Thursday, 22 July 2010

Pesimis Dan Optimis, Reaktif dan Proaktif

"Syeikh, pity our future wife,"kata seorang teman non-muslim kepada saya.

"Why you said pity? huhuhu," saya bertanya.

Jika ada masa, kadang-kadang saya suka bersembang berkenaan agama kepada sahabat bukan Islam. Ia bukan satu usaha mencari perbezaan, tetapi lebih kepada mencari titik persamaan yang mungkin sama-sama manfaat untuk berkerja bersama. Itu lebih mendamaikan.

Hari itu, bukan kali pertama ruang dialog santai dibuka dan dibincang. Satu hal yang penting dalam mencari titik persamaan adalah meletak tepi dahulu prejudis dan meletakkan ilmu dan akhlak barisan terdepan. Saya bebas untuk bertanya itu dan ini tentang agama mereka, begitu juga mereka bertanya apa sahaja tentang Islam.

Bertanya bukan tujuan provokasi merugikan, tetapi bertanya dalam usaha tadabbur 'ilmi.

"You will force our wife to the tudung or all the stuff,"kata beliau.


"Hehehe...i will did't force my wife to wear the hijab, because i will choose muslimah that already wear the hijab. The rules wear the hijab for all muslimah is not my rules, but it is from my God, my wife God and actually our God also," saya jelaskan.

"But, i see some of our friend not wear the hijab. Although they are muslim,why? Are they not good muslim?," tanya beliau. Cukup provokasi mungkin bagi sesetengah muslim.

Butang PAUSE ditekan.

Tet!

Pilihan ada dua, reaktif atau proaktif. Saya memilih untuk proaktif. Tidak semua soalan perlu dijawap langsung secara lateral. Ada masa dan keadaan, soalan harus perbetulkan dahulu agar jawapan yang diberikan tidaklah jawapan yang merugikan.

Yang menang dapat arang, yang kalah dapat abu.

Didalam bermuamalah/berurusan dengan sahabat-sahabat perempuan, walaupun tidak mengenal secara dekat hati budi mereka, tetapi ada diantara mereka adalah muslimah yang taat. Tetapi hanya mereka tidak bertudung.

Lihat sahaja, program qiamullai yang dianjurkan. Mereka antara insan terawal bergerak ke masjid meredah dingin malam untuk menjayakan program itu. Sedangkan ada bertudung, enak saja dibuai mimpi.

Mereka antara insan-insan yang cukup lunak dengan majlis-majlis ilmu. Tidak pernah tidak, majis ilmu mereka adalah pesertanya.

Mereka antara insan yang cukup menjaga pergaulan dengan lelaki yang bukan muhrim. Sedangkan ada berhijab, selamba badak bertepuk tampar.

Ya, benar. Tidak bertudung satu dosa, tetapi bukan itu sahaja penilaian yang adil bagi membezakan baik atau tidak. Jadi untuk menyatakan jawapan 'Yes, they are not good muslim' saya rasa bukanlah satu jawapan yang bijak. Dan hakikatnya sebenarnya, bukan jawapan itu yang sahabat non-muslim saya perlukan.

"Before i answer the question, can i rephrase our question first. You may ask how good muslim should be rather than as are they good muslim," jelas saya.

Selepas itu, saya menerangkan bahawa adalah tidak adil bagi semua orang tidak kisahlah agama apa sekalipun menghakimi baik buruk, betul salah sesuatu agama dari perangai dan akhlak penganutnya. Mahu mengetahui tentang Islam, jangan dilihat muslimnya. Lihatlah Islamnya.

Lihat sumber yang masih genuine sampai ketika ini iaitu Al-Quran. Belajar dan dalamilah sumber itu dengan tanpa prejudis. Mahu ditolak, tolaklah selepas fikir. Mahu diterima, terimalah selepas fikir.

Hidup diakhir zaman dan mahu dilihatnya muslim untuk kenal Islam, saya pesimis.

"I'am fortunate enough to find Islam before i find muslim," kata Yusuf Islam atau zaman 'jahiliah' dikenali sebagai Cat Steven. Sinikal, tapi banyak benarnya.

Masa Depan Milik Islam


"Iskk....," bisik dalam hati. Antara perkara yang sering dan suka dibuat walaupun membahaya pada hakikatnya adalah mengelamun semasa menunggang motor.

Banyak article ditulis, ideanya datang menjengah semasa diatas motor.

Saya teringat kembali pengalaman bersama Ustaz Hasrizal semasa Permai.

"Akh, kenapa bab 'Menyakini Masa Depan Milik Islam' yang Fathi Yakan tulis dalam buku Maza Yakni (Apa Erti Saya Menganut Islam) hanya sedikit? Ana mati kutu untuk menghuraikan. Tiada bukti yang mahu dipasak, melainkan percaya 100% kerana itulah tuntutan iman," soalan yang ditanya dengan disertakan jawapan umum untuk dipegang.

Bersama Ustaz Hasrizal di PERMAI 10 Bandung, bertemu di PERMAI 11 Jakarta, InsyAllah

Soalan itu ada benar dan betulnya.

Saya mengambil kembali buku 'wajib' kepada sesiapa yang terlibat dengan dunia perjuangan Islam yang harus dihadam, dan harus difaham. Untuk Permai kali itu, buku ini digunakan sebagai panduan longgar untuk peserta. Dan mengikut Ustaz Hasrizal, hanya beberapa persen sahaja yang diambil. Banyak diolah sendiri.

Apa Erti Saya Menganut Islam?

Judul buku itu sahaja cukup mengugah. Cukup bernada provokasi. Kekadang provokasi diperlukan untuk menjentik minda manusia yang suka berfikir secara horizontal semata.

Buku warisan abah. Buku ini yang dibedah beliau bersama sahabat lain didalam halaqah dizaman kampus dahulu. Lusuh tapi penuh mutiara.

Saya membelek-belek buku ini. Jika 5 bab sebelumnya Syeikh Fathi mengupas dengan panjang lebar, bab ke-6 dan terakhir, hanya 4 muka surat. Sedikit.

Kenapa? Anda ada jawapan?

Kebimbangan itu bukan kepada jawapan yang mampu dijawap, tetapi lebih kepada realiti semasa.

Lihat sahaja statistik penagih dadah di Malaysia, bukankah muslim juaranya.

Lihat sahaja statistik zina dan pembuangan anak di Malaysia, bukankah muslim juaranya

Lihat sahaja statistik hasil perjudian dunia, bukankan negara muslim antara juaranya.

Liha sahaja statistik index rasuah dunia, negara muslim tercatat tinggi bersaing.

Lihat sahaja kajian data pelajar PMR muslim, 30 ribu tidak pandai syahadat dan bersolat.

Ini realiti dunia Islam sekarang, muslim yang ada sekarang adalah muslim ilusi. Dan sunnahtullahnya, realiti sentiasa mengatasi ilusi.

"Takkan Islam 'ini' aku nak jual kepada non-muslim supaya mereka menerima Islam...Iskk," monolog dalam. Monolog yang menajamkan azam.

Tidak wajar bagi yang bagi insan yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul, melihat ini semua dengan pandangan pesimis dan disertakan sama dengan usaha minimum. Tanda putus asa. Itu bukan akhlak dan perjuangan yang Baginda contohkan.

"Barangsiapa yang menyebut manusia semuanya sudah rosak, maka dia itulah yang paling rosak dikalangan mereka" (Hadith Riwayat Muslim)

Kerosakkan dan kejahiliahan dizaman Baginda amat menuntun hati Beliau, tetapi dilapik sama dengan azam yang usaha yang optimun dan maksimum. Itulah Baginda, insan yang Terbaik didalam segala hal dan keadaan.

Penghormatan Yang Datang bukan Dijeritkan

"Kurang ajar...berani dia hina Islam!," bentak seorang muslim.

"Celaka...tak tahu hormat Islam langsung. Aku jumpa mampus budak ni," kata seorang lagi.

Penghinaan demi penghinaan yang Islam dapat desawarsa ini. Tidak hanya syiar diperlekeh, bahkan Nabi Muhammad s.a.w dan Allah s.w.t dilukai sama.

Sebagai muslim, yang mengaku mempunyai iman dan taqwa wajib merasa terasa dengan penghinaan ini. Jika kita santai diatas katil empuk tanpa mengambil tahu dan menghadirkan mahu, dibimbangi iman kita saat dan ketika itu tercalar bahkan mungkin tiada. Nauzubillah.

Pilihan tetap ada dua, reaktif dan proaktif.

Jika reaktif, jadilah seperti yang diatas. Maki dibalas maki. Cerca dibalas cerna. Tiada yang membaik.

"Bagaimana kalau muslim yang hina Islam pula?," soalan yang sering saya tanya kepada sahabat reaktif dalam bab perlecehan terhadap Islam.

Err...err...

Soalan yang sering tidak terjawap.

Letak tepi yang prejudis dan mental block. Non-muslim bagi saya wajar-wajar saya jika tindakan perlecehan dan penghinaan itu dilakukan. Ia mungkin berpunca kerana kedangkalan dan ketidakefahaman mereka terhadap Islam. Mereka bukan Islam, tidak faham Islam itu wajar, bukan. Kuliah agama dimasjid takkan mereka mahu pergi. Bukan Islam yang 'faham' Islam itu bonus.

"Nak makan sup tangan, pergi ke Kelantan"

"Huru-hara negara jika laksana Hudud"

"Habis batu nak buat jalan,jika ada rejam"

"Nabi simpan janggut kerana tiada gillete"

"Pakai-pakai tudung ni ketinggalan zaman"

Itu semua suara-suara sumbang yang kita pernah dengar yang keluar dari muslim sendiri. Nada penghinaan sama persis sama dengan non-muslim. Mahu guna alasan yang paling 'berbaik sangka' iaitu tidak tahu. Itu mustahil. Muslim sejak keluar dari rahim ibu lagi. Jahil juga, itu salah sendiri.

Lantas bagaimana reaksi kita terhadap muslim yang lidahnya kufur seperti ini?

Mahu dimaki sama seperti kita lakukan kepada non-muslim. Ada tapi sering tiada. Sedangkan ia perbuatan yang sama nilainya.

Dan bukanlah maki balik itu jalan penyelesaiannya. Tidak menyelesaikan masalah, bahkan sering membarahkan masalah. Dijerit-jerit supaya dihormati tetapi melihat akhlak dan sikap muslim, seakan tidak pantas dihormati. Hormat itu datang dengan sendiri, tetapi tidaklah percuma. Menuntut usaha.

Pasti muncul kembali

Jadi pilih terbaik adalah proaktif. Mengunakan segala kemudahan yang ada dengan panduan iman dan taqwa.

Aqidah harus perkuat.

Akhlak harus diperindah.

Ibadah harus dipertambah.

Kerana tidak akan sucinya Islam dengan kotornya muslim.

Adakah masa depan milik Islam?

Ya...kerana itu iman.

Bila?

Saat dan ketika itu bukan urusan saya. Urusan saya hanya berkerja.

Hanya gerhana bukan terbenamnya matahari!

.: Amad ingatkan kerana mungkin kalian terlupa :.

5 comments:

mutiara solehah said...

salam..

proaktif= kebolehahn mengawal reaktif..? rite?

Dr Amad said...

Mutiara- Wslm...

Proaktif dalam definasi Dr Amad adalah kebolehan mengawal reaktif dan menukarkan reaktif itu kepada usaha-usaha yang lebih baik dan bermakna...

=)

sinar_islami said...

Melihat realiti yang artikel ini ketengahkan..
Zaman ini,
seolah2 Islam menjadi pakaian,
bila tidak mahu, baju dibuang,
ganti dengan pakaian baru..
Bila rasa nak guna, maka guna..
Bila Islam dipuji, hati girang..
Bila Islam dihina, hati mengeji..
Hingga akhlak tidak mencermin Islam yang dibwa.

Maka yang wujudnya ramai muslim tidak semestinya mukmin..

Yang sedar, wajib kejutkan yang masih lena bukan biar mereka diulit mimpi dunia..bahkan bukan akhlak muslim mukmin bila hanya tahu mencari salah muslim yang kurang sempurna ubudiyyahnya..

insyaAllah, masa depan itu milik Islam bila kita tahu apa amanah kita di dunia ini...

Wallahu3alam..

Dr Amad said...

Sinar- Syukran diatas tambah nilainya...

sudi-sudilah meninggal jejak disini lagi...

sinar_islami said...

Kalau tidak meninggal jejak pun...
InsyaAllah pembaca setia di sini...
Teruskan menulis...
Moga redha Allah bersama tulisan anta...