunnah kerana ia sebagai tanda saya kita pada Rasul junjungan mulia Muhammad s.a.w.


Ambil yang paling penting dari hal yang penting-penting.Jangan madu’ tolak Islam yang Nabi wariskan ,bukan kerana Islam itu sendiri,tetapi kelojohan dan tidak bijaksananya kita menyampaikan Islam itu sendiri. Ciri daie’ tidak cukup hanya ALIM tetapi perlu dipaketkan sekali dengan HAKIM.

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pengajaran yang baik,dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik.Sesungguhnya Tuhan-mu, Dia-lah lebih mengetahui siapa sesat dari jalan-Nya dan Dia-lah yang lebih mengetahui siapa yang dapat petunjuk.” (an-Nahl 16:125)


Paket kita sudah lengkap?


Kalam amad boleh diterima dan ditolak bahkan dikritik ,melainkan kalam Insan mulia yang jasadnya bersemadi dibawah Kubah Hijau,Masjid Nabawi, Rasullulah s.a.w.

.:Amad pesan just in case kalian terlupa:.

11 comments:

Anonymous said...

orang kata sunnah=salafi.
orang kata salafi=wahabi.
orang kata wahabi=sesat.

manusia perlu dididik,diasuh,diajak kepada agama. setelah kenal agama maka barulah kenal sunnah nabiNya. tuhan dan nabi pon tidak berapa kenal,sunnah tu apetah lagi.

orang kata daie salafi=keras.
orang kata keras dan tegas=islam.
hmm...kan telah menimbulkan banyak kesilapan sifir2 kita ini?

daie, put urself in mad'u's shoes...-ingatan buat diri dan teman2-

Dr Amad said...

Dr Radzi- orang sering anggap masalah berpunca dari title yang dipegang, daie salaf la,daie khalaf la or what ever title daie itu pegang..tetapi bg aku,hakkatnya senario ini tercipta kerana pendekatan dan kurang ya berakhlak di klgn daie itu sendiri..

"Setelah kenal agama maka barulah kenal sunnah nabiNya"....rase nak mengangguk setuju sampai ke lutut.Cepat tangkap main point aku..mg ni mmg betul anak DUMEX

Anonymous said...

anak DUMEX ape,susu ibu maa.....!!!! hehe. betul,siapa pon daie tu,cara die meng'handle' mad'u tu yg PALING SUPER MAHA penting. xkene cara,kelam kabutla sifir2 kita lagi sekali....

Dr Amad said...

Pandai anak ibu ni...haha

Insoft said...

wahabi? huh...sesat..sesat...

Insoft said...

by the way...selamat bertunang[kot la resia..heee]

Dr Amad said...

Mohsein- Wahabi Sesat? itu persoalan atau statement..kalu persoalan,ana bukan orang yg berotoriti bercakap mengenai tentang hal ini.Jika statement,nta le kene perjelaskan dgn lebih lanjut...

Hah,sape yang nak bertunang tu?

sinar_islami said...

a refreshing post..syukrn jiddan

"Ambil yang paling penting dari hal yang penting-penting.Jangan madu’ tolak Islam yang Nabi wariskan ,bukan kerana Islam itu sendiri,tetapi kelojohan dan tidak bijaksananya kita menyampaikan Islam itu sendiri. Ciri daie’ tidak cukup hanya ALIM tetapi perlu dipaketkan sekali dengan HAKIM."

terkesan kalimat kalimat ni..moga-moga janganlah kita menjadi hijab bgi mad3u mengenal Islam..

Dr Amad said...

Sinar- Sama-sama kita ambil iktibar...
Kekadang kita orang muda suka pandu laju..jadi kena belajar tekan break..

sinar_islami said...

insyaAllah...
pemanduan perlu direncanakan..

Dr Amad said...

Sinar- sama-sama kita ambil ibrah dari article ini...