Saya berbaring kembali diatas katil sambil berkira-kira untuk melayan blues kembali.
Tet….tet…
Sms hadir menerjah kedalam Inbox telefon saya.
“ Jarkom Thullaby: Ta’limat bagi semua aktivis dakwah kampus.Semua wajib hadir dalam taujih Ust Dr Abu Marzuq (Syeikh dr Palestina), Sabtu 7 Feb 2009,pkl 13WIB di Msjd Al-Asakir”
Saya diam sejenak membaca sms ini…
“Owh,biar betul ni…Dr Abu Marzuq tu.Bukan dia pimpinan tertinggi HAMAS ke,” terdetik dalam hati
Mengajak Teman
Saya bingkas bangun dari katil dan cuba mencari di Google,untuk menguatkan keyakinan bahawa betul sangkaan saya itu.Ditaip,Abu Marzuq…
“Musa Abu Marzuq,Wakil Ketua Biro Politik HAMAS,” itu yang keluar,terus saya menyampaikan pada sahabat-sahabat yang lain.Bukan senang mendapat kesempatan dan peluang berjumpa,,mendengar mutiara kata dari Sang Mujahid.
“Kak bagi tau muslimat-muslimat tu,kalu nak suami soleh,suh deme-deme tu mai program ini.Sebab lelaki yang soleh suka program-program semacam ini.Takkan nak suami soleh tapi pi cari kat Shopping Mall,” canda saya bila sms .
“Amboi,Amad tajam yeee…”saya tidak mampu menahan tawa. (Hahahahaha).
Selepas solat Zuhur,saya pun bertolak ke Masjid.Sengaja pergi lebih awal kerana sememangnya dapat mengagakkan kehadiran ikhwah-ikhwah akan pecah panggung.
Insan yang dinanti belum berkunjung tiba,majlis dimulakan dahulu dengan pengenalan dan penerangan isu yang berkaitan Palestine.Kehadiran semakin ramai dan didalam masjid mula memenuh.Ustaz yang yang memberi taalim bijak mengubah suasana,dari suasana yang tenang diubah kepada suatu majlis yang berkobar-kobar semangat Jihadnya,kuat semangat persaudaraanya,erat semangat kasih sayang insan sama aqidahnya…
“Ikhwahtifillah…Ingat! Kita dan mereka adalah bersaudara…Matlamat gerakan mereka sama ditunjangi dengan matlamat gerakan kita.Iman mereka yakini sama dengan iman yang kita yakini…
Allahu ghaayatunna (Allah adalah tujuan kami )
Ar-Rasul qudwahtunna ( Rasulullah teladan kami)
Al-Quran qusturunna ( Al-Quran adalah pedoman kami)
Al-Jihadul sabilluna ( Jihad adalah jalan juang kami)
Al-Mautu fi sabilillah,Asma amaanina ( Mati dijalan Allah,adalah cita tertinggi kami)
Jika Malaysia ada pelembagaan,jika Perak ada Undang-undang Tubuh Negeri,Jika Indonesia bangga dengan Pancasila, Kita sebagai orang islam lagi mukmin 5 perkara pokok itulah yang perlu kita pegang kuat melebihi segalanya…Agong segala agong,Kekuasaan segala kekuasaan,Kebesaran segala kebesaran, Kekuatan segala kekuatan.
Kehadiran Sang Mujahid
Usai 5 perkara pokok ini dilaung lantang oleh para ikhwan,akhirnya insan yang ditunggu-tunggu sampai.Tinggi,tegap,muda, dan muka yang sentiasa tersenyum.Kehadirannya disambut dengan kalimah yang mulia oleh seisi masjid…
Muhammad Musa Abu-Marzuq
Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar!!!
Kalimah yang agung ini memecah ketenangan masjid.Saya sebenarnya tertanya-tanya siapakan gerangan insan ini.Ini kerana apa yang saya sediamaklum Dr Musa Abu Marzuq orangnya sudah tua dalam umur 50 tahun lebih.Ini muda sekali…
“ Assalamuaikum…ana perkenalkan insan yang kita tertunggu-tunggu.Yang hadir pada hari ini adalah bukan Dr Musa Abu Marzuq,tetapi ini adalah anaknya Muhammad Musa Abu Marzuq,umurnya adalah 23 tahun,”diperkenalkan oleh Kang Indra Kusumah(Kang itu panggilan Sunda membawa maksud abang). Seisi masjid gamat kerana dengan umur sebegitu muda,insan yang dihadapan ini adalah orang yang kokoh dan tinggi semangat jihadnya melawan tentera Yahudi Laknattulah.
Saya terfikir,dengan umur yang sebegitu muda,sahabat-sahabat kita usah untuk berbicara soal ummah,soal jihad,soal agama,identity diri sendiri pun masih samar tiada tepian.Si mat rempit,kalut dengan motornya,si minah ronggeng sibuk dengan alat soleknya,si “daie” pening memikirkan “couple Islamic”nya…Ok,kembali ke laptop.
Isu Palestine
Kita sering tertanya-tanya apa itu Palestine,Siapa Hamas,Siapa Fatah,Jahatkah Yahudi,Kenapa kanak-kanak berani melawan kereta kebal dan tentera Yahudi?Ini semua dijawap oleh Muhammad Musa Abu Marzuq.
1. Sesungguhnya untuk menjadikan jihad melawan Israel itu melalui proses tarbiah (didikan) yang panjang.Ibu-ibu di Palestine,bukannya menyuap anaknya dengan makanan jasadiah tetapi juga makanan imaniah.Ditanam didalam hati setiap kanak-kanak kecik dengan aqidah yang mantap,tiada tolok bandingnya.
Sempat snap sebelum pulang
2. Kami akan menyokong gerakan yang membawa aqidah yang paling benar.Jika Hamas sendiri belot pada agama,pada aqidah Islam,kami akan lawan.Dan jika Fatah berada dilandasan aqidah yang betul,itulah gerakan yang kami pilih.Sekarang,Fatah menawarkan perdamaian dan dua kerajaan.Itu telah menyalahi aqidah yang kita pegang.
3. Hamas adalah bukan gerakan militant.Ia menuntut orang Palestine dan orang Islam dikembalikan.Palestine adalah tanah umat Islam,sesiapa yang bersyahadat,mereka berhak tinggal disana.Mana mungkin,perompak merompak rumah kita,dan akhirnya kita berdamai dengan tinggal bersama-sama mereka.Itu yang ditawarkan Fatah.America keluar dari Vietnam kerana ada pelawanan,dan itu yang kami rintis sekarang.
4. Bohong jika mengatakan kami tidak sedih,tidak menangis melihat saudara kami sendiri dibunuh.Setiap titis darah yang tumpah,kami turut merasa sedihnya.Tetapi menggunakan alasan itu untuk kami berundur dari medan jihad ini,tidak sekali-kali.Lihatlah sirah Nabi,perang Uhud.Bapa saudara Nabi,dibunh dengan kejam.Tidakkah Nabi bersedih? Tidakkah Nabi menangis? Tetapi untuk berundur tidak sekali-kali.
5. Yahudi laknatullah membunuh kaum-kaum ibu dan kanak-kanak kerana meraka tau,dari sinilah lahirnya para mujahidin-mujahidin.Peranan kaum wanita jauh lebih besar dari kami,lelaki.Merekalah yang mengasuh dan menanamkan aqidah yang kental dan semangat Jihad yang tidak pernah surut.
5. Kemenangan Hamas tempoh hari melawan Yahudi Laknatullah,adalah bukan kemenangan kami.Ia adalah kemenangan seluruh kaum muslimin.Kami sedar,kalian telah banyak berdoa kepada kami,menyokong perjuangan kami dan oleh kerana itu kami merasa lebih yakin untuk menempuh jalan jihad ini.
6. Kami adalah jihad secara qital (angkat senjata),tetapi kami tidak sedikit pun memandang rendah dan meremehkan jihad fikiran.Dan di sini adalah medan kalian.Sumbangan kita pada agama adalah sama.Kalian perlu ingat bahawa,ramai mujahid-mujahid di Hamas adalah ikon dan figure semasa di Universiti dahulu.Merekalah pelajar cemerlang,dan mereka juga para mujahiddin.
Sentuhan Sang Mujahid
Selepas selesai majlis itu,para ikhwan beramai-ramai bergambar dengan Muhammad dan bersalam.Saya dikenalkan kepadanya oleh Kang Indra..
“Ini ikhwah dari Malaysia”ucap Kang Indra.
“Owh,Malaysia…Subhanallah,subhanallah,” dia kelihatan terkejut melihat diceruk bumi Indonesia ini berjumpa dengan saudara seaqidah dari Malaysia.
Saya bersalaman dan memeluknya.Mendamaikan.Hati ini hanya mampu bersyukur,Allah temukan dengan insan yang terlibat secara langsung dengan Jihad di Palestine.Mungkin ini pertemuan terakhir kita,mungkin saya dijemput dahulu atau dia yang mati syahid mendahului saya.Yang pasti,kita sama-sama usahakan agar dipertemukan di syurga kelak…
Jangan diucap selamat tinggal,ucaplah sehingga ketemu lagi
Nota 1 : Berkenaan negeri Perak,saya masih berharap Tuaku Sultan mempertimbangkan permintaan rakyat marhaen untuk membubarkan Dun selepas dirampas secara najis,jijik dan kotor oleh insan yang tidak bertanggunjawap. Hukum lompat,melompat,terlompat, dan dilompat
Nota 2 : Saya mengucapkan selamat menduduki peperiksaan pertengahan semester buat sahabat-sahabat batch 06.Doakan kami.
Nota 3 : Ada beberapa article yang menarik dan boleh redakan perasaan marah dan kecewa para pejuang Islam semua.Politik tanpa malu
Note 4 : Laa izzata illa bil Islam (Tiada kemuliaan tanpa Islam)...Melayu lagi-lagilah tidak dipandang.Pemerintahan Umar Al-Khattab
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
25 comments:
Assamuaikum syeikh,
Kenal bebenor teman dgn sms tu ;P
Tertarik dgn entry ahmad ni,
Kalau kita nak berkata soal prinsip dan pegangan, kepada siapa & apa yang kita hendak patuh, jawapannya ringkas tapi padat iaitu:
Berprinsip kepada Islam & Berpeganglah kalian kepada AQ & AsSunnah.
Jika HAMAS mempunyai prinsip & pegangan mereka yang tulus dan benar aqidahnya, mengapa tidak kita sebagai saudara menyokong penuh?
Ini bukan soal itu parti luar, itu orang luar tapi itulah ISLAM dan itulah SAUDARA KAMI
(boleh baca buku Kumpulan Risalah Dakwah Hasan Al Banna..subhanallah sentuhan pendekatannya kepada pembaca)
Wallahualam
p/s: Kita mahu apa dalam kehidupan yang singkat ini? AtTaubah: 24
alhamdulillah
masih ramai lelaki gagah ala solahuddin al ayyubi rupanya, hehe
:)
spasibo ami for the post, i can feel the warmth from afar.
Betul orang2 alim kate, kalau seseorang tu benar2 ikhlas dalam perjuangan dia, ditambah dengan hati yang bersih...mmg dia mampu menggetarkan hati org2 di sekeliling dia...
subhanallah,
sama2 kita berusaha ke arah tu...
ish,bertuah nye awak leh jupe dgn die...jeles :P
dah dua minggu terlepas benda yang menarik dan bermanfaat. Semoga Allah melindungi diriku dari kejahatan dikala jahil dahulu. ya Allah, janganlah kau tarik balik dari hati ini setelah kau berikah hidayah...amiiin. =(
Anasolehah-Wslm,Ish jangan royak ke orang lain deh..wakaka.Merasa mereka orang lain bukan sebahagian dari kita menandakan iman kita bermasalah..Imanitis..Orang berprinsip tidak akan menjelma menjadi katak..=P
salam..
anasolehah_7..amboi amad ni xtahan ayat die=)patutlaa xjupa suami soleh sbb xpegi.hee..gurau je!
niat dah lari laa plak kalu gtu.
dah dapat teka dah sape!wah bestnye,rs syg xleh nk g.ada halangan haritu..xpe anasolehah_7 janji nak citer dah.
*mangat2!
Gmex-Salam spasibo..sibo..sibo.Ingat dah pupus ke lelaki gagah dan beriman?ada lagi loe.hik3
Siapa sangka,Syeikh Ahmad Yasin,yang lumpuh,pekak ditakuti oleh Yahudi. Dan siapa sangka sang penguasa Islam,Yahudi ketawa melihat kelatah mereka.Kembali kepada Faktor iman dan aqidah yang benar...
p/s: Kak,dia tu hensem tau...hik3
ana peminat anasolehah=)
.'all the believers are brothers'..
Dr Radzi-Iman itu ada turun dan naik.Carilah sesuatu yang boleh membuatkan iman naik kembali.Kekalkan mutabaah ibadah tu..
Iman Aisyah- Ayat saya memang kejamkan...ala-ala mama juwie gitu loe..Ooo,xmai program ek,cepat turun pumping 10 kali...
p/s: saya xjadi peminat anasolehah lagi,sebab dia tidak bagi tempoyak seperti yang dijanjikan lagi.
SAlam amad..
thanks for the entry..
tertanya2 juga apa yg berlaku masa program tu.
Sayang tak dapat hadir..(atas sbb2 yg x dpt dielakkn)..huhu
bila dh baca entry ni & dgr cite dr kwn2 yg hadir, terubat la sikit rasa terkilan..
keep on writing(",)
wasalam
Nur Aishah-wslm...owh,welcome.Jangan lupa doakan pada sahabat2 kita disana ya...
Alhamdulillah..
mesti terasa dekat benar perjuangan bila Sang Mujahid sendiri turut padang..Hingga terasa juga lepas ana membaca..
Hamas sentiasa dekat dihati andai Islam yg sahih dan syumul diperjuangkan..
kulluna Ikhwan, wa kulluna muslimin, maka memperteguhkan antara satu sama lain itu pasti~bukan memecah belahkan..
Salam..oooo ~ mengumpat daku di blog kamu ye??Ahmad..bukan kata nak amik sendiri ke tempoyak tu??No BEKAS No TALK!:P
Iman Aisyah, insyaAllah jalan dakwah banyak. Caturan hidup yang ditetapkan Allah sgt sempurna. Jgn kesali apa yang terjadi tapi perbaiki diri. InsyaAllah ukhuwwah fillah~
wah rasa best baca entry nih.
dalam tandus jiwa anak2 muda skang..masih ramai jugak yang kuat jiwa dan berjuang untuk ISlam. Tapi tu belum cukup kerana yang rosak itu lebih berleluasa..
Kita pewaris pimpinan akan datang..
Macam ustaz hasrizal cakap, die datang bg talk kat kita remaja2 dan young adult neh sebab die nak melahirkan better generation 10 yrs ahead to ensure leaders who will lead the teenage age of his children is a generation with a great attitude.
Lebih kurang lah maknanya..means harapan dia pada kita untuk jadi orang2 yang lebih baek mcm yang fahmi cite nilah..
Risau dengan ummat..tapi takleh sekadar risau, kena take action..
moga Allah bg kekuatan buat kita semua..
Sinar-Bukan senang nak jumpa insan yang bicarakan jihad dan pada masa sama turun di medan itu sendiri.Tentu berbeza sekali,berbicara jihad dan belum masuk ke dalamnya lagi...
Hamas tetap dihati..
Anasolehah- Yela..yela..nanti saya p amik kat umah kak tempoyak tu.Ish,duk bocor rahsia tempoyak kite kat blog...xmacho la cmni...hik3
As- Yup,point Abu Saif tu tetap,mengomel kat orang tua selalunya payah untuk membuah tindakan yang wajar.Membebel kat budak-budak biasanya dibalas dengan jet kertas.Golongan belia menjadi pilihan yang tepat.Zaman yang penuh idealisme,cuma tugas ustaz mengikat idealisme pada bumi yang nyata sahaja.Tidak naik ke langit,jumpa Ayah Pin..=)
salam..amboi kejam la plok doh..aniaya kaum kami ni suh pumping plop doh..hambatan yg tak dapat dielakkan..
*iman turun naik perkara biasa,tapi pendapat ana kita kena aktif dgn usaha menaikkan,'marathon berdakwah'..penah dgr xayat ni?dakwah adalah tugas pertama kita,study sampingan sahaja(teori mmg senang,tapi jom sama2 kita jadikan realiti)alhamdulillah ramai kita xkeseorgn..
(51:56)ingat kenapa kita diciptakan..
*teman2 semua semangat!!
Anasolehah-awat duk citer tempoyak,budu ni=)malu2.heeehee.
As-mcm amerika syarikat ja shortform nama.ehee=)
Iman Aisyah-Wslm kejam...bukan kejam tetapi latihan biar awok2 deme tu kuat-kuat seme..
Aji,dengar nasihat Iman Aisyah tu...nasihat dari orang tua...
"alhamdulillah...dah besar anak2 mak sume"
hehe, agaknye itulah kata2 mak bile bace tulisan korg sume nih :)
bagus2.
Lets rise for the ummah!
Gmex- Baik mak...kitekan anak DUMEX =P
best dgr die speaking arab..hehe
leh jgk asah minda mnangkap bait2 arab die...sikit je pun dpt tangkap...
muda lg die..lahir thn 86..tp mcm dh umo 30 je tgk..bdn tegap,tgk die salam ngn indonesh n malayz..beza bebenor..hehe=)
tp..sgt terkesan bila die cite betapa pntingnya peranan kaum wanita kat sna..
'kaum ibu adalah madrasah' di sna..
kaum ibu n bakal ibu kt msia pun patut ade kesedaran ttg pntingnya peranan seorng ibu tu..dlm melahirkan mujahid/ah sprti d sna..
berat tu...huhu
Nurul-Aik tang tegap dan nengok pulak yg dia ni highlight kan...isk2...Pak arab dah gamaknya menantu ayah nti nnti..huhu.
Kaum ibu banyak kerja nak buat...Jommmm
salam.
biarpun lambat baca, saya betul2 tertarik dengan entry nie. subhanallah.. tak mampu kata apa2 mendengarkan kata2 dari mujahidin itu. yang pasti, walaupun tidakku kenali sesiapa pun di palestin sana, tapi dapatku rasakan ikatan persaudaraan islam itu sangat kuat dan indah dengan adanya bantuan Allah.. subhanallah..
Srikandi- Yang pasti tautan kita dengan mereka adalah tautan yang maha agung,tautan yang dimana walaupun kita tidak mengenali mereka...tautan itu adalah tautan aqidah. Tautan yang boleh pertemukan kita diSANA...amin
Singgah-singgah la lagi ke sini
Post a Comment