Sunday, 6 June 2010

Le Tour De Java (LTDJ) : Kembara Insan Mencari Ilahi (Pertama)

Pagi itu dipuncak pergunungan Kaliwurang, berteleku tiga pemuda mengadap Murabbi. Diluar masih berkabus dingin. Tenang dan mendamaikan. Teman yang lain beransur-ansur pulang ke kamar. Ada yang bersiap untuk program seterusnya, ada yang memilih untuk kembali mendekam merehatkan diri.

"Bagi ana, nikah awal itu membuatkan pelajar muda seperti antum menjadi lembab!," kata Ustaz Hasrizal yang saya dan teman jumpai disatu program di Indonesia.

"Wah, kenapa pula macam itu ustaz? Ini idea kontroversi ni! Kalau dengar dek orang luar, mahu kena sembur kat Saifulislam.com," saya bertanya dengan separuh bercanda.

" Ya ini memang idea kontroversi. Dan ia khusus untuk pelajar di luar negara macam kalian sahaja. Dalam negara, Ustaz tak komen apa-apa setakat ini. Sebenarnya hal ini berbalik kepada watak seseorang," sambung Ustaz Hasrizal.

" Watak? watak macamana tu Ustaz?," saya terus bertanya.

"Kalay dia seorang yang tidak adventurous, maka eloklah kahwin awal. Daripada melangut, termenung, elok benarlah dia berkahwin. Tapi kalian duduk diluar negara, banyak yang boleh diterokai, tengok dunia, pergi merantau, cabar diri! Kalau sudah berumah tangga, apatah lagi sudah beranak-pinak, maka sulit sekali untuk semua ini dibuat," Ustaz Hasrizal melengkapkan penjelasan 'idea kontroversi' ini.

Saya dan teman...hanya tersenyum. (Anda boleh baca perkongsian kami itu di Saifuislam.com)

Didalam hati, cukup memberi bekas dan keazaman yang baru.

Keluar...keluarlah mencabar diri!

Sering kali saya mendengar keluhan sahabat terutama yang belajar di Indonesia berkenaan cemburu melihat sahabat yang belajar di benua atas keluar berkelana. Diselimuti salju memutih, monumen terbaik dunia, tempat yang sudah terkenal diseantero dunia.

"Kita kat sini nak pergi mana? Kalau duk kat Eropah ke, Rusia ke, Asia Barat ke, seronok juga travel kesana kemari. Kat sini mana ada apa, baik duit tu guna balik Malaysia," keluhan dan kesimpulan mudah kebanyakkan pelajar disini.

Ditakdirkan belajar di bumi Wali Songo ini, memberikan kali pro dan kontra. Disaat ramai yang meredam air mata di pagi Syawal, kami disini kebanyakkannya mampu pulang ke Malaysia menyambut Syawal lantaran dekat dan kos perjalanan yang memungkinkan diri ramai pelajar. Itu dari satu aspek, tetapi disatu sisi lain, pilihan destinasi yang terhad membuatkan ramai yang membatu dan hanya mampu memilih "Malaysia" sebagai tempat wisata.

Pulang kampung!

Saya mengambil kata-kata Ustaz Hasrizal sebagai azimat mencabar diri.

Lantas cuti yang berbaki selepas ujian akhir dan sementara menunggu sidang Thesis, digunakan untuk mencabar diri mengelilingi Pulau Jawa.

Kembara ini saya namakan sebagai Le Tour De Java: Kembara Insan Mencari Ilahi.

Bersama beberapa teman lain, dengan tugas yang dibahagikan, beberapa masalah yang dihadapi menjadi ringan dan dipermudahkan.

Jatinangor- Jepara (31 Mei 2010)

Memudahkan pemahaman trip kali ini, saya sertakan peta. Tekan untuk besarkan. Kami dari Jatinangor-Cirebon-Pemalang-Pekalongan-Semarang- Jepara (Tiada dalam peta tapi yang macam tanjung tu)- Pulau Karimunjawa

Konvoi kami kali ini dianggotai oleh 8 orang pemuda dari CGC. Kebanyakkan adalah ahli aktif CGC dan orang yang sama berkelana ke Pantai Timur pada tahun lalu. Kami bertolak dari Cikuda, Jatinangor pada jam 8.15 pm dengan menggunakan van travel yang disewa. Van ini diberi nama Van Angkot Berkuasa Turbo (Angkut adalah kenderaan awam yang banyak berselerak dan bermaharajalela di jalanraya). Melewati Sumedang dan merentasi Cirebon sebagai kota terakhir Jawa Barat lantas memasuki Jawa Tengah. (Harga van 1.7 juta rupiah dari Jatinangor ke Jeti Jepara)

Van angkot yang berkuasa turbo...

Ingat, dari sini kita cuba daki gunung. Selepas itu cuba lompat terus ke Pulau Karimun...

Van berhenti rehat di Pemalang. Pemandu merehatkan mata seketika, kami pula yang mata kembali cerah. Puas tidur!

Akhirnya selepas 10 jam berada didalam Van Angkot yang berenjir Turbo itu, kami sampai ke Dermaga Kartini, Jepara kurang lebih pada jam 6 am. Sebelum sampai, remang-remang sinar cahaya yang sudah sedikit terang, menjadikan saya faham dan mengerti kenapa Abah dari Terengganu sanggup datang ke Jepara.

Kiri kanan berderet kedai-kedai perabot kayu yang sudah sukar didapati dinegara kita, dan jika ada sudah semestinya harganya mengempiskan poket. Ukiran indah, buatan kemas, dan pilihan yang pelbagai.

Baru sampai ke Jeti Kartini Jepara selepas 10 jam pejalanan...sakit punggung!

Jika van angkot perlu diisi, kami pun sama! Jom makan

Seusai sampai ke Jeti, perut yang berkeroncong telah diisi dengan sandwich yang dimasak dan dibawa oleh Adi. Cukup untuk pagi itu. Selepas itu tiket Feri diambil, dan pada jam 8 am hon pertama kapal bergema, jam 8.30 am dan terakhir pada jam 9 am. Destinasi kami adalah Pulau Karimunjawa.

Feri 'laju' KP Muria dari Jeti Jepara ke Pulau Karimun...6 jam lagi! dari lensa Amad

Gambar terakhir di Jeti Jepara sebelum ke Pulau...Malaysia, doakan kami!

Memandangkan ini kali pertama kami ke sana, dengan bantuan Kak Atikah yang pergi menjejakkan kaki kesana, kami memilih untuk mengambil agen travel. Semuanya telah diatur oleh mereka dari selama 4 hari 3 malam, tiket Feri pergi dan pulang, tempat penginapan (homestay), makan yang cukup untuk satu hari 3 kali, transport ke pulau-pulau, peralatan snorkeling dan instructor yang baik. Pendek kata, segalanya di Pulau Karimun itu ditanggung beres. Hanya bawa diri! (Harga agen kurang lebih dalam 600k rupiah, lagi ramai lagi murah).

Perjalanan dengan menggunakan feri bagi saya sememangnya azab. Azab bukan kerana mabut laut, tapi azam kerana lama dan panas didalam feri. 6 jam pejalanan ditempat duduk ekonomi. Disekeliling ramai pelancong dan juga penduduk pulau. Ada yang naik membawa beras, pisang sampailah kepada kambing dan lori gedabak!

Perasaan saya untuk berjaulah ini sebenarnya berbelah bagi. Pembaca blog ini tahu, saya sememangnya berazam untuk update tentang LifeLine4 Gaza diblog ini. Jadi keluar selama seminggu akan membuatkan saya terputus dari input terbaru mereka dan saya pun tidak dapat berkongsi dengan pembaca update terkini.

"Syeikh, mari sini...tengok berita tu," Adi memanggil saya.

Saya yang pada masa itu tengah mamai, baru bangun dari tidur-tidur ayam lantaran perjalanan ke Pulau Karimunjawa maha lama.

Dan akhirnya, berat hati saya terjawap. Dilayar kaca, breaking news dari Kapal Mavi Marmara tentang kedatangan regim Isreal. Saya terdiam, perasaan didalam hati bercampur baur dan berkecamuk. Tidak tahu hujung pangkal. Berdoa agar semuanya selamat, dan berdoa agar broadband Hazim yang dipinjam berfungsi baik dipulau entah diceruk mana pun saya tidak tahu.

Bersarapan dengan sandwich belum mampu menahan gelora perut yang berkerongcong. Pejalanan yang lama dengan olenga ombak. Akhirnya kami sampai ke Jeti Pulau Karimun kira-kira jam 3 pm dan disambut oleh Mas Alex(agen travel).

"Ini Mas Ahmad? Selamat datang ke Pulau Karimunjawa," sapa Mas Alex.

Seterusnya dibawa ke homestay, dirumah Ibu Mulya. Ibu dan bapa amat-amat baik dalam menyambut dan melayan kami.

Saya ligat mencantumkan puzzle suku bangsa dan regional Tanah Jawa ini dengan sikap yang dizahirkan. Di Jawa Barat, majoriti bersuku Sunda, dan Jawa Tengah dan Jawa Timur pula dengan suku Jawa dengan pengunaan bahasa jawa halus, jawa kasar, jawa solo, jawa jogja, jawa campur madura. Saya menuju kepada hal yang konklusif tentang perbezaan ini. Ada yang sama, ada yang sedikit berbeza, ada yang berbeza total!

Apa dia? sabar...tunggu sampai ke akhir catatan jaulah ini.

Ibarat mengantuk disorong bantal, perut berbunyi indah meronta pinta diisi. Air kelapa muda yang dingin dengan gorengan dihidangkan oleh Ibu Mulya. Sungguh asyik! Beg dan barang diangkat ke dalam bilik penginapan. Satu kamar 2 orang. Alhamdulillah selesa.

Dalam jam 4.30 pm, kami semua dibawa ke Pantai Nirwana. Tempatnya agak terpencil dan terasing. Disebelah kiri ada rumah agam yang besar. Menurut, pemandu pantai itu bukan kepunyaan orang tempatan, tetapi orang luar dari Indonesia. Dibeli diatas nama orang Indonesia untuk meraikan undang-undang yang ditetapkan.

Rumah agam dan Pantai Nirwana...sunyi dan agak sedikit horor...(Pokok kemboja banyak). dari Lensa Amad

Baru sampai, muka pun nampak baik je semua

Haaa...dah start buat perangai!

Orang lain main berebut kerusi, kami main berebut batang nyior

Penat bermandi manda, pulang ke homestay dan terus bersihkan diri dan solat. Sambil-sambil menunggu teman lain bergantian ke kamar mandi, TV dibuka. Alhamdulillah, majoriti TV disini dilengkapi dengan parabola satelit, dan menjadi sedikit pengubat hati untuk terus update perkembangan LifeLine4 Gaza dari stesen-stesen seluruh dunia. Al-Jazeera, TV Press. Hati terubat.

"Mie, meh turun ni. Makan!," Awang sudah memanggil. Saya ralit menonton siaran TV tanpa sedar semuanya sudah ke bawah. Saya turun kebawah, menjamu selera.

"Ya Allah, sudah bertahun payah nak makan ikan kat Bandung. Harap di Pulau Karimunjawa ini aku dihidangkan dengan ikan," sampai begitu sekali doa didalam hati.

Menu yang disediakan Ibu Mulya cukup menarik. Merasa kepuasan pribadi yang tersendiri, kerana malam itu, kami dijamu dengan ikan cermin bakar cicah kicap manis pedas, sayur goreng, telur masin. Sungguh kekampungan, dan itu sungguh dekat dengan diri. Yang penting menu itu adalah IKAN.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.

Sudah kenyang, masing-masing ralit menonton TV dan ada yang sudah melayan zikir mimpi masing-masing. Saya turun kebawah, Ibu Mulya sedang menjahit pakaian, saya menyapa dan bersembang. Kenal mengenal antara satu sama lain. Dan saya seperti biasa cuba menyelami yang tersirat.

"Ibu, disini ada hotspot enggak? Saya guna," saya bertanya. Merasakan seakan bodoh pula soalan itu. 6 jam jauh dari tanah besar, dan menurut Bapak mengikut pengiraan jauhnya adalah lebih 90 batu nautika. Dan saya bertanya ada internet atau tidak.

"Owh ada, bisa diakses dibilik hujung,"jawapan yang mengejutkan dari Bapa.

"Erk...berapa yang perlu bayar? ada kata laluan enggak?,"pertanyaan tulus. Bayaran itu sinonim dengan masyarakat ditempat saya belajar.

"Owh, enggak perlu bayar, semuanya gratis kok. Kata laluan juga enggak perlu. Itu semua dibiaya oleh pemerintah," jelas Bapa.

Saya tanpa lengah-lengah, ke atas meminjam laptop Awang dan akhirnya boleh akses internet bahkan siap boleh update blog dan status di FB.

Pulau Karimunjawa pun boleh layan YouTube...Melihat klip video kisah LL4G

"Nak, mahu ngopi enggak? Ibu bisa bikin kopi atau teh? mahu yang mana?," Ibu Mulya naik ke tingkat atas, melihat saya dan Nazi sedang ralit menonton TV sambil melayan internet. Teman yang lain, telah kembali menyahut panggilan katil.

"Erm...kopi aja buk," saya sebenarnya serba salah. Tidak tahu mahu meletakkan dimana penilaian. Jika ditempat saya sekarang, sudah semestinya harga kopi itu perlu dibayar. Disitu, ibu sendiri menawarkan kopi dan itu adalah percuma.

Ya...percuma!

Sungguh sukar untuk mendapatkan sesuatu dibuat secara ihsan dan belas disini melainkan segala kerja kecil ataupun besar haruslah berbayar. Apabila saya mendapat itu dengan percuma, cukup mengujakan.Dan saya dapatkan pengajaran itu di Pulau Karimunjawa.

Kembara saya mencari Ilahi sudah mendapat mutiara pengalaman yang pertama!

Selesai catatan untuk hari pertama.

Nota 1 : Sengaja saya detailkan perjalanan ini kerana saya tahu ramai yang berminat untuk ziarah ke Pulau Karimunjawa ini. Jadi kiranya saya menjawap soalan ramailah ya!

Nota 2 : Tunggu catatan selanjutnya melompat dari satu pulau ke satu pulau untuk entry seterusnya.

Nota 3 : Sesiapa yang mahu bertanya soalan tentang apa sahaja mengenai pulau ini...dipersilakan.

.: Kembara Insan Mencari Illahi :.

10 comments:

sinar_islami said...

Moga hasil kembara ini mendekatkan diri pada Sang Murabbi Agung...
Dan semakin berkobar untuk mengabdikan diri pada-Nya..

nur_aishah said...

salam...wah, bestnya...semoga beroleh manfaat. yg pasti sy disini mmg tgh jelous..hehe

Dr Amad said...

Sinar- Amin...harapnya begitulah =)

Dr Amad said...

Aishah- Wslm..wah..wah orang Malaysia ada juga singgap belog saya..dah lama tak singgah tu.

Datang la Indonesia lagi...ajak kawan-kawan lain jugak...round pulau jawa

Nur Taufiqah Idris said...

pantai nirwana tu cantik.. abg fahmi, pqa expect leh tengok banyak pic mcm wallpaper yg biasa abg fami amek.. bakpe upload sikik ngak? dok puah nengok:( banyok ke gambo sek2 deme dok maing je...

Dr Amad said...

Pika- Ini baru siri pertama...sabar-sabar, gambar itu akan menyusul dalam catatan pengalaman yang seterusnya...nampak gaya perlu cepat-cepat update ni...ekeke

cik pharmacist to be said...

thanx sgt2..very2 informative..tp bleh x nnt kasi no agen 2?huhu..

Dr Amad said...

Cik Effa- Nak no agen...boleh je. Nanti minta

Anonymous said...

salam...boleh tanya..600 ribu utk agen tu hrga utk 8 org ke?
btw,ada tak contact number mas alex atau ibu mulya ni?

Dr Amad said...

Anon- 600k tu per head...