Wednesday, 23 June 2010

Manual Berjamaah : Kecil Tapi Besar, Mudah Tapi Sukar

Masa yang paling idea dan tepat untuk saya mencari idea adalah semasa keluar berjogging seorang diri mengelilingi kampus. Suasana damai dan tenang. Kadang-kadang idea itu dilontarkan didalam article ataupun didalam kotak kecil Facebook.

Perkembangan terbaru, amat menarik untuk saya kongsi bersama pembaca. Provokasi minda yang saya lontarkan di Facebook, membuahkan satu realiti yang perlu cermati secara jujur dan telus.

Status provokasi saya adalah idea untuk menghantar kapal khas wanita ke Gaza, menghantar bantuan, adalah cantik jika muslimat-muslimat kita menyambutnya. Dari bergaduh muslimat bergaduh sesama sendiri bab jemaah, baik keluar ber'gaduh' dan ber'gusti' dengan Yahudi, musuh Allah dan Rasul yang maha nyata.


Disebabkan status itu, article Pengembala Doktrin dan Ternakan Madu' yang saya karang 6 bulan lepas, keluar kembali untuk dibaca dan diperhalusi pembaca. Dan satu khabar terbaru tergerak saya untuk membedahnya. Berikut adalah komen beliau:

Salam...

Akhirnya,baru terjumpa artikel sebegini(dari pemerhatian sayalah). Biar saya tumpu pada situasi di Bandung ni lah.

Saya sedih betul bila kawan baik saya bergaduh dengan saya sebab isu ni. Selepas kejadian berdebat tak habis-habis dalam isu ni,saya dah tak berani nak bercakap pasal isu ni dengan dia. Kawan saya ni masuk jemaah yang "satu" inilah. Masalah terjadi bila kami berbicara tentang hal agama, berlaku banyak kekeliruan daripada saya dan kawan saya itu. Lepas tu,mula berdebat dan bergaduh yang tak bersudah.

Apa yg saya terkilan,apabila berlaku kekeliruan pada kawan saya,saya dapat menerangkan dengan baik,tetapi apabila berlaku kekeliruan di pihak saya,dia tak mampu menjawab dan menerangkan. Sama sahaja jawapannya,

"Tak ada dalam modul yang kami belajar, ATAUPUN,belum sampai modul 2"

(padahal saya bertanya tentang isu-isu simple dalam modul terkininya)


"Tak tahu nak explain macam mane,ko kena ikut dari awal benda ni. Macam aku ni,dah faham"

(kalau macam tu ,maknanya,kawan saya tak faham apa yang dia belajar selama ni sebab dia tak tahu nak explain sebagaimana naqibahnya explain)


"Ko jangan tanya banyak-banyak. Aku pun tak tahu sangat.kalau tanya akak tu,tahulah"

(Bila saya nak belajar modul itu dari awal, dia refuse pulak, kata susah nak faham, ape ni~saya dah malas nak tanya dia banyak-banyak sebab dia pernah tuduh saya yang saya ni dah terpengaruh dengan jemaah yang di bandung sampai sengaja nak provoke dan kenakan dia.)

Takkanlah saya nak buat macam tu kat dia. Dia tahu yang saya sudah lama kawan dengan dia dari sekolah dulu sampai sekarang,kawan baik saya pulak tu. Saya tanya isu-isu tu sebab corcern dan mahu menyertai apa yang dia belajar. Alih-alih ini pulak jadinya.

-Masa permai diadakan,timbul juga isu jemaah ni seperti yang Abang Amad tulis,"Tak datang sebab takut nanti tak paham dan kitaorang pun dah ada aktiviti masa tu"

Takkanlah jemaah dia buat program masa permai (PERHIMPUNAN MAHASISWA ISLAM SE-INDONESIA). Inilah peluang student kat indonesia ni nak berjumpa dan berkenalan. lagipun,permai ni dah rancang bertahun-tahun sebelum tu,jadi, tak timbul soal tertindih program.

Nampak sangat jemaah sana mahu tertutup dan ekslusif (wah,jahatnya!yelah,siapa suruh buat macam tu,kan dah fikir bukan-bukan). Bila disentuh soal ini,mereka bilang,"sama macam method Nabi dulu,wat jemaah sikit-sikit secara tertutup supaya ade 'core' dia"

-Bagi saya(kalau salah,betulkan),itu masa zaman Nabi,sekarang tak sama sebab saya bukannya jahiliah yang nak tentang dan lawan dia,tapi yang nak faham dan belajar.

Bila suruh buka cawangan di bandung tak mahu dengan alasan orang bandung taknak terima,susah nak difahamkan(KE SUSAH NAK DOKTRIN?),dah ada jemaah sendiri,orang bandung sombong,tak cukup naqib,fokus J*****a dulu etc...aduhai,nampaknya,saya dah kerja,kahwin,dah ada anak baru saya dapat apa yang diorang nak sampaikan. Kan dah rugi zaman muda saya..huhu=P

Apa-apa pun,ni luahan hati saya,dan saya harap supaya abang amad dapat komen dan bagi tips macam mana nak berbaik semula dengan kawan baik saya ni. salam~

Jawapan:

Banyak saya amati, perkembangan yang berlaku dilingkungan pelajar-pelajar luar negara isu jemaah menjadi isu yang tidak berkesudahan. Mesir, Indonesia, Ireland, Australia, Rusia (sekadar menyebut beberapa tempat) cukup meninggalkan nanah dan luka mendalam antara aktivis dakwah.

Ya...kita bukan bergaduh dengan syaitan, yahudi dan nafsu. Kita bergaduh sesama sendiri! Sana muslim, sini muslim. Sana bawa dakwah, disini bawa dakwah. Hujung sana halaqah, hujung sini halaqah. Tetapi Islam yang kita percaya, Iman yang kita yakini, Dakwah yang kita pegang belum mampu menyatukan hati-hati kita.

Kerana apa? Teruskan membaca

Pernah saya kongsi didalam beberapa article sebelum ini, Bandung ini mempunyai prospek dakwah yang cukup besar. Bilangan pelajar teramai Indonesia adalah di Bandung. Saya datang ke sini dengan satu expectation yang tinggi suasana Islam disini. Langit tidak selalu cerah, sangkaan itu meleset. Maka, dengan beberapa teman, 'Islam' disini diIslamkan kembali. Kami bukan terbaik tapi Kami cuba, kami berusaha.

IMAN sekarang, dahulu satu perempat dari ini

Walaupun sejarah dakwah di Bandung tidaklah tua dan lama seperti dibeberapa tempat, itu bukan kekurangan yang kami perlu tangisi dan ratapi. Bahkan dari satu sisi, ia kelebihan bagi kami untuk meletakkan satu batu asas yang kuat untuk generasi masa depan ikuti. Orang muda, kurang penyakitnya, kurang jua kudisnya. Kami bukan terbaik tapi kami cuba, kami berusaha.

Sejarah jatuh bangun, sepak terajang dakwah ditempat lain kami tadabburi dan kami insaf sesama kami. Banyak memakan korban, banyak memerah keringat, banyak meninggal luka. Dan keputusannya, selagi kami ada disini, kami tidak mahu dan tidak akan sesekali benar hal itu berulang. Kami bukan terbaik tapi kami cuba, kami berusaha.

Lama dan baru

Benar, ada beberapa hal yang berbeza antara kami. Tetapi amatlah tidak wajar dan tepat ditumpukan kepada perbezaan nan satu sedangkan kami ada berjuta persamaan yang kami boleh duduk bersama berkerja. Kami bukan terbaik tapi kami cuba, kami berusaha.

Ya, disini kami mempunyai latar belakang tarbiyah berbeza tapi kami mampu duduk halaqah bersama, makan talam bersama, beriadah bersama. Kerana Tuhan kami adalah Allah dan Nabi kami adalah Muhammad. Jemaah bukan Tuhan kami, kakak naqibah bukan Rasul kami. Kami bukan terbaik tapi kami cuba, kami berusaha.

Kebersamaan yang kami hayati dan kongsi, perbezaan yang kami ketepikan itulah membuatkan Islam dan dakwah di Bandung amat subur, murni untuk dibaja, segar untuk dipetik buahnya. Gerakan-gerakan dakwah di Malaysia datang, kami raikan kesemuanya. Tanpa memilih dengan syarat mereka bergerak dengan cara kami. Jika masuk pintu depan, satu penghormatan besar bagi kami. Tetapi jangan sekali-kali melalui pintu belakang, kerana insyAllah akan dihalau dengan batang penyapu. Ini harus dipertegaskan! Kami bukan terbaik tapi kami cuba, kami berusaha.

Kebersamaan yang kami hayati dan kongsi, perbezaan yang kami ketepikan itulah membuatkan Islam dan dakwah di Bandung amat subur, murni untuk dibaja, segar untuk dipetik buahnya. PERMAI contohnya, boleh dilaksanakan tanpa masalah. Sedangkan ditempat lain tidak mampu, bukan kerana pelajar disana sedikit, bukan juga disana tiada gerakan dakwah, bukan juga tiada halaqah dan tarbiah tetapi hati-hati mereka tidak bersatu. Kami bukan terbaik tapi kami cuba, kami berusaha.

PERMAI nan permai, mengumpulkan pelajar Malaysia diserata Indonesia. Duduk bersahabat, dan mencari persamaan. Sahabat sebenar-benar sahabat, persamaan sebenar-benar persamaan.

Jika semua itu kami dicop sebagai jemaah Bandung, sombong, ada jemaah sendiri, tidak ada naqib, monggo...

Jadi nasihat saya buat saudara/i:

1. Niat harus dimurnikan dengan sebenar-benarnya. Saya cukup jelak dengan kata "Wasilah sahaja berbeza, tapi matlamat sama." Banyak dusta dari benar. Semua itu harus bahkan wajib dizahirkan secara jelas. Jangan didepan "kitakan sesama Islam, sama-sama buat kerja dakwah" tetapi dibelakang memegang belati untuk menyembelih. Hakikat!

2. Runtuhkan ego, dan ayuh mengakui dakwah dan tarbiyah kita bukanlah satu-satunya terbaik didunia. Ketika kita merasa kita baik bahkan kita merasakan kita paling baik berbanding yang lain, disitulah titik punca kemusnahan segala amalan.

3. Jangan dibawa luka dan nanah generasi terdahulu kedalam zaman dakwah kita. Alangkah malang jika masih ada jemaah yang mahu mewariskan luka dan nanah itu kepada generasi muda bahkan lagi malang ada generasi muda mahu mewarisinya. Doktrinisasi. Ketahuilah dengan cara tarbiah secara doktrinisasi tidak akan sekali-kali melahirkan pejuang berjiwa singa tetapi serigala berjiwa domba!

4. Ada satu hal menjadi masalah tetapi ramai yang 'beriman' dengannya lebih baik susah dari berubah' . Berhenti sejenak, renung kembali apa yang sudah kita lakukan. Jika baik, teruskan melangkah kembali. Jika sebaliknya, amat besar dosanya apabila kita tetap meneruskannya. Ubah dan berubah.

5. Jangan melampau! Mereka murabbi diatas santai dan mesra minum kopi cicah biskut merry. Sedangkan dibawah, abang naqib dan kakak naqibah pula lebih kuah dari sudu, lebih tiub dari tayar, lebih stokin dari kasut duk bersilat. Sumbang dan pincang.

6. Ada segelintir yang mengatakan 'Kita tumpu tarbiah dahulu, benda lain jangan'. Wahai saudaraku, anda silap. Dakwah ammah (umum) dan tarbiah khusus tiada yang perlu diawalkan dan juga tiada perlu dilambatkan. Keduanya harus serentak, dan disesuaikan dengan kapasiti masing-masing. Kita kena sedar, dakwah umumlah yang membekalkan kader untuk dicorak dan dibentuk menerusi tarbiah khusus.

7. Ayuh kita berTuhankan Allah s.w.t dan berRasulkan Muhammad s.a.w. Dan bukan bertuhankan jemaah dan berrasulkan kakak naqibah.

8. Kita tidak pernah kurang dari segi materi tarbiyah, tidak pernah kurang dari segi bilangan kali usrah, tapi sering menjadi halangan adalah persoalan sikap.

9. Jangan kerana pening memilih 'baju', kita berbogel. Demi Allah, saya berlepas dari dari hal itu.

"Eleh...bajet baguslah tu. Kami sudah ikut dakwah dah lama la, semua kitab haraki kami ratah, hadis mana yang kami tidak hafal. Tarbiah kami adalah tarbiah terbaik diabad ini. Jadi jangan memandai-mandai!"

Jika itulah kesimpulan anda akhirnya penulisan saya ini, saya mahu tinggal anda dengan satu ayat Al-Quran yang mungkin golongan sama bumbung dengan anda. Merasa lebih baik!

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ

Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah".
( Al-A'raaf : 12)

Kami bukan terbaik tapi kami cuba, kami berusaha!

Bak kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

"Ya akh...laskar pelangi harus berani bermimpi, dan bangkit mengejar mimpi!"

Nota 1 : Kepada saudara/i bersabarlah, kerana anda berurusan dengan subjek bernama manusia.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

18 comments:

3rdmarch said...

Jangan dibawa luka dan nanah generasi terdahulu kedalam zaman dakwah kita. Alangkah malang jika masih ada jemaah yang mahu mewariskan luka dan nanah itu kepada generasi muda bahkan lagi malang ada generasi muda mahu mewarisinya. Doktrinisasi. Ketahuilah dengan cara tarbiah secara doktrinisasi tidak akan sekali-kali melahirkan pejuang berjiwa singa tetapi serigala berjiwa domba!


A believer shall not be stung twice out of the same hole [Rasulullah SAW]

spatutnye kita blajo drp sejarah..bukan mengulangi sejarah..

Dr Amad said...

Jijol- Itu teori, tetapi berapa kerat manusia mahu belajar dari itu...hurm..

p/s: Gi update belog tuh...lama koo'ong tak update...

HafizuddinPirus said...

Afwan akhi di atas peringatan.. itulah realitinya.. ramai yang agresif akan kerja2 dakwah sehinggakan kesatuan tidak pernah tercapai..

Cari persamaan lebih baik daripada cari perbezaan..

minta izin copy...

Dr Amad said...

Hafizuddin- Overdose mungkin...jadi high.

Silakan, selagi bermanfaat..

a.s.a said...

salam.. mabruk amad, menarik nta kupas :) di zaman 'open minded' ni, masih ada yg 'narrow minded' ye. Ingatkan dah selesai, rupanya kronik. Takpela kalau nak kata Bandung sombong, andai ada bukti yg kukuh. Kalau sekadar delusi, semoga yang menuduh 'amilin di Bandung tu akhirnya bertemu dgn titik persamaan utk bergabung. Hal jemaah masing2 mmg tak wajar dikepohkan, tapi kalau sampai xnak berkongsi ilmu, itu keterlaluan. Moga Allah permudahkan semuanya. Salam perjuangan utk saudara2ku di Bandung!

Anonymous said...

salam.
sangat pelik,memang perkara tersebut berlaku? Sebab kata2 adik tersebut nampaknya seperti sgt tidak faham.

ana cadang, pergi jumpa naqib/naqibahnya..berbincanglah dengan lebih baik, kenapa berburuk sangka begini. Ana tahu niat akhi baek menegur tapi nampaknya akhi sendiri telah memburukkan orang lain. tak begitu?

husnuzhon kuncinya

nampaknya nta sama sahaja dengan 'jemaah' sana. sabar ye, kita semua masih menaung di langit yg sama..

sebab ana tak nampak perkara tersebut berlaku di tempat ana (ada salah satu tempat yg disebut di atas,ke ana buat2 tak nampak..). Kalau iya pun berlaku, ia tidaklah sehebat fitnah ini..

oh ya, ana tak tau pun jemaah apa yang nta sebutkan nih. Cuma bercakap dalam bahasa general. Isu ni perlu didalami dengan baik, adik2 yang baru belajar mungkin akan konfius..so ..sementara mereka sdg konfius artikel2 begini sangat tak baik pada mana2 gerakan dakwah. Ajarilah mereka iltizam pd syariah dahulu..kemudian barulah iltizam pada jemaah ke,IMAN ke,persatuan ke..apa2 shj.

p/s:modul apa yang digunakan tu ye? mungkin kita mmg sukar nk faham?

wallahualam,,,
tak berniat tambah isu, cuma perlukan perjelasan tuan blog setelah beberapa kali beliau keluarkan isu ni

-hamba yang hina..
-pendokong ISLAM

sinar_islami said...

Jalan D&T tidak pernah sekali dihampari permaidani merah...

Siapa merasa cukup dengan ilmu yang dia ada, merasa bagus. Sungguh itu SILAP!

"Kami bukan terbaik tapi kami cuba dan kami berusaha" ~Like~

Jazakallah...

Dr Amad said...

A.S.A- Ukhti pernah berjuang disini, ukhti pernah memegang jawatan tertinggi disini, ukhti lebih arif. =)

Justifikasi Bandung sombong kerana Bandung menolak untuk berpecah seperti mereka berpecah.

Kecelakaan berjemaah apakah ini?

Salam perjuangan buat sahabat disana juga...

Dr Amad said...

Anony- Pertamanya, ana tidak pernah menyebut jemaah mana-mana didalam kesemua article ana. Saudara/i boleh teliti dan amati. Bahkan anda mengatakan tidak pasti jemaah mana, itu tandanya ana berjaya kedepankan masalah bukan jemaah. Dan ana masih konsisten dengan itu.

Jika merasa pedas, itu tandanya apa yang dikongsi oleh adik tadi, benarlah senarionya.

Sebelum adik ini pening dengan article ana (seperti yang digambarkan anda), adik ini sudah pening terlebih dahulu dengan sepak terajang ini semua. Mahu disapu bawah karpet 'pening' adik ini? Jika anda mahu, silakan. Tetapi bukan ana.

Beriltizam kepada Syariah dulu, baru jemaah...Nampak gayanya sia-sia ana menulis panjang berjela sebegini dan article-article sebelum ini.Sekali lagi, bacalah article ana, carilah betapa ana konsisten dengan pendekatan Islam dahulu baru lain. Mungkin ana perlu bold barulah, anda sedar.

Sabarnya, walaupun pedih kerana kita InsyAllah masih bertuhankan TUHAN yang sama.

Anda yang menentukan apa yang anda baca.

Buruk sebelum baca article ini, buruklah selepas membacanya.

Baik sebelum baca article ini, InsyAllah baiklah selepas membacanya.

Itulah kuasa persepsi.

Jidal tidak perlu dipanjangkan!

p/s: Saya lebih raikan apabila nama sebenar digunakan... =)

Dr Amad said...

Sinar- Doakan kami disini... =)

hamba sedih said...

salam..artikel kali ini lebih menjelaskan soal sikap seperti yg saya komen kelmarin.
bukan niat saya untuk memperbesar isu ini sehingga dituduh MEMFITNAH(harap dijauhkan)cuma saya terlibat dalam permasalahan ini kerana sayangkan kawan baik saya.
tertarik dengan komen 3rd march,"spatutnye kita blajo drp sejarah..bukan mengulangi sejarah.."
-malang sekali bagi yang mempelajari SEJARAH ISLAM,masih mengulangi KESILAPAN yang sama.sedangkan hal itu yang diagung2 dan dilaung betapa hebatnya SEJARAH ISLAM KITA ini.sepatutnya,hal KEJATUHAN ISLAM juga harus dilihat dengan baik dan ditangani.bukan SEJARAH KEAGUNGAN yang kita BANGGAKAN,tetapi yang kita TANGISI betapa rapuh ummat ISLAM sepanjang dalam sejarahnya.masalah perpecahan ummah/jemaah hingga saling tikam-menikam masih menghantui kita hatta selepas beberapa ratus tahun.kembalilah kepada realiti masa sekarang,gunakan segala wadah komunikasi yang ada untuk melenyapkan seurat perbezaan dan berkongsi seribu persamaan.(seperti yang disarankan oleh abang amad).
pesanan ini khas buat KAWAN BAIK saya jika dia juga membaca komen saya ini,juga pesanan buat diri saya dan orang lain
-betullah kata abang amad,"siapa makan cili,dia terasa pedasnya",solusinya biar pedas tu diubat dengan musyawarah;datang ke bandung dan berbincang dan bersemuka,(boleh bincang modul yang 'hamba yang hina' tu mahu tahu.KAMI TAK SOMBONG.sekali lagi,jangan tahan2 pedas tu,kalau selalu sangat makan cili,nanti kena apendiks..huhu=P
-maaf semua,komen kali ini juga mengandungi emosi di dalamnya..peace!
-terakhir sekali,ada seorang budak laki ni kata kat saya,'IF WE KNOW WHO'S IN CHARGE,WE COULD KILL HIM".Wah,jahatnye~

Dr Amad said...

Hamba- Jika itu fitnah, jom kita semak data...

Sahabat saya di Indonesia juga, mengalami masalah yang sama dengan jemaah yang sama beberapa kali.

Kami di Bandung, mengalami masalah yang sama dengan jemaah yang sama beberapa kali.

Ustaz Hasrizal, mengalamai masalah yang sama dengan jemaah yang sama beberapa kali.

Dan anda juga mengutarakan masalah serupa...

Aneh, adakah semua itu fitnah?

Sedangkan pada masa yang sama beliau sendiri tidak pasti jemaah mana yang mempunyai masalah itu. Tidak pasti, tapi fitnah. Dunia sudah terbalik, siapa fitnah siapa pula ni.

Kunci ditangan anda, mahu berubah. Monggo...tidak mahu berubah, lu pikirlah sendiri.

=)

tersenyum.. said...

betol la kate orang..
lidah itu ibarat pedang..

makin byk bercakap.. makin byk membuka kelemahan diri sndiri..

smoga tros bekerja dgn kuat seiring dgn lantangnya saudara bersuara..

kdg2 org yg lbh byk brdiam bkn mksud die bodoh tapi krn die lby bijak dan penuh ketenangan..

"...kamu berbantah-bantahan tentang apa yg kamu tidak ketahui tetapi kamu berbantah-bantah juga tntg apa yg kamu tidak ketahui? Allah Maha Mengetahui sdg kamu tidak mengetahui" (2:66)

namun nasihat2 saudara boley dijadikan peringatan yg baik..
smoga ia trut mengingatkan diri sndiri juga..

wallahualam..

Dr Amad said...

Tersenyum- Teruskan senyuman... =)

Anonymous said...

assalamualaikum..

anonymous bukan utk tidak dirai..

tp,,DIA lebih mengetahui..same2 ambil iktibar..
pokok pangkal,,berpegang pada kalimah LAILAHAILLAALLAH.

recheck hati,recheck amal,recheck iman kita..

jgn sampai isu2 spt ini mengganggu tugas kita.
wassalam~

Dr Amad said...

Baik tuan! =)

sangpelajar said...

Assalamu'alaikum..artikel yang bagus.

Izin copy ya..semoga teguran ini terus menjadi ibrah buat kami..

"Sejarah jatuh bangun, sepak terajang dakwah ditempat lain kami tadabburi dan kami insaf sesama kami. Banyak memakan korban, banyak memerah keringat, banyak meninggal luka."..menusuk qalbu!

Dr Amad said...

Sang Pelajar- Semoga terus semangat ya!