Saturday, 12 June 2010

Le Tour De Java : Kembara Insan Mencari Ilahi (Kedua)

Aneh pula bila berada di Pulau. Jika dikampung halaman (Jatinangor) usai Subuh, mata masih berteriak-teriak menuntut haknya, tapi disana tidak. Segar dan cerah. Selesai solat Subuh, ada diantara kami masih melayan menonton TV satelit yang sebenarnya asing bagi diri. Mana tidaknya, siarannya sungguh banyak dan pelbagai hatta sempat lihat hebahan berita di Negara Tibet. Lebih asyik damai pagi itu, apabila dihidangkan dengan teh dan kopi hangat. Wow!

Selepas itu, kami semua dipelawa oleh Ibu Mulya untuk turun kebawah. Makan pagi. Tudung saji dibuka, dihadapan mata adalah nasi putih, sotong masak merah, sayur campur, keropok. Ya, orang pulau pepaginya makan nasi putih. Tetapi awas untuk orang bandar jika mengamalkan cara hidup ini. Untuk anda sungguh tidak menyehatkan, tetapi untuk mereka wajar. Mereka kerja kuat menggunakan kudrat badan.

Kami hanya tinggal dirumah Ibu Mulya hanya satu malam sahaja, selepas itu menginap ditempat agen percutian kami. Sementara menunggu diambil, saya dan sahabat keluar mengambil angin jalan-jalan dikampung. Satu hal yang menarik perhatian, mereka amat santai meninggalkan motorsikal diluar rumah pada waktu malam, bahkan pada waktu siang kuncinya masih bergantungan di motor.

"Kitakan, kalau disini, motornya habis bensin(minyak)...ditinggal aja. Besok pagi datang baru ngambil lagi. Enggak pernah yang hilang. Nyantai...Tapi jangan ditanah besar, di Jepara. Jika itu, bayang mayat pun enggak ketemu," cerita sahabat baru saya separuh berseloroh, Lukman. Orang asli Pulau Karimunjawa.

Boleh amalkan tinggalkan kunci pada motor, jika mahu motor hilang tanpa khabar berita

Selepas berpindah tempat kediaman, dalam jam 9 am, kami secara rasmi memulakan tour melompat dari satu pulau ke satu pulau yang lain. Sebenarnya, berdekatan dengan Pulau Karimunjawa ini dikatakan ada sekitar lebih 20 pulau kecil. Jadi, anda boleh menjelajah pulau-pulau yang cantik sampai nak termuntah.

Awal...masih gembira

Bot nelayan sudah menunggu kami, dan destinasi pertama kami adalah Pulau Mengjan kecil. Dari jauh sudah kelihatan air jernih berwarna hijau dengan batu karang boleh dilihat jelas dari atas. Kami diberikan life jacket, goggle, dan batang salur pernafasan (saya tidak tahu nama betul benda ini...layan saja. Hehehe). Sementara kami snorkeling disekitar terumbu karang, seorang pengiring kami terjun dan berenang ke laut lepas untuk menembak ikan dengan senapang ikan. Hebat!

Pulau Mengjan Kecil, Terumbu Karang

Ikan yang kelaparan menanti kami...Splassshh!

Jernih dan putih, Allah itu Maha Agung

Thumb Up and Peace!

Bagi ikan makan

Selepas di Pulau Mengjan Kecil, kami menuju ke Pulau Gleyang untuk makan tengahari, bermandi-manda, solat jamak zuhur dan asar. Pulau ini mempunyai hamparan pantai memutih yang amat cantik dan terawat.

Berehat dipantai

Bermain rugby kelapa...Ini baru lelaki! ekeke

Tackle...tackle

Bermanja-manja sesama sendiri dengan main dodoi-dodoi (snap pertama)

Dodoi itu harus tinggi, lagi tinggi lagi manja

Ambik...kepala dulu. Hahahaha

Lari-lari...ada orang melepas bom dalam air laut

Ikan bakar beb...slurrppp

Jika pulau pertama, semua melompat girang. Pulau kedua, kami sudah semakin diam. Letih barangkali. Selepas itu, dari Pulau Gleyang kami menuju ke Tanjung Gelam untuk bermandi-manda lagi dan snorkeling. Puas bermain campak-campak orang, kali ini kami main menyelam melintasi bawah bot. Bahaya! tapi kami ini kanak-kanak degil...hehehe.

Di Tanjung Gelam, pasir putih, pepohon gelam dan kapal layar tradisional

Jernih hingga ke dasar

Puas di Tanjung Gelam kami ke Pulau Mengjan Besar. Kali ini aktiviti menarik dan lain dari 3 pulau sebelum ini. Berenang bersama ikan Yu aka Shark, tapi white tip. Mengikut pakar ikan Yu kami, Adi bin Nordin, ikut Yu white tip ini adalah vegetarian, tidak makan daging termasuklah daging manusia!

Di Pulau Mengjan Besar, berenang dan bermanja dengan Shark

Umpannya adalah ikan kecil bukan manusia

"Ayuh-ayuh...jom pulang. Kita nge'shoot' sunset," Lukman, tourist guide kami memanggil pulang. Kami pula ralit bermain dan ber'manja' dengan ikan Yu. Vegetarian boleh la beb!

Akhirnya, sampai saat yang ditunggu-tunggu oleh saya, photografer tegal. Mengambil gambar saat-saat matahari terbenam.

Sunset 1

Sunset 2

Sunset 3

Sunset 4

Sunset 5

Sunset 6

Laskar Pelangi, Berani mengejar Mimpi

Pulang ke tempat penginapan, bersihkan diri dan solat. Turun kebawah untuk menyantap hidangan yang tersedia. Ikan tongkol segar yang dibakar. Sedap! Pabila kenyang, ada yang bermain kartu (daun terup...saya belajar main daun terup disini. Menarik juga). Saya dan Awang keluar membawa laptop mencari hotspot untuk membaca akhbar-akhbar maya. Update tentang LifeLine 4 Gaza.

Dalam jam 10pm saya pulang, dan aktiviti seterusnya membakar ikan yang ditembak siang tadi. Ikan-ikan yang dapat adalah ikan berstatus mewah. Ikan Ayam-Ayam yang besar, Ikan Kerapu, Ikan Bawal Karang. Semuanya dalam 15 ekor. Banyak, bersaiz besar dan segar!

Saya dan Lukman membakar ikan, yang lain sedang ralit bermain kad dan beberapa orang sudah syahid. Sambil-sambil membakar ikan, saya berbual-bual dengan Lukman.

"Man, apa aja cerita yang menarik di Pulau Karimun ini?," saya bertanya. Membuka cerita.

"Pulau Karimun ini, sebenarnya ada dalam 100 titik tempat harta peninggalan lama. Soalnya, Pulau Karimun ini dulu adalah tempat berhentinya pedangan. Ada pedagang dari China datang. Kerana itu rame (ramai) orang disini punya mangkuk ceramik China yang dulu-dulu," kata Lukman.

"Owh..." saya melopong mendengar.

"Terus kalau mangkuk itu, jika kita letak sayur masak bersantan, tahan lama sayurnya. Jika bekas lain satu hari udah basi, didalam mangkuk ceramik itu enggak. Bisa tahan 3 hari," Lukman menceritakan keistimewaan mangkuk China purba.

"Selain harta purba dari pedagang, Pulau Karimun ini dulu terkenal dengan tempat lanun-lanun bersembunyi. Mereka bersembunyi di pulau ini sebelum menyerang kapal-kapal pedagang," bersungguh Lukman cerita sambil membalik-balikkan ikan mengunakan tangan. Ya, tangan!

Saya pula cuba berkhayal, kembali ke zaman purbakala. Membayangkan laut dihadapan saya penuh kapal-kapal pedagang China, India, Jawa dan Kepulauan Melayu lain.

"Men...lihat ini. Enak ini mennnn,"Lukman menyapa. Bahasa gaul.

Ikannya sudah hampir masak, aroma segar ikan mengelek hidung...

"Pergh...enak banget ini menn...," saya merasa daging ikan segar sambil berkata pada Lukman. Gaul donk gaul...hehe.

Dua orang yang telah syahid, dipanggil. Tetapi kelazatan ikan belum mampu mengoda mereka untuk bangun meninggalkan katil empuk untuk turun makan besar. Tapi tidak mengapa, kami yang belum syahid, bantai semua!

Pulau Karimunjawa....Enak mennnn!!!!

Nota 1 : Gambar itu boleh ditekan untuk memperbesarkannya!

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

16 comments:

nurul88 said...

subhanallah3..

cantik bangat menn...hehe
kalah bali ke? mna lg best antara bali dgn kamrimun eh..mmandangkn 2-2 jauh.pilih 1 je.huhu.jernih air die.best snorkeling..

indah2..
nway,plangi x de,xleh jd laskar plangi.huhu

Hayatul Mohamed said...

best2.. lawo2 gambo.. kalu nak snorkeling tu mesti kene pandai berenang ke?

sinar_islami said...

Subhanallah...
Cantik gambar...
Mendamaikan...
Alam tak pernah menyembunyikan hakikat kekuasaan dan kebesaran PENCIPTAnya..

EdAlia said...

Salam,
Subhanallah cantiknya alam ciptaan Tuhan. Jernihnya air tu sampai ke dasar.. Semuanya membuatkan kita berfikir dan berzikir.

Ada ye rupanya ikan yu versi baik + veggie..:p

Dr Amad said...

Nurul- Amboi...amboi...lama bebenor dia tak tinggal jejak kat sini. Pulau juga menarik hati ek...=)

Tak payah pi Bali la...dah ramai orang pergi. Pulau Karimunjawa ni tak ramai, so seronok kongsi dengan orang, dan seronok bagi orang jeles...ekeke

Dr Amad said...

Hayatul- Pakai life jacket...orang tak pandai berenang pun terapung...Jadi boleh je snorkeling ye. Boleh la cuba!

Dr Amad said...

Sinar- Dia maha Pencipta...mahu indah, mahu buruk...semua boleh =)

Dr Amad said...

Edalia- Itu mengikut pakar ikan yu kami la...hehe

Nur Taufiqah Idris said...

waa~ cantik.. hurm.. "Then which of the favours of your Rabb will ye deny?".. anyway, abg fami taw x history pasal mee? initially, westerns claimed yg mee (pasta) origin dr Italy (oloh ke sek ye femez spaghetti tek pong, claim hok sek ye la..) but then, jumpe artifact ancient Chinese bowl ni, which dlm tu ade lg sisa2 food suspected to be mee.. n bile dorang wat research, mmg comfirm sisa food tu mee, n "umur" mee tu lagi tua dari 1st mee ever made in Italy:) memang mangkuk tu leh preserve food lame la maknenye..

Dr Amad said...

Pika- Dah orang tu tak sabar-sabar nak tengok gambar wallpaper, jadi terpaksa tulis cepat-cepat catatan kembara ni...hehe.

Sejarah yang kita dapat sekarang banyak yang sudah ditapis, dicantikkan dan dihias untuk kepentingan satu pihak termasuklah sejarah Msia.

Jadi kita harus terus baca dan baca, bahan bacaan yang tidak common dikalangan orang biasa...

Nur Taufiqah Idris said...

*uhuk.uhuk* semua yg bace blog ni ada hak pengguna. pqa sokong orang yg tak sabar2 nak tengok gambar wallpaper tu.hee~
just for sharing, dlm history book kat america (tapi pqa x tahu at which grade of syllabus), ade ckp yg actually memang Israel x own Palestine:)it belongs to the Muslim.

cik pharmacist to be said...

masyaAllah cntik gler!!!nie wat xsabo nk p..hehee..amad leh x kasi info kt sna?dok htel mne?pakej cmne?nk contact sape?bdk2 umah ana da plan nk p after final exam nie..

Dr Amad said...

Pika- Sejak bila Israel ada? Sebelum Israel diakui oleh PBB, siapa yang tinggal ditanah itu? Persoalan untuk direnungkan.

Dr Amad said...

Cik Effa- Ana dah ada cerita detail kat article ini http://amadanaksoleh.blogspot.com/2010/06/le-tour-de-java-ltdj-kembara-insan.html.

If nak no contact, ukhti pm ana. Bahaya bagi kot sini no tel orang...huhu. Tapi direkemenkan pi biarlah dengan kawan sesama jenis. Nak main air, so faham-faham sendiri. =)

Abu Aiman said...

Sungguh menggiurkan (bukan korang, tapi pemandangan, pengalaman dan ikan)! Sangat jeles...
Ntah la bila Allah nak berikan kesempatan begini. Buat masa ni tgk gambor dr amad je lah, huhuu...

Dr Amad said...

Abu Aiman- Nasib baik dah nikah, kalau idak dah orang baca,pelik je...ekeke.

Cari waktu luang, bawak Aimang dan Kak Lin tu...Jangan pi tempat ramai orang, tak best. Rekemen, pi pulau belah Sabah Serawak...