Friday 12 June 2009

Ammar, Anta Menyusahkan Sahabat Kemudian [UPDATE]

Bermesra dengan adik-adiknya semasa cuti tahun lepas

" Salam syeikh, sahabat kita dah tiada," lafaz tersekat dan masih terkejut dengan apa yang berlaku.

" Waalaikumusalam, ya akh. Ana dan sahabat-sahabat Syria tahu semalam. Sahabat Mesir yang informkan. Ana rapat dengan dia,akh. Dan anggap macam adik ana," perasaan yang sama dikongsi oleh sahabat di Syria. Sahabat rapat dengan saya,juga rapat dengan Ammar,Sang Mujahid.

" Tahun lepas baru je dia mai jalan-jalan ke Syria. Ada sahabat yang masih terkejut. Ada sahabat yang jumpa dia kali pertama dan terakhir masa dia datang ziarahke Syria tahun lepas," terus sahabat itu.



" Anta tahu tak, Ammar ni sebenarnya tengah menyusahkan sahabat-sahabat kemudiannya," saya memberitahu sahabat itu dengan berterus terang.

" Hah,kenapa pulak macam tu akh?," sahabat meminta penjelasan.

" Ana rasa,nta pun tahu macamana dia pergikan. Dia pergi dalam untuk menguruskan jaulah(XPDC) pelajar lelaki sana.Dengan tujuan mengeratkan silaturahim. Ammar bercita-cita mati syahid dijalanNya,dan sekarang itu yang dia telah dapatkan."

"Perginya Ammar dengan cara macam itu telah menyusahkan sahabat dia yang terkemudian. Ammar telah tinggal benchmark yang tinggi buat kita. Jika kita mahu pergi,paling minimum dengan cara seperti Ammar. Pergi dalam keadaan untuk mengentarkan hati manusia dengan kalimah Allah,pergi dalam keadaan menegakkan risalah dan seruan Islam," tegas saya pada sahabat yang belajar di Syria itu.

" Benar akh, benar," masing-masing naik sebak mengenangkan sentuhan hangat kasih-sayang Ammar.


Buzz...

Saya mendapat mesej YM dari Ummu Ammar lagi pagi ini:

"Bangunlah wahai mujahid dan mujahidah, teruskan perjuangan Ammar mudah-mudahan Allah menjemput Ammar yang disayangi untuk menguatkan semangat dan cinta kepada Islam dalam rangka mendidik dan berbakti."

Ummu Ammar memujuk sahabat-sahabat yang masih trauma dengan pemergiannya. Yang sepatutnya, insan lain yang memujuk Ummu Ammar lantaran ditimpa ujian. Satu sikap yang aneh ditengah masyarakat, tetapi lumrah bagi keluarga-keluarga mujahid.

"Bang Amad, tabah sungguh mak Ammar tu. Keadaan macam itu pun,masih ingin terus berbakti kepada agama. Tiada rasa sesal dan sedih teramat sangat. Ammar pun saya tengok blog kawan-kawan, semua puji dan mengatakan dia baik," respon yang saya dapat dari article yang sebelum ini.

"Ukhti nak anak macam Ammar, enti perlu jadi dulu macam Ummu Ammar. Insyallah, generasi itu akan lahir," ulas saya ringkas.

Ammar, semua insan dibumi memperkatakan kelembutan tutur kata mu, kemantapan fikrah mu, kesolehan akhlak mu, kesungguhan azam mu. Ana berdoa agar berita baik insan didunia perkatakan, diaminkan jua oleh para malaikat dan makhluk dilangit.

Ammar, sungguh anta telah menyusahkan ana dalam mencari Syurga!

Sekitar Solat Jenazah Ammar di Cairo

Subhanallah, bertuah nta.Ramai yang datang mendoakan

Terus mendoakan

Tidak lepas peluang akhwat juga

Selamat tinggal dunia

Untuk dibawa pulang ke Malaysia

Kredit untuk Muhammad Abdullah

[UPDATE]- *Assalammualaikum anak-anak semua, Ini Ummu Ammar untuk latest information, jenazah Allahyarham telah dimasukan kedalam kenderaan jenazah dan dalam proses untuk mendapatkan surat kebenaran membawa jenazah dibalai polis KLIA. Doakan beliau selamat sampai seperti yg dirancangkan kebumikan selepas subuh. Sudah ramai sahabat yang telah hadir, cukup meriah. Makcik bangga dan bersyukur pada Illahi.*

[LATEST UPDATE]-*updated from msia:: 14 june 2009

Selesai proses pengkebumian lebih kurang jam 7 pagi ..sebaik sahaja kambus tanah,hujan renyai turun,langit tidak berawan kecuali dikatakn di atas kubur arwah..hujan rahmat..yg dtg dlm 500 org dan mungkin lbih..jenzah smpi penang 4.45 pagi dari klia

(subhanallah,Allah muliakn arwah semasa hidup dan sesudah tiada,kita doa dan terus doa)*

-*salam, arwah selamat dikebumikan selepas solat subuh, jam 645pg, semua yang hadir diberi peluang melihat wajah arwah buat kali terakhir, dianggar lebih 1000 orang datang untuk memberi penghormatan..*

Gambar Sekitar Majlis Pengebumian Akh Ammar

Sampai ke destinasi, selepas Subuh

Ramai sampaikan solat jenazah tidak cukup tempat...1 ribu dikhabarkan buat sang mujahid berumur 21 tahun

Jumpa di Syurga Akh Muhammad Ammar bin Zulkifli

Kredit buat TintaUtara
Tambahan Gambar

Melihat dari Jendela Akhirat


Tabah



Penuh dan padat

Dilihat untuk kali terakhir


Penuh dengan manusia


Ummu Ammar


Langit menangisi pemergian mu

Kredit buat lurv4Allah

*Ummu ammar berkata ‘ makcik bersyukur ammar meninggal ketika hendak membuat program untuk mengeratkan perhubungan sahabat2 gen 6 yang dikatakan semakin renggang.. amar mahu sahabat2 beliau kembali sedar dan bersatu semula.. ammar ambil medik tetapi kalau ammar tidak melakukan semua perjuangan dakwah apa yang ammar akan bawa ke kubur? Ammar tak boleh bawak medik ke kubur tetapi ammar membawa dakwah dan ammar mati syahid makcik yakin ammar meninggal ketika sedang berjuang fisabilillah ketika belajar..

dan satu ayat lagi yang amat menyentuh hati kami apabila ummu ammar berkata “ALLAH mengambil ammar daripada makcik tetapi ALLAH menggantikan makcik dengan berpuluh-puluh lg anak yang akan meneruskan perjuangan ammar”

Cerita lengkap sekitar majlis pengebumian...Ya Allah mengalir lagi airmata

Lagu Terbaru...( Jangan dikisah suaranya...=)



Nota 1 : Buat sahabat-sahabat, semoga tabah dengan ujian ini. Ayuh bangkit, sapu air matamu, kita sambung perjuangan beliau,kita gegarkan dunia dengan Islam.

Nota 2 : Wahai orang-orang beriman,cukuplah kematian itu peringatan bagi mu.

Nota 3 : Buat Gen6 , ana mahu menyampaikan pesan. Ammar sayang kalian,jangan sekali-kali lupa itu.Jangan sekali-kali sia-siakan...

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

49 comments:

ummujannah said...

Salam,
kagum baca mengenai Ammar ini..sejuk Ibu mengandung..ramai yang mendoakan arwah..geng2 MATRI ni baguh2..

kak amik ym ummu ammar nak kongsi ngn kwn2 letak dlm blog.

yg tinggal akan meneruskan apa yg Ammar tinggalkan.

Dr Amad said...

Iman Aishah- Matri,so far sy jmpa pelajar2 ye...subhanallah hebat-hebat dan bagus-bagus.

Owh,silalah nak amik dan manfaatkan..

Orang tidak kenal pun rasa dekat dgn Ammar ni

sinar_islami said...

sebak lagi ana baca..
kenal dia dah lama..
dari sek.men hingga univ,memandg langit yg sama..
keje sama2 dan dia la ana sllu susahkn, tak dan nk minta maaf..

Ummu ammar kuat, mka kita pun kene pinjm kekuatn yg sama..dan seharusnya kita cemburu ada ammar kerana urusnnya di dunia sudah selesai dn dia benar menyahut kalimh yg sllu dipegangnya..dia benar2 melihat dunia dari jendela akhirt

dan pagi ni kami exm tanpa 4 org teman sekuliah..berat tapi kami terima..dan pastinya sorg dari mereka selama-lama takkan bersama kmi smula...Mudahkn kami Ya Allah..

Dr Amad said...

Sinar- Ana yang sebenar pun merasa amat kehilangan dia,inikan pula yg berkongsi bumbung satu tempat pentarbiahan... Insyallah itu bukan menyusahkan,tapi ladang untuk Ammar berbakti.

Semoga Allah beri ketabahan pada sahabat-sahabat di Cairo itu khususnya.

Melihat dunia dari jendela akhirat... U got it,Ammar

Ahmad Zulfahmi said...

Salam akhi...

Hebat saudara kita nih...

Semoga dia menjadi ahlul firdaus...

Insyaallah xkan ana nak ngaku kalah dengan dia ;-)

Dr Amad said...

Ahmad Zulfahmi- Wslm...

"Orang lain kawan terbatas,tapi pejuang kawan merata," Nada Murni, Sunnah Berjuang.

Nak kalah? buktikan!

Sungguh cinta ilahi bukan sekadar lakaran puisi.

Unknown said...

semoga ketabahan bersama merekamereka yang bersedih.

Dr Amad said...

akufobia- Amin Ya Rabb

'Abid Sakina said...

salam..
smalam hari kenduri abang ana, abah n paksu ke Bertam,kepala batas..katanya nak solat jenazah utk ammar..
nta pun knal dia rupanya..
arwah tu anak angkat/usrah paksu masa kt Matri..
sampai2 malaysia,paksu yg ambil kat airport, terus cerita pasal dia...sedih agaknya..

alfatihah,
moga Allah merahmati roh nya..dan ditempatkan aman bersama org2 bertaqwa...ameen

Dr Amad said...

Nurul- Pak Su tu nama apa?pelajar-pelajar matri ramai mai blog ni...mesti diorg kenal cikgu depa.

Ana nak kata rapat,ramai lg yang rapat dgn dia.Tapi pernah kenal,dan bersilaturahim...

Bila orang baik dan soleh pergi,walaupun ramai tidak pernah bersua,ia terasa kehilangan dan dirindui.

Amin Ya Rabb..

paradoxus said...

salam...

sahabatku Ammar,
pemergiannya membuatkan ramai org merasa sayu..
pemergiannya juga mendedahkan siapa sebenarnya mujahid bernama Ammar ini..
keikhlasannya, peribadinya dan kesolehannya dapat diketahui masyarakat..
visi dan misi hidupnya yang besar mampu membuka mata semua org..
semoga perjuangan yang lahir dari kefahamannya dapat dicontohi ummah..

Dr Amad said...

Paradoxus- Wslm...

Pejuang Islam itu tiba berjawatan dan untuk populer biasanya mereka menolak.Tetapi bila tiba panggilan jihad merekalah yang didepan.

Pergi ditangisi,gelak tawa dirindui

Seorang Ammar pergi,insyallah 10 Ammar lagi yang bakal lahir..

KS said...

Salam Fahmi.

Menitis air mata KS walau dah berkali-kali ulang baca entri ni. KS nak pinjam ayat-ayat arwah Ammar untuk dibuat sajak : Memandang dari jendela akhirat.

Insya Allah, tempat yang terpuji telah disediakan untuknya. Untuk kita pula, kena bekerja keras untuk capai target mencari syurga sepertinya.

Dr Amad said...

KS- Nanti sudah siap sajaknya,kongsi deh...mesti ramai orang lain nak baca dan hayati jgk sajak itu.

"Memandang dari jendela akhirat"

ihsan incalescence said...

gudbye is hurt m0re than anything, especially when i know u won't say hello again.. what can i say ama.. we have so many memories..so many things to lo0k back on.. i learned so much fr0m u, gained so much.. i loved the way u made me laugh, i hated when u made me cry.. but i hated most was when i must to say so l0ng n gudbye..did u know ama.. gudbye make me think u make me realize what i have, what i've l0st n what i've taken f0r granted.. please come into ma dream ama.. I need to see n talk with u.. eventhough just f0r a 0ne time.. u know that im n0t easy to cry but ur goodbye bring tears in ma eyes ama..’thnks’ a l0t.. I miss u ama.. wait f0r me yah.. I’ll follow u n we’ll meet in jannah paradise insyaALLAH.. I miss u so much ama..
we just said bout clbrte our besday tgthr rite.. do u frget it ?? i'll still clbrate our besday at ur grave..i promise u ama.. -ihsan

Dr Amad said...

Don't say gud bye,say until we meet again in JANNAH...Ammar wait for us there insyAllah.

Wake up bro,wake up...time to cry coz of Ammar is over.This is time for us,line up in one saff.Filled the space that Ammar leave 4 us...

"Cukup kematian itu peringatan bagimu"- Allah mean it,i mean it.

Di pinggiran said...

Innalillah

Sahabat semua, siap sedia!

Hulurkan tangan, Siapkan Hati!

Panji-panji yang Ammar telah lepaskan, kita semua akan sambut!

Kita sambut kemudian kita sambung!

ALLAHUAKBAR!

Dr Amad said...

Amr- Sambut jangan tak sambut, sambung jangan sampai rebah...

mohai said...

walaupun x pernah kenal,menitis air mata bila baca dan teringat kisah semasa hidupnya..pemergiannya menyebabkan ramai dalam keadaan beriman,ingt mati,mahu berubah menjadi hamba yg soleh..sangat2!!x pernah rasa begini,bahagialah dikau disana..

Dr Amad said...

Mohai- Legasi ammar,membangun ummah. Bahagia hendaknya..amin

Jackster® said...

salam alayk..

syukran akh atas pesanan tu =)
cuma mungkin boleh diperbetulkan lagi ayat di atas, kami bukan tidak berukhuwah, arwah berhajat merapatkan lagi ukhuwah kami, tidaklah bermakna kami tidak berukhuwah sebelumnya,
arwah sebagai ketua batch banyak bagi pesanan kepada kami, insyaAllah pemergian arwah x sia2

wallahua'lam

- asyraf mohd zuki
- ahli beit Ammar

Dr Amad said...

Jackster- Walaikumusalam orang cairo..

Sama-samalah kita peringat satu sama lain.Ana dah baiki sikit untuk mengelak salah faham dari pihak antum. Bereh?

Ana bersangka baik ke sahabat-sahabat ni..antum seme baik-baik.

Ahmad Fahmi Sulaiman
Sahabat Ammar,Insyallah sahabat nta jua...=)

akhawat gen6 said...

salam..ptama sekali,sy mtk maaf utk teguran yg bakal diberikn..merujuk kpd nota ke3,yg mngatakan ukhuwah gen6 tlh runtuh,dan cube dibina blk oleh ammar,bkn lah spt yg kalian sgkakn..hbgn kami xpenah runtuh..cuma,dlm fatrah exam yg memakan masa 2 bln,masing2 sibuk mbuat psediaan utk exm n mgkin kurgnya komunikasi dlm fatrah itu..kehidupan pljr medic d egypt,menuntut tumpuan lbh dr kami,tmbhn pula berada di thn 3,yg dikatakan tahun plg sukar..atas dasar itu,arwah cuba merangka satu pgrm slps exm utk menemukan blk shbt2 (yg sekian lama bkurung dlm rumah utk study)dgn hrpn,pgrm itu mmpu menyemarakkan kembali ukhuwwah yg sememangnya tlh kukuh tbina..hrp slh faham diperbetulkn kembali..kami di pihak gen6 sedih dan kecewa bila mana ukhuwwah kami diperkatakn..terima kasih..doakn shbt2 yg masih bjuang..doakn arwah damai d sana..

Jackster® said...

InsyaAllah

Moga diberi peluang ketemu sahabat2 Ammar yang lain agar terjalin hubungan antara kita insyaAllah =)

Dr Amad said...

akhwat gen6- wslm..sudah diharmonikan nota 3 itu...

Insyallah kalian bagus-bagus semuanya.

Boleh?

noura said...

slm..pemergian ammar,bgtu trase khilangannya..sy rakan sperjuangan ammar dlm 1 kuliah dgn beliau..wpun tdk bgt knl rpt dgn arwah,tp pglamn bkerja bsama beliau utk 1 prgram PERUBATAN dhl,mmbuatkan sy sng dgnnya..idea yg bernas, n gerak kerja yg mntap serta xpnah lokek utk mmbantu..

perginya ammar mmbuatkan kt berfikir,muhasabah blik diri ini,siapakah kt d cc Allah??
lyk kah kt menghuni syurgaNya,
mmpukah kt mnjawab soklan munkar nakir nnti??
apkah sumbangan kt terhadap Islam??
bgt byk soklan yg mnerjah2 d kpl..
Ya Allah, mg Kau tempatkan allyarham dklgn pr solehin dan r syuhada'..
Ya ALLAH, bantulah km dlm mneruskan pjuangan kami, n pjuangan shbt kami, ammar..
bntulah km dlm melahirkan generasi spt ammar, mati dan hidupnya utk Islam..
amiin, ya rabbal 3alamin..

Dr Amad said...

Jackster- Bereh Asyraf...kelik msia,hello2 ana...kita makan nasi dagang sama-sama.

Dr Amad said...

Noura- Kalian sebenarnya lebih berhak merasakan kehilangan dia. Salurkan kehilangan dan kerinduan itu kepada satu gerak kerja yang mantap dan tersusun. Tugas pertama, sambung balik misi Ammar tu. Jangan tangguh kerana sedih...

belas_kasihan16 said...

terkesan dgn kata2 ummu ammar..

Ummu ammar berkata ‘ makcik bersyukur ammar meninggal ketika hendak membuat program untuk mengeratkan perhubungan sahabat2 gen 6 yang dikatakan semakin renggang.. amar mahu sahabat2 beliau kembali sedar dan bersatu semula.. ammar ambil medik tetapi kalau ammar tidak melakukan semua perjuangan dakwah apa yang ammar akan bawa ke kubur? Ammar tak boleh bawak medik ke kubur tetapi ammar membawa dakwah dan ammar mati syahid makcik yakin ammar meninggal ketika sedang berjuang fisabilillah ketika belajar..”

Dr Amad said...

Sof_16- Itu yang saya maksudkan bagi nota 3...Dan satu lagi pengajaran dari kata-kata Ummu Ammar, bagaimana sekalipun rupa kita,keluarga kita, course stdy kita...Kita bersyahadah, dakwah dan tarbiah itu terbeban diatas bahu.Ia tanggungjawap.

Tanggung didunia,jawap diakhirat...

Welcome to amadanaksoleh

Jackster® said...

belum pernah ketemu ibu setabah ummu ammar, moga dipermudah urusan beliau sekeluarga insyaAllah =)

Dr Amad said...

Jackster- " Sikap aneh bagi ditengah masyarakat,tetapi lumrah dikalangan keluarga-keluarga mujahid"

Akh,update khabar 4 org lagi shbt tu...nanti ana linkkan.ramai duk tunggu2 tu...

Jackster® said...

untuk 2 org sahabat yg masih di ICU, ana da forwardkan berita daripada website rasmi PERUBATAN ke blog ana, blh rujuk =)

untuk info lagi 2 orang sahabat, buat masa ni ana x dapat nak update pasal diorang lagi, tunggu btol2 da bersedia utk tulis baru ana tulis, tp alhamdulillah mereka ok je, dah semakin pulih dari trauma, doakan.

wallahua'lam

Shuraif said...

salam sahabat.
terima kasih utk update gambar pengkebumian jenazah..
-ashrafisa

Dr Amad said...

shuraif- Wslm sahabat...

Sama-sama...

Anonymous said...

"Lagu Terbaru...( Jangan dikisah suaranya...=)"

salam.maaf
rasa macam tak manis je ayat dalam kurungan tu.seolah2 buruk sangat suara yg menyanyi tu(pd ana sedap sgt tu).ada baiknya kita jaga hati sesama kita.

-bkn yg menyanyi tp yg prihatin-

Dr Amad said...

Anoy- Dibaca dalam nada serius dan penuh tekanan,begitulah jadinya...

Tidak bermaksud seperti saudara/i maksudkan..Hanya untuk bersantai dan dengarkanlah lagu itu..

-Yang tak reti langsung bernyanyi-

Dr Amad said...

Sekadar pemberitahuan: Berkomentar itu dan ini,kelihatan banyak dari salah tanggap. Salah dari saya kurang menjelaskan,salah dari sesetengah orang mentafsirkan berlebihan.

Jika anda mengikuti blog ini sudah lama,itulah cara saya dalam menulis,berkomentar dan melayan komen,Insyallah mereka lebih dekat dan memahami pendekatan itu.

Hanya baru sehari dua berkunjung,mungkin hal ini timbul.

Ada hal yang boleh saya bertolak ansur dan ada jua sampai saya naik bosan untuk melayan.

Sebarang komen yang tiada akhlak didalamnya,tiada tempat disini.

Jazakallah, semoga kalian semua dirahmati Allah hendaknya.

Dr Amad

Jackster® said...

Moga diberkati Allah =)

Anonymous said...

salam akhi
maaf ya.kalau kiranya komen ana diatas tu trgolong dalam komen yg tiada akhlak
ana silap sbb tak prihatin pada penulis blog.maaf ya
btw ana tak baca dlm keadaan tertekan atau serius,cuma mungkin tidak biasa dengan ayat2 begitu dalam kehidupan seharian dan tak memahami pula penulis blog.maaf sekali lagi.
bimbang pula andai silap ana dlm memberi komen itu mendatangkn dosa.maaf ya
-yg sudah malu mengaku prihatin

Dr Amad said...

Anoymous- Wslm... tak apa,teguran ana itu bukan spesifik kepada sesiapa dan juga banyak reflek pada diri ana sendiri.Dengan menyedari bahawa pengunjung disini pelbagai rupa,ragam dan latar belakang.

Satu pesan, jangan pernah serik dengan ana.

Bertandang dan terus bertandang ke amadanaksoleh...

Jadilah penegur yang baik kepada ana dan semua...

Semoga Allah rahmati saudara/i...

HafizAdam said...

biase lah.
sume tengah tertekan dengan pemergian Ammar.
cepat marah, mudah melenting.

benda kecik pun boleh jadi besar.
bersabar dan senyap je lebih baik.

=)

Dr Amad said...

HafizAdam- Faham dan cukup mengerti. Polemik jgk dalam untuk meraikan pelbagai jenis orang. Disini dari perempuan skirt atas lutut dan si lelaki seluar koyak lutut sampailah perempuan bertudung labuh dan lelaki berserban.

Cuba meraikan,terkadang tidak ter"rai"kan...

So jangan serik dengan ana

p/s: orang tua-tua kata,lagi orang tu marah,lagi comey...=)

IMAN - PKPMICB said...

paksu ana,ustaz mahathir MATRI..dulu ketua warden,skrg ana x pasti lak
moga arwah berbahagia disana..yg masih hidup,sibukkan diri utk bekal ke sana pula..
sekarang ni...
baik belah family..byk kemalangan n kematian terjadi..
itula kehidupan...
pusing2 ke situ juga..
semoga kita n dia tenang selalu..

abid sakina said...

alamak
tersilap guna IMAN nye ID..huhu.ampun!

Dr Amad said...

Iman aka Aimang(ingat org tak cam..hehe)

Ustaz mahathir?pelajar matri kenal kot...ana tak kenal,al maklumlah bukan pelajar matri..

Pi mai,Pi mai,Tang tu...=)

Dr Amad said...

Orang Silap- Hah,apa silap2...belanja roti canai la baru maap...ahaks

si penunggu subuh said...

mm..jadila pengajaran.
pengajaran dari pengalaman ini boleh mematangkan kita ni yang masih hamba allah yg lemah.
teruskan kerja2 dakwah dan amal..
moga diberkati allah..

si penunggu subuh

Dr Amad said...

Penunggu Subuh- Insyallah,sama-sama doakan...