Sambil membelek-belek jersi yang berwarna merah dengan berlambangkan bulan sabit dan bintang berbucu lima.
“Ibu,macamana keadaan orang Turki sana?Teruk ke tidak?,” soal saya pada Ibu tercinta usai dia sampai ke tanahair dari Turki.
Di tangan saya,ada jersi bola negara Turki yang tertulis nama pemain bola yang cukup gah,Hasan Sas.
“Owh,ami nak tahu tak.Ibu terkejut sangat tengok orang sana.Kalau kita ikut travel package biasanya ada sorang incharge bawa pelancong.Yang bawa ibu ni perempuan tau,cantik sangat Islam lagi.Tapi yang sedihnya,lidah dan pusat siap bertindik lagi tu.Ibu ada tanya,apa yang dia tahu pasal Islam,dia hanya tahu sebut Allah dan Muhammad sahaja,” melopong saya mendengarnya.
“Semasa ziarah masjid yang super besar dan cantik,Masjid Biru. Si perempuan ni ambil selendang letak atas rambut,tapi pusat terjeler keluar,” ketawa besar saya mendengar sambungan cerita Ibu.
Sirah Sahabat dan Kegemilangan
Melihat kembali sejarah Turki,hati saya bercampur baur.Ada sejarah yang memahat agung dijiwa dan ada sejarah yang membuatkan hati saya dihiris pilu. Disana adalah tanah yang bersemadinya jasad sahabat Nabi yang agung, Abu Ayyup Al-Ansari
“Kuburkan aku ditengah-tengah musuh sejauh mana yang boleh kamu pergi.Hendaklah aku ditanam di kota Constantinople,supaya suatu hari nanti tentera Islam berjaya menawan kota Ini,aku dapat mendengar bunyi tapak–tapak kaki kuda tentera Islam diatas kuburku,” ucapan Abu Ayyup Al-Ansari yang cedera parah dan ditanya oleh sahabat-sahabat Nabi yang lain apa yang perlu mereka buat.
Batang tubuh Abu Ayyub Al-Ansari diangkat dan tentera Islam merempuh masuk kedalam medan peperangan yang berkecamuk laksana singa yang garang rindukan syahid dan akhirnya,jasad beliau dapat ditanam dipinggir tembok kota Constantinople.
“Pasti kota Constantinople akan dibuka,dan sebaik-baik ketua adalah ketuanya,dan sebaik-baik tentera, tenteranya” ( Riwayat Ahmad dan Hakim)
Dari satu percubaan ke satu percubaan untuk membuka kota ini,sampailah kepada ketua yang terbaik dengan bala tentera yang berbaik.Sultan Muhammad Al-Fateh.Dengan bekal syariatullah yang amat dititik beratkan,ditompang sama dengan sunnahtullah yang tidak disisihkan sama sekali.Akhirnya kota itu dibuka.
Allahuakbar bergema diperusuk kota…
Pasca Pemerintahan Mustafa Kamal
“Saya pun pelik,kenapa ramai orang panggil Mustafa Kamal Ataturk.Ataturk ni bapa pemodenan.Mustafa Kamal bukan bapa pemodenan Turki.Ini bapa pelingkup Turki,” ucap Ustaz Ismail Kamus yang masih segar dalam ingatan saya.
Sistem Khilafah Islam dihapuskan bukan sekadar sistem bahkan usaha menghapuskan Islam dilakukan dengan mencabut akar-akarnya sekali.
Azan ditukar kepada bahasa Turki
Pelarangan hijab bagi muslimat (muslimat kita patut bersyukur soal ini),
Masjid ditukarkan kepada muzium.
Tidak lain tidak bukan,ingin menghapuskan Islam sampai ke akarnya sekali.Diruntuhkan system Islam yang agung,dan diganti dengan sekularisme yang mencekam. Akhirnya mati didalam,kemurkaan Allah.
Pilu bila diingati sejarah ini.Bermula dengan lakaran hebat oleh pemimpin Islam yang agung dan dihapus dan dihina sedemikian rupa oleh insane yang bernama Mustafa Kamal.
Turki,Sekularisme dan Strategi
Recep Tayyip Erdogan
“Kita akan terus mendukung pelembagaan sekular Turki!,” ujar Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan selepas parti AKP mendapat mandate besar dari rakyat Turki.
Jika kita,mengambil “surface” kenyataan ini akan timbullah ungkapan dan ulasan yang sinis dan bersifat menghukum.
Apa yang menarik yang berlaku sekarang di Turki,wanita sudah dibenarkan berhijap di kawasan umum dan di bangunan pemerintahan.Islam terus berkembang dan tidak lagi dikongkong.Corak pemerintahan telah membawa satu imej yang bersih,yang punyai integrity yang mantap.Natijahnya,telah berjaya membawa keluar Turki dari kancah inflasi yang maha dahsyat.
Sekular memisahkan agama dengan pemerintahan.Urusan agama tidak boleh dicampur sama dengan pemerintahan.Dan juga,urusan pemerintah itu juga tidak boleh masuk campur soal agama.Itu yang ditafsirkan oleh AKP berkaitan soal prinsip sekularisme.
Jika dilihat apa yang terjadi kini,masih adakah insan yang ingin kata
“Owh,sekular.Kafir ni!”
Cara Pandang Amad Diubah
Sejujurnya,jika ditanya apa tanggapan yang boleh saya nyatakan pada Turki pada scenario awal tadi.Saya mudah mengatakan Turki ini sebuah negara sekular tegar,yang kuat menentang dan menghapuskan Islam.Tanggapan itu terus berlangsung sampailah saya kenal Ustaz Hasrizal.
Turki boleh dikatakan negara kedua bagi dia selepas Malaysia.Melalui penulisan,ceramah dan perbincangan secara langsung dengan beliau,menyebabkan cara pandang,cara fikir dan cara nilai berkaitan negara Turki ini berubah.
Penulisan beliau banyak saya baca dan renungkan.Cuba mendapatkan manfaat dan maksud disebalik article-article beliau.Dan saya berani berkata,bahawa Turki bukan seSekular yang kita gambarkan dan amat yakin,Insyallah sinar Islam itu lebih bersemarak dinegara antara dua benua itu.
Sidang Davos
Pagi ini saya bangun,sambil melihat akhbar-akhbar online.Sungguh mengujakan dan meremang bulu tekuk saya.
“PM Turki meninggalkan sidang Davos selepas menyelar Israel!”
“Hamas hails “courageous” stand of Turkish premier”
Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan akhirnya membuktikan bahawa beliau adalah pemimpin Islam yang Islam.Islam yang reality berbanding Islam ilusi ditanah Arab sana.Kepulangan beliau,disambut hebat oleh rakyat Turki,laksana pewira yang pulang dari peperangan.
Turki adalah tempat bersemadinya jasad Abu-Ayub Al-Ansari
Turki adalah tempat dijanjikan Nabi dengan sebaik pemimpin,Muhammad Al-Fateh
Turki adalah tempat empayar Islam yang agung memerintah 2/3 dunia.
Zappp!!!
Pedang Sultan Muhammad Al-Fateh telah membelah khemah ulama penasihat beliau,Syeikh Syamsuddin Al Wali.Dengan perang yang berkecamuk dan keinginan yang tinggi untuk membuka kota Constatinople,Sultan Muhammad tegang dan memerlukan nasihat ulama itu.Tetapi diam tanpa jawapan.
Dilihatnya,Syeikh Syamsuddin Al Wali bersujud dengan linangan airmata meminta petunjuk dari Allah s.w.t.Beliau bangun dan…
Seeru ala barakatillah!!!
(Berangkatlah diatas keberkatan Allah)
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.
18 comments:
Sejujurnya,Endorgan seorang yang hebat,prinsip dipegang..
Kadang2 terpikir bila dah di akhir zaman ni,seseorang boleh menilai tindakan ini dari aspek yang negatif..
Retorik la,perjudikan nasib Turki la...
Endorgan sudah,kita bila lagi???
;-)
Zulfahmi- Prinsip dan strategi...hanya orang yang pandangan jauh dengan iman menjadi pegangan dapat mengharmonikan dua faktor ini.
Jika Abu Ayup dan Muhammad Al Fateh terlampau jauh untuk digapai,Erdogan pun jadi daaa....
salam buat kamu yang sudah mengubah cara fikir ^^
moga kebenaran akan terus menyelinap dalam hati2 sekalian manusia....itulah tanda bantuan dan janji Allah hampir tiba...insyaAllah ^^
Damai-Wslm berfikir...
Amin,sesungguhnya pertolongan Allah itu Maha dekat...
hurmmm...
sirah Abu Ayup Al-Ansari, memang sangat mengharukan...
semoga kita dapat mencontohi beliau...
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan memng hebat.
berani dan berstrategi..
Nabila-Sirah dinaqalkan bukan sekadar diceritakan dari satu generasi kepada satu generasi.Sejarah yang hebat,bukan sekadar diceritakan tetapi diambil iktibar dan pengajaran darinya...
Kalianlah bakal Abu Ayyup Al-Ansari
Kalianlah bakal Muhammad Al Fateh
Kalianlah bakal Recep Tayyip Erdogan
ye..Muhammad Al-Fateh..
saye mmg minat sejarah dia!
moga akan lahir lebih ramai lagi pemuda n pemudiiyg mmpunyai fikrah,tarbiyah,azam dan semangat macam beliau dan para pejuang islam yg lain..amiin~
salam..got the point..
terkejut juga~hebat tindaknnya..bijak bertindk dari berkata lebih bermakna..kita kena ada action dh skrg not just react for an issue..tak de manfaat..at least dis incident bukak mata 'musuh2' disana..umat islam tkkan diam kalau dicabar..
Alhamdulillah ada juga post berkisar psl ini..
kalau tidak tak tahu la ana~jauh dri techno as dekat ngan nature~
ps::dh dkt ngan turki..but kena la tgu lain hari~saving
Duha-Amiin..Tarbiah,tujuan yang jelas,prinsip yang menunjang kukuh,strategi yang tepat...iA kemenangan dipihak kita..
p/s: Jangan lupa bateri jam saya..hik3
Sinar-Jauh dari techno dekat dengan iman dan Ilahi...pejalanan yang membina iman tu...saving2 la...lain kali boleh pegi tempat,tanah tumpah darah Abu Ayyup Al-Ansari..
^-^ baik dr amad..
teruskn usaha2 antum dcna..
teruskn merancg..kebenaran yg tak terancg blh dikalahkn dgn kebathilan yg terancg..insyaAllah shbt2 nusantara mampu
salam..
muhammad al-fateh berjaya membuktikan bahawa syariatullah dan sunnatullah perlu bergerak seiring dan inilah strategi terpenting yang membawa kepada kegemilangan, namun gagal dijadikan pedoman buat umat kini..
moga kegemilangan islam dapat dikembalikan dan edrogan telah memulakn dan perlu kita ikuti~
Chal-Dua aspek yang amat penting untuk diambil kira...syabas,melengkapkan lagi article ini
Salam...
Tumpang glamer keluar muka kat amadanaksoleh.blogspot.com
Terima kasih :)
Wslm...dah mike wat kuor muke teman di SIO,teman kene balas la...hik3.
Guane gamok Perak tu?pening ambe mikior...(Perak+ Kelate+ Ganu)
huhu..hr tu try bg komen asal x leh ek..hrp2 yg ni blh
Erdogan..itulah keberanian sebenar.yg benar tetap dibenarkn..
sejarah sering mengajar..mmg sjarah itu wujud utk direnung,difikir,diambil iktibar..utk kehidupan kita skrg yg smakin mncabar..biar kita tahu asal usul kita,bukan hanya sejarah salasilah keturunan kita,tapi yg pnting asal usul Islam itu diperjuangkan.biar kita x kufur dgn nikmat ISLAM yg terbesar ni.spaya kita turut brusaha mperjuangkan Deen ni.
inginkan semangat mereka~~~
*ada org letak nama kucing die Edrogan,huk2
Nurul- Entah la kenapa,aritu si Radzi pun duk ngomel yang dia tidak boleh komen.Mungkin deme tu detact komen antum as spam kot...huhu.Ana dah matikan perangkap spam tu.Harap-harap oklah nnti...
Huhu..nasib baik bg nama Erdogan,kalu letak nama Amad,ku cari,ku luku sorang2...=)...haha
Post a Comment