“Adakah kehidupan sebagai pelajar perubatan sesibuk ini?”
Dengan kuliah dan tutor yang lama dan panjang berderet ditambah pula dengan aktiviti luar.Kerana itukah saya bahkan kawan-kawan sibuk?
Sejak dari masuk tahun ke-3,ia kesibukan itu seakan tidak pernah surut bahkan tiada tanda mahu surut.
“Rasa-rasanya orang lain lagi sibuk,lagi banyak komitmennya pada sesuatu hal,” antara monolog dalaman yang sering saya berbisik pada hati.Ingin benar memujuk diri.
Waktu Santai Itu Membunuh
Jika orang yang banyak komitmen,pengurusan masanya bagus,ibadahnya terjaga,belajarnya terurus bahkan tanggungjawap tidak pernah terabai.Tetapi disatu sisi lain,sering saya bertemu insan yang waktu lapangnya banyak,tetapi kehidupannya tidak tenang,ibadah tidak terjaga,belajarnya cukup-cukup makan.Ia berputar 360 darjah.Kenapa ia terjadi?
Waktu lapang itu membunuh.Ia membunuh jiwa seorang pelajar,ia membunuh jiwa seorang daie,ia membunuh jiwa seorang yang bergelar HAMBA kepada Allah.
Tidak perlu pergi jauh dan tidak perlu lihat orang lain,amatilah diri sendiri.Contohya,selesai habis peperiksaan
“Jom keluar tengok wayang,main pool,meronggeng kat mana-mana,release tension sikit la,” ajakkan yang sinonim yang diungkap selepas habis peperiksaan.Bagi saya secara pribadi,kita bahkan saya berhak untuk itu(walaupun tidak pernah main pool).Dengan waktu peperiksaan yang menegangkan,penuh dengan tekanan,jiwa dan badan kita ada haknya.Tetapi yang menjadi persoalannya,kelangsungan masa santai itu…
Satu hari,berlanjutan
Dua hari,berlanjutan
Seminggu,berlanjutan
Bahkan ia kelihatan tiada hentinya.
Berhibur sampai melupakan hak kita pada Allah,pada agama,pada tujuan sebenar kita diciptakan.Mendapat sedikit masa untuk release tension itu bonus,bahkan amat saya dambakan,tetapi cara berfikir berhibur dan release tension yang berterusan tanpa henti adalah “AJARAN SESAT".Bukan sesatnya aqidah tetapi sesatnya pemikiran.Ubatnya kekadang tidak berkesan melalui ORAL,patut diberi secara RECTAL.
Sibuk Itu Satu Beban?
Adakah sibuk satu beban? Satu persoalan yang sukar dijawap.
Benar pun ada
Salah pun ada.
Ia tergantung pada cara pandang kita terhadap tugas itu sendiri.Menjadi beban,jika dibuat secara separuh hati,dipaksa.Mungkin kerja yang mudah dan senang,tetapi kerana hati dipaksa melakukanya,jiwa menjerit kemurungan,tugas itu boleh sampai dilihat seolah-oleh mengangkat satu bongkah batu besar menggunakan kudrat badan.Menyeksakan,letih bahkan bosan.
Bila masa tidak ditepati,janji hanya tinggal janji,tanggunjawap dibangkul sampahkan,kita perlu tanya diri kita kembali kerana apa perlu kita buat semua itu?
Kerana Allah?Allah tidak mengajar kita khianat pada masa.
Kerana Persatuan? Persatuan tidak berminat ada AJK yang khianat pada tanggungjawap
Kerana Kawan? Kawan pun tidak suka berjanji hanya tinggal janji.
Kerja Itu Ibadah
Rasullullah s.a.w sering berpesan kepada kita setiap apa yang kita lakukan akan dipertanggungjawapkan.Tugas sebagai HAMBA,tugas sebagai anak,tugas sebagai rakyat dan sebagainya.Bahkan soalan dikubur ada ditanya berkaitan masa dan tanggungjawap.Tidak mampu akan kita jawap
“Lu pikirla sendiri,Assalamuaikum!,” berani jawap macam itu?.Ngeri akibatnya…
Perkuburan di Damascus,Syria (kredit Abang Ngah)
Bila ia berkaitan dengan dengan syurga neraka,dosa pahala,kita perlu melihat setiap yang kita lakukan adalah sebagai ibadah.Ibadah ada niatnya,ada syarat sahnya,ada rukunnya.Runtuh salah satu,fatal akibatnya.
Seorang daie yang teruk pengurusannya masanya,perlu bertanya kembali kepada perlu ia buat semua itu?Kenapa perlu berdakwah?Sudah benar tindakan itu disisi syarak?Adakah me”longkang”kan hal-hal ini dikira sebagai ibadah?
Hanya solat,berpuasa,baca Al-quran hanya diiktiraf sebagai ibadah?Tepati masa,janji dan tanggungjawap itu bukan ibadah?
Bila kita membuat sesuatu kerana ibadah,sibuk sudah semestinya,tetapi hati kita puas.Masa yang sedikit buat diri,umpatan dari orang bebal,tidak berbekas,fitnah yang tiada henti,seolah irama lagu yang asyik bagi kita.Kita yakin,apa yang dibuat kerana DIA, dikejar bukan sekarang yang ada hentiannya,tetapi akan DATANG yang kekal abadi.PAHALA dan SYURGA…Ia sudah mendamaikan.Cukup meredakan rentan hati.
“Semua kroni yang dia amik,” ingatlah bila ia menjadi fitnah dan umpatan,tanpa sedar telah merintis jalan dan menempah bilik di NERAKA.
“Luruskan niat dan terimalah ia sebagai ibadah kepada-Mu”
Berbeza
Secara jujur,ada segelintir insan yang saya begitu kagum.Mereka itu biasa-biasa, “huha-huha” tetapi mahu pada agama tiada bertepi.
“Aku mahu berubah,tapi first step awal ini nak pakai topi dulu,boleh tak?,” tanya teman. Saya yakin,kalian mahu berubah kerana Allah,berusaha untuk berubah,ia didalam usaha mujahadah,ia diniatkan sebagai ibadah,insyallah ada ganjaran pahala walaupun sekadar bertopi sudu.
Jauh dilubuk hati,saya berdoa agar hidayah Allah dipercepat,dan juga jangan dihadirkan ajal disaat kalian perlukan masa untuk berubah.Berinteraksi,berkongsi bahkan menegur insan semacam kalian lebih saya kira menyenangkan dari insan yang hadisnya hafal,al-quran usah ditanya.Tidak semua tetapi ada segelintir keras membatu jiwanya.
Disaat,para orang yang paham agama enak tidur,yang biasa-biasa,melawan nafsu tidur,membasahi anggota badan mengambil wuduk,cuba mendekatkan diri kepada DIA.
“Biar betik,ada orang macam itu,”seakan tidak percaya.Saya yakin ada,bahkan kenal siapa gerangannya.
“Lebih mendamaikan menasihati orang yang ‘huha-huha’ tetapi mahu pada agama,dari orang tau agama tetapi mahu lari darinya,” luah seorang insan yang cukup saya kagumi.
Buat saya dan teman mari kita hayati dan renungi peringatan Allah ini
“Ingatlah,kamu adalah orang yang diajak untuk menginfakkan (hartamu) dijalan Allah.Lalu diantara kamu ada orang yang kikir,dan barangsiapa kikir maka sesungguhnya dia kikir terhadap dirinya sendiri.Dan Allah-lah Yang Maha Kaya,dan kamulah yang memerlukan.Dan jika kamu berpaling (dari jalan yang benar)Dia akan Mengantikan (kamu) dengan kaum yang lain,dan mereka tidak akan (durhaka) seperti kamu” (Surah Muhammad: 38)
Kita mahu yang DIGANTI atau yang MENGANTI?
“Lu pikirlah sendiri,Assalamuaikum!!!”
.:Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.
8 comments:
hmm...terlupa nk cakap credit to nabil raja lawak ek? hehe...tp memang btul pon,if xberfikir,xpatot pon jadi manusia....
manusia dijadikan untuk berfikir! golongan ulul albab! semoga orang yang cuba mendekatkan diri pada agama akanterus dirahmati dan dilindungiNya. amiiiin....
drrazi- ulul albab? erm lagi familiar dengan nek bad( kueh manis disira dengan gula.ada waktu pose jah) dan ape lagi ahmad albab lee....
nak tambah sikit..Hidup ni tujuan biar jelas.Biar berbaloi..Apapun jenama persatuan atau jamaah anda,pastikan tujuan akhir itu jelas.Bukan untuk kehebatan persatuan semata.Biar orang kenal,orang tau,top 3 dunia ke pe,tu benda kedua atau ketiga.. Yang penting,kita sebagai 'pelakon' di pentas bumi ni,ada 'director' di atas yang menilai,memberi ganjaran dan pulangan..Ni yan paling penting.Setiap kerja hendaklah keranaNya..
Zulfahmi- bila bercakap soal pelakon dan director,tidak lepas dari skrip.Skrip yang disediakan oleh director,dan mahu tidak mahu pelakon perlu ikuti.Jika jadi pelakon,tetapi skrip tidak ikut,degil,buat kepala sendiri,director akan kata...
"Cut,u get loose,berambus..%&*^*^!%@$!!!," mahu Allah cakap semacam itu kata kita.Nak duduk mana lagi kita ni...
masa lapang memang merosakkan..kalau terlalu relax bole menyebabkan lalai n leka..
example yang senang, bayangkan kalau kite dapat kerje umah yang kene hantar esok, mesti betungkus lumus malam ni nak siapkan walaupun sebenanye banyak keje lain yang betimbun-timbun..tapi kalau laa due date keje umah tu mggu depan..mesti kite tangguh2 walaupun tak banyak keje nak buat..smpai last2..keje tu kite siapkan sehari sebelum jugak..betul tak?
erm..memang betul,kadang-kadang golongan "hu ha" ni kalau bab2 nak berubah dan mendekati Allah derang lebih bersemangat n bersungguh-sungguh..kadang malu pada diri sendiri sebab selalu sgt terleka '-_- moga Allah merahmati kita semua and sentiasa melimpahkan rahmat serta hidayahNya..
Duha- Syukran kerana menambah nilai article ini. Amin...
Terkesan apa yang igin disampaikan..
Teringat kata2 Dr 'Aid Abdullah Al-Qarni..
BUnuhlah masa kosongmu..!!
kerna kalau dibiarkan akan pincang hidup muslim..
Dan utk sentiasa membina keyakinan padaNya sbg the Only having autority on us..satu mujahadah ana kira...dan hidup ini tak de nilai jika kita mudah merasakn diri cukup dan memandg rendah org lain..
sure sgt kah kita ni amal Allah terima..
entah2 yg lebih hajat tu Allah pandangkan..Wallahu'alam.. Ya Rabb permudahkn kami
pepatah arab mengatakan,
"orang yg byk masa lapang akan dibunuh oleh masa lapangnya itu...” seperti air yg x bergerak, akan rosak disebabkan kestatikannya itu..
duduk tempat yg sama,ulang benda yg sama tiap hari,tiap kali...buang masa..tanpa perubahan langsung....mmg akan bawa mcm2 'penyakit'..
al-waqt ka as-saif...masa ibarat pedang,kalau kita x mmotongnya,dia akan potong kita..
nak release tnsion blh..tp pilihla yg betul...jgn smpai melaghakan diri..hidup ni x lame..=)peringatan bersama
Post a Comment