Setelah kurang lebih 1 minggu amadanaksoleh ditinggalkan berhabuk,akhirnya kesempatan untuk mencoret kembali hadir jua. Ditinggalkan walaupun bukan dalam rangka masa yang lama,sejujurnya menyesakkan dan fikiran ini tidak lepas dari fikirkan berkenaan blog ini.
Ia kerana tanggungjawab dan selayaknya sebagai hamba Allah.
Hari memilih di Kuala Terengganu
Memetik status YM Mohsein yang menyatakan dua tiga hari lepas adalah hari memilih.Bukan sekadar hanya memilih pemimpin,tetapi ia berkaitan memilih pahala dan dosa,syurga dan neraka.Segalanya cukup signifikan bukan sekadar diatas dunia yang sementara bahkan yang paling penting di hari yang tiada penghujung nanti…hari akhirat.
Mengimbau peristiwa yang terjadi di kampung halaman,Terengganu.Calonnya sudah kita ketahui,cara kempennya kita hayati,pemenangnya juga sudah kita dengari.
“ Syeikh,kite menang tow di KT ”
“Wah,rock gilerlah sekarang rakyat Ganu,dok makang setarang di duit”
Sms dan buzz di YM datang bertalu-talu.
Saya diam sejenak dan cuba berfikir kenapa kita perlu buat ini semua.Keluar duit,masa,tenaga. Segalanya bukan sesuatu yang mudah dan senang untuk dikorbankan tanpa satu “desakan” didalam diri.
Masyarakat sekarang,bukan masyarakat seperti 30,40 tahun lepas.Yang boleh dicairkan dengan isu jalanraya baru,isu perkauman dan sebagainya.Dengan kesan yang cukup besar oleh ledakan internet,dunia tanpa batas,manusia bebas memilih.Bebas memilih jalan ke neraka,ataupun jalan ke syurga.
Dikurniakan aqal,menerima secara meng”khinzir” buta meletakkan taraf seperti haiwan ternak.Hidupnya bergantung harap dengan tarikkan tali hidung oleh tuannya tanpa sedikit memikirkan akan disembelih dikemudian hari.Hal ini cukup jelas dan berlangsung bagi kedua-dua belah pihak.
Sokong meng”khinzir” buta pihak ini,darjatnya seperti lembu
Sokong meng”khinzir” buta pihak itu,darjatnya jua seperti lembu.
Darjatnya sebagai seorang insan, adalah manusia yang tidak mengwakafkan fikirannya untuk dicorak oleh insan lain tanpa persoalan yang berbekas.
Kenapa kita mendambakan kemenangan?
Kenapa merintis jalan sukar?
Kenapa kita perlu susah disaat orang selesa hidupnya?
Tidak lain hanyalah kerana Islam.
“ Kematian itu pasti.Samada kematian itu hadir dengan sakit jantung atau helicopter Apache.Saya lebih memilih Apache!,” ucapan sang mujahid…As-syahid Dr Abdul Aziz Rantissi, Pemimpin tertinggi HAMAS yang permintaannya dimakbul Allah.
Syahid dihujung roket helicopter Apache.
Buat pejuang Islam,kalian telah menang sebelum menang.Kita telah dijanjikan syurga oleh Allah,dan kemenangan didunia ini hanya bonus semata.
“Menang itu tidak sesukar berbanding mengisi kemenangan,” saya membalas YM dan message sahabat-sahabat.
Hari Memilih di Unpad.
Tahniah pada sahabat saya Gapo dan Yoyo kerana terpilih memegang jawatan persatuan pelajar disini.Mengimbau kembali sirah para sahabat, Saidina Umar Al-Khattab ucapan selepas dilantik sebagai khalifah kedua selepas Abu Bakar As-Siddiq
“Jika engkau khianat,ini akan membetulkan kamu,” ucap tegas seorang sahabat sambil menghurus pedang.
Ukhuwah para sahabat lebih mantap berbanding kita,tetapi pedang jawapannya bila pemimpin khianat. Jadi disini saya berjanji untuk menjadi penegur yang baik buat kalian.
“Tahniah Gapo.Ingat jawatan itu tanggungjawab,dan tanggungjawab akan dipersoalkan diakhirat kelak!,” ungkap saya tersenyum tanpa sedikit pun mengurangkan momentum pesanan itu.
Itu termasuklah diri sendiri,kerana kita adalah pemimpin diri kita sendiri !
“Owh,sapa gitu seme now???”
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
16 comments:
Berat tanggungjawab ni..
Dan hati ni rasa banyak yang lebih layak..
Tapi diri ini memegang jawatan ni atas dasar amanah...
Segalanya dipersoalkan hatta Satu Rupiah yang hilang tanpa asal usulnya..
Jangan biar kesombongan datang...
Tadabbur 39:60 dan 72..
Wajah menghitam di akhirat dan pastilah Jahannam bagi orang yang menyombongkan diri..
Andai ada nada sombong dan bongkak, tegurlah...
Pedang-pedang sedia diterima jika ada kekhilafan dalam diri...
Zulfahmi- Ingat kembali kisah Nabi Yusuf dan kata-kata Ustaz Ismail Kamus didalam sidang Dun.
"Saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" ( Al-Ashr: 3)
Jawatan datang dengan tashrif dan taklif...semoga tidak tenggelam dalam tashrif sehingga terlupa taklif...
Mohsein- Mung bahang hok tinggi lalu...sebut hok simple2 doh la dulu..huhu
Mung nih mohseing.Aku pong xpahang...Ayat sopistikated sangat ;-)
hangpa dok bahas pakai ayat quran kire plg tinggi la tu..
aku dok reti..he
dok pahang ayat quran,leh tgk terjemahan lagi.Mung tu dok gune tashrif la,taklif la,khalis la,qhalif la...wahaha.Pencerahan sikit la tow bos....
ekau ado jawatan,jgn nak asik ingat glamer yo,mmg la ado title ni glamer,org konal..tp ekau ado tanggungjawab...jgn lak ekau lupo sobab ini akan ditanyo nanti...jgn ekau leko dan mogah dgn jawatan sampai ekau abaikan tanggungjwab ekau..serupo sampah la ekau..paham???
Mohsein- Eden paham...roger and out..wahahaha
hehe..kan dah kuar bahasa jiwa bangsa seme..
tashrif asal dari pkataan 'sharif'- mulia..
taklif..dari 'kalafa' - beban..tugas..amanah n sewaktu dgnnya..
btul tu..sokong ayat along momo~^^
jwtn dtg dgn 'kemuliaan' & 'amanah'..jgn hanyut dlm 'kemuliaan' smpai terlupa 'amanah'
Stiap dari kamu adalah pemimpin, dan setiap dari kamu akan di soal tentang apa yg dipimpinnya...
selamat memimpin..tahniah n takziah to ydp baru..um pun pro-M menang bsr..alhamdulillah..
semoga stiap kemenangan membawa ke arah kegemilangan Islam..takbir~
Nurul- Owh baru ambe tau,tashrif dan taklif tu gapo dio.Mugo dulu belajo arab neh time duk Pasti je,tu pung sokmo duk wat nano...
Along momo...erk,glupp...dok soh sebuk kuat2.ore dengor kekgi namo manjo mohsein tow.Malu tujuh keturunang,abi deme dlu masa mude panggil along momo...wakaka.
"Islam itu ibarat air sungai mengalir deras,sekat ditengah,mengalir ke kanan,sekat dikanan,mengalir ke kiri...Mengalir dan terus mengalir"
hehe,ambe pon blajo arab komunikasi jah..dok reti sgt pong..agak2 btul la kot..
bukan namo manjo la,namo glamer..tp shh..diam2 la kan..marah en.mohseing panggil lagu tu..peace,no war(^^)v
mabruk,betul la tu..tashrif dan taklif~^-^ hebat org nusantara..kefahaman Islam itu ada di mana-mana dan lughatul arabiyah, lughatul jannah
Perkara asas ttg kepimpinan adalah kesedaran tentang erti kepimpinan sebagai "taklif" (amanah dan tanggungjawab), bukannya "tashrif" (kemegahan dan kebesaran)
Antara kata2 pres kami, cukup terkesan dan ign kongsi::
Pemimpin dibentuk lahir bukan dilahirkan
kepimpnan= tgngjawab bukan kemuliaan duniawi
Justeru pemimpin perlu menangi konflik diri utk melaksanakan kepimpinan~bru akan lahir pemimpin setegas dan sehebat umar dan srikandi sepintar dan setangkas Aisyah
Nurul- Abis le nurul,mohseing dok puah ati demo duk bocor namo manjo dio...
Sinar- Owh,saudari dari lembah nil,syukran atas tambah nilai article ni...Semoga menjadi "Aisyah"
nak wish tahniah gop ke gapo..
smoga sinar Islam menerangi PKPMI..
p/s:cuok ambe ms ngire undi..da cam plhan raye lop..
3rdmarch- moga-moga cmtu la.Sekarang masa utk kerja...
Post a Comment