Thursday, 1 April 2010

Lirik Pemujuk Hati Sang Murabbi

"Ustaz, baru ana tahu, rasa dan faham perasaan ustaz dulu," saya meluahkan perasaan kepada guru kesayangan saya, Ustaz Hasrizal. Beliau guru saya dalam banyak hal, dan yang penting kami berkongsi sifat dan wavelenght yang sama. Pernah penampar orang!

" Dulu tang mana tu," tanya Ustaz.

" Ana pernah dengar 'keluhan' ustaz, yang kata letih. Letih itu kerana berurusan dengan manusia, bukan letih kerana beban kerja," saya cuba mengimbau kenangan lalu.

" Benar tu Amad, ana tiada masalah dengan kerja ana. Tapi yang amat meletihkan ana adalah apabila berurusan dengan manusia. Cuma nasihat ana kepada enta, JANGAN MUDAH KECIL HATI. By the way, welcome to the club bro!," ustaz 'memujuk'.

Saya, teman dan Ustaz Hasrizal di Airport Bandung

" Syukran ustaz, ana merasainya dan semakin lama semakin merasakan itu keseronokan. Proaktif, itu kuncinya," saya menjawap.

" Ana balik Malaysia dan beradak pinak baru merasa letih itu, enta muda-muda lagi rasa. Ana merasakan seolah-olah enta orang tua beranak empat pula," canda ustaz.

Ketawa kami pecah, kami gembira, dalam hati yang empunya hati dan Sang Pemilik Hati yang tahu.

Sembang kami santai, ustaz tenang dalam menunggu kak muna menyediakan juadah makan pagi, dan saya sedang menyantap bubur hangat. Orang bujang, alahai.

Kisah Sahabat Kisah Adik Kisah Pejuang

" Kenapa nak keluar IMAN, saya nak tahu alasannya," tanya saya ringkas, bukan dalam nada marah, cuma mahu terus kepada maksud pertanyaan.

" Erm, saya ini biasa-biasa je. Kawan-kawan saya juga biasa-biasa. Lagi pun ahli IMAN macam menyisihkan saya. Banyak hal saya terlepas," cerita adik.

" Erm, ana nak cari diri ana yang dulu. Lagipun orang macam ana duk dalam IMAN, buat rosak nama IMAN je. Dan antara sebab lain kerana terkilan dengan orang dalam IMAN itu sendiri," luah teman.

Itu antara beberapa senario yang terjadi kepada wadah dakwah disini. Ada yang datang, ada yang pergi. Dan apabila saya telusuri sejarah-sejarah insan hebat dahulu, senario ini banyak dan pelbagai kisahnya.

Saya sebenarnya semakin merasa konklusif bahawa orang yang berundur adalah orang yang peduli kepada kata orang. Kata orang dari belah yang tidak faham Islam, skeptikal dengan Islam, dan menganut Islamophobia dan juga kata orang disebalik tebing yang memakai baju pejuang Islam. Mereka ditengah, dan diasak oleh kedua jurang ini.

Ada yang terus maju

Ada yang jatuh

Ada yang terduduk

Ada yang terpaku

Terngiang kembali nasihat ustaz, "Amad, jangan mudah kecil hati."

Saya Terasa Merasa

" Ko tahu ada orang kata kat ko," tanya teman kepada saya.

" Tahu je, tapi apa yang deme katakan...itu aku tidak pastilah," jawap saya jujur.

" Erm, ko terasa tak bila ada orang mengata?," satu persoalan aneh.

" Nak kata aku tak terasa, itu bohong sebab aku masih manusia. Tetapi nak kata aku terkesan dan mengundur, insyAllah tidak. Sebab bagi aku, mereka yang mengata (mengumpat) sebenarnya tidak sedar bahawa 10 orang lagi mengumpat dia dibelakang. Entah-entah biro seumpatan dia sendiri," jawap saya.

Itu dari tebing yang tidak faham Islam, skeptikal dengan Islam, dan menganut Islamophobia. Tetapi bagi saya tebing yang memakai baju Islam ini lagi kuat menyesak dada. Jika insan diluar, saya masih boleh bertenang dan mengalaskan perbuatan mereka dengan kebatasan mereka dalam memahami agama. Bagi yang faham, tidak tahu apa lagi saya boleh alaskan natijah perbuatan mereka itu? Bagi yang kuat awalnya merentasi jurang "tidak faham", akhirnya ramai yang kecundang diperingkat ini.

Sahabat seperjuangan makan sahabat seperjuangan

Sahabat seperjuangan lukakan sahabat seperjuangan

Dan ia seperti biasa, sejarah yang diulang-ulang berzaman. Cuma pelakonnya berbeza.

Menerima Lebih Dari Memberi

Emosi akan berkecamuk apabila usaha kita diperlekeh dan direndah-rendahkan dengan title mengugah hati.

" Poyolah kau!"

" Bajet baik sangatlah tu"

" Cit, ingat maksumlah tu"

" Blahlah, hipokrit siot..."

"Ingat alim sangatlah tu!"

Ayat ringkas, tetapi satu senjata ampuh untuk meruntuhkan emosi diri dan mematikan langkah sang pejuang. Kita memberi, tetapi diperlekeh, diumpat, dicaci maki, dihina.

Nasihat yang bersifat tonik boleh saya kongsi adalah JANGAN KECIL HATI. Hal ini akan berlaku berulang kali mungkin dari insan berbeza, dan situasi berbeza tetapi jangan sekali-kali kecundang dan rebah kerananya. Anda mungkin hebat ilmunya, tetapi tidak ramai yang kental hatinya. Jika ini jalan anda pilih, persiapkan diri anda untuk DIKUTUK, DIUMPAT, DIREMEHKAN, dan DILUKAKAN.

Kecil ‘hati’, makan ‘hati’, patah ‘hati’, busuk ‘hati’...Hati-hati dan persiapkan hati anda.

Jika anda mahu berjuang tetapi mahu hanya kata pujian dan penghargaan, anda harus berfikir banyak kali. Fikir adakah itu perjuangan? Fikir adakah itu jalan yang Rasulullah s.aw. tempuh? Fikir adakah itu jalan cinta para pejuang?

Niat dan Niat

" Saya, kalau mahu keluar dari IMAN kerana terasa. Bukan sekarang, 1st year lagi saya dah keluar. Buat apa sibuk dengan hal-hal macam ini, baik duk bilik tengok movie. Tetapi adakah itu tindakan terbaik yang paling syari'e disaat Islam dan dakwah masih memerlukan kita?," antara perkongsian saya kepada adik-adik.

Konsert di Permai. Lagu Bingkai Kehidupan tu...=)

" Kerana demi Allah, saya tidak melakukan hal ini kerana manusia. Dan saya berdoa dan harap, Allah tetap memperkukuhkan niat dan hati saya."

Anda mahu kenal Islam, semangat buat kerja Islam, pertamanya luruskan niat dahulu. Kerana sampai satu masa, kerana niat inilah anda akan berpaut kuat disaat angin badai menerpa. Angin badai yang banyak menjatuhkan manusia dari jalan yang Allah s.w.t janjikan syurga.

" Nak memuaskan hati manusia itu rumit. Mahu jasa kita disebut-sebut itu sulit. Kerana itulah, pegang sahaja slogan GOD IS MY CEO . Buat kerja, biar jadi ibadah, itu sahaja justifikasinya," Ustaz Hasrizal.

Yang paling penting, jika anda masih mahu terasa jika sumbangan tidak berbalas bunga, jika anda mahu terasa nasihat dibalas tuba, jika anda mahu terasa kerana budi dibalas caci. Sedarilah, yang paling layak terasa itu adalah Allah s.w.t.

Siapa yakin maksiat dia paling sikit?

Siapa yakin dosa dia paling sikit?

Siapa yakin ibadah dia paling banyak?

Siapa yakin pahala dia paling banyak?

“Dan sedikit sahaja dari kalangan hamba-Ku yang bersyukur” (Saba 34: 13)


Saya 'dipujuk' oleh Ustaz Zaharuddin dengan ceramah beliau ini. Jujur saya kata, ia cukup mengubat hati saya

Cukup ayat ini membuktikan 'rasa terasa' Allah. Manusia tetap manusia. Mahu merasa terasa? Jom buat kerja, kerana syurga itu tidak murah.

Pengubat Hati

" Ana rasa enta kekurangan vitamin K, lah akhi," kata Ustaz.

" Vitamin K ape ke bende pulop ustaz weh?," saya tidak dapat tangkap maksud ustaz.

" Vitamin KAHWIN!."

Pulak dah...erkkk!

Ini kata pemujuk rasa

Ini kata penyejuk jiwa

Ini kata luahan cinta

Ini kata penyegar minda

Jangan mudah terasa, kerana kitakan HAMBA.

Kita tetap hamba

Nota 1 : Harap tiada bagi nasihat " Sabarlah Dr Amad", sebab saya menulis dengan hati santai tau.

Nota 2 : Esok ada program P4P ( Peace For Palestine). Speaker didatang khas dari Malaysia dan yang paling penting beliau adalah alumni UNPAD tahun 89.

Nota 3 : Sekadar menjawap soalan terutama sahabat dari luar Bandung khususnya. Siapa IMAN? Dibawah siapa IMAN? Senang cerita, kami badan dakwah dan tarbiah rasmi dan tunggal di UNPAD dan kami dibawah nama Islam. Macam-macam jenis orang ada kat dalam. Harap menjawap soalan =)

10 comments:

Unknown said...

Ana ingat seorang masyaikh IM pernah pesan kpd ana kt UK dulu;

"Extraordinary tasks can only be beared by extraordinary people"

Mehnah dan tribulasi dalam jalan Dakwah inilah yang membentuk jiwa dan jati diri kita.

Alangkah manisnya gerabak dakwah ini kalau kita sama-sama selangkah dalam menongkah cabaran dan tribulasi.

Kita tahu para Salafusoleh, figur-figur masyarakat macam Ust. Hasrizal, Ust. Zaharuddin dan enta sendiri punya obstacle-nya yang tersendiri. Dan obstacles inilah yang melahirkan peribadi yang hebat.

Syabas!

Tak sabar menunggu anak muda + vitamin K-nya ini pulang ke tanah air untuk mendidik dan berbakti. =)

Dr Amad said...

Little Caliph- MasyAllah syeikh, siap boleh nasihat dari masyaikh IM lagi tu...nasihat orang hebat,sudah semestinya kepada orang hebat juga.

Bagi pihak diri ana sendiri, masih banyak jua yang perlu dimuhasabah dan diperbaiki.

Hanya insan biasa,cuba termampu menjadi luar biasa.Doakan, sebab doa sahabat ini mudah dimakbulkan, tambahan pulak sahabat yang soleh macam nta.

Tunggu ana ok, tunggu vitamin K...erkkk =P

syuhadah said...

assalamualaikum..

andai jalan dakwah itu semanis madu yg boleh terus dirasa,sudah tentu ramai yg inginkannya..namun,manisnya dakwah itu apabila hujungnya nanti..
dan manisnya dakwah itu apabila jatuh dan bangkit semula..

jangan pernah tunggu untuk diri menjadi `perfect` sbab kter tdak pernah akn mencapai tahap itu..teruskan memperbaiki diri..

teruskan perjuangan..Islam pasti bangkit suatu hari,itu pasti,tapi adakah kita hanya mahu jadi pemerhati..

p/s= mai pkat rmai2x p P4P..dare to care for palestine ya!

Dr Amad said...

Mek Sue-Wslm...

Itu semua alasan biasa.

Memang murka Allah kepada orang berkata tapi dia tidak lakukan.

Tetapi Allah lagi murka kepada orang tidak berkata dan tidak lakukan. Dua kecelakaannya disitu.

Dr Hana said...

Rasmi dan tunggal? bukan ada adik beradik kembar lain mak lain ayah? huhu..:)

Hmm, aneh2 jugak ya soalan2 dari orang ni kadang2~

Rumah nak besar, makan nak besar, alangkah baiknya lebih diutamakan mempunyai HATI yang besar.

Kata2 orang sering menyakitkan, tetapi hidup untuk memuaskan hati orang semata2 akan menjadikan kita lembap dan hanya menjadi reaktif dan defensif sahaja. Tetapi hidup tanpa memikirkan kata2 orang akan menjadikan kita syok sendiri~ Seimbangkanlah antara keduanya..

Dr Amad said...

Ummufurqan- Tunggal dan rasmi itu dalam erti kata formaliti bahagian tarbiah. Tetapi tidak pernah lupa kehadiran 'adik baru' yang bergerak sama. =)

sinar_islami said...

Tidak lekang hidup ini dari ujian...
Sanggup terima kerja-kerja ummah bermakna..
tiada red carpet untuk kita...
Dan disebabkan manusia yang kekadang meletihkan kita inilah yang mematangkan tindakan kita..
Moga Allah berkati usaha para pejuang...

Dr Amad said...

Sinar- Amin...syukran atas tambah nilainya

EdAlia said...

Salam Dr Amad

Ujian itu menjadikan siapa kita. Kuatkan semangat dan sentiasa ingat sekuat mana pun dugaan yang kita hadapi, sesungguhnya sangat kecil kalau nak dibandingkan dengan ujian Rasulullah hadapi dulu.. :-)

Apa pun syabas dan teruskan perjuangan!

Dr Amad said...

Edalia- Wslm...

Syabas itu buat teman-teman saya, mereka sungguh kuat, saya hanya menumpang semangat mereka.

=)