Saturday 30 October 2010

Untuk Kita Beringat-Ingat

Saat dan ketika ini, bumi yang saya pijak ini dilanda nestapa. Dipenjuru sana, digoncangkan dengan gempa dan dihadirkan tsunami. Di Ibukota, ditimpa hujan dan banjir. Dan ceruk sana, gunung berapi melepaskan amarahnya memuntahkan lava memerah dan diikuti hujan abu. Semua ini seakan memberikan satu signal bahawa dunia ini sudah tua.

Gunung Merapi pada letusan tahun 2006

Tapi

Kita diajar dan didik menafsirkan semua itu sebatas bencana alam. Tiada berkaitan dengan ulah manusia apatah lagi mahu mengaitkannya dengan kebesaran dan kekuatan Allah. Kita terlupa Rabbi pernah berpesan dengan firman tertinggi

"Telah tampak kerosakan didarat dan dilaut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar" (Ar-Rum-41)

Rasa Dulu, Baru Boleh Cakap

"Amad, saya mahu tanya kamu. Untuk kita mengatakan bahawa betapa bahaya dan sakit satu penyakit, contohnya ada batu didalam ginjal, wajarkah kita harus merasakan sakit itu terlebih dahulu?," tanya seorang doktor. Agak rapat dengan saya.

"Enggak perlu doc,"jawap saya ringkas.

"Jadi gimana kamu mahu memberitahu umum yang penyakit itu memang bahaya dan sakit?," soal doktor lagi.

Rasa dulu -Gambar Hiasan-

"Emm...dari buku doc. Paling pun dari pengalaman orang yang pernah sakit,"jawap saya. Antara pasti dan tidak pasti. Sesuai atau tidak dengan jawapan yang dimahukan beliau.

"Nah, benar itu Amad. Untuk memberitahu betapa sakit sesuatu penyakit, enggak usah kita mahu merasaikan dulu. Cukup baca dari buku atau pengalaman. Mahu ngomong neraka, jangan dipinta masuk neraka dulu," jelas beliau sambil bercanda. Kami ketawa.

Perbualannya ringkas, tapi mempunyai maksud yang mendalam. Terutama dibahagian akhirnya.

Mahu cerita derita, jangan dipinta derita terlebih dahulu.

Mahu cerita neraka, jangan dipinta neraka terlebih dahulu.

Jangan begitu kawan...

Allah hadirkan 'kiamat kecil' itu dimajoriti tempat sahabat saya berkuliah, bukan semata kejadian alam, bukan kebetulan. Semuanya ada petanda yang jelas dan kuat, kembalilah kepada Allah. Mati itu pasti, kiamat itu pasti, beruntunglah insan menginsafi diri.

Bicara Sejarah Lampau

Gunung Berapi Vesuvius, meluluh lantakkan bandar Pompey. Memuntahkan lava memusnahkan segala yang menghalang alirannya, awan panas bersama debu meliputi bandar. Mengawet segala hidupan. Sehinggalah didunia moden, kejadian ini terbongkar. Lelaki meliwat lelaki, lelaki meliwat haiwan. Semuanya terakam untuk generasi masa depan mengambil ibrah.

Gambar Hiasan

Gunung batu keras, dipahat mereka. Dibina rumah kediaman, dibina pusat pemerintahan. Tamadun dunia, dilakar dan dicipta. Semuanya kelihatan gah dimata manusia, tapi sayang seribu kali sayang, semua itu sekadar debu berterbangan. Perintah Allah diingkari, seruan Sang Nabi dipandang sepi, segala kebaikan dan nikmat ditolak tepi. Maka datanglah ketentuan Allah. Dibinasakan tanpa tersisa kehidupan, tapi diabadikan untuk tatap masa depan. Kaum

Kekayaan dan kekuasaan ditangan mereka. Hampir memerintah dua pertiga dunia. Binaan-binaan agung, dibina, diperlihat, dan dibanggakan. Kegemilangan dan kemasyhuran yang ditempa bukan calang-calang menumbuhkan riak dihati 'Ana rabbukumula'la', kata sang penguasa, Firaun. Binaan yang kekar megah dibina dari airmata dan darah kaum Bani Israel, dikekalkan Allah, buat peringatan kedepan.

Apa persamaan kesemua kisah 'hebat' umat lampau ini?

Mereka hebat, mereka gah, mereka kaya, mereka pandai, mereka kuat tapi mereka tiada Allah.

Mereka hebat, tapi mereka kufur.

Mereka gah, tapi mereka kufur.

Mereka pandai, tapi mereka kufur.

Mereka kuat, tapi mereka kufur.

"Aah...itu hanya sejarah. Buat dendangan halwa telinga sahaja," kata manusia itu.

"Takkanlah Allah nak bagi itu semua pada kita. Kata Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang. Takkanlah," kata manusia ini.

Dan manusia itu tidak pernah belajar...

Berita Dari Tanahair yang Memilukan

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hab pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika – Adam Lambert yang seorang ‘gay’.


Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:

* Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;

* Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan

* Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.

Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.

Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

“Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020,” petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.

Sumber: Malaysiakini

Ketika masyarakat dilanda dengan beribu kebajetan moral dan akhlak, saran demi saran diberikan pelbagai pihak termasuklah pemerintah. Hadirnya cadangan sebegini mencipta garis kesenjangan yang saling berbalik arah. Mereka memerah otak membasmikan segala keruntuhan moral, mereka juga mahu meruntuhkan moral yang sudah tersedia runtuh.

Hipokrasi?!

Kecelaruan Cara Fikir

1000 tahun lampau, sinonim bagi kita memanggilnya dengan zaman jahiliah. Persoalannya sekarang, jahiliah itu merujuk kepada jahiliah apa?

Mahu mengatakan mereka mundur? Banyak teknologi telah mereka hasilkan dari binaan kerja mahupun urusan seharian. Bahkan ada teknologi mereka, sampai sekarang manusia 'moden' tidak dapat meniru dan tidak mampu menghasilkan sehebat mereka.

Nah...lantas jahiliah apakah itu?

Mahu kemana Malaysia? -Gambar Hiasan-

Ramai alim ulama menisbatkan jahiliah itu kepada jahiliahnya pemikiran. Miskin masih boleh dibantu, susah masih boleh ditolong, tapi kalau sudah mental block bukan calang-calang tonik yang diperlukan.

"Saya tidak kisah. Buatlah apa sahaja, mungkar atau nahi. Yang penting Melayu perintah negara. Kamu itu harus bersyukur, jangan jadi penderhaka,"kata si A. Derhaka pada Allah tiada masalah, tapi jangan derhaka pada Melayu. Gamaknya!

"Haram menegur pemerintah cara sebegitu. Kita harus tarik tangan, berdua-duaan dan berbisik. Ini berdasarkan hadis....bla...bla...bla," kata seorang 'alim ulama'.

Bahkan ada yang lebih menarik

"Kita kajilah terlebih dahulu keberkesaan projek ini. Mana tahu memberikan pulangan lumayan," kata si bijak pandai. Overdose pandainya.

Tiada kata yang mampu saya ungkapkan tentang kecelaruan dan kemalangan pemikiran seperti ini melainkan satu tinggalkan dengan satu ucapan ringkas dari negarawan dan agamawan dari Indonesia, Pak Muhammad Abdun Nasir

"Jangan kita bangun, kita robohkan. Kita bangun bangunan-bangunan megah, tapi kita robohkan manusia didalamnya."

"Jangan monyet jangan," sedutan dialog cerita rakyat monyet dan kura-kura.

Gempa, banjir, gunung berapi, tsunami itu petanda amaran besar dari Allah. Syukur kita tidak diuji dengan hal itu. Awas sahabat, jangan pinta kerana harga yang perlu kita bayar adalah amat mahal.

Bagi yang sedar, dan menangkap signal langit ini. Jangan berdiam diri, bahkan lebih parah berputus asa. Selagi matahari terus bersinar, selagi nyawa belum sampai halkum, bangkitlah. Berubah dan merubah.

Wahai sahabat tataplah masa depan, tersenyum untuk kehidupan, dengan cinta dan sejuta asa!

Sejuta Asa -Gambar Hiasan-

Berundur bukan pilihan, kedepan itu kepastian!

Fikir-fikirkan, zikir-zikirkan...

Nota 1: Tahniah kepada Pasukan Kelantan kerana menang Piala Malaysia untuk kali pertama. Pastikan jangan terlepas Piala Akhirat.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

13 comments:

nina said...

sedih dan kecewa dengan tindakan kerajaan sekarang. tamakkan harta duniawi je. mengejar kemasyhuran dunia yang sementara. sangat malu untuk mengaku yang kita rela berpimpinkan orang2 sebegini.

mek klate said...

subhanallah...teruknya dunia skrg...semoga mereka2 mendapat petunjuk...

toRA@7 said...

tornado kt perlis..mnyebakn kemusnahan yg besar d 1 kawasan..kenapa berlaku??bencana alam kah??wallahua'lam..mungkin p'ingatan...^_^

Dr Amad said...

Nina- Sedar tidak sedar, satu hakikat kita harus telan, mereka berada ditempat itu diangkat oleh orang bawahan jua.

Kerja kita masih banyak...

Dr Amad said...

Mek Kelate- Doa dan teruskan berdoa dengan ditambah usaha mengubah. InsyAllah sejahtera.

Doa, usaha dan tawakal...wow!

Dr Amad said...

Tora-Bukan mungkin lagi, itu pasti peringatan kerana Allah tidak segala kejadian sia-sia dan kebetulan. =)

nur_aishah said...

geram,sedih,hiba,kecewa dengan 'kelonggaran'diberikan untuk ETP..dengan harapan ditarik balik atau diketatkan kan kembali apa2 yg longgar tu..


terima kasih kerana mengingatkan (",)

Abu Aiman said...

itulah malaysia terchenta. Nak beranak banyak2 pun susah hati, tak tahu masa depan anak2 nanti cabarannya gimana.

Jaga diri mmoleks...

Dr Amad said...

Aishah- Nak mengharapkan tiada, macam fatamorgana pula untuk masa ini. Mungkin lebih realistik adalah mengurangkan semua ini dan memperketatkan lagi syarat-syaratnya. Ditambahkan dengan usaha mendidik dan memberi kefahaman pada masyarakat untuk hidup lebih bermoral dan sihat.

Dr Amad said...

Abu Aiman- Bila masa abe beranak? mah...mah...mah... Peace!

Doakan saya ye..

sinar_islami said...

Hari tu diamanahkan untuk bercerita tentang perkembangan Malaysia pada sahabat2 arab.. Mujur cancel. Mesti mereka kecewa dengan Malaysia yang selama ni mereka puji 'ahsan nas' kerana mengaku Negara Islam. Maklumkan OIC pun kita pernah pegang..

:) Tak cerita pun, satu dunia tau dah kot..

Sungguhlah kejahilan kian bernanah di bumi sendiri.

Buta sejarah dan sirah gamaknya bangsa kita.. Aduh kena muhasabah dan islah...

dan benarlah lagu, Sejarah mungkin berulang...

Dr Amad said...

Sinar- Fuss..nasib baik. Kalau idak, biru muka arab tu. Ku harapkan tin, tin makan biskut...

Anonymous said...

What the eye does not see the heart does not grieve over.