Sunday, 23 November 2008

Wanita Dan Sukan

Tahniah itu tepat untuk saya tujukan pada AJK Kejohanan Batch 06.Segala perancangan dan komitmen yang diberikan begitu terserlah dan mantap.Hasilnya hari ini,sukaneka batch begitu harmoni,warna warni,ceria…Saya seakan bersetuju dengan Yoyo bahawa tujuan sukan dibuat telah tercapai iaitu mengeratkan silaturahim.


Faktor yang tidak mampu kita nafikan juga adalah komitmen dari rakan-rakan batch itu sendiri. Kemeriahan wujud dari kalian,keharmonian terpancar dari kalian,ceria hadir jua dari kalian.Saya secara pribadi kagum dengan kehadiran sosok yang terkenal kurang terbabit dengan aktiviti semacam ini.Tetapi ia seakan berputar 360 darjah hari ini.Dialah yang datang awal,dialah hebat bersorak,dialah kukuh menjadi tunggul semasa tarik tali…


“Weh tok guru( nama panggilan saya yang dia seorang sahaja yang panggil),aku tidak tidur lagi tau dari malam tadi…semalam pergi clubbing.Ko tu datang Bandung pun sesat,aku ajak clubbing tidak nak pergi,” dengan selamba dia mengajak tok guru…Saya akui buta soal jalan di Bandung,natijahnya Extramural Activiti,saya tawaf CiWalk dua kali.Hospital tidak berkunjung tiba…


Saya ligat berfikir semacam mana nak jawap…


“Aku bukan tidak mahu pergi,tapi tidak reti menari…Mak Yong pun tidak lepas,nak clubbing guane matcha!,” saya menjawap.Ketawa kami pecah berderai….Hahaha.


Sukan dan Wanita


Langit dan Bumi

“Aku dok kisah sal sukaneka ini.Aku enjoy je…tapi ada hal yang aku tidak boleh terimalah!,” ucap kesal seorang sahabat.


“Apa Bende ye yang mung dok leh terima tu?,”saya menyoal dan lantas dia membuang pandangan kepada beberapa orang sahabat perempuan saya.Saya mengangguk paham.


Ia bukan soal sukan tetapi soal etika,akhlak,maruah dan apa yang patut seorang perempuan itu buat semasa bersukan.Yang ada didepan saya hari ini,ada segelintir sahabat yang berpakaian yang boleh saya kategorikan sebagai maut habis.Sendat bukan hanya baju bahkan seluar sampai benda yang menjadi rahsia wanita jelas berbekas.Perasaan sedih itu bahkan lebih perit dan sedih, keadaan muslimat itu menjadi omongan lelaki non-muslim.Saya sebagai seorang lelaki muslim amat terasa,tetapi tidak mampu berkata apa sebab apa yang dia cakapkan tepat dengan sosok didepan saya.Mahu nafi tidak mampu,Mahu marah tiada guna kerana kamu yang membuat kamu...


Saya masih ingat ada satu article yang sentuh pasal pakaian perempuan untuk bersukan sempena Kejohanan Futsal.Begitu ramai orang yang bersilat lidah dan bertomoi hujah.Yang menjadi sasaran kecaman adalah para Muslimat juga.Kenapa ia scenario ini terjadi?


Orang yang jahil tetapi mahu belajar dan diajar semacamana bersukan cara Islam cukup saya hargai,tetapi bila si jahil dan berhujah secara jahil dengan menolak untuk belajar dan diajar adalah jahil murakkab yang saya kira perkataan BANGANG cukup lunak bagi mereka.


“Kalu diam kita tidak tahu,bila bercakap,conferm bodoh,” ustaz Ismail Kamus.


Status Wanita dan Sukan Dalam Islam


Wanita boleh bermain apa-apa pun tetapi biar ia masih didalam landasan kebenaran Allah s.w.t. Kalian boleh berenang,boleh ber”futsal”,boleh berkuda bahkan bertinju sekali pun tetapi perlu sedar Allah telah tetapkan hukum dan batasnya.


Article tidak ada satu perkataan yang mengharamkan dan melarang wanita bersukan,Cuma yang disentuh adalah adap-adap seorang wanita muslimah untuk bersukan.Dan sekali lagi nafsu menguasai diri tanpa sedar mempertikai hukum Allah.


Bersukanlah,akhlak jaga

Bersukanlah,pakaian jaga

Bersukanlah,pergaulan jaga

Bersukanlah,suara jaga…


Banyak betul wanita perlu menjaga.Kerana apa?


Kerana Dirimu Itu Cukup Berharga…Sebuah permata yang berkilau indah bila dipelihara.


Dirimu Itu Cukup Berharga


Kredit buat Abang Ngah

Bicara soal wanita,tidak dapat tidak bicara sama soal lelaki.Saya boleh kategorikan lelaki kepada dua bila melihat perempuan yang berpakaian tetapi seperti bertelanjang ini.


“Cuba ko tengok tu…berbekas cantik ja,agak-agak ko saiz berapa,” suara-suara lelaki nakal.


Ketahuilah sahabat-sahabat wanita yang saya sayang kalian kerana Allah,imaginasi lelaki itu banyak menyesak,seakan mencapai infiniti.Dari bersembang kotor sehinggalah berimaginasikan soal diatas katil dengan modelnya adalah kalian.Sungguh saya cukup malu untuk menceritakan hal ini tetapi sayang saya pada kalian membuatkan hal ini perlu disedarkan,dikejutkan dari tidur. Menyapu dibawah karpet soal ini kerana ia taboo akan membunuh pengajaran.Ia perlu dan wajib disentuh tetapi sentuh dengan panduan IMAN.


Kucing tidak akan pernah lepaskan ikan


“Aku tidaklah baik sangat,tapi pasal apa mereka tidak boleh pakai seluar trek macam aku ni? Aku ni lelaki,pakai longgar,patut perempuan lagilah,” luah sahabat saya tadi.


Ketahuailah jua sahabat-sabahat wanita yang saya sayang kalian kerana Allah,lelaki yang tekad azam dengan memandang maruah wanita diletak disatu tempat yang tinggi itu ada.Kita masih belum tandus lelaki sebegitu.Memandang perempuan sebegitu bukan dilapikkan dengan ayat nakal tetapi istiqfar panjang dengan doa agar kalian berubah.


Perubahan vs Masa


“Aku tau,paham.Aku pun pakai macam tu.Sorilah sangat…tapi tiada kekuatan,” jawapan jujur seorang teman.


Untuk mengharap perubahan total sukar bagi sesetengah orang.Berusahalah kearah itu.Ia adalah cerminan hati dengan panduan Iman.Carilah Allah,insyallah kalian akan dapati Allah begitu hampir pada kalian.Kejarlah masa,khuatir menunggu masa,ajal yang datang menjemput


Dosa kita setinggi gunung,Kasih sayang pengampunan Allah tidak ada bertepi…. Kerana Dirimu Begitu Berharga


p/s: Sambil-sambil layan lagu rock kapak...Wings- Di Ambang Wati...



.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

22 comments:

Anonymous said...

opps..rasanya bukan artikel insoft kot..tapi artikel lain..heheh

Dr Amad said...

Terima kasih atas pembetulan itu...sudah di edit

Nur said...

Salam ziarah..sgt setuju dengan entri ni. Semoga dapat membuka hati2 saudariku. ameen. Selamat berjuang.

Dr Amad said...

Nur Hanisah- Sememangnya ditulis diatas kesedaran dan kasih sayang pada permata-permata Islam ini...

Anonymous said...

salam ukhuwwah dari bumi volgo..jazakallah tuk warkah2 yg dr.amad tulis...penulisan dr amad banyak mengejutkan hati yang tidur dan menggerakkan langkah ini di jalan ALLAH..moga kita terus tsabat atas jalan ini..jangan sia-siakan bakat yang ALLAH kurniakan dalam bidang penulisan ini..sesungguhnya cabang dakwah ini luas..insyaALLAH..
wassalam...

sinar_islami said...

Alhamdulillah...
moga2 benih kesedaran mula tertanam pada diri kita sbgi muslimah..menyedarkn dari lena yang panjg...

generasi masa hadapan bergantung pada pemudi sekarang, maka fikir2 kanlah bagaimana akan terhasilnya generasi yang unggul jika kita tidak mulakn langkah utk berubah...

Dr Amad said...

Orang Volvo-Wslm dari bumi wali songo.Doakan agar idea dan istiqamah saya berterusan...Ada masa datanglah lagi teratak saya ni.

Sinar_Islami- Ana tidak terkejut jika orang yang seksi maut tadi adalah barisan terdepan menentang musuh-musuh Allah.Allah yang boleh membolak balikkan hati... Wanita itu aset Islam,amat rugi jika ia tidak dipelihara dengan sebaiknya

Anonymous said...

Alhamdulillah...kat nizhny kurang masalah ni sbb sini sejuk sampai -40
hehe, saja kacau blog anta :D

Dr Amad said...

wah...ada hikmah Allah campak antum semua di negara komunis tuh..hahaha

Anonymous said...

smoga coretan ni dapat bukakan hati muslimah kita..teruskan usaha anda=)

Dr Amad said...

Kak Ana- Wah kak ana pun mai menjengak teratak saya ni...bila nak mai ganu?nak belajaq ckp utara ni... Apa cerita lani?

Anonymous said...

"Kita masih belum tandus lelaki sebegitu.Memandang perempuan sebegitu bukan dilapikkan dengan ayat nakal tetapi istiqfar panjang dengan doa agar kalian berubah"

insyaAllah..moga Allah buka hati kita dan mereka semua untuk menerima hidayahNya..

tanpa saudara-saudara semuslim, siape lagi yg boleh diharapkan untuk membantu dan membimbing kita..mmg lelaki tak boleh disalahkan sepenuhnya atas 'kepayahan' nak jage mata dan hati zaman skang ni, sbb wanita sndiri yang dah hilang rase malu n 'mempamerkan' ssuatu yg tak patut..

jadi masing2 pn kne berjihad melawan nafsu, yang laki maupn pmpuan..(pmpuan nafsu nak melaram..hehhe)

moga Allah ampunkan dosa2 kita..amin~

Dr Amad said...

Duha-hal ini perlu kedua-dua belah pihak.Lelaki itu tetaplah lelaki walaupun kita campakkan spesis mereka itu ke hujung dunia.Setiap sesuatu ada permintaan dan tawaran.Jadi saudari-saudari perlu hadkan tawaran,sebab lelaki tetap lelaki.Dan suka saya ingatkan,lelaki tidak patut gunakan alasan sbg lelaki untuk halalkan semua itu...Lelaki hapuskan permintaan,wokeh!!!!

Anonymous said...

salam..masyaAllah..very nice article..ermm,,maaf sy nk tanya..mcm mane ye kalau prmpuan tu dh tutup aurat(pakai baju kurung n tudung besar) sebaik mungkin,tp tetap nampak seksi(bg pndgn lelaki)...mcm mane nk buat?xtau nk pakai macam mana dah..sory sbb bertanya lak kt cni..tp sy amat menghargainya jika saudara dpt membantu dgn sdkit pndgn..syukran

Dr Amad said...

Anonim- suka saya memberi pandangan berkenaan hal ini dengan dua hal yang berbeza tetapi ia bersangkutan.

Allah telah mengarahkan hambanya untuk menutup aurat dengan sebaiknya...hal itu jelas.Cuma suka saya bawa hal ini kepada tujuan sebenar kita menutup aurat...Untuk mengelak gangguan lelaki? Benar,tetapi itu hanya hikmah daripada menutup aurat.Kita perlu memusatkan segalanya kepada Allah.Once kita sudah mengikut arahan DIA,hal-hal selepasnya serah kepada DIA.

Orang lelaki lihat kalian seksi dalam pada masa sama kalian telah menutup aurat dengan sepenuhnya.Sekarang tinggal urusan itu hanya Allah dengan mereka.Kalian sudah terlepas.Jika kalian tidak menutup aurat,urusannya adalah kalian,mereka dan ALLAH...

Pada masa sama berdoalah agar kalian tidak menjadi fitnah bagi lelaki...ALLAH CEO,kita HAMBA...Nafsu Serakah manusia pun DIA yang kawal...so mohon pada dia...

Wallahualam...

Anonymous said...

terima kasih di atas pandangan dr amad..alhamdulillah..lega sket..mayb itulah yg sebaiknya..berserah n tawakkal kpd Allah lbh penting..do it to please Allah,not to please ppl..thanks a lot..blog ini sgt bermanfaat..teruskan menulis utk mendidik ummah..semoga Allah memelihara saudara dan kita semua..aminn

Dr Amad said...

Anonymous- Sama-sama...untuk mendapat redha manusia,percayalah ia amat sukar...tetapi berusahalah mendapatkan redha Allah...

Anonymous said...

insyaAllah..

Anonymous said...

great entry..nice reminder..

macam mana ye nak cakap dengan diorang ni..

Dr Amad said...

Hasanah- untuk menyampaikan mesej ini boleh dengan beberapa cara.Melihat keadaan,kemampuan diri dan pelbagai aspek...sedikit perkongsian..

"To deliver the message,be a message"

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

salam ahmad~
testing 1,2,3