Friday 9 January 2009

Surat Israel Kepada Pelajar UNPAD



Daripada : Warga yahudi Laknatullah


Kepada : Pelajar-pelajar Malaysia di Bandung,Indonesia.


PENGHARGAAN DARI BUMI PENJAJAH


Kami mewakili Amerika dan Yahudi mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang saudara/i telah diberikan dalam memastikan impian kami tercapai.


Dengan sumbangan-sumbangan melalui pembelian KFC , McDonald , Coca Cola dan lain-lain sejujurnya telah banyak membantu kami. Dan untuk pengetahuan saudara/i,terbaru hasil sumbangan kalian ini telah kami disalurkan terus kepada Gaza dalam bentuk bom, roket serta senapang dan peluru-peluru.Rakyat Palestine berhak mendapat mendapat itu semua,kerana mereka semua adalah pengganas.


Setakat hari ke 12 ini angka kematian melebihi 600 orang, kebanyakkannya orang awam. Termasuk kanak-kanak dan wanita. Dilaporkan juga lebih 1000 orang telah cedera. Kami yakin untuk hari-hari mendatang,kami akan usahakan agar angka kematian itu terus meningkat.Jadi kami,amat mengharap,kalian melipatgandakan sumbangan kepada sumber-sumber kewangan kami.Kami amat berbesar hati diatas sumbangan itu.


Dengan sumbangan yang banyak yang tersedia ada, pihak Israel akan menambahkan lagi serangan ke Gaza. Hal ini bagi mengelakkan rakyat palestin menjadi pengganas.


Kami berbesar hati atas sumbangan ikhlas dari kamu semua. Ingatlah bahawa semua serangan ini hanya untuk mengelakkan keganasan yang lebih teruk.Bukankah saudara/i juga belajar mencegah itu lebih baik dari mengubati? Itulah apa yang kami tengah lakukan.


Mengikut sumber yang boleh dipercayai,pihak kami mendapati bahawa kamu semua mendapat RM800 sebulan JPA mahupun MARA.


Oleh itu,pihak kami menasihati kamu semua supaya terus berbelanja menggunakan duit tersebut untuk diri kamu sendiri dan janganlah banyakkan menderma pada tabung-tabung Palestine ini. Hal ini kerana keadaan ekonomi dunia yang agak teruk. Maka gunakan duit itu sepenuhnya ataupun simpan sahaja.


Pihak kami juga sedia maklum bahawa,saudara/i kebanyakan telah habis peperiksaan. Jadi,kami menggalakkan untuk kalian mengisi masa lapang dengan wang biasiswa berbaki,kalian boleh habiskan di Jatos,menonton pawagam secara marathon,pergi jalan-jalan di CiWalk dan lain-lain. Pasti kan wang simpanan kamu semua dibelanjakan sepenuhnya bagi tujuan ini.


Tidak perlulah anda bersusah payah untuk menderma kepada Palestin. Kondisi kamu sebagai pelajar kelihatan tidak mengizinkan. Ramai lagi umat Islam yang sanggup menderma.


Tiada yang perlu dirisaukan. Rakyat palestin adalah rakyat yang tahan sejuk. Musim sejuk kali ini, mereka tak perlukan selimut-selimut dan baju sejuk.


Rakyat Palestin adalah rakyat yang kurang makan. Jadi, mereka tak perlukan makanan yang banyak.


Rakyat Palestin adalah rakyat yang mempunyai antibodi yang cukup mantap. Kerana itu, mereka tak perlu bekalan ubat ubatan.


Rakyat Palestin adalah rakyat yang mampu berdikari dengan baik. Maka tak perlulah diberikan apa-apa sumbangan kepada mereka.

Cuma setakat ini,pihak hospital di Gaza hanya memaklumkan bahawa mereka perlukan tambahan peti-peti mayat.Tetapi kalian jangan risau,itu kami boleh bekalkan.Membunuh kami boleh lakukan,setakat peti mayat itu hal yang senang bagi kami.


Percayalah kepada janji Allah, kemenangan Palestin pasti terjadi. Maka kamu semua tak perlulah menderma apa-apa.


Yang pastinya, kamu semua akan menjadi saksi dan menjadi peneman kami semasa di akhirat kelak. Kerana sumbangan kamu semua kepada kami, pastinya persoalan yang akan ditanya Allah kelak. Apa yang perlu adalah,kamu persiapkan sahaja jawapan-jawapan yang kiranya Allah terima.


Bersama surat ini juga,kami lampirkan gambar-gambar terbaik sepanjang kempen membunuh rakyat Palestine. Diharap saudara/i tidak meragui kearah mana wang sumbangan anda disalurkan selepas melihat gambar ini.


Ribuan terima kasih,kami ucapkan kepada saudara/i diatas sumbangan itu.Teruskan menyumbang untuk membantu kemenangan kami,Yahudi Laknatullah.


Salam sayang dari,


Zionis Laknatullah
(PENJAJAH BANGSAT BUMI AL-QUDS)


Koleksi Gambar Terbaik Kami


Saudara/i boleh tekan pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas hasil sumbangan itu.























Yang mana satu kamu punya?


Nota 1: Berikut adalah petikan surat yang saya ambil idea dan digubah mengikut situasi di UNPAD ini.Berikut adalah sumber asalnya blog Kalam Puncak

Nota 2: Surat itu bagi saya,ia lebih tepat sebagai sindiran kepada diri saya sendiri.Sungguh banyak hal yang perlu kita semak dan muhasabah kembali berkaitan soal Palestine ini.Sedar tidak sedar,dalam kita mengecam Yahudi,kita turut sama menyembelih saudara kita disana. Nauzubillah..

Nota 3: Buat sahabat-sahabat yang berminat untuk mengambil surat ini dan diubah mengikut keadaan tempat masing-masing,saya benarkan.Ini kerana ia menjadi hak milik umum.

Nota 4: Kredit gambar buat www.boston.com

Nota 5: Kalian tiada TV? Ini ada video live dari Gaza

Nota 6: Jom kita cuba memaksimumkan tindakan boikot ini diatas dasar persaudaraan seaqidah



.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

23 comments:

Nur said...

Salam ziarah. Semoga usaha boikot ini dapat melumpuhkan ekonomi mereka. Kun Fayakun. Berusahalah saudara saudariku.

Dr Amad said...

Hasanah- Walaupun,bagi saya ia satu tindakan jangka pendek dan impaknya sukar dilihat,tetapi sekurang-kurangnya soladiritas kita pada saudara kita disana,kita dpt tunjukkan..=)

Anonymous said...

salam..amad..

nak tny..erm, ada yang kata KFC dah diswastakan di Malaysia...n dah di ubah nama pun..i mean K not for kentucky..(i'm not sure tukar jadi apa..)...jadi...gane ye..(..erkk..faham kan apa yang sy nak tny ni..)..

Dr Amad said...

Ateeqa-wslm...sebenarnya saya juga pernah dgr berkenaan hal ini.KFC di Malaysia milik penuh seorang Tan Sri melayu islam.Dan francais itu hanya menyewa logo KFC di America.Itulah yang saya dengar-dengar.

Saranan saya,berbalik menguna fatwa hati.Hati kalian tenang semasa makan KFC krn pasti duit tu tidak ke sana,silakan.Jika gundah gulana dan rasa bersalah...mungkin kita boleh hindari.

Waallahualam..

Anonymous said...

Salam...
tahniah! sindiran ini sgt menyengat. in sya Allah, insan2 yg masih punya hati yg belum mati, pasti akan terasa dgn sindiran ini.

Ayuh,
BOIKOT ISRAEL LAKNATULLAH!

Anonymous said...

amad..da dapat jwpn...tq..:)

Dr Amad said...

Nadia- sindiran tu buat saya sendiri tu..huhu.

Ateeqa- Pandai awak ni.Mesti anak Dumex

Anonymous said...

slm..may i copy dis article?
tx.

Dr Amad said...

Aiko- wslm..yes,u may.. =)

DAMAI said...

salam buat kamu amad...

entri yang kreatif dan bagus sekali...

moga kita semua lebih berhati2 ketika membeli barangan dan ketika mengisi perut...

Dr Amad said...

Damai- Wslm...setiap sesuatu akan dipertanggungjawapkan hatta yang masuk ke dalam perut..

Anonymous said...

Entry yang sgt bgs..ayuh kawan2 jgn hanya baca dan tengok shaja..BUKTIKAN!! BOIKOT barangan ISRAEL!..smoga ini dapat mbantu saudara2 kita di sana..di smping doa..i-Allah.

'Abid Sakina said...

erk?
salam 'syg' juga dr ana kpd rejim zionis laknatullah..sesungguhnya kalian tak pernah dilupakan dlm setiap 'doa' ana..'ihzimhum' diulang2 utk kalian..
dan maaf kiranya x dapat menyumbang lg kpd kalian..kerana diri ini tidak lagi 'MAMPU'......
kalian tersangat 'berperikemanusiaan'...
Allahummansuril islam wal muslimina wal mujahideen fi falestin...ameen ya RAbb!

Dr Amad said...

Nurul- Akan kita sama-sama tuntut dihadapan Allah kelak.Disaat tiada kezaliman,semuanya Maha Adil!!!

Kalam Puncak said...

owh...warga Malaysia di bandung harapnya terbuka mata dengan peristiwa berdarah di Filistin.
Kalau di Malaysia demostransi merata, tanda sudah terketuk minda...terbuka hati I-Allah.
Moga Isu Palestin kali ini, bkn sekadar jagi isu yang akan ditenggelam masa...

Khaibar khaibar ya yahud, jaisy muhammad saufa ya3ud

Dr Amad said...

Kalam- Akh,bercakap soal di Indonesia.Mereka lebih peduli.Demo di kedutaan US itu hari seramai 250ribu orang.Ana naik segan melihat angka di Msia.Jauh,jauh mengambarkan sikap kepedulian.Lani ana try tumpu pada sahabat-sahabat

sinar_islami said...

moga yg terlena, terus terjaga..
jangan di pangku atau menongkat dagu~laksanakn apa yg perlu

Abell M said...

BOIKOT BRGAN ISRAEL!!
Jgnla ditangguh..harus brtindak saat ini jugak!
Israel tak pernah lengah utk mnghncurkan bumi Palestin, membunuh saudara2 kita di sana..

Dr Amad said...

Bella- Mereka adalah real Yahudi,kita adalah muslim ilusi...Sampai bila?

Anonymous said...

moga kesedaran umat islam semakin meningkat dan tindakan diambil segera..amin~

p/s: seb baik tak habes pekse lagi, so takdelaa boleh gi jalan2 bazir duit..heh

Dr Amad said...

Duha- Lepas xm nanti cmna pulak tu?

Anonymous said...

lepas exam balik msia..(xpe2..jgn risau..insyaAllah tak bazir jugak b4 n after exam..simpan duit) ;) ..pasni shopping kat pasa malam je..kurang barang yahudi kat sne..heh

Dr Amad said...

Duha- Balik Msia? wah,ini memang anak manja neh.Balik sokmo je keje..hik3.Beli kat pasar malam satu altenatif dr barang-barang US dan Israel.