Friday 24 October 2008

Mencari Cinta Teratas

Pertamaku melihatmu bergetar rasa hatiku
berdebar-debar jantungku mungkin ku suka padamu
ketika ku melihatnya berdetak-detak di dada
mungkin itu suatu pertanda bahwa ku suka padanya

dia atau dia, ku pilih yang mana
aku pusing untuk memilihnya


jatuh cinta lagi
lagi-lagi ku jatuh cinta
aku jatuh cinta kepada setiap wanita
jatuh cinta lagi
lagi-lagi ku jatuh cinta
harus bagaimana ku ingin memikirkannya

layaknya seorang pria ku coba untuk setia
mencintai satu wanita tetapi aku tak bisa

dia atau dia, yang harus ku cinta
aku pusing untuk memilihnya

dia atau dia, ku pilih yang mana
aku pusing untuk memilihnya

Matta - Playboy (Jatuh Cinta Lagi)


Bila berbicara soal cinta ia berkait rapat dengan perasaan.Tidak sedikit manusia menjadi aneh bahkan seakan tinggal didunia yang lain…


Tanpa insan lain,yang ada “Engkau dan Aku”…



Tanda Cinta Abah buat Ibu


Indah bukan,tetapi tidak selalu seindah yang kita fikir dan impikan.


“Aku memang tak boleh lupakan dialah,aku cuba tapi tidak mampu.Dia buatlah apa pun,ada makwe lain, marah-marah aku, tapi memang tidak boleh lupakan dan memang sayang sangat-sangat ke dia”, luahan yang membuat saya menggaru kepala.Seakan mahu menanyakan satu soalan


“Mung ni ada otak ke tidak? Macam lagi cerdik yang duk makan rumput kat kandang Pak Usman je”, tapi idak la saya bertanya soal yang demikian.Bodoh dan diperbodohkan tanpa sedar. Sadis bukan..


Perhambakan atau diperhambakan


“ Ko tidak faham,ko tidak pernah bercinta,ko tidak rasa pernah suka perempuan”, jawapan balas bila saya provoke. Dia cakap semacam saya ini bukan manusia.Tiada perasaan,tiada fitrah… Seakan pasti saya tidak pernah sukakan wanita,seakan pasti saya tidak pernah duduk ditempat dia sekarang…


"Tiap-tiap sesuatu itu Kami jadikan berpasang-pasang, mudah-mudahan kamu menerima pengajaran".
(Al-Dhariyat: 49)


Emangnya Amad pernah? Rahsia donk…


Segelintir membuatkan saya pening dan menggaru kepala yang tidak gatal bila dihadapkan soal cinta dan perasaan.Segalanya menjadi rumit dan kusut.Cinta dan sayang luah dan diungkap dengan senang dan tanpa nilai.Murah…barang murah biasa tidak bermutu.


Bukan sedikit yang mempunyai sejarah buruk berkenaan cinta tetapi ramai juga yang tidak pernah serik untuk bermain cinta lagi.Dikecewakan,menangis,berjanji tidak akan berhubungan lagi bahkan siap bertaubat tidak akan sekali-kali bercinta.Akhirnya,dipujuk dan dirayu, ‘ia’ hadir kembali. Dan circle diatas kembali berulang.Bosan bukan,bosa bagi yang mendengar luahan yang sama,orang yang sama,masalah yang sama.


Siapa yang mengawal siapa.Yang dikawal adalah hamba.Sifat seorang hamba itu bila disuruh,dia akan melakukan semua arahan tanpa mempersoalkan,membuat sesuatu bukan sekadar hanya menyelesaikan tugas bahkan yang terbaik. Kita yang kuat mampu mengawal cinta atau cinta mengawal dan menjadikan kita hamba.Cuma saya terfikir dan berharap agar sikap hamba yang ada pada diri disalurkan pada tempat yang betul.


Hamba DIA,bukan hamba si dia.


Pengurusan Cinta


“Abis tu couple tu haram ke?”


“Aku nak couple,tapi yang aku buat ni tidak macam couple-couple lain.Aku punya Islamik”


Saya bila berbicara soal ini kurang berminat untuk pergi kepada hukum kerana saya yakin jika dilambakkan dalil-dalil tentang bercouple ini,bila hati telah putuskan TIDAK,tidak akan mengubah apa-apa.Oleh itu saya lebih suka mengajak sahabat-sahabat dan saya khususnya lebih kepada menilai sendiri ,berfikir dan dapatkan fatwa hati dengan berpandukan iman.


Saya lebih merasakan cinta itu tidak haram dan ia fitrah tetapi adakan bercouple itu cinta atau sebaliknya.Disini mungkin titik berbezaan antara kita.Saya berpendapat cinta dan bercouple itu satu benda yang berbeza sama sekali dan hukum antara dua juga berbeza.


"Dan dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu : wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas dan perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan disisi Allah lah tempat kembali yang baik." (QS. Al Imran ayat 14)


Kalian boleh jatuh cinta berjuta-juta kali tetapi yang menjadi persoalan semacam mana kita menguruskan cinta.Adakah dengan bercouple ? Keluar bersama-sama tanpa batas,bergaul dan bertepuk tampar tanpa batas,bonceng motor bersama tanpa batas,tinggal bersama tanpa batas semua disabitkan atas dasar cinta. Couple islamik pulak tu. Tidak malukah kalian???


“Abis tu macam mana nak urus ni?takkan nak putus kot? Sedihla macam ni ”, ini seakan ‘bola tanggung’ buat saya. Yang menjawapnya bukan kalam dan ayat Amad. Yang menjawapnya kalam Nabi Junjungan kita, Rasulullah s.a.w


Dari Ibnu Abas r.a ia berkata: “ Rasulullah s.a.w bersabda: “Kami tidak melihat jalan lain bagi dua orang yang mencintai sebagaimana baiknya pernikahan” (HR Ibnu Majah)



Mungkin untuk bernikah semasa belajar itu seakan sukar buat sesetengah sahabat.Sekurangnya berusahalah dan rancanglah kearah itu dan cuba selesaikan dalam masa terdekat.Jika apa yang diimpikan jauh dan masih lama,solusinya mungkin menyesak dada,mengundang duka,mengalirkan air mata tetapi insyAllah saya yakin berbaloi.


Tidak disini,di Akhirat sana.Janji Allah itu pasti benar...


Amad doakan kalian bahagia,doakan Amad sama…


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.

4 comments:

Anonymous said...

haaa!! aku suke lagu matta tu! rase nak tlompat2 je bile denga~ haha [tapik tak bmaksod aku sjenis yg suke suki jatoh cinta kat orang n buat orang suke kat aku]

niwei.. gejala bkapel ni mmg dah smaken siyes.. kdg2 smp diorang rase tak bdosa je bile pgang2 tangan, pandang2, windu2 n sjenis dgnnya

diorang tak paham kot maksod zina espeseli zina mata, telinga, lidah, tangan, kaki n hati?

ntahlah..

seolah2 bkapel itu mmg wajib seblom pernikahan.. seolah2 perhubungan yg dibina sblom nikah tu akan berterosan smp ke akhir hayat [kalu berterosan bagos la.. tapik kalu tputus? tak ke mmbazer sumber tnage alam tu?]

alhamdulillah, aku mmg brprinsip untuk tidak berkapel, bukan sbab aku jual mahal tapik sbab agamaku.. ramai yg mmpertikaikan kkolotan pemikiran aku ni tapik aku kesah ape, asalkan keimanan aku ni tak tercalar~ haha

kalu dah jodoh, mmg takkan lari kmane la kan? len lah kalu aku ni jenis yg sorok dlm gua tak kuaw2 n tadek ssape taw kwujudan aku... haha

alamak~ dah ttulis panjang.. maap ye incik fahmi. cam tak sngaje tersronok tulis plak~ haha. len kali sambong plak =)

Dr Amad said...

Anonim- Wlpn ko anonim tetapi hidung mu tetap ku kenal..haha.By d way,aku suke jgk lagu Matta ni.Dah jumpa sama spesies..hehe

Bila dah akhir zaman,gitulah gamaknya.Kalau dulu nak anak gadis orang silap gaya kena makan pelempanq..lani..gitu le...

Orang yg jenis sorok dalam gua tu,jenis primitive,dan aku pun rasa mas kahwin orang gua lagi mahal dari orang tidak gua..haha.

p/s: Apekah geng KBSR menyerang blog ku ini?haha.

cOkodok said...

ko buat topik yg bkaitan dgn pjuangan KBSR, mustilah ahli2 kami jd smgt jua~ hahaha

Dr Amad said...

cekodok-by the way,cekodok itu sedap dimakan panas-panas..waa sedap ye.