Saturday 22 November 2008

Maruah Seorang Wanita

Muslimah Russia (kredit buat Angah)


“Salam,ko sibuk tak? Aku nak tanya sikit ni.Salah tak aku kalau nak pakai tudung kerana disebabkan orang lain?,” soal tulus dari seorang muslimat pada saya.


Fikiran melayang untuk menjawap jawapan yang sebaiknya…Bak menarik rambut didalam tepung,rambut tidak putus,tepung tidak berselerak.


Dia Berubah


Sebelum saya terjun kepada kesimpulan dan jawapan,suka saya ingin berkongsi sebuah satu reality hidup kehidupan seorang manusia yang pasti kita semua kenal


Ibu Arini aka Inneke Koesherawati


“Ibu,suke sangat tengok cite indon,ami duk indon tengok cite indon,balik rumah tengok cite indon.Bosan ye…Cuba try tengok cakap dengan Kak Tiah (bibik) lulus ke dok..Ni sokmo kalu nok beli barang kat Pasor Baru,ami jugok kene cakak,” ayat provokasi dilontar pada Ibu…


Sebelum saya menjawap dan huraikan persoalan ini,saya suka untuk berkongsi satu kisah seorang muslimah yang buat kaki-kaki “sinetro Indonesia” semestinya kenal dengan sosok ini,aktres Mutiara Hati.


Era 90-an,dia dikenali sebagai seorang artis wanita yang berani,panas dengan dengan aksi-aksi yang boleh mengugah iman para lelaki.Dia adalah artis wanita panas yang digelar bom seks yang sering muncul dalam filem-filem panas di Indonesia. Dia adalah Inneke Koesherawati


Sekarang usah dibayang gambaran dizaman jahiliah beliau,rtis cantik yang berdarah Belanda dan Jawa ini sekarang sudah bertukar 360 darjah penampilannya.Yang ada sekarang,hanyalah seraut wajah tenang dan sekujur tubuh yang ditutup sempurna dengan busana Muslimah.


Keputusannya untuk berhijrah sememangnya satu hal yang mengejutkan khususnya para peminat dan dunia hiburan Indonesia khususnya.Manakan tidak,pada waktu itu Inneke sedang berada dipuncak kegemilangan sebagai artis.Mewah,kemasyuran,perhatian ramai semuanya dia perolehi.


Menurutnya,keputusannya menutup aurat bukan disebabkan oleh kehendak fesyen atau sebab-seba lain,melainkan semata-mata kerana panggilan hati untuk mengikuti jalan Allah.Berbicara dengan zaman kelamnya dulu,Inneke menganggapkannya ia sudah berlalu dan bukan sesuatu yang perlu dikenang.


Artis manis yang berlesung pipi ini memutuskan untuk bertudung selamanya.Apapun yang terjadi,tetap teguh dengan azam dan menghargai hidayah yang telah Allah berikan.Dia berkeyakinan bahawa bertudung juga harus diikuti dengan perubahan tingkah laku dalam seharian.

(Sumber dan diolah dari: TokohIndonesia DotCom dan Majalah I)


Satu soalan mudah dari segi lafaz tetapi untuk menjawapnya menjadi beban pada saya.


Ia tanggungjawab…Ia amanah…Ia melibatkan maruah seorang Muslimah.



“ Ya,iyalah…pakai tudung tu kan wajib,ko tak pakai ni berdosa tau!,” sering sekali saya dengar jawapan sebegini.Betul hukumnya? Betul. Caranya penyampaian? Belum tentu.


Saya suka melihat isu bertudung dengan memperbesarkan skop soalan kepada bukan sekadar menutup rambut tetapi MENUTUP AURAT.


Bila saya berkata wanita itu wajib menutup aurat,saya berlepas diri dari


Wanita bertudung tetapi berpakaian sendat

Wanita bertudung tetapi selesa bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim

Wanita bertudung tetapi akhlak dibangkul sampahkan

Wanita bertudung tetapi ibadah tidak dijaga.


Soal kemahuan,keterpaksaan,mahupun ditengah-tengah ia perlu kembali kepada asas dasar aqidah kita. Dalam hadis Arbain Imam Nawawi,hadis pertama membahaskan persoalan niat.Jika pada permulaannya kita tidak perkemas dan perjelaskan untuk seterusnya seakan sukar.Dan untuk kembali kepada zaman Jahiliah cukup terbuka luas.


Untuk berubah kerana manusia,ia boleh dilakukan bahkan ramai yang telah buktikan.Suka saya ingatkan bahawa manusia hanya sementara.Bila faktor “manusia” ini hilang adakah kita akan kembali kepada zaman gelap kita dahulu? Ada yang kekal,tetapi ramai kecundang…Kecundang dek niat yang terpesong. Hati saya sangat-sangat terhiris melihat seorang artis bila sudah bercerai,rambut berwarna,bibir merah bergincu,muka tebal dimekap…Perubahan menuju KECELAKAAN!


Beramal kerana Allah.Seharusnya bahkan tidak dapat tidak dalam setiap langkah didunia ini diniat kepada Allah.Bila makan demi Allah,ia dikira ibadah,syurga ganjarannya.Bila belajar demi Allah,ia dikira ibadah,syurga ganjarannya.Bila menutup aurat kerana Allah,syurga ganjarannya.


Hati Dan Iman



Zaman sekarang berbicara soal perubahan ia berkait rapat dengan hidayah.Hidayah itu perlu dicari bukan ditunggu…


Tengah seronok menonton Gossip Girl atau Desperate Housewife….


Dommm( only sound effect)


“Wah,dah dapat hidayah la aku ini,” sungguh ia bukan begitu.Hidayah begitu mahal untuk dianugerahkan pada insan yang enak menonton Gossip Girl sambil-sambil tunggu turun hidayah dari Allah.


Ramai yang kenal dengan Cat Steven,nama Islamnya Yusuf Islam.Adakah tengah dia syok ber”jamming” hidayah datang menjengah?Melalui Al-Quran,dia masuk Islam…mencari dan bukan menunggu.


Masyarakat sekarang secara umumnya sudah sedia maklum tentang kewajipan menutup aurat.Oleh itu saya sedar medan sekarang bukan soal hukum halal haram,syurga neraka kerana itu sudah tersedia maklum.


“Aku tengok ramai je yang dulu sekolah agama,bertudung labuh tetapi habis sekolah….?,” scenario sering kita lihat.Kenapa? Kerana mereka hanya sekadar TAHU tetapi belum mampu menuju pada MAHU. Mahu itu terkait pada HATI.


Buat Muslimat


Bagi saya,perubahan itu perlu kesabitkan kepada berubah kepada Allah bukan kerana
manusia.Allah kekal abadi,manusia esok lusa mati.Bertudung bukan semestinya menutup aurat,tetapi menutup aurat pasti bertudung...


Bersihkan HATI,HIDAYAH itu hampir,Insyallah….


"Ketenangan dan kebahagian itu hembusan dari langit,diturunkan dalam hati orang beriman,mereka tetap teguh dikala orang lain mengalami kegoncangan" (As-Syahid Syed Qutb)


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.

5 comments:

sinar_islami said...

Moga Allah thabatkn keyakinan hamba2Nya...

peringtan berguna dan renungan utk akhwat dcni & diluar sana..

Jagalah Allah, Allah pasti menjga kita

Dr Amad said...

Sinar- Moga-moga begitulah hendaknya...

Anonymous said...

emm.. artikel yang bagus.. perubahan yang baik mesti beralaskan Allah kan? tapi.. stil perubahan yang ke arah kebaikan tu adalah baik.. kan? aku bagi contoh.. macam dalam artikel ni.. seseorang tu nak pakai tudung kerana org lain.. mungkin niat die mmg kurang betol.. tapi still pakai tudung menda elok kan.. mungkin lepas ni, niat tu akan bertukar.. takde sape tau kan.. juz hope dat die istiqamah n kuat nak teruskan.. pape pun.. semoga seorang muslimat tu dapat teruskan ape yang elok tu dan ubah niat die.. sama2 kite doakan.. insyallah...~

Anonymous said...

untuk komen di atas tu.. sorry kalo pandangan aku tak betol.. ni juz pandangan aku sebagai org yang tak bnyak sgt ilmu pengetahuan .. =)

Dr Amad said...

Komen dialukan...sebab kekadang pandangan itu bukan antara betul atau salah.Bertudung tu dah ok,dan aku seakan bersetuju,jika untuk pertamanya pakai kerana orang dan pada masa sama improve diri dan perbetulkan niat kerana Allah...

Dosa kita bergunung tinggi,kemaafan Allah tiada bertepi...bertuahlah orang yang mencari kemaafan Allah...keep it up...carilah,fahamilah,amal Islam...semoga beliau menjadi aset pada Islam,muslimat yang komited pada Islam,dan balasannya Syurga... Berjalan merintis syurga Allah hendaknya...