Friday, 5 December 2008

Generasi Yang Dicorak

Bila bercakap soal dunia hiburan,dunia secara umumnya diceruk mana pun diterjah dan dilambakkan dengan satu genre hiburan dipanggil program reality tv.Dengan membawa pelbagai tema mula dari bidang masakan,nyanyian,pekerjaan bahkan jodoh.Dan ia meliputi juga dari mula orang tua reta sampailah ke kanak-kanak kecil comel.


Siapa tidak kenal dengan Akademi Fantasia yang mengundang tangisan bila satu persatu dari mereka terpaksa keluar.Program itu juga mengambarkan satu tahap baru nilai hiburan masyarakat melayu khususnya,membelanjakan berjuta-juta untuk mengundi pelajar AF.Sikap hedonism yang melampau,merasuk minda,membuatkan orang melayu tanpa sedar mengeluarkan wang dengan begitu banyak semata untuk hiburan.


“Nak tahu,kawan abah sampai habiskan RM1000 masa malam final AF,”ternganga mulut saya dibuatnya.


“Baik bagi ke aku buat beli camera baru berbaloi jugak,”terdetik didalam hati.


Tsunami AF dengan orang tua sampai ke kanak-kanak.Ini tidak masuk lagi program Malaysia Idol,Mencari Jodoh yang jodohnya tiada langsung.


Itu program reality tv di Malaysia,jika yang diluar negara juga banyak. Dari yang berbasiskan fizikal macam survivor sampailah ke hal yang tidak bermoral.


“She got whole package!,” ujar mak seorang peserta American Idol dengan yakin. Walaupun tidak pernah tidak saya melihat mana-mana orang sekalipun melihat video anak dia membuat persembahan tidak ketawa terbahak-bahak. Begitu pede (percaya diri) mereka itu.


Nasib Kanak-Kanak



“Ikut suka hati aku la,ko mana tau”kata si kecil comel pada Uncle Aznil dalam Tom Tom Bak.Dialog itu disambut gelak ketawa penonton dan tepuk tangan girang oleh ibu bapa si kecil di bangku duduk dibawah pentas.


Kelakar?

Menarik?

Seronok?

Kurang Ajar?


Sikap dan perbuatan dikala kecil adalah cerminan asuhan dan akhlak ibubapa.Kanak-kanak itu putih bersih,jika direndam kedalam dakwat hitam,hitamlah ia.Jika dijaga rapi,putih bersihlah ia.


Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Setiap anak yang dilahirkan adalah putih bersih, maka terpulanglah kepada kedua ibu bapanya untuk menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." - (Riwayat Bukhari).


Itu yang bercakap tiada alas,tidak termasuk lagi kanak-kanak kecil yang dipakaikan baju ketat,berkain jarang,rambut berwarna warni. Inikah generasi yang diharap menjadi mujahid dan mujahidah untuk masa depan?Paling singkat ibubapa patut fikir,agaknya mereka meninggal anak-anak inikan yang sentiasa berdoa memohon rahmat Allah pada ibubapa? Jangan sampai baca al-fatihah pun tidak mampu,mayat terbujur kaku diruang tamu,anak-anak enak menonton tv…Terlahir generasi bangsat kerana didikan ibubapa yang berkiblatkan nafsu.


Didikan Abah Ibu



Saya masih teringat semasa kecil dahulu.Saya,Kak Long dan Abang Ngah boleh dikatakan hidup dizaman sukar dan penuh kepedihan.Selalu badan ini tidur dalam berbirat terkena penangan rotan.Rotan diganti bukan sekali tetapi banyak.Baca Al-Quran salah,rotan.Balik main lambat,rotan.Dapat nombor lebih dari 10,rotan.Abah Ibu amat bertegas terutama soal agama.Itu yang menjadi rutin pun dirotan teruk,saya tidak dapat gambar jika mengucapkan


“Ikut suka hati aku la”


Dahulu cukup terseksa,takut,geram.Sekarang saya cukup bersyukur bahkan semakin mengerti kenapa tindakan itu perlu.Lain keluarga,lain pendekatan.Bagi saya,tindakan ibubapa cukup tepat dengan mengambil semua keadaan.Dengan tujuan untuk membentuk membentuk agama,akhlak dan menyediakan anak-anak menjadi mujahid mujahidah, dan penerus pahala mereka dikala mereka telah tiada.


Rotan Abah,rotan sayang.

Cubit Ibu,cubit sayang.


Sayang dan cinta mereka tanpa alasan mahupun mahukan balasan.


Realiti TV di Indonesia


Kebetulannya saya hanya mempunyai TV selepas pindah ke rumah dari kost.Itupun TV akan bersuara dan bercahaya semasa makan malam dan menonton Extravangaza.


Dibumi seberang ini juga tidak terlepas dari program reality TV.Yang mengajak ke neraka mahupun ke syurga.Untuk sekarang saya mahu menceritakan yang membawa ke syurga,yang semestinya di Malaysia tiada.


Nun si kecil cantik berada dipentas.Memegang mikrofon,melawan gemuruh dalam usaha menyambung mata rantai dakwah yang Nabi Muhammad tinggalkan.Dengan lunak membaca Al-Quran,menghurai ayat demi ayat,berbicara soal islam kufur,syurga neraka,dosa pahala.Tanpa sedar ia mampu menitiskan air mata para juri,penonton bahkan saya.Itu adalah program Pemilihan Daie Kecil (PILDACIL) yang dibuat oleh Lativi.


Putih akan kekal putih bila dijaga dan diasuh.Sesungguhnya Indonesia itu penuh segala suka dan duka,pelbagai ragam dan sikap.Ketahuai Indonesia adalah gergasi yang sedang tidur.Dunia Islam menunggu kalian bangkit mengegar dunia.Lihatlah video ini,kalian dapat menilai kata-kata saya…



Masih Awal

“Syeikh,amboi cakap pasal kahwin,didik anak-anak.Kita ini muda lagilah,”provokasi nakal sahabat-sahabat.


Saya yakin segala sesuatu itu perlu dirancang dan diketahuai segalanya,sebelum melangkah.Setiap langkah larian laju,bermula dari satu langkah awal.Sebelum berumahtangga,sebelum beranak pinak itu masa kritikal untuk mendapat mainframe mengenai soal ini semua.Jangan bila sudah perut Isteri buncit menboyot baru gelabah badak si suami dan bakal ayah cari buku bagaimana didik anak-anak.


Buat si gadis,dalam-dalam ber”dating” pegang tangan di taman boleh menayakan soalan ini pada si arjuna


“Sayang,sayang…nantikan kita nak kahwin,pastu ada anak.Sayang sudah fikir belum macamana nak TARBIAH anak-anak kita?,”agak-agak biru ke tidak muka mamat tu…


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

20 comments:

Ahmad Zulfahmi said...

Setuju2..Dah tengok Pildacil tu.Hebat..Nangis2 si juri bila Seorang peserta bercakap pasal Neraka...
Tapi jangan la lupa gak dalam lambakan Reality Tv yang 'kureng' ada gak yang ok.Such as Akademi Quran,Akademi Nasyid dan sebagainya...

Dr Amad said...

Zulfahmi- Lebih melihat pada impak pada diri dan masyarakat.Akademi Quran,Akademi Nasyid atau Pildacil sekali pun,agak-agak yang sampai dihati manusia,iman atau hiburan?

AF ramai juga yang menangis,tapi tangisan bukan membawa ke syurga...Hayati kata-kata ustaz itu...

Tidak disentuh api neraka,manusia yang menangis kerana ALLAH

nurul88 said...

erm,ana pn buh 1 dlm blog...
suke yg adik Bunga tu bg,sbb die nmpak kecik lg..comey bg pesanan pd yg bergelar 'tokwan'2 dlm 2...org yg masih ada iman..dikurniakan nur dlm hatinya apabila mendengar ayat2 peringatan ttg Allah..ana cakap,tegas tak semestinya hati keras..hatta umar al-khattab yg bengis tu pun bisa lembut hatinya apbila mndengar ayat2 Allah...hati lembut krn masih ada nur..hati keras krn gelap..ditutup karat2 jahiliyah.
apabila hati luluh penuh insaf,mata basah mendengar peringatn ttg Allah..ttg akhirat.bersyukurlah..kita masih memiliki secebis iman,w'pun x blh ditanding dgn Kekasih Allah n para sahabat..

hati keras dihadapan mnusia xpe,jgn hati keras di hdpn Allah..ada ssuatu yg x kena

Dr Amad said...

Nurul- Hal yang sudah jelas.TV di Malaysia patut mencontohi TV disini.Jangan duk sedap tiru cerita "dibawah ketiak isteri" sahaja.Padahal jalan cerita yang dangkal bahkan menghina nilai-nilai rumahtangga islam..

sinar_islami said...
This comment has been removed by the author.
sinar_islami said...

mmm...agaknya mcm mana la generasi akan dtg..
dri byk aspek ana rasa indonesia byk kehadapn..tarbiyahnya..kesedarannya...
MasyaAllah hebat...

Kekadang dari pengalaman dan cerita2 teman2..puas mak ayah yang hajat pada Islam dan usaha tarbiyah anak dia sebaik mungkin ...tapi hancur lepas anak tu masuk ke dalam sistem pendidikn tak pun sebaik shj melangkah ke uni...byk gejala yg tak leh dibendung...mmm kekadang nak disalahkn sesiapa pun kurang pasti..tapi inilah akibatnya jika Islam tak dijadikn kayu pengukur oleh semua pihak...

jahiyah mcm virus..cepat merebak...tak pun mcm parasit...memusnahkn Host...Ya Rabb pelihara kami...

Dr Amad said...

Sinar- Malaysia dan Indonesia masing-masing ada kelebihan didalam dakwah.Jika ditanya secara pribadi,ana optimis Indonesia terkedepan sedikit dalam menyediakan kader-kadernya.Ana punyai justifikasi sendiri berkaintan hal ini.=)

Berkaitan asuhan dan didikan keluarga dalam membentuk pribadi dan sahsiah anak-anak ana rasa ia faktor utama.Tidak dinafikan asuhan cemerlang keluarga,tetapi diakhirnya anak kecundang lantaran faktor luar kuat mengigit.Tetapi ia masih sedikit berbanding rosaknya anak kerana kegagalan keluarga mendidik anak-anak.

duha said...

rncgn realiti kt mlysia mmg makin lame makin menjadi-jadi..nak tiru sgt gaya barat sampai nilai2 murni sume dilupakan..masalahnya yang terlibat mostly remaja yang merupakan aset penting negara n agama '-_-

tapi rancangan tom-tom bak tu mmg tak puas ati..bdak2 kcik die ajar mende2 tak sepatutnye.. menyanyi,begelek,make up etc..(camane laa mak ayah die bole stuju anak die dirosakkan sedemikian rupe, moga diberi hidayah oleh Allah taala)

actually sume bnda ni mencerminkan tahap pemikiran rakyat Malaysia..rakyat Malaysia sgt sukakan hiburan n tak minat pada rancangan2 ilmiah..kalau ade pn mungkin segelintir je~

ade pernah terdengar satu kata2.."kecenderungan/kegemaran rakyat menunjukkan kegemaran pemimpinnya" (no offense) tapi kalau kite tgk dulu2 sewaktu pemerintah islam sangat mementingkan ilmu, menjemput ulama' ke istana mrk dan sebagainya, sewaktu itulah ilmu dan ketokohan ilmuan islam turut maju..sbb bile pemimpin bersemangat nak kembangkan ilmu, rakyat pn mcmtu jgak..

eh..terbebel panjang plak :D

p/s:erm..extravaganza? cam pnah dga je :D

drrazi said...

extravaganza? a'a,cam pnah dgr jee??? hehe...

setuju ngan duha. if pemimpin-umara' berjaya bergabung dengan ulama' untuk memipin sesebuah negara,insyaAllah rakyatnya akan terjaga.

tapi tak boleh la nak tunggu je oranglain je berubah. kita pon kene buat sesuatu yang kita mampu. control apa yang dalam 'circle' kita....

semoga Allah memberi hidayah kepada hamab2Nya yang leka dan melindungi kita dari azabNya. Amiiiin....

Dr Amad said...

Duha- wah dah semakin matang duha lani.Mahu atau tidak,setiap apa yang berlaku disebuah negara bertitik tolak dari dasar sesebuah kerajaan.Hitam katanya,hitamlah.Jadi apa yang terpampang di masyarakat itu cerminan sesebuah kerajaan.Hiburan melampau,kerana kerajaannya membanarkan.

Radzi- ulama dan umara' jika disingkap kembali tabir sejarah amat saling bergandingan.Islam berada dikemuncak dengan ulama lantang memperbetulkan kesilapan kerajaan dan kerajaan terima dengan hati terbuka nasihat-nasihat ulama.

hikari said...

salam ami. slalu jgak jenguk2 join gmex baca blog ami ni. bes3. eh ami, akak rasa cam kenal je bdk dlm pic tu..eisha kan?chomel2..akak siap wat primary photo lg dlm frenster..heheh..hurmm..pening jugak bile blk msia berebut chanel ngn adik..ingtkn nk tgk ape, rupe2nya tom2bak..haish..tergezut tgk kecik2 dh diajar mekap sana, gelek sini, lompat situ...mak bapaknye plak bkn men bangga lg..haish..mmg nk kena rotan jugak adik akak nih..media massa ni plak pengaruhnye bkn calang2..dahla bdk2 zmn skg prefer dok umah tgk tv or men game...nak xnak kite mmg kena 'serapkan' dai di setiap bidang,...hiburan, siaran, etc etc..ceramah2 umum sepertinya tdk cukup utk mengubat masyarakat kita ni...namun bkn senang nk lahirkan director/penerbit/penulis skrip/pelakon/pengacara yg betul2 faham agama...huhu..kerja kita masih terlalu banyak... (*teringin nk ada pildacil gak kt msia...malu sket kt Bunga n Nadia...)

Dr Amad said...

Hikari- Welcome to the club kak hikari...hik3.Saya pun tidak tahu nama baby itu apa.Tapi serius tomey..

Pengaruh kawan,tv dan persekitaran bagi saya faktor kedua dan seterusnya,yang penting peranan keluarga.Mak ayah,abi ummi,ibu abah perlu memainkan peranan dalam mencorak pribadi anak hatta dalam pemilihan channel tv sekalipun.

Tugas kita banyak,jadi jom!!!

ateeqa Y. said...

sy just tergelak sendiri when read the last paragraph of diz entry...

but..that is the fact right...tak ramai yg bleh kuarkan soalan gi tu... sigh

Dr Amad said...

ateeqa Y-Tidak ramai,tapi apa salahnya saudari mulanya dlu...hik3.Stroke mamat tu...

~NaiM~ said...

a'ah la. tu eisha. glamer rupenye dak kecik tu! haha. btw cane eisha ade kat sini ek?

Dr Amad said...

Naim- ada entah siapa kasi...dan budak tu comel.Sal tu saya suka ltk...btw,eisha tu siapa?

~NaiM~ said...

anok sdare. hehe. aritu cikgu taman asuhan ye suruh nari ngan nyanyi tuk persembahan akhir tahun. pahtu ye kabo ke cikgu,

"cikgu2, daddy x bagi nyanyi2 ni. daddy x bagi joget2 ni".

haha. agok2 buleh dok masuk pildacil? ;p

Dr Amad said...

Naim-Oh anak sedara...maap le,ltk gambar dia tidak mintak kebenaran...

Wah,eisha ada bakat tu..ini br dipanggil anak DUMEX...=)

~NaiM~ said...

haha. cool je
btw balik bandung kekgi kem salam ke gapo n koleh deh

Dr Amad said...

Naim-Owh geng koleh dan gapo leni...naim ni lelaki ke perempuan?kekok nak panggil....