Thursday, 14 January 2010

Mulakan Dengan Melihat Pasangan Anda


Terganggu...

Itu yang tepat mengambarkan perasaan saya sekarang. Dalam usaha membuang sifat tidakpedulism dengan mengambil tahu khabar dari tanahair tercinta, sebenarnya memerlukan mujahadah yang besar.

Saya dibesarkan dan didik dengan tidak menerima dan melihat itu semata-mata isu, dan dibiarkan berlalu tanpa difikirkan kesan dan akibatnya. Dan itulah sebenarnya yang banyak menyesakkan minda. Yang paling menarik perhatian ialah tentang runtuhnya sistem sosial dan beragama oleh orang Islam.

Dan lihat dan diam itu bukan lagi satu pilihan yang tepat buat saya.

Saya singgah ke satu blog ke sukaan iaitu blog Ustaz Zaharuddin. Tertarik membaca ulasan dan jawapan beliau berkenaan hubungan antara lelaki dan perempuan. Kisahnya berkenaan lelaki dan wanita berzina dan ingin bertaubat. Itu satu hal. Yang mengejutkan dari dekat 100 komen dibawa article itu, boleh saya rumuskan 50% dari komen itu menceritakan dan memohon Ustaz Zaharuddin menyelesaikan masalah zina masing-masing.

Ini bukan lagi isu terpencil!

"Saya dan dia sudah kenal lama...kami mahu berkahwin tetapi keluarga pihak lelaki tidak bersetuju. Dan sekarang kami sudah terlanjur dan ingin bertaubat."

"Kami sudah bertunang...dia sebenarnya seorang lelaki yang baik. Tetapi akhirnya kami tewas dengan desakan nafsu masing-masing."

" Pada awal jumpa dengan saya dia seorang lelaki yang baik dan hormati saya. Pertemuaan kami yang pertama di Shopping Mall. Selepas dua tiga kali bertemu kami tidak melakukan hal terlarang melainkan hanya berpegangan tangan. Selepas itu, dia minta lebih. Awalnya saya bertegas, tetapi layu dalam pujukan dia."

Itu komen-komen di blog seorang ustaz. Dan sekarang pula cerita di akhbar tabloid negara.

Seorang mangsa, Rozie, 20, dari Ampang tidak menyangka perkenalan dengan seorang jejaka melalui laman sosial Facebook bakal menjadi titik hitam dalam hidupnya.

Katanya, menerusi laman sosial itu, Boy dilihat seolah-olah tidak mempunyai ramai rakan perempuan berikutan tiada kenalan wanita dalam senarai sahabatnya.

“Ini menyebabkan saya menganggap Boy bukan kaki perempuan dan boleh dipercayai.

“Kami bertemu buat kali pertama apabila dia mengajak saya ke majlis hari jadi rakannya,” kata Rozie yang jatuh cinta dengan Boy yang bersopan santun dan pandai menjaga hatinya.

“Di tempat kerja, saya kerap diganggu lelaki, tetapi Boy pula sering mengambil berat dengan menjaga saya daripada diganggu mereka,” katanya yang bertugas sebagai pakar kecantikan di ibu kota.

Akibat terlalu percayakan lelaki itu, Rozie mengandung hasil hubungan terlarang mereka selepas setahun menjalin cinta.


Itulaha dari ribuan cerita liku kehidupan masyarakat pada masa sekarang. Denga hanya internet penyambung hubungan. Allah, Rasul, keluarga dan maruh ditolak ketepi. Semuanya atas nama CINTA.

Sungguh mereka tidak mengerti untuk membezakan apa itu CINTA dan apa itu NAFSU.

Kasih Rasul Terhadap Wanita

Didalam sejarah ummat, insan yang paling kasih dan cinta kepada wanita ialah Rasulullah s.a.w. Tidak sedikit usaha, teguran dan tindakan yang dibuat dalam menterjemahkan perasaan cinta Baginda terhadap kaum hawa ini. Tetapi sering kali kita mengabaikan bahkan memperlekeh nasihat Baginda.

"Islam ini kuno lah...itu tak boleh, ini tak boleh. Tension tahu!!!"

" Mak ayah, aku pun tak bising...yang ko duk bawak Al-Quran dan hadis segala ini buat apa. Sikit-sikit Islam, nak cakap Islam pergi masjid la beb?"

Bagi yang mengatakan Islam yang Rasulullah s.a.w itu kuno, mengongkong, dan segala nista. Saya ingin mengajak kita sama-sama renung satu kisah sirah nabawi yang pada masa itu Baginda menunaikan Haji Wida', haji yang terakhir Baginda. Baginda memberikan satu khutbah umum yang terakhir dalam hidupnya. Salah satu aspek yang Baginda sentuh adalah berkenaan kaum Hawa.

" Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."


Inilah insan yang mempertegaskan haq wanita, inilah jua insan yang anda katakan kolot...

Inilah insan yang menyuruh melayani wanita dengan kasih sayang, inilah jua insan yang anda katakan mengongkong...

Gambar Hiasan

Inilah insan yang melayani wanita dengan lemah-lembut, inilah jua insan yang anda katakan out of date...

Skrip Berulang


Jika kita melihat senario diatas, modus operandi hingga terjadinya zina dan sama waktu dengannya adalah mudah dan berulang-ulang kisahnya.

Berkenalan

Lelaki berlakon baik atau memang baik pada awalnya

Perempuan terkesima dengan baik budi dan ayat si lelaki

Keluar bersama untuk kali pertama dan lelaki itu kelihatan sungguh baik dan sopan

Hubungan semakin rapat dan lelaki meminta berpegangan tangan.

Perempuan bertegas menolak, dipujuk dan dipujuk.

Akhirnya layu...dan pergilah ke babak yang seterusnya.

Mudah sahaja skrip cinta cintun masyarakat sekarang. Dan skrip inilah yang membawa kecelakaan kepada masyarakat.

Menjadi tanda soal, haruskah hubungan lelaki dan wanita berakhir seperti itu? Adakah semudah itu untuk "mencairkan" hati seorang wanita. Cukup sekadar ayat power, muka kacak, dan belanja makan yang tidak seberapa. Dan siap untuk menyerah diri untuk disembelih sang lelaki. Kambing yang abah jual pun harga RM400 seekor, takkan belanja makan yang tidak sampai RM50 sudah layu.

Kelebihan lelaki ialah pandai memujuk dan berlakon, dan kelemahan wanita adalah mudah dipujuk rayu dan ditipu.

Oleh kerana itu, Islam melihat isu hubungan lelaki dan wanita ini cukup penting untuk disentuh. Kerana disini letak titik jatuh bangun ummah. Mahu lihat masa depan Islam, lihatlah pada pemuda pemudinya. Jika pemuda pemudinya kaki rempit, masa depan Islam 'rempit' jugalah jawapnya.

Sunnah dalam Hubungan Lelaki dan Wanita


" Kenapa dia duk naik motor dengan perempuan tu? Tengok macam ok je..Ada apa-apa urusan mendesak ke sampai perlu macam itu?," saya bertanya kepada adik kelas (junior).

" Entah tak pasti pulak kenapa. Tapi ada orang bagi tahu mungkin salah satu cara dakwah kot," jawap dia bersahaja.

" Dakwah apa??? Apa yang dia tahu dengan dakwah seperti itu? Mengangkat perempuan itu dari satu lubang neraka dengan meletakkan kedalam lubang neraka yang lain. Kali ini dengan lelaki itu masuk lubang sekali. Dakwah itu luas, tetapi masih tidak berkompromi dengan bersalut kemaksiatan," saya menjawap. Mengaitkan tindakan itu dengan Islam dan dakwah pulak tu.

Panas!!!

Seperti pernah saya sentuh dalam article Manual Bercinta, Islam itu meraikan fitrah. Jika anda suka kepada perempuan, bersyukurlah kerana anda normal dan bukan gay. Jika si gadis tertawan dengan sang lelaki, itu juga normal dan tidaklah berdosa didalam Islam.

Tetapi ada aturannya...

1. Ramai pasangan keluar berdua-duaan tidak kiralah samaada pergi shopping, dating, ataupun ke masjid sekalipun. Ketahuilah itu dilarang sama sekali. Bagi yang sudah bertunang sekalipun aturannya tetap ketat. Keluar dibolehkan tetapi dengan syarat ditemani oleh mahram yang tsiqah(terpercaya dari segi agama dan matang dalam tindakan). Kerana ada yang mengajak teman, sedangkan teman yang diajak itu merapu dan tidak tahu hukum hakam.

2. Kurangkan komunikasi yang tidak berkenaan. Isi perbincangan seharusnya dikawal. Isi pun dikawal, gantiaan nama seperti ayang itik, abang, ucuk dan segala hal lagilah bersalahan dengan syarak.

3. Tidak boleh bersentuhan sama sekali. Jadi diharap tiadalah dialog " Saya dan dia cukup menjaga...kami tidak melakukan larangan. Paling tidak pun hanya sekadar berpegangan tangan je." ~ Pegang tangan SAHAJA...hurm~

4. Elakkan fitnah dari masyarakat sekeliling. Mahu elakkan fitnah, jangan kita sendiri cipta fitnah itu. Jangan salahkan masyarakat mengata, sedangkan diri dengan pasangan kelakuan sumbang.

5. Berkaitan gambar. Melihat aurat sudah semestinya sudah salah. Sekarang trend menjadikan gambar pasangan sebagai wallpaper telefon bimbit, laptop bahkan menjadi primary picture di Facebook dan Friendster. Dua kali salah! Dilarang bertukar gambar tanpa sebab yang syarie'.

6. Jika semua ini kita tidak mampu lakukan dan penyelesaian pernikahan itu masih jauh pejalanannya. Putuslah hubungan itu dengan serta-merta. Pedih...sedih. Memang! Tetapi itulah mujahadah. Rintangan dihadapan lagi besar dan memerlukan lebih tinggi mujahadahnya berbanding putuskan hubungan itu. Percayalah, jika niat semua itu kerana Allah s.w.t. Dia akan gantikan duka lara hati dengan kegembiraan lebih besar dari itu.

Keluarga Muslim

Gambar Hiasan

Selepas melihat semakin rosaknya ummah sekarang. Bagi saya, keperluan untuk membina satu keluarga contoh, sakinah dan mawadah sudah menjadi kewajipan setiap insan yang mengaku beriman. Melahir dan mendidik generasi baru sebagai penyambung mata rantai perjuangan Baginda sudah menjadi tuntutan yang vital.

Kepada lelaki, hormatilah wanita seperti Baginda menghormati mereka.

Kepada wanita, lebihkan menjadi dari mencari dan kuatlah dalam berprinsip.

Tetapi sebelum kita mahu bina keluarga muslim lagi mukmin, mulakan dengan melihat dan memilih calon ibu kepada anak-anak kita. Dan lihat dan pilihlah calon bapa kepada anak-anak kita. Itu tapaknya, jika mahu kukuh bangunannya!

Anda mencari, saya mendoakan...

Nota 1 : Saya mengubah tajuk bagi mengumumkan lagi tajuk article.

Nota 2 : Sudah boleh tukar nama dari Dr Amad kepada Dr Cinta...Ahaks!

Nota 3 : Tidak sabar ke Permai. Saya doakan kepada sesiapa yang imtihan tetapi masih pergi Permai, agar mendapat keputusan yang cemerlang nanti.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

22 comments:

Nina :) said...

huwaa..kwn sy tgh mengalami sindrom ni. tp sy takut nk tegur..sbb orgnye jenis cpt emosi. yg sy bole buat doa je la. tp tiapkali nmpk diorg bersama je, rse luluh je hati.org lain dok ckp sweet segala, sy diam je sbb berat hati nk sebut.sbb xsweet lgsg, sbb bnde tu haram. cmne ni cmne ni Dr cinta? xsggp da tgk :(

haha geli gile pggl dr cinta.

Dr Amad said...

Nina- Tok Guru Nik Aziz pernah bagi satu analogi...orang yang macam ini, cam orang tengah muntah. Orang tengah muntah bagilah ubat apa pun akan keluar balik. Tak jalan. So cara terbaiknya,kita pi belakang dia...urut perlahan-lahan. Bagi dia reda sikit...then kita masuk jarum eh salah masukkan nasihat.

InsyAllah kalau dia tahu dan faham kenapa sebab kita nasihatkan, dia tidak akan marah dan emo pada kita.

Jalinkan terus hubungan persaudaraan. Teruskan juga nasihat dan nasihat.

p/s: Hehehe...tapi cm seronok pulak panggilan tu..ekeke

Nina :) said...

insyaAllah..tgh cube pun ni. mintak2 la die xslh fhm n trime dgn baik.. kite nk yg terbaik utk die, plus xnk dipersoalkn "nanti"..

Dr Amad said...

Nina- InsyAllah ok...dia tengah dibius cinta tuh...sampai masa habislah kesan bius tu.

buntu said...

dr amad, saya baca artikel ni 2 kali..kali 1st tgh mamai..nk gak baca..smpi baca ayat 1st skali terganggu jadik terengganu haha..last skali tertidor tyme baca..hehe~kali 2nd da x mamai...kikiki,, sy pegang prinsip bercinta lps kawennnnnn~ kawan2 sekeliling suma da bercintan intun...tp x kesahh poon, x nmpk poon significant bercinta sebeloom kawenn..hukum jelas~ cuma kite kekadang sedeyh ckit (byk sbnrnya)bila tgk kekwn yg sama2 pegang prinsip tu akhirnye tewass..~yea..moga saya terus kuat..insyaALLAH..wuuu..thanks 4 da article :)..(sebenarnya anda lagi layak berkawenn skrg sbb anda lagi memahami erti cinta sebenar...kakakakaka)=)

Dr Amad said...

Buntu-Tahu dan Mahu itu besar bezanya cik Buntu. Tetapi saling berkaitan. Tahu+Mahu+Azam+Tindakan itu baru sampai kepada al-fahmu(faham), antara silibus usrah yang awal-awal yang perlu orang kuasai.

Pegang ke tak pegang ke, hanya boleh kita lihat time diasak dengan hal ini. Jika kuat, alhamdulillah iman gred A. Jika layu walaupun sebelumnya berprinsip cmtu, imannya downgred. Jadi up up lah iman anda ( Maaf dewan bahasa dan puskata) huhuhu...

p/s: Kahwin? balik ke Msia pun pakai duit abah...nak kahwin...mau diluku dek abah...wahaha

Anonymous said...

artikel yg berguna buat diri saya..
ni saya kasi situasi org bercinta disekeliling saya,mungkin di tempat awak pun ada jugak

1.dulu hamba Allah ni ckp xnk couple,thu couple itu haram,siap nasihat kawan sy yg tgh couple suruh jgn couple,tazkirah sana sini..skng ni tgk sekali kena pd dia senyap membisu!dr juara menentang jd .........(sila isi sendiri)

2.hamba Allah ni pulak,nk couple tp takut!tahu pun hukum...tp last2 couple jugak..tp nk kasi kurang rasa berdosa bila nk g dating ajak kawan teman,jrng keluar dating..huhuhu..

3.kadang2 ada jugak yg pakai tudung labuh,kopiah putih..belakang senyap2 keluar dating...mcm na impression org lain kalo tgk?
pasti keluar mcm ayat mcm ni
"huh org yg pakai tudung labuh pakai kopiah putih pon buat jugak!"


hebat penangan cinta ni..betul lah kat dalam artikel lepas awak tu
cinta jgn dilawan,jgn pula dilayan..ignore saja..

ummujannah said...

wah!

ulasan yg bagus dari amad..lama tak bukak blog awak ni, rupanya dah jadi Dr Cinta.
Alhamdulillah artikel yg cukup bagus!

panjang tapi berisi..

Cinta itu membangunkan jiwa, bukan meruntuhkan jiwa.

Membina cinta yang akan dibawa untuk menembus ke syurga, usahanya juga pasti menggegarkan jiwa!

p/s:bila kak boleh tulis cmni,artikel cm awak.

Dr Amad said...

Anony- Cukup saya kongsi satu doa

"Ya Allah,Ya Rabb...Tuhan yang boleh membolak balikkan hati. Jangan Engkau balikkan hatiku selepas Engkau memberi petunjuk"

Saya masih yakin hidayah itu masih milik Allah. Boleh Dia berikan, boleh dia tarik.

Jadi tugas kita, kekalkan keimanan dan nasihat dan menasihati.

Dr Amad said...

Kak Tasha- Boleh tu..tengok ada bakat je...hehe. Article ni pun dua kali tidur baru siap...

Menulis dengan hati, IsnyAllah sampai ke hati.

dr.radzi said...

nina, saya kenal tak orang tu? macam kenal je...????

kesian kawan tu kan....ish3,gi tegur leklok gi.=)

Dr Amad said...

Abg Radzi- Mestilah abg radzi kenal..ekeke..

Lihat mereka dengan empathy...Marah bukan kebenciaan, tapi tanda sayang...

mutiara solehah said...

Salam Dr Cinta (u entry cinta shj sy akan panggil dngn nm ini, ahaks), suka method pnlsn y digunakan. mmng sebijik dh mcm pnlsn ABUSAIF.

"Tetapi sebelum kita mahu bina keluarga muslim lagi mukmin, mulakan dengan melihat dan memilih calon ibu kepada anak-anak kita. Dan lihat dan pilihlah calon bapa kepada anak-anak kita. Itu tapaknya, jika mahu kukuh bangunannya!"
Sy sedih melihat anak2 kecil yang baru ingin mengenal erti kehidupan tidak dididik dengan sbaiknya oleh ibu bapa mereka. Akhirnya, anak ini menjadi ntah ap2 bila mereka dewasa.. sbb itulah perlunya tapak y kukuh, agar bgnunan y terbina dpt mmberi manfaat sepenuhnya.

"Kepada wanita, lebihkan menjadi dari mencari dan kuatlah dalam berprinsip."
100% setuju, kita selau MENGHARAPKAN dan MENGINGINKAN tetapi jrang sekali MENJADI. Untuk para muslimat, berusahalah mnjadikan diri sbg "produk solehah". bkn u menarik hati lelaki untuk mendekati kita tp agar Allah sayang lntas Allah serahkan hati kita mnjadi milik lelaki soleh yang dipilihNya. InsyaAllah, janji Allah itu pasti (An-Nur:26)...

mata hati said...

"Kepada wanita, lebihkan menjadi dari mencari dan kuatlah dalam berprinsip."

suke ayat ni..tapi lebih suka kalau ditujukan utk kedua-duanya...

lelaki...dan wanita..sama2lah lebihkan dalam menjadi...dan kuatlah dalm berprinsip...

sbb lelaki tu bakal ketua keluarga, ketua masyarakat bahkan ketua ummat!

jgnlah rosakkan ank dara org..lelaki beriman akan memimpin wanita ke arah keimanan...

tp klw lelaki tak beriman, asyik pimpin tgn pompuan jela kerjanya..huhu...

maaf dr.cinta.eh,dr.amad..ter emo lak bce artikel ni...

sedey snaye dgn keadaan lelaki dan prmpuan zamn skrg.huhu..moga Allah melindungi kita semua..ameen...

sinar_islami said...

Zaman sekarang...mcm2 pencemaran..
akhlak pun turut terkesan..
zaman sekarang...mcm2 pemikiran..
dalam soal cinta turut terkesan

Yang salah adalah cara manusia mendefinasikan cinta..dan
yang salah adalah cara manusia meraikan cinta..

Nafsu ada, syaitan pun ada..benteng utama iman..
bila manusia tidak disibukkn dgn amal kebaikan.. mulalah jahiliyah mengisi kekosongan..

betulla Dr Amad kata..manusia sudah konfius apa itu cinta apa itu nafsu..

Moga Allah pelihara kita semua..
Moga tidak diuji dari ujian yg menjauhkan diri dari-Nya

Dr Amad said...

Mutiara- Taknak panggil pun tak pe...saya gurau-gurau je. Saya dengan Ustaz Hasrizal, jauhlah stardartnya...dia orang hebat, penulisannya jauh lebih hebat. Cuma saya menumpang idea dan cara penulisan beliau sikit-sikit.

Terima kasih atas tambah nilai dan datang lagi ya!!

Dr Amad said...

Mata Hati- Oleh kerana itu qoute sebelum itu saya 'terajang' dulu laki-laki..then come to women..=)

Dan setujulah, semua itu perlu ada. Wanita juga perlu hormati hak lelaki dan lelaki perlu lebih kuat berprinsip.

=) selamat datang ke amadanaksoleh..

Dr Amad said...

Sinar- Ana sokmo tertarik dengan bahasa nti guna...macam pakar pantun kat sekolah pun ada...rapi je duk susun ayat.

Terima kasih atas tambah nilainya.

Doa,usaha dan tawakal...

sinar_islami said...

tengah praktis..kot kot pasni kena berpantun sllu.. =)

hakikatnya...byk kelemhn dalam menyusun bhsa..Allah lah yang mengilhamkn..Thanks to HIM

La syukran ala wajib..Moga Allah terus mengilhamkan Dr Amad idea dan terus thabat di jalan ini.

Dr Amad said...

Sinar-Apa pun balik pujian itu kepada Allah,kan.

saljihitam said...

salam dr.

artikel yang bagus :)

tapi ada tak artikel mengenai Dilarang bertukar gambar tanpa sebab yang syarie' seperti yang diperkatakan saudara yang saudara dah publishkan sebab ramai lagi yang ambil remeh isu ini.

terima kasih :)

Dr Amad said...

Saljihitam- Wslm, selamat datang ke amadanaksoleh.

Secara spesifik untuk larangan itu tidaklah,lagipun blog saya bukanlah blog berkenaan hukum hakam. Kerana saya tidak mempunyai kelayakkan menghuraikan hal itu secara detail berdasarkan nas-nas.

Tapi saya ada menyebutnya secara umum dalam article-article sebelum ini.

Semoga mendapat ibrah dari blog ini. =)