Banyak insan berubah kerana cinta. Ini kerana apabila disapa badai cinta, kita merelakan diri menjadi HAMBA. Itu fitrahnya cinta.
Cinta Ilahi, bersedia menjadi Hamba TuhanNya
Cinta Nabi, bersedia mengikuti segala suruhan Baginda
Cinta Manusia, bersedia diperhambakan oleh hamba
Jika dahulu pada awal datang ke Bandung, hubungan sesama sahabat kuat dan sering bersama dalam apa jua keadaan. Makan, bersukan, dan juga solat berjamaah di masjid. Dan itu dulu, sekarang bila ada si dia disisi, semuanya berbalik 180 darjah.
Sedih
Terkilan
Senario Orang Bercinta
Saya dikelilingi oleh ramai yang terlibat dengan cinta. Usahkan cinta lelaki dan wanita, ditanya soalan tentang bagaimana untuk menguruskan perasaan rasa suka antara lelaki dengan lelaki pun ada. Poning!
" Mana aku tau...so far aku suka ke perempuan je," jawap saya. Empathy dan bosan berlawan dalam diri.
Pulang saya ke Malaysia baru ini menemukan diri kepada satu konflik masyarakat yang amat parah. Hubungan lelaki dan wanita ini sebenarnya banyak memakan korban diri, maruah dan agama. Boleh dikatakan setiap hari, disetiap surat khabar ada isu rogol, zina dan buang anak.
Ada diantara kita membaca, mendengar dan melihat isu ini sekadar angin lalu, tidak mengambil pusing dengan apa yang berlaku. Dan ini dikatakan oleh Rasulullah lebih 1000 tahun yang lampau sebagai FITNAH AKHIR ZAMAN.
Dan saya terasa, tanda ada rasa.
Anda?
Cinta itu Couple? Couple itu Cinta?
" Tengok tu, berkepit je...al-maklumlah tengah dilamun cinta."
" Kalau sayang betul cintakan abang, jomlah keluar petang ni."
" Abang cintakan ayang...suruhlah apa sahaja, abang akan buat."
Itulah senario apabila tengah fanaanya cinta. Persoalannya adakah cinta itu couple? Disini izinkan saya meletakkan satu benchmark iaitu cinta itu bukan couple. Perasan cinta itu murni dan tidak layak diletakkan dengan couple.
Sekarang mari saya menjawap soalan.
Jadi couple itu ada ke tidak dalam Islam?
Tidak ada. Tidak dibenarkan oleh Islam.
Cinta pulak bagaimana?
Itu ada dalam Islam. Dan diraikan fitrah itu.
Aik...couple tak ada, cinta pula ada. Pelik tuh!
Cinta dan couple adalah dua benda yang berbeza. Tidak pelik jika kita dapat bezakan dua itu. Tetapi...
Tetapi apa,tension la ni main sekerat-sekerat
Tetapi perlu ikut aturan yang Islam tetapkan...uruslah rasa cinta itu sebaiknya.
Islam Meraikan Cinta
Cinta ini lawan pun jangan, layan pun jangan. Dan ia fitrah bagi manusia. Tolak ketepi isu fitrah songsang suka sesama lelaki. Memang, hakikat lelaki suka pada wanita, dan wanita suka pada lelaki. Tidak kita bagaimana rupa insan itu, itulah fitrahnya. Dan Islam datang untuk meraikan fitrah itu dan pada masa yang sama mengawalnya.
Didalam fiqh Islam, ada satu kaedah yang disebut " apabila sesuatu yang menyempit itu, ia akan melebar. Dan apabila melebar ia akan menyempit"
"Ish...apa ke benda sempit-sempit dan lebar-lebar ni...pening la."
Satu contoh semua orang suka, iaitu makan. Makan itu pada dasarkan ialah wajib kepada manusia. Dan Islam membenarkan. Islam membenarkan makan segala makanan yang ada didalam dunia ini melainkan beberapa contohnya babi dan bangkai. Disitu kaedah fiqhnya dari melebar ia menyempit.
Satu contohnya biasa bagi musafir iaitu solat. Kita diwajibkan solat dalam apa jua keadaan. Dan apabila kita bermusafir sudah tentu untuk menunaikan solat akan ada sedikit kekangan. Oleh kerana itu, Allah s.w.t telah mengsyariatkan solat jamak dan qasar untuk memudahkan urusan solat kita. Disitu kaedah fiqhnya dari menyempit ia melebar.
Itu adalah contoh mudah bagaimana kita nak fahami bagaimana Islam meraikan fitrah manusia.
Islam meletakkan satu aturan yang ketat dalam hubungan antara lelaki dan wanita. Tidak seperti lelaki bergaul dengan lelaki dan wanita bergaul dengan wanita. Ia perlu dipertegaskan kerana banyak masalah dan konflik hari ini berlaku didalam masyarakat kerana kita membelakangkan aturan Allah ini.
Oleh kerana itu Islam melarang hubungan antara lelaki dan wanita tanpa sebab yang dibenarkan syarak. Keluar berdua, makan berdua, balik rumah berdua, sms bersayang-sayang, itu semua dilarang oleh agama.
"Jadi kami perlu breaklah macam tu...sedih ye"
"Siapa suruh break? Kalau dah sayang baguslah...cuma perlu betul ialah MENGURUSKAN sayang"
Macamana?
Halakan kepada Nikah
Kepada wanita, jika hubungan itu dimulakan dengan lelaki itu tanpa sedikit pun berfikir mahupun berhasrat melanjutkan kepada perkahwinan, jujur saya katakan...Anda dipermain-mainkan.
Usah diimpikan hubungan seperti Fahri dalam Ayat-Ayat Cinta mahupun Khairul Azzam dalam Ketika Cinta Bertasbih kerana itu fatamorgana dalam kehidupan kita.
Tiada cara lain jika hati sudah suka sama suka, halakan kepada perkahwinan.
Lelaki perlu mengambil tanggungjawap ini secara serius. Hubungilah keluarga perempuan itu, dan uruskan untuk pertunangan dan seterusnya perkahwinan.
"Tapi pakwe saya tidak mahu hubungi mak ayah saya untuk uruskan hal ini"
Paksa!
"Dia berkeras tak nak"
Putus!
Tanggung dan jawap...
Lelaki, jangan sekali-kali mengajak si dia keluar berdua walaupun ke Jatos
Lelaki, jangan sekali-kali memanggil si dia sayang,ucuk atau sama waktu dengannya
Semua itu ada akan boleh buat apabila anda melafazkan
"Aku Terima Nikahnya"
Nota 1 : Pening sikit nak buat article ini. Idea ada, tapi kepala dengan ekor tidak tahu mana nak letak.
Nota 2 : Ramai sahabat nak nikah, saya ucapkan semoga mendapat keluarga yang sakinah dan bercintalah hingga ke syurga.
Nota 3 : Isnin last paper, pray for me...
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
23 comments:
Salam,
Sebuah pendapat lain mengatakan perempuan hanya boleh berkawan dengan lelaki SETELAH peminangan berlangsung...kat tanah Arab ada seorang ulama perkenalkan istilah 'zauj friend', adab dia sama yg macam dr amad terangkan...
Tapi bila tengok suasana kita sekarang, bila ke universiti, memang dah kenal dah pun. So macam mana? Ha..kalau tak boleh jawab lagi mungkin kena baca balik artikel kat atas.
Lagi satu, setiap orang dikurniakan perasaan ingin memiliki dan dimiliki... tetapi mcm dr. amad cakapla, seorang hamba, dia dimiliki tuhan, so macam mana nak memiliki sesuatu yang dah ada tuannya?
Orang yang berkorban demi mendapat keredhaan Tuhannya, Allah takkan sia-siakan mereka. Allah will never forsake you. Yakinlah~
p/s: mcm ada kaitan artikel yg ada kat blog dgn yg ni. nak link dgn artikel ni bolehkah?
`Orang yang berkorban demi mendapat keredhaan Tuhannya, Allah takkan sia-siakan mereka. Allah will never forsake you. Yakinlah~`..i luv that phrase kak fana..
fokuskan kapda matlamat hidup..
jgn cube2x untk bercouple coz u will regret one day..believe me..
berdoa pada Allah untuk jdoh yg terbaik..smuanye di dlm perancngn Allah..da tetap dh..so,dun worry..
usaha kter skrg,,jadi yg terbaik dan byk2 berdoa..
p/s = ramai sahabt abg amad nak nikah..ucpn tok abg amd..selmt juga~amin..~
FY- Memang dibenarkan dalam Islam. Kerana itulah Islam membenarkan pertunangan. Didalam masa pertunangan sebelum walimah, itu adalah masa kita kenal pasangan kita secara surface...orang sekarang kata mencari chemistry aka mencari point mana yang pasangan kita ada yang buat kita suka.
Mungkin kerana senyuman dia manis, itu kita suka.
Mungkin kerana cara dia main dengan budak2, itu kita suka.
Mungkin kerana cara dia hidang air, itu kita suka.
Pertunangan adalah sesi nak kenal hati budi secara umum, cuma tinggal cara cmna nk kenal...Bukan pi dating, bukan pi tengok wayang, bukan dan bukan..
nak tahu yang itu, belanja ayam golek sekor, pisang sesikat...hihihihi.
Suasana universiti kita skrg sebenarnya menuntut lelaki mahupun perempuan lebih menjaga aspek pergaulan...itu sahaja cara
wallahualam...
p/s; nak link? sila2...article2 cmni laju ek...tak lama kot pakcik yem nak dapat menantu...=)
salam..
personally, bal rumuskan cmni..kalau cinta, halakan ke arah nikah..
alriteeee~
tp kalau muda, nikah mude, mak kata gatai..die tak bg..fokus study..oh no~~
so i ak jln tgh..takleh nikah mude jgn kapel time mude..
dh selesai..hihi
haha..ngarut je ni..sorry..anyway nice entry...hihi =)
Sue- Jodoh juga perlu kita cari...jangan duk berteleku di tikar semayang mengharap jodoh datang...ia tetap dengan usaha. Cmna ppn nak usaha? wat mai ayam golek dengan pisang sesikat, baru leh saya kongsi..ekeke.
Terima kasih atas ucapan tu..Amin =)
Balqis- Pandai anak pakcik ....(lupa nama ayah)
Nak usahakan kearah pernikahan itu boleh kita mulakan dengan bertunang.
Contoh dah suka sama suka, stdy berbaki setahun lagi, so mintak kat family nak ikat dahulu. Tapi kene bersungguh nak jagalah... bertunang itu ada syarat dan peraturannya.. bukan lesen besar nak wat segala.
Dan bagi saya sebenarnya waktu bertunang itu subjektif sebenarnya. Ada orang bertunang sebulan tapi kehulu kehilir bersama...mung tengok aku, aku tengok mung, mung tampar aku, aku terajang mung... Berbanding deme bertunang lama, tapi masih2 sibuk dengan kehidupan masing-masing dan cukup menjaga.
Nice article dikatanya...huhu. cam tak betul je menulis..apa2 pun terima kasih
salam Dr cinta (ahaks)..
Nice artcile..
"Jodoh juga perlu kita cari...jangan duk berteleku di tikar semayang mengharap jodoh datang...ia tetap dengan usaha" Selalu sangt ad article manual mencari jodoh u lelaki. slh satunya article ABUSAIF y bertjk "Teori Evolusi Cinta". Timbul tnda tanya mcm mn pula y dikatakan 'usaha' u mendpt jodoh y baik bg wanita? Jodoh juga perlu dicari... tp bagaimana?
Saya ad trbc satu article dr k fatimah syarha salah satu usaha seseorng wanita itu mencari jodoh y baik adlh dia mestilah berusaha u menyediakan dirinya menjadi "produk solehah". Keduanya, brkwnlah dengan rakan2 y solehah, mg2 jdh kita adlh di kalangn sanak saudara mereka atau sahabt handai mereka. Sekadar perkongsian..
"Rasa cinta itu fitrah jadi salurkan ia pada jalan y haq.."
p/s: jngn la kedekut snagt.. xkn nk share pndpt tu pun smpai kena blnja ayam golek dn pisang sesikat.. hee..
hehehe..testing2 tempat yg dikatakan smart tok komen..hahahaha..dr ahmad kate kalo komen disini x kan hilang...baekklah..mulai ari ni sy akn komen disini supaya komen sy diabadikan...
Mutiara- Wslm dari Dr Cinta (ahaks!)
Nampak gaya saya perlu meneruskan sambungan article ni...Manual Bercinta: Wanita Si Pencari Cinta...hehe. InsyAllah, akan saya sentuh nanti deh...saya kongsi cara yang simple dan mudah untuk muslimah2 diluar untuk ikut.
p/s: oleh kerana mencemar duli, up ayam golek jadi dua ekor..sape suh lawan sangat..ekeke
Cik Buntu- Hah...ni baru leh jadi anak solehah..mendengar kata... welcome2
Menarik...
Manual bila sebut nampak mudah...
tapi nak lakukan..mujahadah..
Manual bawa kereta kalau salah,tak ikut jalan,tak ikut arahan tak lulus & tak dapat lesen...ni orang nampak..so orang pulun ikut arahan
Manual cinta,cinta tu suci dah. Cuma dalam mengendalikan ramai kecundang. Masih kabur barangkali mana salah dan mana betul. Kalau salah pilih jalan, kalau tak ikut apa yang Allah gariskan akibatnya gelisah dan haru-biru jadinya. Tapi orang jarang nak nampak kesan smpingan.Pilih dulu jalan, salah baru tersedar.
Tapi Islam tu cantik sangat dah, fitrah dirai tapi yang rugi..ummat kurang menyedari..
Wallahu'alam..kerdil sgt nk curah komen di sini..masih byk yg perlu diteliti..
ha,meh sini tok guru nak bagi pengalaman....
betul kata cik sinar_islami, nama je manual, tapi bukan senang nak ikut.....
cerita AKU BERCAKAP TENTANG CINTA dalam blog saya tu penulis dia berusaha nak nikah 3 tahun tu!!! bukan bole senang-senang, "takkan nak break kot? sayangla...so mari kita menjaga"
ha, jagalah sangat.....
saya hanya mendoakan orang yang tidak mampu untuk nikah dan 'tidak boleh' untuk nikah tu pikir la elok2 KEPUTUSAN YANG PALING BAIK DAN HARMONI...'jaga' macam mana sangat yang kita mampu buat....syaitan dikurniakan otak yg genius dalam menghasut, kalau dah tak boleh/tak mampu kawen tu pandai2la buat keputusan, ye....???
fikir-fikirkanlah...
meh sini nak promote bagi baca satu kisah --- http://drrazi.wordpress.com/2008/06/25/aku-bercakap-tentang-cinta/
tiba2 rasa kesian plak pada golongan yang tak mampu/tak boleh kawen skrg ni, nanti putuskan hubungan pasangan tu kawen ngan orang laen menangis tak sudah pulak. oklah2, tarik balik. bukan tak bagi nak menjaga....cuma nak kata kat sini SANGAT SUSAH nak menjaga tu....syaitan ni licik....
so saya syorkan yang belum ada hubungan tak payahla nak menjalin hubungan kalau tahu kawen lambat lagi.
kalau tunang? tunang pon satu usaha jugak, tapi tunang sampai 3,4 tahun? diulang, syaitan itu licik saudara-saudara sekalian....
dah terlanjur, pandai2 la buat keputusan. kalau belum, JANGAN NAK GATAL2!!!
fikir-fikirkanlah....
(1st time komen pnjg kt cni. bukan apa, tak nak org slh fhm dgn menganggap 'senang nak menjaga hubungan laki pmpn ni'. wallahualam)
Sinar-Komen yang menarik...Manual pandu kereta, start, masuk gear, tekan minyak...jalan. Mudah! tetapi berapa orang yang betul yakin boleh membawanya? Jadi amat bersetuju, berhubungan itu mujahadah.
Dah smartlah tu komennya mantap!
Dr Radzi- Rasa nak ketawa pulak tengok komen berjela...nampak gaya topik Cinta jugak dapat pancing mung neh...ekeke.
Pengalaman, itu guru yang paling berharga. Ada orang tidak pernah rasa, jadi yang terkena boleh kata
"Ko tak pernah kena penangan cinta ni, bolehlah cakap"
Tapi kali ni orang otai yang cakap...
Menjaga tetap menjaga, kerana itulah Islam diturunkan. Untuk mentertibkan kehidupan dan perjalanan umat manusia.
Tang bertunang, 2 tahun...lama! Dan itu batas yang diajurkan oleh Islam kerana Allah tahu manusia ini lemah, dan syaitan itu licik.
Cinta itu layan pun jangan, lawan pun jangan...
salam, bsr betul perut. ngeh2, up ke 2 ekor lak aym golek..
Bgs gk kalo ad smbungn article ni.. =). Tp kan dlm article tu nnti tmbhkn mcm mn nk mnjg hati agr kita sentiasa mujahadah.. (he2,, sdp hati je)
p/s: Gmbr orng nikah kt bwh tu mcm gmbr dr amad la.. hee2
Mutiara-Jaga hati? aiseh,nampak gaya salah amik profession sy neh...
p/s: saya amik tu as doa..ekeke.
couple dalam Islam itu sebenarnyer ada..TAPI selepas kahwin. Couple sebelum kahwin ditegah, couple selepas kahwin digalakkan :D
Falindah- Bercinta selepas nikah...asyik tak? kongsi skit pengalaman tu... =)
suke dengan pendapat dr Amad. mase zaman saye sekolah dulu saya ada join jugak tarbiyah. kakak kakak yang handle kami tu kalau dapat tau je ada diantara kami yang ber couple memang mereka marah dan suruh putuskan terus.
sedangkan masa tengah bertarbiyah mereka asyik bermesej an dengan abang abang dari universiti lain.
konon konon nak wish selamat berbuka la ape la.
sangat memberikan imej yang buruk dan mengecewakan kami yang baru nak pelan pelan bukak mati hati.
singgah dari blog ke blog baca pendapat macam yang dr Amid buat lagi selamat dan melegakan.
Saljihitam- Seperti article terbaru saya, jangan kita letak titik perubahan itu pada orang lain, pada kak naqibah ke apa. Jika mereka sebegitu, jangan kita pula patah semangat.
Kita nak amalkan agama kita bukan kerana kak naqibah, tapi kerana kita sendiri yang pilih. Jangan patah semangat kerana mereka.
Carilah agama
Amalkanlah agama
Saya mungkin kelihatan lunak untuk couple jika diadili dengan article ini, tapi siapa kenal saya. Tahulah siapa... =)
Selamat mengambil ibrah ya. Stay tune with amadanaksoleh
erm insyaAllah :)
terima kasih dr.
Post a Comment