Friday, 16 April 2010

ProCAD : Properties Of Community Da'wah

Salah satu aktiviti yang mengunakan barang ProCAD

Ramai orang tertanya-tanya apa, siapa, kenapa itu ProCAD? Sebelum saya menerangkan lebih lanjut modus operandi ProCAD, saya menyentuh dahulu beberapa hal.

Sebenarnya ProCAD ini adalah satu 'syarikat sdn bhd' yang ditubuhkan dan diuruskan oleh saya sendiri. Segala modal yang didapati untuk run syarikat ini adalah hasil sumbangan sahabat-sahabat samaada dari kalangan pelajar Bandung mahupun sumbangan yang berjaya ProCAD dapatkan dari Malaysia.

Bergerak diatas kepercayaan hadis Nabi Muhammad s.a.w iaitu

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :

“Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara :sedekah jariah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak shalih yang mendoakan kepadanya”.

Hasil dana yang berjaya dikumpulkan cukup membanggakan, sehingga memungkinkan ProCAD berjaya membeli beberapa peralatan lumayan mahal sebagai aset niaga. Siapa sangka ada diantara mereka mahu berinfaq sebanyak 2juta rupiah (semoga Allah merahmati beliau) .

Oleh dengan itu, ProCAD dengan ini menyewakan peralatan-peralatan ini khas buat semua pelajar Malaysia di UNPAD.

Dipihak ProCAD akan sedaya upaya mengurangkan birokrasi dan mementingkan profesionalisme sebagai manhaj bisnes. Dengan bermottokan Kaya Didunia, Jutawan Diakhirat, ProCAD bergerak.

Tulang belakang orang yang berada didalam ProCAD,

CEO syarikat adalah Ahmad

Akauntan adalah Ahmad

Setiausaha adalah Ahmad

Technician adalah Ahmad

Pok Guard adalah Ahmad

Sudah sampai waktunya, program pelajar mendapat harga sewaan yang termurah, barang berkualiti untuk segala aktiviti pelajar!

Sudah sampai waktunya, 'hantu bola' dapat menyaksikan pertandingan bola sepak terbaik didunia dilayar besar!

Sudah sampai waktunya, kaki sinetron korea mahupun filem action menyaksikan segala itu di skrin besar!

Sudah sampai waktunya, anda ber'picnic' dengan skala besar dengan kehadiran tempat melabuhkan badan yang besar!

Sudah sampai waktunya, anda tidak lagi sampai tegang urat leher untuk conduct dengan adanya alat yang mampu mengatasi masalah itu!

Sudah sampai waktunya, PJ (pentanggungjawap) bahagian logisitik tidak lagi kehulu kehilir mencari setiap peralatan kerana ProCAD menawarkan semua itu sekaligus!

Peralatan Yang Ditawarkan Adalah:

Tekan untuk besarkan

1. Projector SAMSUNG, 25k per jam.

2. PA System (Portable), 15k per jam.

3. Speaker Laptop Edifier, 5k per jam. (Terbaru!)

4. Canvas, 20k satu hari.

5. Ice box, 20k satu hari. (Terbaru!)

6. Extension, 10k satu hari.

Aturan pengunaan adalah cukup mudah dan tiada birokrasi.

1. Setiap peralatan perlu diperiksa sebelum diambil untuk memastikan keadaan baik atau tidak.

2. Kerosakan dan kehilangan peralatan semasa pengunaan dan penjagaan adalah tanggungjawap penyewa.

3. Waktu penghantaran yang maksimum ditoleransi adalah 1/2 jam. Jika lebih dari itu, ia dikira masuk jam lain dan bayaran akan dikenakan untuk itu.

* Semua aturan pengunaan ini atas budi bicara saya sendiri. Jadi, jika ada apa-apa, boleh 'slow talk' dengan saya. =)

Perancangan Masa Depan ProCAD

Dalam masa terdekat, mungkin cuba mengusahakan HandyCam yang mempunyai teknologi terkini iaitu face detector, perancangan jangka panjang adalah membeli sebuah kereta seperti Avanza untuk kegunaan pelajar dan juga merancang menyewa satu bilik or rumah or dewan sebagai 'markaz'.

Mimpi?

"Laskar pelangi harus berani bermimpi, dan harus cekal mengejar mimpi!," Ustaz Hasrizal.

Hasrat dan Ucapan

Saya sebagai CEO ProCAD ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua 'pembina-pembina mahligai disyurga' diatas kesudian membantu berinfaq untuk melestarikan dakwah dan tarbiah khususnya dibumi Bandung dan dunia keseluruhan. Semoga sumbangan itu diterima sebagai amal jariah dan menjadi salah satu asbab dimasukkan ke syurga nanti.

Sebagai Akauntan ProCAD, saya ingin mengucapkan terima kasih daun keladi kepada semua pelanggan aka penyewa barang ProCAD diatas kepercayaan kepada ProCAD untuk memberikan khidmat terbaik untuk anda.

Sebagai technician ProCAD, saya ingin menyeru kepada semua, jika ada masalah atau apa-apa kekangan berkenaan peralatan, sila berhubung langsung dengan saya. Walaupun bukan 'talian bebal tol'.

Sebagai Pok Guard ProCAD, saya ingin meminta maaf jika ada terkasar bahasa, tersalah tutur bicara didalam memastikan peralatan ProCAD on track dan berada didalam keadaan terbaik. Ia hasil sumbangan infaq ramai orang, jadi ia satu amanah kepada saya untuk particular menjaganya. Jadi saya memilih pendekatan TEGAS dalam menguruskannya.

Kaya didunia, Jutawan diakhirat!

Nota 1 : Mahu membuat gelombang kedua infaq massal ProCAD masa terdekat, ada mahu ikut serta berinfaq? Boleh personal hubungi, nama akan dirahsiakan dibawah akta OSA...hehe.

Nota 2 : ProCAD bukan hak milik saya, saya hanya pemudahcara. Ia hak milik semua orang, hak milik dakwah.

Nota 3 : Sewaan boleh diatas nama biro mahupun personal. No problem.

Nota 4 : Boleh berhubung lansung dengan saya di alamat email ini fahmieman@yahoo.com

Nota 5 : Kepada sahabat-sahabat ditempat lain yang mahu tahu bagaimana nak set up seperti ProCAD boleh direct kepada saya. Akan saya bocorkan 'rahsia-rahsia' nya.

.: Amad bagi sewa jika anda memerlukan....ahaks! :.


5 comments:

Menapak kubur said...

Salam..
Sy makin mengkagumi Dr Amad..
:)
Good job.

Dr Amad said...

Azira- Alhamdulillah, Segala Puji Hanya Milik Allah.

"Sesungguhnya orang yang memuji mu itu, dia memuji cantiknya tutupan Allah pada keaibanmu. Maka syukur itu bagi Tuhan yang menutup aib, bukanlah bagi orang yang memuji mu itu" - Syeikh Ibn Ataillah, Kitab Al-Hikam.

Semuanya yang terjadi semuanya hasil kebijaksanaan dan restu dari Allah.

Doakan dakwah disini terus sukses!

Zee.... said...

Salam syeikh...

Seingat ambe..sepanjang duk kat Indo ni xdok perkataan pentanggungjawab@ PJ.klu penanggungjawab adelah...

Teruskan usaha sahabat...Jadilah seperti Uthman atau Abdul Rahman bin Auf...

Kaya di dunia,jutawan di akhirat..0_o

p/s:
1.Ingatkan PJ tu boleh ganti dengan PesuruhJaya hehe...
2.Ambe sokong OSA..

Dr Amad said...

Zee- Wslm...kiranya ini kali pertama deme tinggal jejak kat sini...sila-silalah lagi deh.

Betul dah kot nape deme royak tuh, ambe saloh taip rase ye...huhuhu

incik said...

slm.bagaimana nak set up mcm procad tu ye?