Sunday, 12 July 2009

Dunia Islam Terbakar

Semasa kita masih enak tidur dikatil empuk, tersandar kekenyangan usai menyantap lauk-pauk yang sangat lazat, terbaring dikerusi malas sambil melihat television, tenang bercuti bersama keluarga tersayang, bahagia candle light dinner dengan kekasih.

Tahukah kita disaat ini dunia Islam bergegar?

Tahukah kita disaat ini dunia Islam terbakar?

Tahukah kita disaat ini luka dunia Islam berdarah kembali?

Digegarkan dengan kisah maruah dan kehormatan muslimah diperlecehkan!

Digegarkan dengan kisah pemurtadan yang cukup tragis!

Digegarkan dengan kisah bermandi darah saudara kita nun jauh ditanah jajahan Komunis!

Tahukah kita?

Sedarkah kita?

Pedulikah kita?

Manusiakah kita?

Islamkah kita?

Nilai itu semua dengan tiga kisah ini.

Mujahidah Pejuang "Maruah" Wanita



Saya seminggu lalu telah dipelawa oleh teman untuk memasuki satu group dilaman sosial terkenal, Facebook. Group itu adalah untuk menyatakan sokongan kepada seorang muslimah dibunuh oleh jirannya yang non-muslim di German.

Itu sepintas lalu maklumat yang saya sediamaklum pada waktu itu. Tidak terdetik dihati, untuk mengetahui lebih lanjut lantaran pada pandangan saya itu sudah biasa terjadi dan mangli. Ya Allah, ampunkan hambaMu ini.

Sampailah semalam, ada beberapa rakan telah berkongsi beberapa article yang disebarkan menerusi YM dan juga Yahoo Group. Terasa seperti ditampar bahkan dihempap dengan satu bebam yang berat. Betapa kita tidak pedulinya kita pada kejadian besar di dunia Islam. Longgarnya talian iman kita. Kisahnya cukup menuntun hati dan merupakan luka baru bagi dunia Islam.

Bercakap soal aurat atau lebih spesifik berkenaan tudung, sungguh tiada ucapan terbaik untuk muslimah-muslimah kita melainkan "kalian cukup bertuah". Bertuah boleh menutup aib anda tanpa sebarang halangan, bertuah boleh menutup maruah tanpa sebarang tribulasi penyeksaan, bertuah boleh menutup badan anda tanpa perlu mengorbankan nyawa bahkan darah walaupun setitik.

Wahai muslimah-muslimah yang ku cintai kerana Allah, hargailah peluang dan nikmat ini. Tutuplah, jagalah, peliharalah selagi hayat dikandung badan. Luluh hati saya kerana sering mendengar ucapan-ucapan

" Saya tidak dapat hidayah lagi"

" Baik kami macam ini, dari mereka itu yang hipokrit"

" Walaupun macam ini, hati kami baik"

"Itu dululah zaman sekolah agama. Sekarang itu semua sudah berlalu, dunia sudah maju, jalan mesti kedepan. Begitu juga dengan style dan fesyen kita"

Sebelum anda mengucapkan ungkapan-ungkapan itu semua, mari kita membaca dan renungkan bersama kisah syahidnya Marwa Al-Sherbini.

Beliau adalah seorang muslimah keturunan Mesir, isteri bagi seorang ahli akademik, ibu bagi seorang kanak lelaki dan menetap di German.


Dan hari ini, dia telah pergi mengadap ilahi dalam menyahut panggilan jihad. Darah menyimbah bumi didalam mahkamah German!

Kisah ini bermula Ogos 2008, Marwa mengfailkan dakwaan terhadap pembunuhnya, Alex, 28, seorang penganggur Russian-German apabila lelaki tersebut menggelarnya "terrorist" kerana beliau bertudung.

Sebaik sahaja hakim mendapati Alex bersalah dan dijatuhkan hukuman membayar 2,800 Euros sebagai denda, lelaki ini meluru kearah Marwa dan menikamnya dengan pisau sebanyak 18 kali tikaman. Beliau ditikam disaat mana anak lelakinya didalam pelukan beliau. Bahkan menurut berita, pada saat itu dia hamil anak kedua yang kandungannya berumur 4 bulan.

Suami yang berada disitu, cuba membantu isteri kesayangan. Apa yang dia dapat bukan sahaja tikaman sebanyak 3 kali tetapi juga peluru dari pihak polis German. Beliau telah ditembak oleh polis German! Perkembangan terkini beliau adalah kritikal.



Sungguh aneh, dipihak negara Muslim seakan "mati pucuk" dalam memperjuangkan kes ini. Kes ini bukan semata-mata kes bunuh, ia adalah kisah luka dunia Islam. Tidakkah mereka membaca sejarah seorang Khalifah Islam, Mu’tazim yang mengerahkan bala tentera Islam yang panjangnya adalah dari dua pintu gerbang dua kota! Itulah jawapan bagi perlecehan golongan kuffar pada seorang Muslimah.

Penuh Izzah

Dipihak German, yang selama ini memperjuang hak asasi manusia bahkan pejuang-pejuang wanita membisu tentang isu ini. Bahkan sedaya upaya untuk menutupnya. Bayangkan, jika yang dibunuh itu, wanita non-muslim oleh seorang pemuda Islam. Nescaya akan menyalak tanpa hentilah mereka. Kalian memilih-milih dalam isu, jadi kalian tidak layak langsung mempersoalkan keadilan hukum Islam. Hukum Islam itu memelihara maruah muslimah bahkan maruah wanita non-muslim sekalipun tanpa memilih!

Kerana maruah, Marwa sanggup bahkan sudah memenuhi janjinya untuk syahid, bagaimana pula muslimah-muslimah kita? Semoga anda ditempatkan bersama Sumaiyah dan jua Marwa.

Hargailah nikmat ini

Tragedi Natrah


Saya telah mendengar dan membaca kisah Natrah (Bertha Hertogh) ini semasa dibangku sekolah lagi. Beliau adalah seorang gadis berketurunan Belanda, yang telah diberikan kepada wanita melayu, Che Aminah yang menetap di Kemaman, Terengganu. Dibesarkan dengan didikan agama Islam yang cukup dan bahagia bersama ibu angkatnya.

Dipendekkan cerita pada tahun 1950, keluarga asal Natrah ingin menuntut kembali hak penjagaan Natrah dari Che Aminah. Ditipu dan dipedaya oleh pegawai kerajaan, Che Aminah telah membawa Natrah ke Singapura. Akhirnya disana beliau dipisah dan diasingkan dengan Natrah. Kes awalnya dari menuntut hak penjagaan telah bertukar kepada menukar agama kepada agama Kristian.

Semasa diasingkan, Natrah diletakkan dalam penjagaan pihak gereja bahkan diajar mengikuti ritual-ritual agama tersebut. Che Aminah tidak berdiam diri telah mencari sokongan orang Islam. Panggilan ini disambut oleh Professor Dr Ahmad Ibrahim (peguam Che Aminah), Cikgu Mansor Adabi ( suami Natrah), dan Dr Burhanuddin al-Helmi menerusi kalam penanya.


Keputusan Mahkamah pada masa itu yang memberikan hak penjagaan kepada keluarga asal bahkan sekaligus memurtadkan Natrah,telah banyak menghiris hati umat Islam di Tanah Melayu pada masa itu. Akhirnya, meledak rusuhan agama di Singapura yang menyebabkan 18 orang mati syahid (insyAllah) dan ratusan ditahan oleh penjajah Inggeris.

Dan pada hari ini Natrah telah pulang, kerana menderitai penyakit Leukemia.



Benar kisah ini sudah lama,tetapi ia masih meniti dari bibir ke bibir umat Islam. Melihat 18 yang syahid, ada diantara mereka berseluar pendek semasa menyahut panggilan Allah, cukup menghibakan hati. Mereka walau dalam keadaan itu, tetapi masih sensitive dengan keadaan umat bahkan sanggup mengorbankan nyawa.

Bagaimana kita?

Kita berkopiah, kita bertudung, kita belajar sekolah agama, kita ikut usrah, kita hadir ceramah agama, bahkan kita adalah MUSLIM tetapi bila disebut isu murtad masih mampu tidur lena tanpa membuat apa-apa berkenaan isu ini. Jangan sampai satu masa apabila generasi selepas kita, membaca kisah Natrah mereka akan kencing atas kubur kita kerana mandul dan tidak pedulinya kita pada isu-isu murtad disekiling kita yang membarah pada masa ini!

Sesungguhnya,

“Kita dipukul gelombang riddah, dan tiada lagi Abu Bakr untuk mendepaninya…” – Abu al-Hasan Ali al-Nadawi



Bumi Para Ulama disimbah Darah, Xinjiang


Xinjiang pada satu ketika dahulu adalah Turkistan Timur.Terdiri dari masyarakat Uighur adalah ummat Islam keturunan Turki. Mereka dijajah oleh Mancu yang juga turut menjajah China. China tidak pernah dimiliki Turkistan Timur sebelum sebelum gerakan komunis Moa Tse Tong menjajah nya.


Moa Tze Tong adalah seperti anjing yang di lepas dari tersepit kerana apabila berjaya mendapat kuasa di Beijing , tempat perlindungan semasa revolusi Kominis iaitu Turkistan Timur di takluknya pada tahun 1949.

Pada awalnya, penduduk Islam keturunan Uighur sebanyak 95%. Tetapi pada hari ini
akibat penghijrahan beramai ramai kaum Cina (keturunan Han) ke Turkistan Timur dan dasar membunuh regime komunis keatas ummat Islam Turkistan Timur melalui buruh paksaan dan pengguguran anak secara paksa. Bilangan hari ini adalah sebanyak 10 juta dari asalnya 45 juta penduduk muslim.


Hari ini, telah terjadi rusuhan besar-besaran di Xinjiang.Beribu-ribu penduduk Muslim Uighur merusuh di Urumqi kelmarin dalam ketegangan etnik paling buruk di China dalam masa beberapa dekad. Polis dituduh lepaskan tembakan membabi buta.

Rusuhan ini berpunca dari satu demonstrasi aman tetapi bertukar menjadi mimpi ngeri. Segala-galanya tercetus selepas etnik Islam Uighur di China menuntut penjelasan berhubung kematian dua pekerja kilang mainan dalam satu rusuhan di selatan negara itu bulan lalu.



Video-video yang disiarkan di Internet menunjukkan seorang wanita etnik Uighur beragama Islam dipukul sehingga mati oleh para pekerja yang majoritinya berbangsa Cina Han. Berikutan itu, negara kuasa besar Asia, China sekali lagi menjadi tumpuan media antarabangsa.

Di Urumqi, ibukota Xinjiang, sekurang-kurangnya 140 maut apabila penduduk Islam Uighur merusuh di wilayah Xinjiang dalam ketegangan etnik paling buruk di negara itu dalam masa beberapa dekad.


Dari huru hara yang mengakibat lebih 100 orang terbunuh dan lebih 1000 orang cedera, pemerintah China mengambil tindakan ketenteraan. Sampai hari ini, hari Jumaat, ummat Islam tidak dibenarkan mengerjakan solat Jumaat di Masjid-masjid di Urumqi, ibu kota Xinjiang.

Tindakan kejam China ini telah dibidas hebat oleh negara Turki bahkan mengugut untuk memulaukan barangan dari China. Manakala negara-negara OIC lain hanya mampu menyampaikan saranan lemah kepada China.

Ingat, disetiap mana kaki ummat Islam memijak bumi,itulah bumi umat Islam. Persaudaraan kita tidak dipisahkan dengan batas negara, warna kulit dan juga bangsa. Sesiapa sahaja yang bersyahadah, mereka adalah saudara kita. Kita Melayu Muslim, jangan mendabik dada bahawa Islam itu hak eksklusif bangsa kita, ketahuailah Islam itu sampai ke negara China terlebih dahulu dari Tanah Melayu. Sahabat Nabi Muhammad s.a.w, Saad Bin Abi Waqas menjejakkan kaki disana dan menyebarkan Islam disaat tok nenek moyang kita masih menyembah patung berhala!

Yang ada syurga berdasarkan takwa dan amal soleh.Disana bukan dibahagi mengikut syurga Melayu, syurga Cina, syurga India mahupun syurga Arab.

Pesan Nabi Muhammad s.a.w

Saya ingin berkongsi dua hadis nabi yang mengambarkan keadaan umat masa ini dan peringatan keras dari Baginda.

Gambaran Nabi Muhammad tentang ummat Islam akhir zaman

"Hampir seluruh umat manuasia bersatu menghancurkan kamu seperti orang yang sedang lapar menghadiri makanan.

Mereka bertanya:" Apakah kita sedikit pada masa itu,wahai Rasulullah?"

Jawab badinda: "malah kamu ramai, tetapi kamu laksana buih dari bah. dalam pada itu hati mereka tidak ada rasa segan terhadap kamu dan dalam hati kamu sendiri tumbuh penyakit wahan,"

Mereka bertanya:" apakah yang dimaksudkan dengan penyakit watan itu wahai Rasulullah?.
Jawab baginda;" maksudnya adalah dalam hati kamu bertakhta perasaan cinta dan takut mati."

( Hadis riwayat Al-Imam Abu Daud)

Peringatannya adalah

"Tidak beriman seseorang kamu hingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri" ( Riwayat Bukhari & Muslim)

Tidak beriman kita wahai saudaraku apabila kita tidak peduli kisah Marwa, Natrah, Umat Islam Uighur. Ingat itu!
Tahukah kita?

Sedarkah kita!

Pedulikah kita!

Manusiakah kita!

Islamkah kita!

Nota 1 : Terduduk memikirkan hal ini

Nota 2 : Semua ini dari pelbagai sumber, kredit buat semua

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

12 comments:

sinar_islami said...

terduduk jga memikirkan..
erm..kalau dilihat kuantiti muslim kalau msg2 bwa 'air',
ade harapan dunia Islam dpt diselamatkn..
tpi benarlah hadith yg diutarakn..
Ya Rabb ampunilah kami..
kualti,mutu,keberanian..kita tk optimumkn..
tapi cukup yakin Islam akan menang. Bila? persiapan utk masa itu diperlukan..Wallahu3alam..

ps::syukrn menyingkp soal ini, yang terlena pun kembali sedarkn diri, yang berangan kembali ke alam realiti..bermanfaat insyaAllah

Dr Amad said...

Sinar- Islam pasti menang, itu pasti bahkan dijanjikan oleh Allah.

Persoalannya ditangan kitakah kejayaan itu hadir? dibimbangi, Allah gantikan generasi kita dengan generasi lebih beriman dan baik kerana generasi kita penuh maksiat dan dosa.

Lihat sahaja video di Youtube, gadis Melayu bahkan Terengganu duk minum beer.

Penyu menangis lagi...

dr.illy said...

rasa-rasanya layak tak generasi kita ni nak bawa kemenangan untuk Islam ye?

saya takut memikirkan ini..
saya tahu Islam itu akan menang tapi saya tak tahu bila..
memang Allah saja yang tahu..
tapi kalau boleh saya tak nak jadi umat yang wahan itu..
saya tak nak...

Dr Amad said...

Hawa- Entah,bila tengok sahabat-sahabat seperjuangan terasa kejayaan itu dekat, tetapi mengukur sama ke Shopping complex, tiada kata mampu terucap.

Buktikan kita bukan yang berpenyakit WAHAN...

syuhadah said...

assalamualaikum..
terima ksih di ats entry kali ini..
betapa saudara kter di sna mempertahankan Islam mati-matian tetapi kter di sini,msih lena di buai mimpi indh dn kemewahan..
xmampu rsanye berada di tempat mereka..
Ya Allah,kuatkan mereka,bantulah perjuangn mereka..
harap diri ini mampu menyumbang kpda Islam..

Dr Amad said...

Miss Susi- Wslm...tahniah anda antara insan terkejut dari lena =)

Shidah said...

a good entry. For us not only to ponder, but to react!

Just nk share gak sket,dalam buku "penghinaan terhadap Rasulullah, karangan ustaz Riduan Mat Nor dan Ustaz Asri Mat Daud ada ditekankan 3 faktor kelesuan umat Islam kini, iaitu budaya hiburan melampau, zon selesa dan pemakanan.

::tapi ana rasa, org Islam skrg kbnykn mmg dah sedar, cuma penghayatan tu kurang and they don't know hw to react,betol tak? ape sebabnye ek? I think, one of the reason is because of the "perlembagaan" and administration system esp. kat Msia ni.so,Camne yer kita nk solve kn?

syukran

duha said...

assalamualaikum..

first time tau psl Natrah ni waktu baca tentang kematiannya dlm utusan "-___-

erm..berita2 seperti tragedi natrah dan kisah Marwa ni jarang disebar2kan..seringkali ditutup atau dicover dari perhatian umum..

and betulla bak kata abang amad, kalaulah yang membunuh tu seorang muslim..mungkin bukan setakat keluar front page malah nama yang dijaja adalah "seorang MUSLIM membunuh"..perkataan muslim tu pasti diutamakan..

sebab propaganda dunia sekarang mmg nak memburukkan orang islam dan agama islam tu sndr..

tapi kita sbgai umat isla kna jd lebih peka dgn keadaan semasa..tulah pentingnya baca berita kan :) biar tahu keadaan sekeliling dan isu semasa..

ingatlah nabi pernah bersabda, kalau kita tak berfikir tentang kondisi umat islam, maka kita tak termasuk diantara mereka..naudzubillah..

mmg sedih bc brita2 cmni..
hurm~

ya Allah, ampunilah dosa kami dan selamatkanlah umat islam di serata tempat~

Dr Amad said...

Someone- Perlembagaan satu hal dari banyak hal yang membelenggu umat ini. UK, perlembagaan kuffar, tetapi lihatlah demo Palestine, mampu mencecah juta manusia. Malaysia yang bagaimana?

Perlembagaan itu perlu dibaiki dan tanpa kita lupa faktor terpenting dalam mengerakkan satu-satu peraturan itu...MANUSIA. Dan nilai itu disentuh tepat dan jitu oleh Ustaz Riduan Nor.

Betulkan manusia, kenalkan mereka dengan Allah. InsyAllah, Islam akan kembali.

Selamat datang ke amadanaksoleh

Dr Amad said...

Duha- Mereka sentiasa kita tahu musuh dan tidak suka kepada Islam.Itu padanlah dengan title yang mereka pegang NON-MUSLIM.

Anehnya,kenapa penyakit itu berjangkit sama pada kita. Mereka tidak laporkan,biarkan. Kita as muslim perlu ambil tindakan proaktif. Sebarkan segalanya berita tentang dunia Islam. Sedarkan sahabat-sahabat kita yang masih dalam lamunan tu.

Pesanan:

Tidak Sucinya Islam Dengan Kotornya Muslim

Ernie said...

Nice article you have there!
Thanks for the reminder juge
Semoga dakwah yg kamu usahakan diberkati dan diredhai Allah.Insya Allah.
Pengalaman aku kt negara mat saleh ni,selalu je dipandang pelik sbb pakai tudung.Discrimination is always there cuma blom smpi tahap dipanggil "terrorist".

Dr Amad said...

Ernie- Sebagaimana kita skeptical dengan insan bernama non-muslim,begitu jugak mereka pada kita.

Yang penting kita hakis sedikit deme sedikit islamophobia tu dengan menjadi messanger

To deliver the message, be the message.

Dekat negara omputih tu, jaga akhlak, pergaulan, aurat, dan amat penting sekali IMAN.

Melangkah dan terus melangkah ye!