Wednesday, 21 January 2009

Ketuanan Melayu vs Ketuanan Islam


Saya mendapat email dari seorang sahabat dan rugi kiranya saya tidak memperpanjangkan di jawapan itu di blog ini.


salam....


sekadar ingin bertanya....

apakah pandangan islam tentang aspek ketuanan melayu dan adakah perkara tersebut bertentangan dengan islam kerana islam mementingkan persamaan taraf?


moga saudara dapat membantu.

jazakallahu khairan ya akhi


Jawapan:


Waalaikumusalam...



Pertamanya ingin saya sampaikan bahawa suka saya nyatakan tulisan ini bukan jawapan hukum hakam agama kerana saya bukanlah ahli didalam bidang agama dan yang layak menjawapnya dari segi agama adalah ustaz-ustaz dan alim ulama',tetapi jawapan ini saya suka kaitkan kepada perkongsian idea dan terbuka untuk dibahas dan diperbincangkan.Dan jawapan ini saya kira dalam kapasiti saya sebagai pelajar,orang muda dan mempunyai sedikit pengalaman yang boleh dikongsikan.



Sebelum pergi lebih lanjut dalam membincangkan persoalan sekitar ketuanan melayu dan sebagainya,boleh kiranya saya berkongsi sedikit apa yang terjadi pada masyarakat kita yang mahu tidak mahu,dan tidak mampu kita nafikan adalah masyarakat yang berbilang kaum.



Senario Masyarakat



Saya sebagai pelajar perubatan yang kiranya kos pengajian agak mahal berbanding dengan bidang lain.Secara lumrahnya,bagi pelajar melayu,kami akan mendapat biasiswa dan pinjaman,tetapi ada segelintir pelajar bukan melayu sampai saat ini tidak dapat walaupun mereka cukup cemerlang di bidang akademik.Ini yang sering amati dan fikirkan.Adakah dengan dasar ketuanan melayu itu,menyebabkan pelajar bukan melayu yang cemerlang tidak diberi pengiktirafan yang selayaknya bagi mereka? Itu sedikit gambaran micro yang terjadi saat ini.



Melihat pula scenario yang lebih umum seperti pengagihan kekayaan negara sebagai contoh.Diatas dasar DEB dan ketuanan melayu, kuota projek-projek diperuntukkan buat bumiputra dalam rangka mengeluarkan masyarakat bumiputra umumnya dan melayu khususnya dari kancah kemiskinan.Saya kira itu adalah sesuatu yang wajar.Tetapi yang menjadi persoalannya sekarang adalah pelaksanaannya.



Sudah 50 tahun kita merdeka,tetapi nasib orang melayu masih ditakuk lama.Miskinnya melata dan yang kaya raya hanya beberapa kerat orang s sahaja.DEB dan ketuanan melayu itu adakah layak untuk beberapa kerat sahaja? Kenapa tidak dibantu persatuan nelayan-nelayan dengan sebenar-benar bantuan? Kenapa tidak dibantu persatuan teksi-teksi dengan setulusnya bantuan? Kenapa tidak dibantu persatuan ibu-ibu tunggal dengan seikhlas bantuan? Yang dibantu adalah orang itu,orang itu dan orang itu. Niat yang asal tidak dipatuhi,yang lain dizalimi.Saya malu mengaku melayu jika,itulah dasar yang kita perjuangkan.



Ketuanan Melayu vs Ketuanan Islam



Saya suka mencadangkan ketuanan melayu diubah kepada ketuanan Islam.Pertamanya kerana ketuanan melayu tidak mempunyai dasar dan prinsip yang jelas.Hala-tujunya cacamerba dan hanya menguntungkan segelintir pihak. Dan ada segelintir insan menyalahgunakan “ketuanan melayu” untuk menghalalkan perbuatan nifaq mereka.



Ketuanan Islam telah mencakupi semuanya dan jelas diajar oleh Rasulullah s.a.w yang boleh kita amik dari dua sumber yang agung Al-Quran dan As-Sunnah.



Sejarah itu bukan hanya perlu dibaca dari satu generasi kepada satu generasi,Sejarah itu untuk dihayati dan diteladani.Dan sejarah paling tepat ingin saya gunakan ialah sejarah di zaman Rasulullah s.a.w yang disaat itu adalah pemimpin negara Islam pertama,Madinah. Perlu diketahui bahawa disaat baginda memegang tampuk kekuasaan dibawahnya ada berpuluh suku-bangsa dan agama.



Satu hal yang pakar sejarah tidak dapat nafikan bahawa mereka itu diamankan dan hidup tenang dibawah pemerintahan Baginda. Harta dan maruah orang bukan Islam amat dijaga baik oleh Rasululllah dan pada masa yang sama memberdayakan sama ekonomi orang Islam yang sebelum ini dimonopoli kuat oleh kaum Yahudi. Kuncinya adalah ADIL.Dua aspek yang kita boleh ambil adalah orang Islam dijaga dan dimajukan dan pada masa yang sama orang bukan Islam dijaga dan tiada dizalimi sedikit pun.





Untuk mengaplikasikan didalam masyarat kita,saya kira kaedah Rasulullah s.a.w amat tepat. Mengambil kembali isu-isu diatas,pelajar-pelajar melayu yang cemerlang perlu dibantu sepenuhnya tanpa sedikit pun meminggirkan pelajar-pelajar bukan melayu yang cemerlang.Kedua-duanya perlu dibantu tanpa menzalimi kedua-duanya. Islam itu ADIL



DEB pula pelaksaannya perlu dimantapkan lagi dan pengagihanya perlu telus.Sebarang ketidkasamaan dan ketirisan pengagihan adalah khianat pada orang melayu,orang bukan bumiputra dan negara.Dan pada masa yang sama,peluang dan kesempatan perlu dibuka luaskan buat bukan bumiputra untuk menjalani hidup seharian tanpa dizalimi dari segi haknya.Orang melayu yang telus perlu kita sokong,orang bukan bumiputra yang komited perlu kita jaga hak mereka kerana itu adalah prinsip Islam.Islam itu ADIL.



Saya kira setakat itu perkongsian buat kali ini,dan ingin saya nyatakan bahawa ini bukan jawapan tetapi kepada perkongsian dan percambahan idea.



Sekian



Wassalam



p/s: Kalian boleh berkongsi pandangan dan hal ini bebas untuk diperbincangkan dengan satu syarat...AKHLAK tiada khilaf


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

31 comments:

3rdmarch said...

setuju2..kita lupe semua mukmin bersaudara..bkn melayu shja..dan kita lupe blajar drp Baginda SAW sendri..sedangkan Baginda juga memerintah Madinah y penduduknye bkn d kalangan org Arab dan beragama Islam shj..kita slalu lupe..

Dr Amad said...

3rdmarch- Bila seseorang itu Islam,tiada hijab antara kita.Dalam erti kata,tiada batas geografi,warna kulit dan bahasa.Semuanya sama,cuma yang berbeza disisi Allah,TAKWA...Kita selalu pening memikirkan contoh yang jauh sedangkan tanpa kita sedar,Baginda telah menunjukkan contoh yang tepat 1400 tahun dahulu...

Islam the way of life

duha said...

erm..sangat setuju dgn pendapat n pndgn nih..mmg semuanya dah ada dalam islam..cara pemerintahan yg cantik dah ditunjukkan oleh Nabi Muhd SAW..dulu kat madinah masyarakat bercampur jugak, tapi rasulullah berjaya memerintah dengan baik dan bijaksana..kenapa tak ikut cara pemerintahan baginda..

hukum hakam dalam pemerintahan negara pun sebenarnya dah jelas dalam Aq dan hadith tapi masih tak ramai yg nak ambil sebagai panduan..

dalam satu website (ifamericansknew) ada diceritakan dalam tu bahawa org yahudi pada zaman Rasulullah sendiri amat berpuas hati dengan hak yang mereka dapat..rasulullah tak menzalimi mana2 pihak dan tak melebihkan kaum ansar sahaja ataupun muhajirin sahaja..

bukan kah islam tu manhaj kehidupan..kalau nak selamat,bagi saya, hanya ada satu pilihan..iaitu ikut ISLAM

ISLAM IS MY WAY OF LIFE!

Dr Amad said...

Duha- Islam itu tiada kezaliman didalamnya.Jika ada insan membuat zalim dengan bersandarkan Islam,itu sudah keluar dari jalan dan manhaj yang Islam aturkan.

Sedikit perkongsian,selepas 10 hari tentera Salib menawan kembali Kota Al-Quds,Palestine.Mereka membunuh lebih 100ribu orang Islam awam dan mereka berjalan dengan mengharungi banjir darah.Lebih lanjut semak kembali sejarah kerana sejarah tidak dapat menipu.

Dan semasa Salahuddin Al-Ayubi membebaskan kota Al-Quds,nyawa dan maruah non-muslim dijaga,Rumah ibadat mereka tidak disentuh,mereka tidak dipaksa masuk Islam.Sekali lagi,semaklah sejarah kerana sejarah tidak boleh menipu

Insoft said...

Kementerian pelajaran ketika Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi menterinya telah mengambil langkah memberikan keputusan yang cemerlang kepada para pelajar melayu di sekolah berasrama penuh berbanding pelajar lain di sekolah harian biasa...ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar melayu untuk mendapat tempat di institusi pengajian tinggi...

duha said...

adil ke mcm tu abg mohsein? patutnye kene adil dan saksama jugak kan dalam pemberian markah..tak aci laa camtuh..patutnye kne usehe keras laa kan utk capai mnde tuh..nnt lagi laa org pandang rendah..

Dr Amad said...

Duha- Pandai duha...you get the point

Insoft said...

Aha...ana tak dapat nak kate adil ke tidak...anda boleh menilai sendiri...tapi untuk mengatakan adil atau tidak,anda kena melihatnya dari semua sudut pandang...paling tidak kita boleh letakkan asas sesuatu tu,kemudian seseuaikan dengan realiti masyarakat,realiti tempat dan realiti masa...timbang2kan...

Dr Amad said...

Mohsein- Pertembungan antara kuantiti dan kualiti.Apa-apa pun dua hal ini pun termasuk dalam sudut pandang yang perlu kita semak sama.

Insoft said...

Above all that,semua retorik tentang ketuanan melayu lebih-lebih lagi ketuanan Islam perlu kita terjemahkan ke dalam realiti masyarakat di tempat kita dan di dunia...

Dr Amad said...

Mohsein- Retorik ketuanan melayu...Di akhirat melayu tiada nilai sedikit pun.Islam yang dilihat.Ada Islam,jawapannya Syurga,tiada Islam,jawapannya neraka...

Saya muslim dulu,baru melayu...=)

Unknown said...

Takkan MELAYU hilang di dunia :-)

sinar_islami said...

Menarik sbnrnya isu ni...

nak mewujudkan ketuanan Islam perlu pada pemimpin yang memulakn..tapi ini lah masalah kita..demokrasi di gunakan syura di ketepikn..camna nak wujud..mentaliti masyarakat di block oleh blocker2 insani yg cintakn bangsa, kurang mencintai agama..tak slh sebnarnya tapi majoriti kita hilang prioriti dalam meletak kayu ukur kehidupan.

bab kawen ambik Islam sungguh2 bab lain tolak Islam jauh-jauh..aih ni la manusia..mana tak kucar kacir masyarakat kita..

Unknown said...

Cakap terus terang,perjuangan memartabatkan Melayu semata2 xkan kemana2..Bangsa Arab contoh terbaik..
Hina apabila meninggalkan Islam..
Ingatlah kata2 UmarAl-Khattab..

"Dulu kita adalah kaum yang hina,Allah telah memuliakan kita dengan Islam,jka kita mencari kemuliaan selain dari apa yang Allah muliakan kita dengannya,maka kita akan dihina Allah"..

MELAYU kaum yang hina??
Mungkin jawapan Umar 'YA"...
Sekadar mengangguk...

Wallhua'lam...

Insoft said...

ketuanan...ketuanan...dok jadi tuan sokmo.arogan.
tuka la KEHAMBAAN MELAYU ka...bleh ka?

sinar_islami said...

kehambaan melayu~

ha..ada benar juga>>credit to mohsein..

manusia bila jadi tuan sllu lupa diri..bila jadi hamba..baru kenal erti sabar,redha, rasa cukup dan lebih syukur dgn apa yg ada...papepun mereka yg memahami hakikat perhambaan pada Rabbul Izzati takkan lupa daratan walau apa jua pangkat dalm kehidupan ni..wallahu3alam

Dr Amad said...

Sinar- Jika bercakap soal kepimpinan,ia berkait rapat dengan orang yang menaikkannya.Bagus pemimpinnya,tanda orang yang menaikkanya bagus.Bangsat pemimpinnya,bangsat juga orang menaikkannya.

Sekarang ini,kelihatan bukan agama yang tidak disayang tetapi bangsa juga disepak ketepi.Tercicir kedua-duanya.Ayuh kembali kepada jiwa hamba dan Insyallah akan diangkat darjat sebagai tuan.

p/s: idak abis lagi ke kebah demam pharmaco tu...semua keluar blocker2...hik3

Dr Amad said...

Zulfahmi-Isu Palestine,bangsa arab telah menukarnya dari isu agama kepada isu bangsa.Membebaskan Palestine adalah kerana ia tanah orang arab dan bukan tanah bangsa Yahudi.Akhirnya perang 6 hari,Yahudi bagi TKO pada 3buah negara serentak... Mesir,Jordan,Syria.

Ikhwanul Muslimin membetulkan pandangan itu kepada pandangan Umar Al-Khattab.Natijahnya,mereka mampu berperang dengan Israel dan sampai kepada jantung Israel...Tel Aviv.Masih mahu guna peluru bangsa atau peluru agama buat Israel?

kartini said...

salam ziarah dari bumi Medan untuk pertama kalinya. salam medic juga. secara kebetulan, anda memilik tarikh lahir yang sama dengan saya. cuma, terdapat pada perbezaan tahun sahaja ;) teruskan penulisan saudara. moga Allah redha sama saudara. death live for ISLAM..

sinar_islami said...

memikirkan..bangst ye org yg naikkn mereka>>mmm..mereka buta tak da org tunjukkn kebenaran>>kena la p ketuk pintu hati deme tu..moga Allah bgi hidayah kat semua..

tul jugak yer..ada juga yg siap mengetepikn bangsa..rosakkan anak bangsa..

lagi satu bila sebut isu melayu..kekadang dah byk keistimewaan sgt kita terima akhirnya kita jadi lesu dan kaku.. tak proaktif dan inovatif tu yg bangsa lain mkn maju..jgn mudah selesa ngan zone ni~islam sendiri suh kita lebih baik dari semalam~jgn di takuk lama org kata..

ps:biasa la transient zone utk microb ambk masa jga ^-^ so stating dis moment kena focus dah..ok jumpa lagi 2 hari

Dr Amad said...

Srikandi-Owh,ni kira lebih tau dari saya ke?Doakan agar terus dapat menulis...

Sinar-Panadol dua biji,insyallah demam baik.Jika doc bagi 40biji sekali makan,al maklum berbuih le mulut besok ye si pesakit tu.Mcm itu juga kondisi umat Islam,bangsa melayu.Overdose...

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Hijrah la wahai bangsaku
Hijrah la kau dgn sebenar-benar hijrah
Di akhirat tiada barisan "Bangsa Melayu dapat subsidi pahala, jadi boleh Queue 'advance ticket'"
Kita sama, kita serupa yang membezakan pd pandangan Allah adalah Ketaqwaan hambaNya

Dr Amad said...

Anasolehah- Disaat mana tiada "Xpress boarding Airasia"...

Anonymous said...

Salam,

tajuk perbincangan yang menarik.Tak ramai orang boleh terbuka pasal hal ketuanan melayu.Bagi mereka hak melayu perlu dijaga.Namun,nampak tidak apa yang ingin disampaikan?Mereka membawa kita pada satu mindset yang orang melayu tidak akan berkembang/berjaya tanpa ketuanan melayu ni.Mereka menanamkan pada diri kita rasa takut untuk berdiri sendiri.

Saya setuju kita perlu adil.Kamu pernah dengar tentang Affirmative Action?Ini diberi pada golongan minoriti.Tapi kat malaysia,yang dapat kat majoriti.

Dr Amad said...

Hana- Wslm...

Dengan tidak menolak hak orang melayu perlu dipertahankan tetapi yang berbeza "kita" dengan "mereka" adalah hak itu dipertahan dengan prinsip-prinsip Islam.

Syukran ukhti,datanglah bertandang sini lagi=)

duha said...

lalla~

betul tu..'mindset bahawa melayu tak boleh berjaye tanpa ketuanan melaye' erm..bile tgk balik..sanye bende ni yg akan menghancurkan org melayu sndr..hidup nak senang dgn pelbagai kelebihan tapi tak reti berdikari..

urm..saye pun muslim dlu br melayu :)

islam yg membawa kemuliaan dan patut dibanggakan, bukan sesuatu bangsa tu..

Dr Amad said...

Duha-Mantap dah leni duha neh...bagus2.Anak DUMEX..haha

buntu said...

nape komen saya plg ketinggalan..org len suma 2009, saya je 2010...pssttt hebatnyer komen2 kat atass nih..deme ni bole masook bertanding jadik ahli parlimen :)

dr.radzi said...

betulkah DEB dan segala 'perancangan' berkaitan 'ketuanan melayu' itu tidak berjalan??? mungkin tidak sampai ke beberapa pihak, (nelayan atau pemandu teksi spt yg disebut) tetapi betulkah tidak berjalan program-program tu semua??? haa...tu kene check balik tu...takut kita memfitnah mereka je...mereka yang memimpin kat atas tu bukan senang...tak caye tanye gapo camne jd ydp dulu. hahaha....

tapi apa2pon, ketuanan melayu hanyalah 'slogan'...ada apa dengan slogan...slogan sekadar membantu gerak kerja agar lebih tersusun je....kalau benar menurut Islam, benarlah slogan itu, kalau tak benar, tak benarlah slogan itu...

Dr Amad said...

Buntu- Saya, mereka dan buntu boleh menjadi seorang rakyat yang prihatin..itu sudah cukup

Dr Amad said...

Radzi- Jika kita 'conclusive'kan kepada SEMUA, disitu mungkin FITNAH. Tetapi jika kita mengatakan kebanyakan tidak berjalan, itu ada benarnya.

Aku menjadi pemerhati dan mengambil tahu hal-hal macam ini sejak umur 12tahun lagi. Bukan sahaja dari Utusan atau Harakah, tapi duk sembang-sembang dengan orang kg aku yang susah2..pi KL naik teksi sembang...inilah yang aku dapat dengar.

Siapa menidakkan betapa payahnya memimpin? Yang menjadi persoalannya cara memimpin. Adakah dengan alasan "Susah sebenarnya memerintah ni...kami sudah lakukan bermacam-macam...so kami songlap sikit okle tu"... Memimpin cara baik silakanlah. Bukan sahaja orang sayang, Allah pun sayang.

Oleh kerana itu, kita tidak cukup mengambil maklumat dan pengalaman dari Utusan ataupun Harakah sekalipun. Naik bas, jumpa makcik jual nasi tepi jalan, naik teksi, terserempak dengan guard...sembang dengan mereka...kita akan pasti dapat merumuskan...

Bukan lagi ketuanan Islam, bukan juga ketuanan Melayu...Tetapi ketuanan PERUT.

Aku orang muda, tetapi tidak naive