Alhamdulillah,Ucap cinta dan puji bagi Allah untuk sekian kalinya dengan sifat rahmat dan penyayang,pelajar UNPAD buat kali kedua berjaya mengajurkan program qurban bertema “Qurban Demi Cinta”.Selawat dan salam buat Rasulullah kerana tidak penat lelah Baginda,kami mendapat nikmat yang paling terbesar iaitu Iman. Saya cukup pasti,bila kami tidak diberi nikmat iman dan Islam,kami tidak akan berkumpul di Puri Alpina,memuji dan mengagungkan kebesaran Allah.Doa dipanjatkan para sahabat,tabiin,tabit’tabiin dan semua penerus mata rantai dakwah Rasulullah,dengan air mata dan darah kalian,kami masih mendapat merasakan nikmat iman.
Saya selaku pengarah program qurban tahun ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap insane yang sudi mengeluarkan wang untuk masuk bahagian qurban tahun ini.Suntikan sifat persaudaraan,membuatkan kita tergerak untuk sama-sama untuk berkongsi nikmat Allah dengan sahabat-sahabat seagama kita diseberang laut ini.Semoga qurban kalian diterima Allah.
Kepada PKPMI,KUBI dan IMAN ucap terima kasih juga kerana sudi meringankan dan melicinkan perjalanan majlis.
Buat semua ahli komiti qurban,mula dari MT sampailah ke AJK,saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluang masa,wang,tenaga dan memberi komitmen yang penuh untuk memastikan program lancar.Insyallah,jika kita ikhlas,masa yang habis,wang yang dikeluarkan,tenaga yang dijana akan digantikan oleh dengan syurganya.Ikhlaskan diri kerana ia salah satu syarat amal kita diterima Allah.Sungguh saya kagum dengan kesungguhan kalian.Saya sayang kamu semua kerana Allah.
Buat sahabat-sahabat yang sudi datang menjengah bahkan sudi membantu kami,saya doakan ia diterima sebagai amal soleh oleh Allah.
Semoga untuk tahun kehadapan program ini bukan sahaja menjadi tradisi pelajar Malaysia di UNPAD tetapi lebih dari itu. Kita perlukan TAKWA..Hayati firman Allah ini:
“ Daging (haiwan qurban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah,tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan kamu” (al-Hajj:37)
Saya juga ingin memohon maaf jika ada kiranya ada terkasar bahasa dan tersalah tutur bicara semasa menjadi pengarah program qurban kali ini.Jika ada sebarang teguran,kritikan,penambahbaikan boleh diajukan terus kepada saya.Saya yakin jika hal ini hanya dibincang dikamar-kamar kost,didalam tandas,dipinggir jalan tidak mengubah apa-apa bahkan menjadi dosa.
Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar…Wa lilla ilham
Gambar-gambar Sekitar Majlis Qurban
Merenung masa depan
Menunggu giliran
Besar-besar!!!
Pak cik wakilkan kepada Amad
Bismillahi Allahuakbar
Biro Logistik
Potong bawang
Terik ekor molek-molek
Biro paling horor...Pemotongan
Qurban demi CINTA
Muslimat
Baju biru...eee geli khaleyyy
Biro Kebersihan...Terima Kasih
p/s: Sesiapa yang berminat memiliki gambar-gambar sekitar majlis qurban boleh dapatkan Complete Series boleh dapatkan dari saya.Pastikan pendrive anda bebas dari dihuni VIRUS>
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
23 comments:
salam eidul adha dari Malaysia ;)
ilmu sembelih tu yang daripada sester dulu ke, atau ade belajar laen plak untuk binatang saiz besar? Owh ini soalan serius :D
Hasanah- Kenangan sembelihan di Sester hanya burung puyuh,kuat sikit kepala putus.Datang sini ada buat sembelihan dengan ayam.Qurban ini up skit pengalaman dengan sembelih kambing...(Jawapan serius...hehehe)
cepat btul da post blog..
ni msti excited nak ltak gamba smbelih kambing tu..heh..
em..nanti boleh amek gamba2 lain plak :D
Duha- ada apa pun.Just upload gambar je pun.Lagi excited nak ltk gambar adik-adik biro kebersihan...hehe.
Kalau nak pic boleh je...1000rp sekeping...wakaka
salam amad..
alhamdulillah program anda berjaya..
namun masih ada beberapa perkara yg boleh diperbaiki utk menambah kualiti program...
tanya2 kn pd rakan2 komen dr mereka...
sy doarkan anda berjaya....
p/s : ayam dan hujan harus diambil kira pd masa hadapan..
Anonymous-Wslm...
Untuk mengatakan program saya adalah tidak tepat rasanya.Ini adalah program pelajar muslim disini.Tiada program saya,tiada program PKPMI,tiada program KUBI,tiada program IMAN. Saya hanya pemudah cara sahaja.
Berkenaan penambahbaikan,baik jikanya saudara/i oleh sama-sama kongsi.Mungkin ada sisi yang saya dan kawan-kawan yang terlepas pandang.
Soal hujan dan penambahan khemah,satu cadangan yang bernas untuk akan datang...
salam..
erm,nnt nak gamba..tgk gamba org je la..
tau gamba sndri sure xde..he.lgpun cantik je gamba2 tu..terang lagi bersuluh=p
mabruk kpd smua..moga diberkati usaha kalian
maaf x dpt join tlg2 dr awal...smpai akhir..
ade hal yg xdpt dielak=]
pegi kejap je.pagi 2 pun,smpat tgk lembu sekor disembelih..n kambing2 tu..lembu sape smbelih ek?x nmpk lak sape tkg smbelihnye
tahniah sembelih kambing 2 sendiri.brjaya ubah pandangan ana kt ikhwah m'sia..ingt xde yg berani=)hee..[cabaran kpd kaum adam yg len] lain kali nk tgk ikhwan lain pn leh sembelih qurban..trmasuk lembu.kan lbh afdhal...ws
Nurul-Conferm la gambar nti xda...orang duk kalut potong bawang,nti cabut.Tapi paham la,ada xm kan esoknya.
Tahun sebelumnya,kita ada wat praktikal sembelih ayam...entah tahun ini Gapo nak wat ke idak.Sebab yg sebelum-sebelum ini,muslimat sendiri dibagi sembelih ayam.Amik pengalaman...
Nak gambar,bg pendrive la.Ana xda provide tang tu...
Syukur Alhamdulillah selesai sudah majlis Qurban dgn jayanya..
besh2..wlaupn penat bsuh pinggan..hehe( walaupn sbenarnya x bnyk bsuh pinggan pn, =) dok tgk org bsuh jer..)
Ingatkn xde wakil ikhwan yg nak sembelih haiwan qurban, tup2 abg amad yg sembelih kambing..bgus2..
moga2 ibadah kita diterima Allah..
syabas....
Bella- Basuh pinggan pun mantap jugak...Kalu idak,makan alas tangan la deme tuh.Tp yg recycle cawan aje kan..hehe.
Angah-Syabas diterima...wakakaka
bagus2.....cepat pengarah upload gambar..saya selaku biro masakan memohon maaf kalo banyak kekurangan makanan & rasa..majulah MGC demi anak msia di Nangor..haha
----MGC forever---
Anonymous-bab masak ok je..cuma banyak lebih..waaa.Tetapi MGC tetap menjadi pooojaaan hatiku..wakaka.
"Weh,tebako bulu kaki aku" dialog sape entah
amboi nurul88, ni bukan cabaran dah ni, ni penghinaan dah namanya ni....ikhwan lain tak berani? aduhh...takkan fahmi sorang 'berpeluang' sembelih haritu dia je berani orang lain tak??? yelah,yelah,ikhwan kat bandung ni fahmi sorg je berani....yang lain sume takut. ee,darahla. takot2....tak mo sembelih,takot.....
drrazi-Gasak la kome berdua...maleh den nak layan.
huhu dr.razi..trase ke..
maap la ye..xde niat nk mghina pn...mmg nk mncabar.xpe2..hope org laen dpt pluang pasni..x kata pn dia sorang brani~~~huk3..
ada 3 kambing hr 2,len kali amik la satu..akh amad,len kali bg pluang kat akh razi naa...conquer sorang2 lak..[nada memujuk]hehe
rasa bersalah plak,huhu..maafin ya~
Nurul- hehe...pujuk le orang tua tu.Nak kasi gak kat org,tapi semua duk jauh.nak pass pisau cmna...Lagipun benda ni bukan mcm potong kek burfday..boleh pegang ramai-ramai pisau tu..wakaka.Sebenarnya,ramai ikhwan2 ni pandai xtunjuk je...Udah-udah la merajuk,buruk bebenor ghupe ye..
hebat hebat..siap ada design baju..
meriah nampak gayanya..
dan paling penting siap sembelih sendiri tu
Sinar- Soal baju kredit pada pereka design dan pengurusnya,Gapo...
Tahun ni xdey nak meleh kambing.Tahun lepas de gok lar sekor...Mengikut kata presiden CGC,Anep,tahun depan Insyaallah setiap ahli CGC korban sekor kambing sorang.Sendiri potong...:-)
Zulfahmi- Idoppp CGC...Sendiri cari,sendiri pelihara,sendiri pereboh,sendiri sembelih,sendiri melapah,sendiri siang,sendiri makan...hohoho.
owh gitu. Memang kena upgrade ah ilmu kalau nak sembelih yang besaq lagik! heh.
setiap perkara dalm dunia takkan reach perfection, mesti ada kurang memana, dan jadi tanggungjawab orang sekitar terus menegur dengan berhikmah.
Kita takkan tau mana perlu dibaiki selagi orang cuma katakan ada silap tapi tak nyatakan apa :D
sebab tu pentingnya post-mortem program, aite ahmad?
I love the part when u use we..yelah, bukan program aku, bukan program kamu, tapi program KITA :D
till then
Hasanah- Yup,u get the point.Saya sering terjumpa insan yang kata itu dan ini salah.Tetapi bila diminta kedepan,seganlah pula.Setakat berdiam diri bahkan ada yang lebih teruk sekadar bunyi belakang ia tidakkan mengubah apa-apa.Kesalahan si penganjur tidak dapat diperbetulkan,dosa pula yang kita raih.
Post-mortem tu insyallah akan dilakukan,tetapi masih mengharap teguran pandangan orang bukan AJK..
Post a Comment