Tuesday, 11 November 2008

Bila Kita Beralasan Dengan Allah


“Exam dah dekat ni,perlu solat dan doa banyak-banyak,” akhirnya kita dapat tengok muka yang akan hadir ke masjid hanya bila peperiksaan hampir tiba.Perbuatan ini tanpa kita sedar membentuk satu sikap membuat sesuatu perkara dengan meletakkan syarat kepada Allah.


Membuat amal dengan syarat

Menolong orang dengan syarat

Menutup aurat dengan syarat

Menjaga pergaulan dengan syarat


Sikap Seorang Hamba


Adakah meletakkan syarat pada Allah dalam membuat sesuatu perkara itu bertepatan dengan sikap seorang HAMBA? Bahkan persoalan yang lebih besar yang perlu kita persoalkan,layakkan kita meletakkan syarat? Kita siapa dan Allah itu siapa?


Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya dapat beribadat kepadaku” (al-Zariyat:56)


Jelas didalam Al-Quran yang menyebut bahawa tujuan kita diciptakkan tidak lain tidak bukan hanya semata beribadat kepadaNYA.Bukan untuk memenuhi kehendak manusia,bukan memenuhi kehendak dunia,bukan memenuhi kehendak perut dan juga bukan memenuhi kehendak nafsu syahwat.Manusia tidak akan pernah ridha dengan amal soleh yang dibuat,akan ada umpat belakang,keji mengeji,ejek mengejek tetapi berusahalah mencari redha Allah


Kita siapa,Allah siapa?

Kita Hamba,Allah CEO Kita!


Kita menjadi hambanya adalah sepenuh masa bukan pada masa-masa tertentu sahaja.Tetapi ada segelintir insan hanya menjadi hamba pada masa-masa tertentu,lantaran itu kita akan dapat lihat scenario seperti sekarang…


Tudung hanya dipakai semasa menghadiri majlis perkebumian dan nikah cerai…

Solat dan doa hanya semasa mahu menduduki peperiksaan dan selepas selesai sejadah kemana,Al-Quran kemana…

Ingat Allah hanya selepas terima musibah,sedangkan sebelum itu hidup menongkat langit,angkuh,takbur…


Sedarlah bahawa setiap amal kita itu mahu atau tidak tidak terlepas dari hitungan pahala dan dosa, halal dan haramnya,ada syurga dan neraka.Ia meliputi segenap aspek kehidupan mula dari sebesar-besar perkara contoh pemerintahan,hukum-hakam,yang sederhana seperti akhlak,pergaulan seharian,menutup aurat sehinggalah kepada hal keluar masuk tandas.


Bagi sesetengah orang ia mengongkong,rumit dan menyekat kebebasan,tetapi itulah indah dan lengkapnya Islam.Setiap urusan ada boleh dan tidaknya.Sebagai contoh bergaul boleh tetapi tetap dengan batas-batasnya.Analoginya jika kita demam,doctor bagi paracetamol dengan 2kali makan setiap hari.Cuba makan 10 biji,Insyallah selepas itu sayakan dijemput ke majlis tahlil kalian.Ia akan mengakibatkan kemudaratan bila kita melampaui batas,bukan sahaja soal demam bahkan amal perbuatan kita.Melampau,dosa jawapannya!

Sejarah Mengajar Kita


Jika kita hayati dan perhatikan sebaiknya ayat-ayat Al-Quran,sikap selalu memberi alasan kepada Allah sebelum membuat sesuatu amal amat sinonim dengan sikap Bani Israel. Segar lagi dalam ingatan kupasan ustaz berkenaan sejarah Bani Israel,selepas diselamatkan oleh Allah dari bala tentera Firaun mereka masih ingkar dan tidak mahu melakukan amal soleh.Bahkan mereka tanpa segan silu meminta-minta nabi Allah Musa a.s menunjukkan mukzijatnya.Satu mukjizat ke satu mukzijat,yang kekal adalah kufur dalam diri mereka.


Sirah Nabawiyah juga mencatatkan semasa ayat turunnya pengharaman arak,sahabat-sahabat lantas bertukar dari kaki arak kepada orang yang paling membenci arak.Tiada persoalan dan bantahan.Tidak kedengaran…


“Ya Nabi Allah,lani simpanan arak aku masih banyak,sayang nak buang,” ini semua tiada,bahkan dilahirkan ketaatan perintah Allah itu dengan buang arak ke tanah.Tiada alasan diberikan pada Allah.Ini menifestasi kuatnya iman mereka.


“Alah mereka sahabat,dekat dengan nabi,memanglah macam tu,iman mantap,kita ni 1500 tahun jauh dari nabi”


Cuba guna tengok alasan tersebut dihadapan Allah di hari tiada sebarang kezaliman berlaku.Semuanya bersesuaian dengan amal.Disaat mulut terkunci dan tangan dan kaki berbicara.Berani?


Sirah mana yang kita mahu hayati dan ikuti?Bani Israel atau Sahabat-sahabat Nabi? Pilihan ditangan kita

Tidak Sampai Seru


Pernah saya jumpa seorang pak cik yang isterinya berangkat pergi menunaikan haji.Yang pergi hanya isteri bukan suaminya.Bila ditanya


“Erm…tidak sampai seru lagi.Nanti-nanti sudah sampai masa pergilah,” nasib baik pak cik tua,kalau tidak mau ku luku kepala.Hidayah itu perlu dicari bukan menunggu dan bercakap bebal.Bercakap soal ‘seru’ atau dalam bahasa mudah ‘hidayah’ dengan keadaan diri jahil bahkan tidak tahu apa itu hidayah.


“Nanti dah tua,dah bersuami,dah ada anak-anak,saya pakailah tudung,” ujar seorang artis. Persoalannya,adakah umurnya sempat sampai ke tua?adakah sempat bersuami?adakah sempat beranak-pinak? Jika sempat Alhamdulillah,jika tidak…Ingatlah kita tidak tahu ajal kita bila,mungkin udara yang kita hirup pada saat baca article ini adalah udara yang terakhir…Ia hadir tanpa pemberitahuan.Itu tidak termasuk yang menggunakan alasan “Tidak mahu hipokrit”. Ustaz Badrul Amin pernah berkata “Lebih baik dipaksa masuk syurga dari rela diri masuk neraka”.


Jika Allah Pula Beralasan


Apa yang ada dihadapan kita adalah si hamba yang selalu beralasan,tetapi terbayang tidak jika Allah pula beralasan pada kita…


“Aku boleh bagi kamu syurga,tetapi masuk neraka dahulu,”neraka itu tempat balasan dosa lanjutan dari alasan-alasan kita tadi.Mungkin bila disebut secara umum “neraka”.Tidak datang rasa gerun atau takut,tetapi ketahuailah seksa yang paling ringan adalah letakkan bara api ditapak kaki,dan otak bergelegak.


Lakukan perubahan dan amal soleh disaat nyawa dikandung badan bukan menunggu waktu kerana yang akan datang itu belum pasti milik kita.


Mahu lagi kita beralasan dengan DIA?


“Tuhanku,Aku tidak layak masuk syurgamu,namun tidak upaya menghadapi api seksa.Oleh itu kurniakanlah ampunan kepadaku,ampunkanlah dosa ku,sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa hambamu”


Jangan beralasan kerana DIA adalah CEO, kita HAMBA.




.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.

6 comments:

momo+nini said...

betol3..
suke bace ni...
hopefully,mai leh terjemahkan dlm btk amali1
insyaALLAH

Dr Amad said...

Erm,setiap entry saya tulis mmg selalu pesan diri sendiri..sesuatu itu perlu dari sendiri jgk...

Yup,terjemahkan dalam bentuk perbuatan

Anonymous said...

hmm...bagi yg student, time2 exam slalunya kita mendekati Allah.

bagi yang bekerja, mungkin time pemilihan naik pangkat.

bagi manusia secara umum, mungkin time dah 'tua ganyut' atau sakit tenat.

hmm....semoga manusia sentiasa sedar akan status dirinya sebagai hamba. hindarkan aku dari melupakan hakikat ini Ya Allah. amiiiinn....

Dr Amad said...

Radzi-trend menjadi Hamba bila masuk fasa-fasa atau masa-masa tertentu juga kecelakaan.Semoga kita menjadi hamba "full time"

sinar_islami said...

moga ketekunan dlm ibadah dan urusan ketaatan kepada ALLAH bukan trend sorg hamba hanya ketika susah dan gentar, tapi detikan berdasarkn kesedaran yg syumul

hamba perlu sedar, ayuh bangkit

Dr Amad said...

Sinar- Kita hamba,jangan ada sikap memilih-milih dalam buat "kerja"...kang di "tempeleng" dek CEO kita naya...kerana kita adalah HAMBA