Friday 26 June 2009

Erti Kejayaan Anak Buat Ibu Abah

Waaa...waaa...waaa

"Ibu dah tak sayang angah...sokmo rotan angah," air mata keluar laju dari kelopak mata.

Ibu depan, mukanya tiada reaksi. Tangan masih menggengam erat rotan. Badan angah masih berbirat-birat, kesan rotan. Rotan dari seorang ibu jua merangkap guru disiplin di sekolah.

" Takpelah...kalu dok sayang ke angah pun, angah nak lari dari rumah la," terus angah lari masuk ke bilik sambil mengesat air mata yang tanpa dapat ditahan tahan terus keluar.

Masuk ke bilik dan memasukkan baju ke dalam beg, tikar mengkuang yang tersandar dinding disentap. Lantas tanpa berpaling, berlari keluar dari rumah. Ibu hanya melihat jauh dari dapur. Sambung tugasnya yang tergendala.

Mahu memujuk?

Jauh sekali

Jangan mengharap

Itu yang sepatutnya

Petang itu...

Assalamuaikum....Assalamuaikum

"Cikgu, tu ada budak kecik duk tengah baring dibawah pokok tu anak cikgu ke? ," seorang pemuda belasan tahun datang ke rumah. Kelihatan dari pakaiannya seakan mahu bermain bola sepak.

"Owh,itu...aah.Tu anak saya," ibu mengiakan.

Larinya angah dari rumah, hanyalah sekadar sebelah pagar rumah. Dihamparnya tikar dibawah pokok, dan itulah erti lari dari rumah buat angah.

"Angah,meh balik meh," ibu pergi mengajak angah balik ke rumah sambil tersenyum. Lucu barangkali melihat kelatah anaknya.

"Ibu, ibu...orang yang main bola tadi tu bagi angah duit. Dia kesian ke angah masa angah lari dari rumah tadi," sudah sejuk hati angah.

"Untung sunggah angah, kalau ibu tak rotan, tak dapat duit," kata ibu sambil ketawa.

Itulah cerita keluarga saya yang kurang lebih berusia 20 tahun dahulu. Asuhan ibu abah itulah menyebabkan anak-anaknya menjadi manusia apabila dewasa.


Rotan berganti rotan, hilang birat diganti birat yang lain

Angah Sekarang

Alhamdulillah, pada hari ini selesai sudah final exam saya untuk tahun ketiga. Sungguh melegakan. Selesai sahaja ujian, telefon saya bergetar.

Ada pesanan ringkas masuk...

" Salam, sekarang majlis konvo angah sedang berlangsung"

Itu pesanan dari ibu...

Belum sempat saya membalas, tidak lama kemudian telefon bergetar lagi. Jua menandakan ada pesanan ringkas masuk

" Salam...abah dalam majlis graduasi abang ngah...Tahniah abang ngah...Abang ngah anak abah dan ibu...Abah harap dia menjadi contoh kepada adik-adik yang lain...Abah boleh sediakan apa sahaja buat anak-anak,tetapi anak-anaklah yang perlu berusaha kearah kejayaan"

Itu pesanan dari abah.

Sekarang keduanya sedang berada di Rusia,dalam rangka menghadiri majlis graduasi angah.

Sekarang angah bukan lagi seorang budak hingusan yang selalu dirotan abah ibu,sekarang dia adalah Dr Ahmad Fardi Bin Sulaiman. Ia lebih manis sebenarnya buat keluarga kerana tidak lama sebelum ini Kak Long juga baru sahaja selesai pengajiannya di Universitas Gadjah Mada, juga dalam bidang perubatan. Mendapat gelar Dr Nur Suriati Binti Sulaiman.

Majlis Wisuda (Graduasi) Kak Long

Hari Graduasi Angah

Tiada apa yang mampu saya ucapkan mendengar khabar itu melainkan memuji dan memuja Allah s.w.t dengan nikmat yang tiada henti buat hambanya. Nikmat iman, dan jua nikmat keluarga bahagia.

" Waalaikumusalam...pertamanya tahniah buat angah dan terutamanya tahniah buat ibu abah diatas kejayaan anak-anak. Syukur mendapat ibu dan abah yang cukup sayang anak-anak. Kejayaan didunia itu lebih manis apabila dikecap sama dengan kejayaan diakhirat sana. Semoga keharmonian didunia ini,kita kecapi bersama diakhirat sana," saya membalas pesanan dengan mengucapkan tahniah kepada mereka.

Kami membesar dengan didikan tegas dari ibu dan abah. Keputusan diatas nombor 10, berbiratlah jawapnya ditangan. Tegas soal agama, tegas soal akademik, tegas mendidik anak-anak. Yang aneh, semakin membesar, semakin rapat dan manja anak-anaknya dengan ibu abah. Tiada perasaan dendam,bahkan menebal perasaan bersyukur dengan asuhan itu.

"Ustaz, ana lani dah makin tua-tua ni,makin kuat duk bermanja dengan ibu," sembang-sembang saya dengan Ustaz Hasrizal.

"Hehe...better than never akh," jawapan simple dari sifu.

Anak-Anak Sekarang

"Oi...aku lapar ni. Orang dah la penat balik sekolah,nasi pun tak masak-masak lagi," dihempasnya pintu bilik kuat-kuat.

"Tension ye...eeeee. Mak ayah aku tak bagi aku nikah dengan lelaki aku suka tu. Deme tu bukan nak tengok aku bahagia.Suka tengok aku duk merana macam ini," luah seorang gadis pada teman apabila hasrat untuk berkahwin dengan pilihan hati mendapat tentangan keluarga.

"Orang tua gayut tu mana tau hati orang muda...itu tak boleh,ini tak boleh...membebel je. Rimas aku duduk kat rumah," remaja mencari ketenangan diluar.

Benarkah tidakkan ibu dan ayah itu manifestasi dari hilangnya kasih sayang?

Dimanakah benarnya kata pepatah "Sayang anak tangan-tangankan"?

Tepatkah firman Allah dalam surah Al-Isra: 24 ?

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Maha Suci Allah yang kalamnya tiada yang tidak benar. Kalam yang tiada dusta didalamnya.

Tepat dan jitu ungkapanNya, tetapi yang sering salah dan tersasar adalah hambanya.

Kedua ibu dan abah membesarkan kita dari kecil, dari kita kosong dan bukan siapa-siapa. Makannya dahulukan buat anak-anak, tanpa memikirkan perut yang berkeroncong. Sakit demam anak menyebabkan ibu abah yang seolah memikul beban sakit yang sama. Perangai nakal anak, tidak lepas dari fikiran ibu abah pening sama memikirkannya.

Ia tidak lain kerana,kasih sayang ibu dan abah itu tiada syaratnya. Apa yang mereka mahukan hanyalah kejayaan anak-anaknya didunia dan diakhirat. Tanpa sedikit mengharap balasan material selepas anak berjaya.

Sungguh ia berbeza dengan kasih sayang yang lain. Sayangnya suami pada isteri, sering diluahkan ikhlas,tetapi jarang sekali tidak mengharap balasan. Kasih sayang sahabat, indah dikala senang, tetapi sukar dicari dikata susah. Kasih sayang sepasang kekasih bermadu asmara, fanaa didunia dan sering kali mengambil kesempatan satu sama lain.

Ikhlas? mungkin ada tetapi sering tiada.

Kasih sayang ibu abah sering kali dibalas dengan hempasan pintu bilik, memperlekehkan tindakan ibu abah tidak merestui hubungan, nasihat ibu dilihat sebagai bebelan. Lantas ramai dari anak muda sekarang mengambil jalan keluar dengan derhaka kepada mak ayah.

Ketahuailah, tiada emak mahupun ayah yang mengimpikan sesuatu yang tidak baik kepada anaknya. Larangan mereka mesti bersebab. Tidak selari dengan hasrat kita, bukalah pintu ruang komunikasi, dan taatilah mereka.

Ujian Allah Dengan Keluarga

" Emak saya ni tak sembahyang,macamana dengan mak tak sembahyang saya sebagai anak mahu baik?"

" Ayah aku tu pantang tengok dahi licin, mesti nak menggatal je kerjanya"

"Mak ayah saya asik gaduh je kerjanya,bosanlah nak tinggal kat rumah"

Itulah kisah manusia yang semakin hari semakin banyak berlaku didalam masyarakat kita pada hari ini. Anak-anak diuji dengan mak ayah yang kufur dan ingkar kepada Allah. Lantas bebanan itu tertanggung dibahu anak-anak. Terkadang hasrat anak-anak mahu kembali kepada Allah, kepada fitrah, kepada Islam terbantut kerana dibawa sama kisah keluarga mereka.

Pesan saya, lihatlah kembali sirah Nabi-nabi dan para sahabat. Ada diantara mereka mak ayah bukan sahaja jahil bahkan kufur,tetapi mereka tetap istiqamah dijalanNya. Tidak terbeban dengan kisah keluarga. Jangan pula ada segelintir kita enak dengan buaian perasaan seakan syurga itu milik dia lantaran tiket "anak ustaz" atau "anak ustazah". Tanpa mereka lupa untuk mencari Islam itu sendiri. Ingatkah kisah Nabi Nuh...

Fikir-fikirkan...

Perubahan Perbualan

" Salam ami, ini ada akhwat Rusia yang baru masuk Islam nak kahwin," angah memulakan bicara.

"Jadi apa awak buat?," tanya saya balik.

"Hehe...saya saja cerita ke ibu. Ibu marah...Ibu kata jangan mengada-ngada. Dulu gatai sangat mulut suruh ibu cari, dari mulut duk saje. Lani orang dah cari, jangan mengada-ngada," separa bercanda angah.

"By the way....," sahaja saya tidak meneruskan perbualan.

"Hah ape ye?,"angah bertanya dan menandakan dia telah masuk perangkap.

" Btw, padan muka...hahahaha. Sape suruh gatal sangat," saya melengkapkan ayat tergantung tadi.

Candi Borobudur

Terasa benar perubahan cara perbualan kami. Jika dahulu semasa kecil, erat berbincang soal Ultraman siapa yang paling kuat, sekarang masuk bab lain. Bab orang dewasa.

"Ustaz, ana ada terbaca satu buku ni. Macam menarik buat ustaz untuk menambah idea dalam menulis terutama bab kekeluargaan.InsyAllah ada rezeki ana hadiahkan pada ustaz," saya ceritakan pada Ustaz Hasrizal

" Buku apa tu Amad?," berbincang soal buku sentiasa menarik minat ustaz.

" Pendidikan Seks buat Anak-Anak...tapi ana kena bagi ke ustaz sorok-sorok la."

" Wah bagus tu...tapi kenapa nak bagi sorok-sorok pulak?," tanya ustaz.

"Masyarakat kita taboo bab-bab ni ustaz."

"Huh,kalu ana la kan...siapa-siapa yang bila ana bercakap soal ini tetapi malu-malu tu tandanya deme tu tidak layak lagi bernikah. Walaupun deme tu sudah berjanggut," jawapan yang agak kelakar tetapi ada benarnya.

Anak "gadis" Haji Sulaiman

Nota 1 : Tahniah buat Ibu dan Abah, Dr Nur Suriati dan juga Dr Ahmad Fardi

Nota 2 : Dengan ini, secara rasmi saya membuka kembali blog ini. Exam sudah selesai.

Nota 3 : Sorry angah, saya bocor rahsia awak. Nanti saya bocor rahsia Kak Long pulop. Hik..hik

Nota 4 : Sayangi dan bermanjalah dengan mak ayah selagi mereka masih hidup.

Nota 5 : Ada satu article yang menarik tentang pendidikan seks. Disini

Nota 6 : Sekarang dua orang sudah menjadi Dr, saya dalam proses, adik Shamilah bakal memasuki dunia pelajar perubatan. Welcome to the club my little sister

Nota 7 : Esok daurah, lusa jaulah...terbaik!

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

16 comments:

ummujannah said...

Tahniah kak Nor dan adik Kak Nor!

kenduri-kendara kena ajak tu~

p/s:sedih tak dpt pg jaulah and daurah..doakn kak jugak!

Dr Amad said...

Iman Aisyah- Aik,kenal kak nor? hik3...

Aah,mai la kenduri kendara tu...banyak periuk nak kene sental...hik3.

p/s: xpelah,tak da rezeki tu. Apa-apa pun sebelum stat osce, ajak ramai-ramai pi terajang kepala mamat tu.Tak nyusah orang tak sah...then baru wat osce dgn tenang..=)

Rafahiah Haron said...

semua adik beradik jadi doktor ke? kagum2 =)

Dr Amad said...

Rafahiah- Ada sorang ikut jejak abahnye...jadi Jurukur Tanah (Land Surveyor)

Farhan said...

salam,
tahniah n alhamdulillah.
kagum sebeto.
semua adek-beradik jadik dr.
mak ambe pun sebenarnya nok gok sorang anak dia jd dr.
tp sume pilih bidang lain2.
seme pakat pilih bidang pelik2.huhu
btw, dr amad kita ni bile pulok abis ngaji?

Kak Han said...

Tahniah untuk Amad sekeluarga! Semoga terus cemerlang dunya wal akhirah...!

naqi mohamed said...

ahaha,sbijik mcm mg muka abg mung.

2 r,kagum2.hebat2,1family jd doc,alhamdulillah,hoho.

Dr Amad said...

Farhan- Dr ke ,Ir ke yang paling penting sekali,anak-anak tu jadi manusia. Ramai yang jadi dr tiada akhlak,tiada nilai disisi Allah.

Ambe insyAllah,ada rezeki dalam 3 tahun lagi...erm lambat ye nak nikah..ahaks =)

Dr Amad said...

Kak Han- Sama-samalah kak... saya pun doakan sama keadaan anak-anak kak yang boleh dikira rebung. Lenturkan baik-baik.

Dr Amad said...

Naqi- Ya iya la...udah sama bapa dan ibunya...mana mungkin mukanya beda amat sih? hik3.

Tapi aku hensem lagi dari dia.Itu titik perbezaannya yang ketara.

Mung pun,family bagus-bagus seme.

duha said...

tahniah!

Dr Amad said...

Duha-sama-sama!!!

Balqis Riza said...

salam..
best2 post ni..
kelakar lak part lari dr rumah tu..
teringat kecik2 dulu pon suke lari dr rumah..haha..

teringat gak dulu, kalau mak pkul abg, abg ckp 'mama lg syg adk'..
kalau sy kne pkul, sy ckp 'mama lg syg abg'..
kalau due2 kne pkul serentak, ckp mama tak syg kami berdua..pastu msuk dlm blik plan lari dr rumah..hahaha..*comelnyeee*..

papepon, tahniah... =)

Dr Amad said...

Balqis- Ibu dan abah pada 7 orang anak...banyak kenangan yang ada. Tengok dan didik dari tiada apa,sampai la menjadi sesiapa.

Hehe..kuat jugak dari lari rumah ni.Dulu lepas kene rotan,plan baik punya nak lari,alih-alih petang balik ke rumah...lapo la tak mkn tengahari..hahaha

Zaman kanak-kanal... indah,enjoy dan sakit(kene rotan)...ahaks. So sweet.

Sama-sama...

Jangan lari dari rumah lagi...kalau lari...lapo

muniri said...

anak kedua mmg suka lari rumah..hahaha

Dr Amad said...

Muniri- Aik,macam penah buat je zaman kecik2 dulu...=)