Saturday 27 December 2008

Demi Sebuah Pengalaman




Malam telah melabuh tirainya,diluar gelap pekat keadaannya,jam ditangan telah menunjukkan jam 1 pagi.Itu tandanya pada malam itu saya pulang lewat ke rumah.


“Akh,jom pegi minum-minum dulu.Banyak hal nak sembang dengan anta,” ajak seorang teman yang saya amat syukuri keberadaan dia.


Malam itu usai ceramah berkenaan Kristianisasi yang saya hadiri bersama sahabat,Ustaz Mahadi.Secara kebetulan,yang memberi talk itu adalah senior Ustaz Mahadi.Meraikan dan memahami mereka banyak hal yang dicakapkan,dibualkan,dingomongkan ,saya menurut sama minum di warung.Malam itu saya “meronggeng” bersama ustaz-ustaz.


“Mie,anta sekarang belajar dimana?,” tanya Ustaz Rashidy dengan nada ingin tahu dan taaruf serba sedikit.


“Ana sekarang belajar kat Indonesia,akh…,”jawap saya tersenyum sambil meneguk air kopi yang berasap enak.


“Subhanallah,anta belajar sana rupanya. Nasihat ana lah kan,anta cari dan belajar dengan ustaz,masyarakat disana.Insyallah,keadaan disana akan membuat anta akan lebih solid dalam tindakan dan tambah pengalaman,” ungkap Ustaz Rashidy dengan penuh makna.


Ada Apa dengan Indonesia?


Kawasan sekitar rumah


“Aku dulu frust jugak,kawan dapat sama bahkan lagi rendah result dari aku tapi dapat pergi tempat yang selama ini aku ingin sangat nak sambung belajar,”curhat ( curahan hati) seorang teman.


“Saya dahulu belajar kat university kat Malaysia dah,dah best pun.Tapi ayah suruh datang Indon jugak,”berbaur nadanya.


“Insyallah ada hikmahnya tu,” jawap saya sambil tersenyum.


Ada apa dengan Indonesia sampai sahabat saya menyampaikan nasihat itu dengan bersungguh?


Anda tertanya-tanya bukan,bahkan saya pun turut sama memutar ligat kepala memikir sama.Yang tergambar di benak fikiran kita hanya filem dan sinetron yang dihiasi cewek yang cantik dan cowok yang kacak.Hanya di fikiran kita tergambar berduyun-duyun rakyat negara seberang memasuki negara untuk mencari sesuap nasi.Sejarah mahasiswa yang mampu meruntuhkan regim kuku besi pada zaman Refomasinya.


Pertama sekali menjejak kaki disini,saya dikejutkan dengan kehidupan masyarakat setempat yang boleh dikatakan kurang lebih sama dengan kita di Malaysia tetapi menidakkan kita berbeza satu penafian kepalsuan.Terkejut dengan masyarakat Sunda disini,ditambahkan kejutan itu dengan kehidupan sosial pelajar Malaysia di bumi Wali Songo ini..


“Ya Allah…,”tepuk dahi saya dibuatnya.


Seribu Ragam


Negara Indonesia bagi saya adalah sebuah negara yang ekstrim,ekstrim dari sosiobudaya,pengamalan agama,keterbukaan demokrasi,dan sebagainya.


Disini kita boleh melihat orang membuang duit makan di tempah yang “maha” mahal,disini juga kita dapat melihat insan yang selongkar tong sampah demi mencari wang.


Disini kita boleh melihat manusia yang membelakangkan dosa pahala,syurga neraka,disini juga kita dapat jumpa insan yang amal dan akhlaknya mantap.


Disini dahulu,ramai orang yang hilang tanpa bernesan lantaran regim dictator yang kuat mendekam,sini juga sekarang kita dapat melihat ruang demokrasi itu dibuat seluasnya seolah tanpa bertepi.


Seolah-olah disini untuk mencari yang pertengahan itu sukar ibarat mencari kutu tunggal pada satu kepala yang penuh rambut.


Medan Untuk Kita Belajar



Masih ingat pertama saya solat jamaah.Sudah solatnya tiada wirid dan banyak lagi hal yang sedikit berbeza dari amalan saya seharian.Jika selama ini saya hanya lunak dengan satu pendekatan dalam beribadah,tercengang,kepelikan,termanggu-manggu bila hal ini timbul.Hal ini saya tidak biarkan lama mengusik fikiran,saya mencari dengan bertanya ustaz-ustaz,orang yang alim dalam bidang agama.


Kehidupan kami disini


“Apa yang nta buat tu dah betul,tetapi ada juga pendapat lain dalam amalan ini,” saya mendapat ilmu baru dan belajar menerima “perbezaan” dengan penuh ke”cool”an.Tiada sebab untuk bersilat lidah,membangkul sampahkan akhlak.


Di Indonesia,sudah lama masyarakatnya menerima pandangan bukan sahaja dari mazhab Syafie’ tetapi pandangan-pandangan imam yang lain.Tidak dilupa,bukan hanya mazhab,berbeza corak pemikiran begitu bercambah biak,manusia dengan demokrasinya,manusia dengan liberalismenya,manusia dengan komunismenya…


Ia pengalaman…guru terbaik kita.


Menjadi pengurus bagi sesuatu program juga menjadi tempat saya mendapat ilmu terutama bila bukan hanya melibat masyarakat kampung dengan pelajar Malaysia.Kisah semasa qurban masih segar diingatan saya.


“Mie bagi tau la ke Pak tu,simbah air sikit ke lembu…bagi dia cool down skit.Lagipun itu sunnah,” pesan seorang sahabat.


“Syeikh,asal sembelih lembu yang seekor lagi tu dekat dengan lembu ni…bukan tidak baik ke?,” soal seorang teman.


“Akh,bakpe ek…kalau kat tempat kita lepas sembelih kita buka ikatan kaki…bagi lembu tu mengelumpur bebas…Ikat tu ,sakit ke lembu je,”prihatin berkenaan “ihsan” semasa qurban.


Saya mengetahui dan mengiakan semua pandangan sahabat-sahabat berkenaan hal itu.Betul dan itulah sunatnya semasa sembelih.Tetapi ia bukan sekadar itu.Kita bukan berhubungaan dengan haiwan tetapi manusia,masyarakat disini.Mereka telah berqurban bukan baru satu tahun ini sahaja,tetapi sudah lama.Apa yang mereka rasa,bila kita tegur berkenaan hal ini semua semasa keadaan kalut lembu mahu ditumbangkan?Mengajar bukan.Semua itu sunat untuk dibuat,menjaga hubungan sesama manusia itu wajib.Untuk akan datang,kita boleh menyuarakan hal ini awal-awal lagi.Untuk tahun ini,sunnah itu tidak mampu ditegakkan,tahun depan dan seterusnya,Insyallah…


Ia pengalaman….guru terbaik kita


“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.” (Surah al-Hujarat: 13)


salah satu program dengan masyarakat disini


“Akh,apa pandangan ikhwan pada partai-partai yang lain,yang ana kira berbeza dari fikrah dan matlamat perjuangan?,”soal saya pada seorang sahabat yang amat saya cintai kerana Allah.


“Kami melihat mereka bukan sebagai musuh tetapi madu’ yang perlu kita dekati dan didik mereka,” jawap yang membuat saya terkenang scenario di Malaysia.


Ia pengalaman...guru terbaik kita


Untuk menceritakan satu persatu sukar,dari majlis tahlil yang diedarnya sama rokok untuk kita hisap sampailah berhubungan dengan kawan-kawan satu kampus yang pelbagai ragam yang menuntut saya belajar dan belajar dan masih belajar.Melihat semua itu, bagi sesetengah orang,hanya satu hal yang tiada luarbiasa yang mampu kita belajar darinya.Itu tiada apa mampu dikaitkan pada article ini.


Jadi…Shift Our Paradigms.


Bumi ini bumi yang berbagai ragam yang mampu mengajar kita sesuatu apa itu erti kehidupan,ilmu dan pengalaman.


Kerana ia mematangkan kita!


p/s: -Amad ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah bagi semua muslimin muslimat


-Sahabat-sahabat lain boleh berkongsi sama pengalaman yang dapat ditempat kalian. Insyallah ada manfaat buat sahabat lain umumnya dan bagi saya khususnya


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

20 comments:

Anonymous said...

ramai orang tak sedar jaga hubungan baik itu wajib berbanding benda sunat berbeza pendapat tuh..atau tak buat benda2 sunnah..

bagus reminder neh

p/s: semalam g KT, lalu depan umoh famie. Gane, leh ngundi da ke? :P

Dr Amad said...

Hasanah-Sama-sama kita saling nasihat menasihati,pesan memesan...Kadang-kadang kita bukan tidak tahu,tetapi terlepas pandang.Laju dalam melangkah,tidak sedar banyak telah kita lukakan...

Umah saya bukan kat KT,ambe kat marang...Dah boleh ngundi jika ikut umur la...Tapi tidak daftar lagi ni....Ambe parlimen marang le

Anonymous said...

salam
perbezaan budaya dan amalan di Indonesia & M'sia byk mengajar hati mendidik iman

kepelbagaian mengajar diri utk bijak membuat penilaian dan bukan sekadar amalan ikut-ikutan;)

wallahualam

Unknown said...

jom cabar diri sambil mengaut pengalaman kat sini.bdw sal siram lembu ngan air tu.tu orang indonesia yang ajar gak...ingat dorang sama carakerja.beza gak la skit.Tanya tok imam yang jadi kepala aritu dalam nada sembang,dia pon xbiasa.Huhu...

p/s ingat baru bape hari kat Bunda Rama,tapi dah jalan2 ke rumah orang Sunda kat atas.Siap borak n dia bagi anak pokok stroberi lagik :-)

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Dr Amad said...

Anonymous-Kita islam bukan semata islam ritual.Orang buat,kita buat.Galilah,pelajarilah,amalkan apa yg Islam ajar...Indah sebenarnya Islam jika kita hayati betul2..

Zulfahmi-Orang dia yg ajar,dan orang dia sendiri tidak amalkan...itulah yang menarik berkenaan dengan Indonesia...Mung ramah lagi dengan orang-orang kampung...Teringat dijemput makan masa majlis maulid walaupun tidak buat persembahan...hik3

'Abid Sakina said...

erm..btul3..mesti ade hikmah dpt cni..hehe.w'pun dlu frust menonggeng x dpt kt bumi kinanah 2..
cni..mmg yg baik..baik sgt..bgitu gak sebaliknye..
niat mmg nk blaja gk ngn diorng ni,tp kdg2 'x masuk' lak ngn diorng..tgh blaja pelan2.mmg extrimis orgnya..

yg lawak pun,lawak la sgt..huhu.bru smlm,ade ular dpn umah..terkezut n tjerit la jgk.n masa 2,ade la kang sorang lalu.die tgk,bkn nak tlg amik ular 2 ke..die gelak plak..huhu.tpaksa gak g pnggil ibu rumah 2..kang 2 pn xbrani kot..he.

mna baik ambil..same2 kita cari mutiara yg ada d bumi wali songo ni.blaja..n trus blaja ape yg blh, insyaAllah..mcm psanan ust rashidiy 2 ;)

Anonymous said...

insyaAllah ade hikmah dpt kat sni..

tak dinafikan walaupun br je bpe bulan dok sni tapi Alhamdulillah banyak yg dah dipelajari..

kalau kat malaysia maybe tak dpt confidence setinggi dok kat sni..

erm..again..insyaAllah..ada hikmah dpt kat sini..

Dr Amad said...

Nurul-Orang sering berfikiran bahawa bila disebut bumi kinanah itu semuanya baik.Nak talaqqi dengan syeikh itu dan ini.Boleh dikatakan indah.Ana tidak menolak adanya ruang yang luas bila pergi kesitu tetapi hakikatnya adakah semuanya baik seperti yang digambarkan?satu hal yang perlu kita fikirkan...Apa yang kita cari itulah yang kita dapat...samaada dibumi kinanah itu atau pun dibumi wali songo ini..

Sal kang( panggilan bagi lelaki muda) cuba anti tunjuk duit...salah satu rahsia orang sunda adalah mereka mata duitan....(ini pengalaman)..

Dr Amad said...

Duha- pandai duha...ni barulah adik ana...=)

Insoft said...

"Di indonesia boleh lihat perempuan pakai mini skirt masuk masjid solat.Di malaysia boleh lihat perempuan pakai tudung minum ayaq setan selambe tepi jalan.Satu jahil satu ingkar"
teringat kata-kata seorang sahabat
extreme...extreme...
"Kami melihat mereka bukan sebagai musuh tetapi madu’ yang perlu kita dekati dan didik mereka,” jawap yang membuat saya terkenang scenario di Malaysia."
Muazakarah...muaqabalah...sape tamau? tak cukup pengalaman la tu...

Dr Amad said...

Mohsein- lupa nak masukkan point tu..syukur ada sahabat tambah nilai article ni...Dengan skirt atas lutut,selamba amik wuduk dan solat dimasjid...Ternganga dibuatnya.Bukannya skeptical dengan insan yang semacam ini,tetapi pengalaman di Msia yang anta sebut tu "pakai tudung tapi minum ayaq setan" membuat ana tepuk dahi bila mengalaminya disini.Subhanallah,Indonesia gergasi Islam yang masih belum bangkit dari tidur...

Soal muzakarah ke,muqabalah ke,mu kekoh ke,mu makan ke...kita serah pada pimpinan.Mereka justifikasi sendiri berkenaan hal itu.Tetapi untuk kita aplikasikan di peringkat bawahan,satu tindakan yang bijak dan menguntungkan Islam...

DAMAI said...

walau di mana pun berada, pasti terselit ni'mat Allah buat hambaNya...

ehhe komen yg tiada kaitan dgn entri ini ^^

Dr Amad said...

Damai-setiap kejadian ada hikmah dan ni'mat disebaliknya...cm tggu kita pandai ke idak mencarinye...

komen ok je tu...mai la lagi.Leh ajak minum-minum air...hik3

sinar_islami said...

Ha..mana2 tempat pun ada kelemahannya..
usah dicerita, ardul kinanah ni sepatutnya menjadi tamadun yg hebat namun berdasarkn pemerhatian ramai org kerna mereka dok dlm comfort zone sbb gah ngan kehebatan mesir purba dulu dan terikat ngan sistem skrg mereka tak leh membangun dlm aspek2 tertentu..Wallahu3alam tapi mereka hebat sebenarnya.. kagum dibuatnya..

tak perlu rasa rugi dilontar kemana-mana...

mukmin ni:: dicampak ke laut menjadi pulau
di campak ke udara menjadi kejora
di campak ke daratan menjadi belantara..
tak indah ke tu.. bertebar di mana-mana dan manfaat itu pasti ada..

Dr Amad said...

Sinar-sisi baik dan buruk sesuatu tempat,menjadikan itu pengalaman baru pada kita.Paling-paling pengalaman kena kacau di pak arab,ye dak cik sinar ye...Mereka tu tidak sedar-sedar lagi,tapi lani mesti dah semakin memanas dibumi nabi-nabi Allah tu kan...Intifada 3!!!

sinar_islami said...

kena kacau..susah diorg nak kacau ana ni.. :)
Ya..agak hangat juga situasi disini..
rata2 budak msia pun pakat bincg pasal isu ini..kita doakn yg terbaik buat sedara di Palestin..

Dr Amad said...

Sinar-anti ni garang kot?psk-pak arab pun takut...=)....jom doa

Anonymous said...

demi sebuah pengalaman...
banyak belajar bila bergaul dengan org sini..banyak perbezaan pendapat dan perbezaan fahaman..kalau kenduri kawin pisah tempat makan laki pmpuan pun dia kata extreme..kat msia kebanyakan pisah je..kalau nak cakap berbeza fahaman pergaulan laki pmpuan kat sini pun ketara sangat..tido serumah pun tak apa kalau dianggap kawan..aduh3..

Dr Amad said...

Anonymous-Ada lagi fahaman yg mengatakan pisah lelaki dan perempuan itu ekstrim?deme tu masih tggl di zaman Jurassic kot...

Sebab itu,function sahabat perlu dalam hal ini.Jika ada,tegur.Malas nak dgr,luku kepala...

Semuanya pengalaman bagi kita...