Tuesday 21 October 2008

Nikmat Yang Sering Dilupakan

“Gapo meh kite turun bawah la kat rumah mung tu.Kot-kot Pok Che ada situ”,ajak saya.Petang itu kami bertiga bercadang untuk melihat lembu sempena qurban tahun ini.Seolah telah di cop “pakar lembu”, walaupun saya rasa lebih tepat dicop “anak penternak lembu” saya sekali lagi mengambil tanggungjawap untuk mencari dan membeli lembu atau lebih mesra dipanggil sapi.


Saya seterusnya berjalan mendahului Gapo untuk sampai ke rumahnya.


“Huh,siapa pulok ni duk main buluh”, berbisik dihati. Mata saya mengikori kelibat seorang wanita bermain buluh dengan kaki.Entah saya pun tidak mampu nak terangkan bagaimana ia dimainkan dan apa nama permainan ini.


Kaki Buluh barangkali…


Astaqfirullah,rupanya wanita yang ralit bermain kaki buluh itu adalah ibu RT.Saya tidak tahu nama sebenar dia,oleh kerana dia adalah isteri pak RT (macam isteri ketua kampung) jadi kami anak-anak Malaysia disini memanggil dia Ibu RT…Dalam lingkungan umur 50 tahun dengan susuk badan masih kuat,dia mampu bermain kaki buluh.


Wanita otai yang berjaya "memalukan" kami


Jika wanita di Malaysia pada umur sekian hanya duduk berehat,kami disini kagum.Tidak saya lupakan Team bola tampar pelajar lelaki Malaysia dengan senang diperbudakkan oleh team Ibu RT pimpinan dia sendiri.Kami dengan gagah perkasa semuanya,mereka terdiri dari ibu-ibu…dengan santai kalahkan kami…


Mereka kuat atau kami tidak pandai…


“Wah,otai banget ibu ya boleh main benda ni,ada acara apa-apa ke ibu”, tanya saya dengan bahasa rojak melayu campur Indon. Entah paham ke tidak dia.


“Nanti di Dipati Ukur lagi ada acara,jadi ini perlu latihan”, jawap ibu tersenyum.


“Mau cuba?”, pelawa Ibu RT. Kami tersenyum.


Eh..eh..eh…jenuh saya mencuba berjalan mengunakan buluh itu. Yang dapat adalah pengalaman…pengalaman kena gelak dek budak-budak.


Ooo...gelak,gelak.Cuba main tengok


“Ape la mung ni dok reti-reti,meh aku main”, pinta anak Perak yang saya trained sampai dapat cakap Ganu dengan fasih,Radzi.


Paku dulang paku serepih,kata ke orang,dia pun dua kali lima...


Satu langkah….dua langkah..dummm..


Hahaha..kena gelak adalah.Sedar tidak sedar telatah kami anak-anak Malaysia bermain kaki buluh itu menjadi tontonan masyarakat sini.Ramai yang datang melihat dan juga meng”gelak”…


“Eleh,mung tu lebih satu langkah dari aku je pun”, ketawa saya.Saya mampu gerakkan kaki buluh satu langkah,Radzi dua langkah,Ibu RT boleh siap menari pakai kaki buluh.Kami dimalukan untuk kali kedua..


Selepas penat bermain dan juga penat ketawa saya pergi meneruskan tugas yang berbaki dengan Gapo untuk menempah lembu.Sekarang,di sekitar Cikuda telah sampai musim menuai. Padi menguning dan masyarakat sini sibuk mengetam padi.Jika di Malaysia mengunakan Mesin tuai padi,disini masih mengunakan tulang empat kerat dan khidmat kerbau masih diperlukan untuk membajak.


Musim menuai telah tiba...Merasa beras baru


“Maka nikmat Tuhan-mu yang manakah yang kamu dustakan?” (Surah ar-Rahman)


Menyantuni Masyarakat disini


“Apa khabar Pak Usman,gimana sihat?”, bersalaman dan tersenyum…Pak Usman adalah salah seorang penternak lembu disini.Seperti tahun sudah,saya kali ini berminat untuk membeli lembu dari dia.Dengan lembu kacukan Brahman,sememangnya besar dengan body yang panjang menjadi pilihan kami.


“Bapak kiranya berapa bapak mahu untuk lembu ini”,sesi “tarik tali” bermula. Beliau mahu seekor lembu bersamaan dengan 10 Juta,(tambah sikit lagi sama dengan harga motor saya). Saya sedia maklum harga lembu memang mahal,jauh mahal dari Malaysia. Masyarakat disini hanya mampu makan daging pada Raya Qurban itu pun sedikit.Mereka hanya mampu menjual,tetapi tiada kuasa membeli.


“Maka nikmat Tuhan-mu yang manakah yang kamu dustakan?” (Surah ar-Rahman)


“Kami sepertinya hanya sanggup lembu ini sebanyak 9 Juta”, saya “menarik tali”. Pak Usman termenung melihat keluar tingkap.


Hening


Damai


“Gini aja,Bapak sanggup bagi 9.1 Juta,gimana Amad”, tawaran dilontar kepada saya. Saya berpaling ke Gapo dan Pok Che.Mereka mengganguk.


“Ok bapak,saya setuju”, tali bagi kedua belah pihak dilepaskan.Selepas dijamu dengan kerepek dan air,kami memohon diri pulang lantaran diluar keadaan sudah semakin gelap dan dapur dirumah belum berasap.


Sup Cendawan Sesuka Hati


Hari ini saya sekali lagi menjadi tukang masak dan mahu mencuba buat sup cendawan. Selepas di consult oleh Kak Tasha dan Tehah,walaupun cara yang berbeza,tetapi matlamat yang sama,sup.saya membulat tekat untuk medan perjuangan…Dapur.Kebetulan sebelumnya saya sempat membeli cendawan atau disini dipanggilnya Jamur.


Bawang putih diketuk sesuka hati


Bawang besar dicincang sesuka hati


Halia diracik sesuka hati


Air dicurah sesuka hati


Cendawan dicarik sesuka hati


Sup bunjut dicampak sesuka hati


Maka terhidanglah sup yang diberi nama Sup Cendawan Sesuka Hati. Nasi sudah terhidang didepan mata dengan telur dadar…sup dihirus.Sepertinya kurang sesuatu…Garam.


Dengan selamba garam diletak juga sesuka hati dalam periuk.Alhamdulillah sedap…


“Maka nikmat Tuhan-mu yang manakah yang kamu dustakan?” (Surah ar-Rahman)


.:Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.

6 comments:

Anonymous said...

Salam sahabat....
lainkali cerita pasal masakan bagila resepi yang boleh dicatat. bolehla oranglain try buat dan merasa kesedapannya juga....hehe.

anyway,aku dah bole berjalan sepuluh langkah, berdiri sekejap dan mengundur menggunakan buluh terseut. jangan jeles....=p

Dr Amad said...

Radzi- Tu lah resepinya...rahsia kesedapannya sup itu adalah "Sesuka Hati"...masaklah dengan sesuka hati,insyAllah sedapla sup itu...tahun depan open house batch aku main chef...haha.

Cit,mengundur wat apa...meh kalu berani kita race,lawan naik bukit cikuda...tgk sape yg duk dalam gaung..hehe

'Abid Sakina said...

hehe..hepi nmpak main..
awat x ajak puteri2 cileles same?=p
sup cendawan sesuka hati?huhu...
gud try..kena tmbh 'selawat dgn suka hati'[bkn slawat sesuka hati] dlm mskn..baru bertambah umph!.berkat gitu....=)
9 juta tu sapi..bertuah la sapi yg terpilih tu....=)

Dr Amad said...

Nurul88-Bukan xtahu ajak,takut antum seme malu...malu sebab xpandai main.Kami yang otai2 di pun dimalukan tanpa belas kasihan oleh ibu RT,kalian apetah lagi..Zikir dengan suka hati...bagus cadangan tu.Kita up skit,sebelum masak,kita tahlil...=)

momo+nini said...

salam
suke blog ni
macam penulis dia sedang bercakap dgn pembaca
santai n sempoi
teruskan
resipi tu nampak sedap

Dr Amad said...

momo+nini-Semacam tepat je kesimpulan yang awak bagi tentang blog ini.Saya sememangnya meletakkan konsep santai dan pada masa sama cuba kekalkan tujuan asal,bermanfaat...

Jemputlah datang lagi ya