Wednesday, 7 January 2009

Sesungguhnya Kami Peduli Wahai Palestine




Hari ini adalah hari ke 11 Regim Yahudi Laknatullah dan dibantu sama oleh negara-negara Arab “Islam” meratah,menyembelih sahabat-sahabat,saudara-saudara,adik-adik,ibu-ibu dan bapa-bapa kita di Gaza,Palestine.


Diatas kesedaran saudara seaqidah,Alhamdulillah kami pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia dan disertai sama oleh sahabat-sahabat dari Indonesia membuat satu kempen yang bertema Peduli Palestine.


Saya sejujurnya amat terkejut dengan sambutan dan semangat solidarity yang tinggi yang ditunjukkan oleh sahabat-sahabat. Dari segi komitmen,sumbangan derma yang diberi dan kehadiran…Bahkan sahabat-sahabat non-muslim menyumbang sama pada tabung derma Palestine. Sesungguhnya kalian lebih "mulia" dimata saya berbanding negara-negara Islam yang bacul membiarkan orang Islam sendiri disembelih tanpa pembelaan dari segi maruah mahupun sekadar membuka sempadan!


Majlis dimulai dengan Iftar Jamaie sempena hari Asyura dan seterusnya disambung dengan solat Maghrib berjamaah dengan Qunut Nazilah.Lantaran kehadiran yang sebegitu ramai,bukan sahaja juadah berbuka puasa tidak cukup,bahkan solat terpaksa dibuat diluar surau.Berbumbungkan langit,beralaskan tanah,kami bermunajat untuk saudara di Palestine.Ini semua bertitik tolak kerana KAMI PEDULI!


Suasana hening malam,dengan angin dingin menyapa kulit,imam membaca qunut nazilah…




“Ya Allah,selamatkan saudaraku di Gaza!"

"Ya Allah,jangan jadikan kami pemuda-pemuda yang bacul yang hanya mampu melihat saudara kami dibunuh"

"Ya Allah,kami memohon belas Mu jangan Engkau hukum kami,kerana kelemahan dan tidak berdayanya kami melawan Yahudi Laknatullah"


Sendu tangis kedengaran mengisi kegelapan malam.


Usai solat Maghrib berjamaah,semua pelajar bergerak ke dewan kuliah kerana ada tayangan video perjuangan rakyat Palestine dan sedikit penerangan dari Saudara Radzi.Saya datang lambat sedikit kerana ada hal yang perlu diselesaikan di Surau.


Melangkah ke dewan...


"Syeikh,dewan dah penuh.Doh tok leh masuk.Yang ada pun kene duduk atas lantai," "royak" sorang teman.


"Aik dok penoh-penoh gini seme,"berkata dalam hati.


Setakat terlibat dengan banyak program semacam ini,saya tidak pernah melihat sambutan sebegini ramai.Kutipan pada malam itu sahaja membuatkan saya terkejut.Saya jangka kutipan itu bersamaan dengan harga sebuah motorsikal baru.Tahniah dan terima kasih saya mengucapkan pada kalian.Bersyukur,Allah masih mengekalkan iman dan persaudaraan se aqidah yang tinggi sehingga kutipan sebanyak itu dapat kita kumpulkan.Walaupun ia tidak dapat disamakan dengan pengorbanan tenaga,darah dan airmata saudara kita disana tetapi sekurang-kurangnya,itu tanda KITA BERSAMA MEREKA.


Seterusnya majlis diteruskan dengan solat Isyak dan solat jenazah ghaib buat para syuhada di Palestine.


Sesungguhnya,Amad amat bangga dengan pelajar-pelajar disini.Insyallah diakhirat kelak,kita boleh menyatakan pada Allah,bahawa mereka adalah saudara kita!



Terkini Dari Gaza



1. Regim negara Mesir menyatakan dan menolak saranan negara Iran supaya diadakan sidang kemuncak OIC untuk membincangkan soal pembantaian orang Palestine di Gaza.


"Itu semua tidak perlu," kata Perdana Menteri Mesir,Housni Mubarak


Housni Mubarak dengan Menteri Luar Israel


Komentar Amad: Pemimpin Arab perlu mula belajar cara mengelak balingan kasut


2. Sekolah UNRWA dibom dan mengakibatkan 135 pelajar sekolah mati.


Komentar Amad: Teringat adik-adik darjah 1 masuk ke sekolah dan ditunggu oleh guru dengan wajah ceria.Disana ditunggu oleh Tentera Israel dengan bom.


3. Saksi menyatakan bahawa tentera Yahudi telah mengunakan bom Napalm untuk mengebom Gaza dan doktor di Hospital di Gaza menyatakan bahawa ditubuh badan mangsa ada terdapat phosporus.Itu menunjukkan Israel telah mengunakan senjata berbahaya dan melanggar persetujuan antarabangsa berkaitan senjata.


Komentar Amad: Apalah sangat dengan roket-roket Al-Qassam Hamas berbanding senjata Yahudi.Mengunakan alasan untuk hentikan serangan roket,amat alasan yang dangkal.


4. Tentera Israel telah berperang secara darat,dan kematian mereka adalah sebanyak 30 orang setakat ini.


Komentar Amad: 30orang berbanding 500 orang jauh lagi tu...Ayuh Hamas dan Jihad Islami pecah rekod Hizbullah pulak.


5. Hamas tidak mengiktiraf Mahmud Abas untuk lanjutkan lagi jawatan Presiden Palestine.Beliau dan Fatah amat terkenal dengan sikap pengkhiatan yang amat besar pada Islam dan rakyat Palestine.


Komentar Amad: Dah lah kalah piliharaya Palestine tidak reti-reti nak blah ke!


6. Israel menyasarkan Hospital As-Shifa kerana mendakwa pejuang Palestine berkubu disana.


Komentar Amad: Sebijik macam America serang Iraq. "Massive weapon" katanya.Alih-alih massive weapon entah kemana,rakyat Iraq ribuan mati.


7. Hamas telah sediakan ribuan pengebom berani mati dan telah didahului oleh Al-Qasam semalam.


As-syahid Komandan Syeikh Mujahid Nizar Rayyan


Komentar Amad: Orang sana sibuk nak mati syahid,pemuda-pemuda kita di Malaysia melakukan aksi syahid diatas motor.Mati syahid gamaknya...


8. Brigade Izzuddin Al-Qasam dapat menghancurkan kereta kebal kebanggaan negara Israel, Merkava 4. Kereta kebal ini terkenal dengan kecanggihan dan pelindungan terbaik didunia.


Komentar Amad: Teringat sirah perang Badar Al-Kubra...


9. Presiden Venezuela telah menghalau duta Israel ke Venezuela dan Hamas mengucapkan penghargaan keatas keberanian Venezuela disaat negara-negara Islam masih teragak-agak membuat keputusan yang sama.

Komentar Amad: Di Mesir,orang kutuk Israel kena tangkap.Di Arab Saudi,ulama keluar fatwa jihad pada Yahudi kena tangkap...Hati-hati,jangan sampai satu masa orang kencing diatas kubur kamu wahai Sang Penguasa!


Gambar Saudara Kita.














Masihkah kita enak dibuai mimpi selepas melihat gambar-gambar ini.Masih tebal dengan sikap tidakpedulisme selepas melihat gambar-gambar ini.Tidak menitiskan airmata selepas melihat gambar-gambar ini?


Jika tidak...


Cuba semak IMAN anda!!!



.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

7 comments:

sinar_islami said...

moga kesedaran itu membenih rasa kehambaan dan kecintaan yg terus menerus pada saudara seIslam

~seinfiniti rasa bersalah kerna mendiami sebuah negara yg tak hirau pasal jiran mereka~Ya Rabb

rabbuna yusahhil!

Allahummansur ikhwaanana fi ghazah

Ya zaljalaali wal'izzah

Dr Amad said...

Sinar- Amin Ya Rabb. Allah campak antum seme kat situ.Mesti ada hikmahnya...

Anonymous said...

Part yang nk baling kasut kt pemimpin Arab..
Sy volunteer..
skrg tgh giat praktis ni..

Dr Amad said...

Bella- Mujahid habis la bella.Tahniah,saudari ada kesedaran..

Dr Hana said...

Time kasih Dr Amad bagi link2 tu...
n sy dh linkkan blog ni ke blog sy ye, jgn marah..
p:s/ Orang bukan Islam pn pandai bagi respon dan bertindak, bahkan orang kat Britain pn ramai yang tak sokong tindakan Israel, Mesir pulak nak bukak benteng Rafah pn susah, doktor nak masuk pn x bagi! Dah kena suap ka...Sedih

Dr Amad said...

Farhana- Owh,tiada masalah bg saya.Silakan link..=)


Ia bukan soal suap ke apa.Tetapi orang Islam sekarang telah Nabi ingatkan.Kalian itu ramai,tetapi seperti buih dilautan,hati kalian telah dikotori dengan penyakit "wahn"... Takutkan mati,dan mencintai kehidupan.Itulah yang kita alami skrg,mula dari umara( pemimpin) sampailah rakyat marhaen...

Sedikit tambah,hospital Gaza tidak mintak ubat sekarang.Mereka meminta peti mayat! mayatnya banyak sehingga diletak dilantai...

Ya zaljalaali wal'izzah

Kami memohon ampun diatas kemaksiatan kami Ya Allah

Ya Zaljalla ni Wal Ikram

Khaibar...Khaibar Ya Yahud.

Jayshu Muhammad soufa Ya'ud!

Anonymous said...

ade game khas utk baling kasut tu..jom main ramai2..

umat islam sedunia kene buat something (boikot,demo etc) untuk tunjuk yang kita PEDULI! dan tidak berdiam diri shj atas penindasan yang tak benti2 nih..insyaAllah