Friday, 14 November 2008

Warkah Cinta Buat Teman


Pagi itu suasana yang sejuk dan mendamaikan seakan tidak berbekas pada diri terutama pada hati. Bahang panas dan sakit hati begitu marak didalam hati. Sedar ia mainan dan jarum syaitan yang telah berazam akan menyesatkan umat manusia dengan segala cara dan keadaan sekalipun.


Saya beristiqfar dan cuba menguasai diri. Ia semua berpunca dari sikap manusia yang tidak amanah dengan MASA.Dari mesej yang dapat,saya dimaklumkan bahawa Liqa akan dilakukan pada jam 9 am.


“Insyallah Liqa akan diadakan dekat surau Permata,pada Jam 9 am,” begitulah kurang lebih bunyi SMS yang sampai


Selepas berjanji dengan Mr Max untuk pergi sama-sama ke Liqa tersebut .Kami berjanji bertolak jam 830am.Pagi itu saya agak kalut,untuk mandi,sarapan dan persiap apa-apa yang patut.Alhamdulillah kami tepat sampai jam 9am.


“Huh,aku royak doh…memang gini sokmo,” panas hati mula marak.Amat dukacitakan yang hadir setakat itu adalah kami.Kami itu adalah SAYA dan Mr Max.


“Kali ni memang aku doh dok leh tahan,kene ‘jack’ gok sekali ni.Lok lama-lama,tak dok orang tegur dok improve,” mengetap bibir,Mr Max mengangguk membenarkan


Selepas menunggu selama setengah jam,seorang demi seorang tersengih-sengih sampai,Saya ketepikan dahulu soal tadi,Liqa bermula walaupun kedatangan amat mendukacitakan walaupun keahlian 40 orang.Gah…gah pada bilangan.


Tanggungjawab Itu Amanah


Entah kenapa scenario diatas bukan sahaja berlaku dibumi Wali Songo ini,bahkan ia kelihatan ada kesinambungan dari zaman sekolah dahulu dan sehinggalah sekarang.Seakan payah,payah untuk amanah dengan MASA. Tidak kira organisasi itu yang ber”basis”kan kaum, berbilang kaum,akademik. Seakan Motto “Lambat itu Pilihan Kami”. Siap kadang-kadang mengalaskan sikap tidak tepati masa itu dengan


“Ala,beselah janji Melayu,” betul kenyataan itu kerana melayu itu adalah melayu KAMU bukan melayu SAYA.


Walaupun saya amat yakin sikap ini tidak ada kaitan dengan mana-mana bangsa,negara, fakulti, mahupun agama.Semua menganjurkan bahawa TEPATILAH MASA.


Dosa Madu’ berpunca Dari Maksiat Daie’


“Aku puas sudah nasihat.Tapi dia masih dengan perangai itu,” keluh seorang pembawa dakwah.


Kecederaan dan kecelakaan itu bertambah parah bila sikap ini diwarisi sama pada organisasi dakwah


Tanpa kita sedar kesalahan dan kemaksiatan sekeliling itu berpunca dari sikap dan diri pendakwah itu sendiri. Ingatlah keberhasilan dakwah itu berkait rapat dengan dosa pahala.Walaupun dimata kita itu hanya hal yang kecil.Ketahuilah bahawa dakwah itu amat sensitive.Sensitive dengan maksiat hatta walaupun maksiat itu sekadar tidak menepati masa.


AL-Quran mana kalian tadabbur membenarkan tindakan ini?

As-sunnah mana kalian pegang membenarkan tindakan ini?

Kitab mana kalian baca membenarkan tindakan ini?

Muwasafat tarbiah mana kalian teladani membenarkan tindakan ini?


Kita mahu komiti pelajar disini hadiri program-program yang diatur pada masa yang tepat dan berjalan lancar tetapi belakang tabir para pendakwah liqa pun lambat.Kita mahu mengharap lebih? Saya tidak mengharap. What you give,you get back!


Ada beberapa keadaan yang kita boleh terima keterlewatan bahkan ketidakhadiran tetapi sampaikanlah kepada Masul’ kita. Semua ada HP,YM, Email…Tidak guna kredit beribu-ribu untuk sekadar inform,meminta maaf juga tidak mampu.


“Ana tidak pastilah biro agama lain bila janji buat meeting jam sekian-sekian akan mula tepat pada waktunya.Jika benar,kita yang pegang title biro agama Islam patut malu!,” melepaskan apa yang terbuku dihati.


Futur




Selain scenario tidak menepati masa,saya dapat merasakan komitmen para daie pada tugas dakwah juga semakin berkurang.Jika dahulu, teruja dan bersemangat untuk melangkah dan perjuangkan Islam.Kini semakin dingin.Oleh sebab itu saya curiga bila alasan para daie’ muda untuk berkahwin awal menjadikan langkah dakwah mereka semakin kencang dan maju tanpa menoleh kebelakang. “Mendapat sayap baru,” katanya. Teorinya sebegitu,hakikatnya terpampang di reality mata terkadang terbabas dari silibus tarbiah. Jika bukan senarionya tidak semacam itu,saya yakin perbincangan saya dengan seorang Murabbi tidak sampai kepada kesimpulan “Nikah awal menjadikan diri LEMBAB!”


Silap teori atau silap diri kita?


Dahulu,dengan bilangan yang sedikit, kehadiran amat mengembirakan.Semangat melihat sahabat-sahabat merintis jalan menuju syurga,menjadikan diri termotivasi sama. Kini,dengan bilangan yang ramai,kehadiran menducitakan. Ada hal,kekangan,masalah...Ketua kita ada telepon bimbit,maklumlah kepada dia. Jangan diam membisu.


Adakah ia penyakit?


Bagi saya ia bersangkutan dengan penyakit hati.FUTUR atau dalam bahasa mudah putus asa. Ia mungkin tidak dilahirkan dengan menarik diri secara total dari tugas dakwah tetapi boleh dilihat dari priority “dakwah” itu bukan lagi matlamat utama.


“Ya Allah,perteguhkanlah aku dan sahabat-sahabat dijalanMu…Aku sedar usaha sedikit ini untuk mendapat imbalan syurga,tidak setimpal tetapi aku tidak mampu menanggung azab pedih nerakaMu.Masukkanlah aku,sahabat-sahabat,umat Islam seluruhnya kedalam syurgaMu tanpa Hisab”


Tet…tet…


“Ana nak mintak maaf datang lambat.Dahulu ana ingat anta garang,tapi sekarang ana sedar ketegasan itu perlu,” sms masuk ke HP saya.


“Ana tidak ada niat nak lukakan hati sesiapa,ana tegur itu secara umum dan lebih spesifik pada diri sendiri.Diri ini pun terkadang lalai dan mengulangi maksiat yang sama.Jadi ayuh kita saling tegur menegur.Garang? Ingatlah Islam itu ada Usman r.a,tetapi jangan lupa Islam juga ada Umar al-Khattab,”saya balas SMS sambil tersenyum. Berhikmah itu meletakkan sesuatu pada tempat dan kesesuaian.


Lembut menusuk, tegas berlapik.


.: Amad ingatkan kalian just in case kalian terlupa:.

23 comments:

Anonymous said...

salam..
jadi org pertama komen artikel dan pertama kali meninggalkan komen di blog ini..
dop gheti sgt dlm wak ayat tp cubo dulu yg terbaik=)

ermm..cucuk paha kanan,paha kiri terasa(betul ke ni)..penyakit lambat ni mmg ssh betul nak di atasi..
xkiralah meeting berasaskan organisasi apa2 pun mmg xdpt lari atas alasan janji melayu.bangga sgt dgn janji melayu.saya xbangga langsung disignifikasikan begitu..
**mcm kurang energy ja IMAN..ke mana kah menghilangnya semangat2 itu atau semuanya dah futur atau sibuk??**
tq amad membawa isu ini.

Dr Amad said...

Kak Tasha- Sibuk itu bagi saya boleh dimaafkan dan saya yakin sibuk itu masih didalam wasilah dakwah selagi mana skop sibuk itu seperti belajar etc2...

Janji melayu?saya kira Hang Tuah tidak ajar kita janji cmtu..hehehe.

IMAN kurang energy? Adakah kita perlu "mizone" untuk tambah energy?

Sila-sila singgah lagi.Ok je tu komen...=)

Anonymous said...

salam...
buat silap salah..
rasanya mmg sifat manusia..
tapi..yang penting adalah..
mengaku dan sedar dari silap dan salah tersebut..
dan berusaha membaiki dan tidak ulangi perkara yang sama.
dan manusia juga..
kadang2 kuat tegar..kadang kadang lemah longlai...
so..sama2 la nasihat menasihati.. ingat mengingatkan..saling mendoakan kebaikan..
lets make things better!!!

so,tq..good one..
[insaf mode(T_T)]

p/s sori IMAN..

Dr Amad said...

Khairifmj- Yup,kita kuat dan mudah kenal erti dosa pahala dengan teguran sahabat-sahabat.Menunggu diri sempurna baru boleh lontarkan teguran satu sikap yang songsang dan membunuh pengajaran.

Hasrizal Abdul Jamil said...

Assalamualaikum.

Apabila beranak pinak, makin mudah untuk kita ni jadi lambat tak menepati masa bila nak ke program. Nak siapkan susu, baju spare dan macam-macam lagi. Tetapi masa tu tak ada siapa dah nak marah sebab semua orang macam tu.

Tetapi belum pernah sekali, ana terlewat hadir tanpa rasa bersalah. Hati kecil tidak menipu. Selagi rasa bersalah itu ada, tandanya kita belum menerima perbuatan datang lambat tu sebagai suatu kebiasaan.

Tetapi kalau hilang rasa bersalah, dan dengan selamba mengimani kata-kata "ala biasa la, janji Melayu!", maknanya kita telah MENGKUFURI SURAH WAL 'ASR!

Moga diselamatkan Allah dari kecelaan akhlaq tidak menepati masa ini, ameen

Hasrizal Abdul Jamil said...

Oh ye, bab kahwin awal melembabkan tu, macam tak cukup perenggan :)

Dr Amad said...

Abu Saif- Waalaikumusalam,bila bersebab,ia boleh meredakan perasaan orang lain yang datang awal.Tetapi datang lambat,tersengih-sengih tanpa hati merasa bersalah,kita perlu persoal balik iman didada...Oleh kerana itu ana jelaskan bahawa jika belum berkahwin pun terlewat tanpa sebab,bila dah berkahwin...erm

Bab kahwin,ana tidak boleh tulis panjang-panjang lagi,nanti blog ana jadi tempat teman-teman bersilat lidah.Tiada justifikasi awal untuk kupas soal itu,mungkin article pointnya..atau boleh diperpanjang di SIO...hehe.

As said...

ketegasan itu penting sejak mula bg pemimpin. Terutama tentang masa.

Jika sedari awal pemimpin agak lineant, sukar untuk yang mengikut menurut permintaan pemimpin yang tiba2 jadi tegas. But it depends.

Menepati masa dan menjalankan amanah perlukan pemimpin untuk tegas dalam beberapa perkara dan komitmen drp pengikut.

:)

pasal kepimpinan organisasi ni seronok kalo ikut mcm nabi sulaiman buat dalam an-namlu ;)

nice entry overall, thanks for the reminder.

Dr Amad said...

as- satu peringatan yang bagus. Memaksimumkan peranan anak buah satu sikap yang penting bagi pemimpin...

by the way,saya bukan pimpinan tertinggi ukhti...

sinar_islami said...

lama sungguh tak meninggalkn kesan

mmg peringatan dan teguran berguna

Inilah antara ujian para daie dan ummat manusia dgn masa..
"Apakah manusia itu mengira bahwa mrk dibiarkan shj mengatakan,"kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji?"(Al-Ankabut)

Maka inilah antara ujian akhlaq para daie,walau nampak remeh to be punctual..benar2 Allah tidak sesekali memandang enteng perkara ini hingga bersumpah demi masa...inilah hakikat masa umpama pedang..dan pengajaran dari surah Al-Asr itu sendiri...

bercakap pasal futur
terigt satu artikel ni..ign kongsi serba sedikit..

futur juga blh didefinasikan sbg kemerosotan atau kemalapan yang berlaku pada keimanan @ keislaman individu..antara yg menyebabkn gejala ini berlaku adalah tidak ikhlas bekerja, matlamat tidak jelas, hati yang sakit, lemah tarbiyah..justeru daie perlu sllu islah diri dan jgn sesekali take for granted

Wallahu3alam..maaf andai slh bicara

Dr Amad said...

Sinar-Thank ukhti bagi pencerahan soal futur itu.Menjadikan ana dan sahabat lain lebih jelas apa definisi sebenar futur...

(dengarnya sakit,sakit apa dong?)

sinar_islami said...

la syukran ala wajib...
insyaAllah saling takmil wa istikmal..

cuma kena selalu perhatikan diri kerna futur mmg mudah menimpa dri apabila sudah bekerja atau ayat yg glomour pasal futur ni

al futur ba'da mujahadah...

so percentage utk futur tu pasti ade lebih lgi pabila daie sudah memulakan langkah dlm lembaran hidupnya atau lebih tepat dlm gerak kerjanya..

ok salam perjuangan buat semua rakan2 indonesia wlau sapa pun jua..

ps::biasala pertukaran musim, common phenomenon...lepas direfleksologi oleh seorg teman geting better...

Dr Amad said...

Sinar-erm..sama-samalah...Salam perjuangan juga buat anti dan sahabat-sahabat dibumi Firaun sana...

Alhamdulillah dah sembuh.

Anonymous said...

"aku akan pegi awal. tapi kalau on da way tu terlambat sket takpe kot, sebab oranglain confirm takde lagi mase aku sampai" boleh tak kalo camtu? haha...sebab bosan orang lain tak mementingkan masa seperti yang dijanjikan. if tak mampu menepati,jangan berjanji/adjust sket janji tu...(n if arahan melalui msg,reply la setuju ke x dgn masa yg ditetapkan). hmm........

semoga kita dilindungi dari apa yang kita 'marahkan' lepas kita kahwin nanti. amiiiin....

Dr Amad said...

Radzi- Sebab ramai yang fikir semacam itulah,menjadi salah satu senario ini wujud.Tidak perlu pergi jauh,diri aku sendiri pun.Dah sampai putus asa orang datang lambat,kita pun balas dendam datang lambat juga.Tapi fikirkan balik sampai bila rotation ini perlu diulang.Ia perlu bermula dari diri sendiri.

Bukan marah sebenarnya,ia lebih pada teguran sayang.Jika aku membuat benda yang sama,silakanla tegur dan bagi peringatan.Untuk menunggu kita sempurna,Insyallah aku yakin sampai bila-bila pun kita tidak sempurna.Kerana yang sempurna itu Rasulullah.

"Bagilah peringatan,kerana peringatan itu berguna untuk orang mukmim"

Anonymous said...

alhamdulillah ada yg peduli..

lets start with a small step.
yg penting kita nak berubah kan?

*kalo minum mizone boleh tambah energy buleh la beli ke sorang satu,amad pun bendahari.senang..xpon kita pakat minum radix(promote=)

harap semua dpt take notes*

*junior pun kata(junior amad),bekeng abg amad gak..bukan bekeng,tegur2 sbb sayang dop?

**jauhilah al futur!

Dr Amad said...

Kak Tasha- Saya bendahari?Oppss itu dah 2tahun yang sudahlah kak.Lani saya dah tidak pegang bendahari,tidak layak..hehehe.

Saya bekeng? hik3...tidak abis taaruf dengan saya lagilah tu..hik3

Anem Arnamee said...

Salam ziarah~

Dr Amad said...

wslm...mai la singgah lagi

Anonymous said...

salam...selamat menulis.. ayat biar ringkas-ringkas,tajam,tapi penuh berhemah...

Dr Amad said...

wslm...saya tau awak baca,cuma tidak tinggal komen.Baru-baru ni abah ibu pun mai jenguk blog.Bersungguh abah tanya cmna nak komen.

Ingatan yang bagus...ringkas,tajam dan berhemah...
Lembut menusuk,tajam berlapik=)

Anonymous said...

nice.
i like it ami :)
seriously, its a chronic disease that is hardly cured :P

Dr Amad said...

chronic disease..huhu.If can't treated by oral,we give by rectal...hoho.So beware for those got this disease..