Thursday, 29 April 2010

Hidupkan Jiwa Dengan Zikr Maut

"Salam Ahmad, saya nak tanya tentang satu perkara. Sibuk tak?,"disapa oleh seorang sahabat pada satu malam.

"Erm, nak kata tidak sibuk macam bohong je. Tapi pintu untuk bertanya atau kongsi pandangan tetap terbuka 24 jam. Jika tidak boleh jawap lani, insyAllah akan dijawap jua lambat atau cepat," saya menjawap.

Memasuki bulan yang kritikal buat pelajar tahun 4 sebelum melangkah ke clinical di hospital cukup menyesakkan dada. Melihat blog tidak ter'update' walaupun idea untuk menulis tidak putus-putus datang.

"Macam ini, saya nak mintak pandangan. Saya ada pernah dengar dan baca ada orang kata 'semua orang bertudung ini masuk neraka'. Saya cukup tidak berpuas hati dengan kata macam itu. Apa pandangan Amad?," beliau bertanya.

Soalan dan situasi yang sentiasa dan berulang kali berputar didalam wacana-wacana ilmu dan juga perbalahan dosa yang tidak berkesudahan.

Tanggungjawap saya sudah semestinya untuk meluruskan kembali polemik ini. Jika menulis dengan terawang-awang aka 'play save' akan mengundang murka Allah. Tetapi jika menulis tanpa terselit langsung nilai manusiawi dan empathy, benci manusia dapat, murka Allah bersama.Pakej!

Saya tidak pelik jika penulisan ini akan dipandang sinis kerana bukan kali pertama isu ini disentuh dan bukan kali pertama reaksi provokative saya dapat. Jika seorang sahabat saya yang paling terkenal dengan 'cool', dengan 'lemah lembut', dengan 'indah berkias' itupun dihentam rapat ke dinding, saya ini apatah lagi.

Saya dan Gapo tersenyum!

Tudung dan Neraka

Sebelum saya pergi lebih jauh, jom kita semak hukum walaupun majoriti dari kita tahu dan faham tentang hal ini.

Islam menuntut bahkan mewajib wanita muslim iaitu muslimah menutup aurat (bukan sekadar rambut). Dan pada muslimah yang tidak melaksanakan suruhan itu adalah berdosa. Dan semua dosa jika tidak dimohon ampun dan berubah akan dituntaskan oleh Sang Pencipta dengan azab api neraka.

Gambar Hiasan

Itu hukumnya. Semua orang tahu, tetapi adakah semua ini berakhir dengan sebatas pengetahuan hukum ini?

Belum tentu!

"Semua orang tidak bertudung itu tempatnya dineraka!"

Ungkapan ini setengah haq dan setengah batil.

Tautan Hati dan Perubahan

Menjadi salah satu hobi saya adalah membaca novel. Jika novel itu bermanfaat, menarik dan insyAllah mampu memotivasikan diri akan saya kongsi. Antara novel yang cukup menarik adalah novel Tautan Hati karya Fatimah Syarha.

Usai saya membaca, akan saya pinjamkan kepada sahabat-sahabat lain. Oleh kerana novel ini watak utamanya adalah wanita, jadi target pembacanya sudah semestinya juga wanita. Kawan-kawan perempuan saya.


"Syeikh, terima kasihlah kerana bagi baca novel ini. Saya suka sangat-sangat tau!," itu testimonial yang diberikan untuk novel pembina jiwa, Tautan Hati.

" Alhamdulillah, semoga bermanfaatlah dan semoga ia menjadi pemangkin perubahan ya," jawap saya sambil tersenyum.

"Syeikh, saya rasa saya nak jadi macam Asiah Yusra sangat-sangat! Watak dia dalam novel ini cukup solehah. Saya nak jadi solehah macam dia," beliau berkongsi.

" Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakbar," itu sahaja terzahir zikir didalam hati dan refleksi pada zahir sekadar senyuman.

Siapa sangka sahabat saya yang tidak bertudung mahu menjadi Asiah Yusra yang digambarkan didalam novel sebagai seorang wanita yang cukup taat kepada Allah dan cinta pada Rasulnya. Dan pada saat itu, sahabat saya ini mahu menjadi seperti watak itu.

Hati saya hanya mampu berzikir syukur.

Pengalaman terlibat dan bergaul dengan kawan-kawan "hu ha hu ha" banyak membuka minda dan pendekatan saya. Jika ada majlis taalim, mereka antara insan yang mengajak, melobi dan memenuhkan majlis taalim. Jika ada program Mabit (Malam Bina Iman dan Taqwa) yang qiamullai sebagai core bisnes, mereka juga antara insan yang bangun malam, meredah dingin malam datang ke program. Jika ada Jaulah, mereka antara insan yang bersemangat turut serta.

Saya merasa diri ini berdosa jika saya ungkapkan

"Semua orang tidak bertudung itu tempatnya dineraka!"

Harapan Zikr Maut

"Semua orang tidak bertudung itu tempatnya dineraka!"

Dimana letak haq, dimana letak batil pada ungkapan ini?

Seperti saya huraikan diatas, kepada sesiapa sahaja yang menjadi hamba kepada Allah, apabila ingkar kepada perintah dan arahan Allah, adalah berdosa dan dosa itu mampu di'suci'kan dengan azab neraka. Itu yang benarnya.

Tetapi didalam Islam sendiri, sebelum sampai ke peringkat azab, Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang ini memberikan peluang kepada semua hambanya tebus kesalahan dan membasuh diri dari noda dosa dengan taubat.

Prinsip asas dalam berdakwah adalah dahulukan khabar gembira bukan menakutkan, membina jambatan bukan dipasang tembok.

Berbicara soal azab neraka pada zikr maut sebelum mendahulukan harapan perubahan adalah membunuh sebelum dibenarkan hidup.

Itulah batilnya!

Hukum tentang hukum tetapi cara menyampaikanya perlulah dengan hadirkan empathy dan pendekatan manusiawi.

Ayuh kita berusaha hidupkan hati-hati manusia sebelum kehidupan hakiki disana!

Nota 1 : Biro Agama Islam KUBI (Kelab UMNO Bandung Indonesia) menghadirkan COMREL 2010. Ayuh meriahkannya! (ProCAD taja tu...hihihi)



Nota 2 : Saya nak rekemen kepada semua wanita untuk baca buku TAUTAN HATI. Cukup menghidupkan jiwa.

Sempat menjadi dealer tidak rasmi novel ini dulu...

Nota 3 : Bab aurat, suka saya melihatnya lebih dari sekadar 'kain menutup rambut'.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

4 comments:

Unknown said...

Kadang-kadang segelintir manusia terlalu cepat menghukum.

Padahal yang di"judge" itu sama juga manusia --- tidak kurang, tidak lebih daripada penghukum itu.

Dakwa atau Dakwah?

Nahnu Du'ah, La qodo'
Kita pendakwah, bukan penghukum!

Mungkin kita kena lebih mendalami kisah saidina Umar r.a.

From Zero to Hero!

Bukankah yang terbaik di zaman Jahiliyyah itu terbaik di kala Islam, seandainya dia faham?

p/s: Baru jumpa kak Fatimah Syarha last Saturday dengan hubby dia (Dr. Farhan Hadi - Denyut Cinta Medik) --- pasangan paling romantis dan empathy yang ana pernah jumpa setakat ini.

Dr Amad said...

LittleCaliph- Ana tidak mampu untuk tidak bersetuju dengan apa yang enta kongsi itu.

Dari sisi ana, masih mencari tonik terbaik bagi kedua-dua belah pihak.

p/s: Ana pernah jumpa juga kak Fatimah dengan suami dia.Time Abu Bakr nikah. Tapi ana idak pulak tegur sebab peminat diam je...=)

mutiara solehah said...

salam,

"Saya nak rekemen kepada semua wanita untuk baca buku TAUTAN HATI. Cukup menghidupkan jiwa."

saya mau rekemen novel Synergi by Hilal Asyraf. Buku ala2 Tautan Hati, tapi versi lelaki coz watak utamanya lelaki. Berkisarkan dakwah fardhiyah juga. Bukan novel cinta. InsyaAllah, sngttt banyak pengajaran...

p/s: saya jg telah bertemu dngn kak fatimah dan suaminya. Terkedu.. hu2...

Dr Amad said...

Mutiara-Saya dah beli buku tu, tapi masih ada di Malaysia. Jadi belum sempat lagi baca. InsyAllah pulang ke Malaysia nanti...

p/s: terkedu omo dia neh...=P