"Salam Abang Amad, saya nak tanya sikit boleh tak?," sapa seorang adik.
"Walaikumussalam... aah,tanya la," jawap saya
" Family Abang Amad macam mana? mereka didik anak-anak macam mana ek?," soalan dilontarkan kepada saya.
" Erm, ibu abah saya didik anak-anak dengan tegas. Mereka amat menitik beratkan soal agama, akademik, akhlak dan sebagainya," terang saya. Cuba merangkumkan corak asuhan ibu dan abah.
" Ooo...patutlah Abang Amad macam ini sekarang," kesimpulan awal dia keatas saya.
Sekian ramai saya bersahabat dan berkenalan, syukur Allah telah menemukan saya sendiri dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang soleh dan solehah, ada jua yang bertindik dipusat. Syukur dalam erti kata, saya dapat mengenali dan belajar tentang manusia. Antara ciri penting insan itu berjaya membina hubungan hati dengan insan lain, dia harus pandai dan pakar dengan subjek bernama manusia.
Sejarah Diri
Saya sendiri sebelum bercakap dan berkongsi dengan adik itu, secara kasar telah mengetahui serba sedikit latar belakang beliau. Ia amat penting untuk pandu cara dan pendekatan dalam berhubungan dengan dia. Jangan sampai sebelum dibina jambatan,kita runtuhkan tapaknya sekali dek kerana jahil tentang sasaran kita.
" Saya tidak boleh nafi peranan keluarga dalam mendidik saya sampai menjadi saya sekarang. Guru pertama saya adalah ibu dan abah. Tetapi jadinya saya sekarang adalah kerana saya yang mahukan jadi begini. Islam dicari lebih kuat dan kukuh dari Islam tradisi," saya menyambung.
"Benar,saya setuju tu."
Jika mengimbau kembali sejarah dahulu, saya tidak segan mengatakan saya adalah seorang yang tidak suka usrah dan segalanya berkaitan dengan agama. Disekolah bukan seorang naqib,bahkan anggota Badar sekolah pun tidak.
Sesal?
Tidak pernah.
Ketidakterlibatan saya dalam hal itu bukan tanda saya bermasalah dalam aspek beragama. Saya masih suka hadiri ceramah-ceramah agama dan banyak bersahabat dengan insan-insan yang terpuji akhlaknya.
Islam Dicari
Tahun pertama dicampakkan ke bumi Indonesia banyak mengubah segalanya. Sebelum datang ke sini, dengan transaksi keadaan belajar dari sekolah kepada universiti memberi seakan memberi satu mindset bahawa semua keadaan dan corak hidup pelajar penuh ideal. Dari cara belajar sampailah gerakan dakwah,pada pandangan saya sudah mantap dan hanya perlu saya bersusah payah. Cuci kaki.
Tetapi
Langit bukan selalunya cerah
Bunga bukan selalunya mekar
Air bukan selalunya tenang
Keadaan disini pada awalnya bukan seindah yang disangka. Ada yang masih kuat menahan arus secara individual, dan ada jua hanyut dihempas badai gelora nafsu. Apa title yang dipegang masa sekolah seakan tidak lagi lekat dan dibawa sama. Budak sekolah agama yang dulu alim, dan budak itu juga yang raja maksiat. Tiada nada sinikal, cuma tiada yang pasti jika kita berada disini bagaimana kita harus jadi. Ia amat bergantung dengan diri sendiri.
Melihat suasana yang bagus dan soleh tidak wujud ditambah pula dengan gerakan dakwah yang mandul bahkan boleh dikira tiada, tiada lain terdetik dihati hanyalah PERUBAHAN.
Terasa manis dan lebih menghargai Islam apabila hidup dalam lingkungan yang tidak sihat. Iman lebih sihat apabila diuji ketahanannya. Untuk membawa perubahan dalam skala yang lebih besar, tidak dapat tidak patut dimula dengan skala dan unit terkecil. DIRI SENDIRI.
Ibu abah tidak membebel atau memaksa saya mengikuti usrah atau segalanya berkata dakwah dan tarbiah, ia hadir dengan kesedaran sendiri. Sedar kelemahan diri sendiri, ia menyebabkan saya cuba meningkatkan kualiti diri. Dan sejujurnya saya banyak belajar dari MANUSIA. Itu dipanggil pengalaman.
Semua itu kita akan dapat apabila wujud KEMAHUAN. Oleh kerana itu, saya tidak menerima bahkan prejudis kepada orang hanya TAHU. Betapa ramai insan yang TAHU tetapi tidak memandu mereka untuk bergerak dalam merubah suasana masyarakat yang kacau. Saya tidak mampu untuk tidak bersetuju dengan kata seorang Ikhwah
"Jika kita hanya mengharap ustaz semata dalam untuk kenal agama, nescaya kita tidak akan kenal Islam. Ada diantara mereka hanya selesai belajar, bernikah, ada anak, beli rumah kereta tanpa memberi kesan baik pada masyarakat. Islam itu harus dicari sendiri, walau apa jua keadaan kita."
Pandangan Orang Pada Kita
Kita sebenarnya tidak ketandusan aktivis dakwah,banyak bilangannya. Tetapi tidak ramai aktivis dakwah yang memasukkan nilai manusia dalam seruannya.
"Weh, ko couple...masuk nerakalah ko!."
"Aku dah bagitahu, nak terima atau tidak itu bukan aku punya pasal," ungkap aktivis selesai "menyembur" sasarannya.
"Puas hati aku...hambik ko 40 ayat quran aku bagi.Kalau tak insaf juga tak tahulah,"ungkap puas seorang naqib.
Selalu terjadi? mungkin tidak, tetapi ada.
Tidak pernah kita selidiki, renung dan evaluasi cara dan pendekatan dakwah kita kepada mereka. Dilonggok banyak dalil dan hadis, tetapi tidak berbekas sedikit pun pada jiwa mereka. Salah mereka? atau bodoh kita? Kita lupa memasukkan nilai manusia dalam pendekatan kita. Jadi tidak pelik mereka mempunyai tanggapan awal kepada kita. Nasihat dilihat bebelan
Suka menghukum
Sombong
Berlagak alim
Hipokrit
" Apa pandangan awak semua, tentang saya?," cuba mencairkan keadaan.
" Dulu saya ingat Abang Amad garang, tetapi lepas kenal sebenarnya amat berbeza sekali."
" Itulah, saya tahu kalian tidak suka orang menghukum dan judge kamu begitu jugalah saya. Jangan menilai itu dan ini sebelum kenal. So adil bukan untuk kedua-dua pihakkan,"jawap saya.
"Sebenarnya saya ini tidak garang sangat, lebih banyak suka melawak, caring dan romantic. Itulah Amad," kami ketawa.
Saya teringat satu sajak di dalam buku Chicken Soup for the Teenage Soul on Love and Friendship (Chicken Soup for the Teenage Soul)
"If I had My Child to Raise Over Again”
By Diane Lemons
(From Chicken Soup for the Soul)
By Diane Lemons
(From Chicken Soup for the Soul)
If I had my child to raise all over again :
I’d build self-esteem first, and the house later.
I’d finger-paint more, and point the finger less.
I would do less correcting and more connecting.
I’d take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I’d take more hikes and fly more kites.
I’d stop playing serious and seriously play.
I would run through more fields & gaze at more stars.
" Saya suka pendekatan beberapa orang abang dan kakak dalam guide kami. Kami tak sangka, kalian begitu cool. Nak sangat belajar dan jadi macam abang-abang dan kakak-kakak ni," luahan tulus dari dia.
" Nak ajar boleh, tapi Pizza Paparon 4 ye.big size...hahahaha," saya mendapat kembali sentuhan 'menyakat' 4 petala langit saya yang hilang.
Wahai aktivis dakwah, bina jambatan bukan halangan.
Membayar Dengan Harga Yang Mahal
"Tapi jika saya berubah, nanti apa kata mak dan ayah saya?,"tanya beliau.
Seperti konsep domino, setiap berubah itu mesti ada yang turut sama bergerak. Respon yang diberikan kepada kita samaada baik ataupun buruk itu telah termaktub dalam sunnahtullah. Harga yang perlu dibayar diatas nama sebuah ISLAH ataupun PERUBAHAN DIRI.
Insan yang sangan responsive diatas perubahan anak-anak tentunya mak dan ayah. Jika baik dan menyokong, alhamdulillah. Bagaimana jika sebaliknya? Kita tidak dipaksa oleh Allah untuk mencintai dan saya kepada kedua ibu bapa. Kerana itu semua lahir dalam hati tanpa perlu dipaksa.
Yang dituntut adalah melakukan dan menunaikan segala hak-hak ibu bapa kita. Kita berubah, memang. Tetapi jangan kita melupakan mak ayah walau sebagaimana busuk dan buruknya mereka. Jangan dibalas "kejahatan" mereka dengan "kejahatan" kita. Sampai bila pusingan itu harus berlaku. Perlu kita sedar, satu masa nanti kita akan mempunyai anak-anak.
Melakukan dan melaksanakan tuntutan dan hak-hak ibu bapa tanpa hadirnya kasih sayang dan perasaan cinta itu menjadi beban kepada perasaan kita. Berusahalah memupuk kasih sayang dan wujudkan cinta.
Kerja menjadi ibadah, amal dilihat indah.
"Subhanallah, tidak ramai orang yang Allah bagi kesempatan macam awak ni. Keluarga awak macam itu, itu tanda Allah siapkan ladang pahala didepan mata. Tuailah pahala itu dengan berusaha membawa Islam kepada mereka ," penuh optimis.
"Tapi saya tinggal jauh dari mereka, Abang Amad," saya nadanya.
" Allah tidak bebankan seseorang dengan beban yang tidak dapat dipikulnya. Kejayaan Islam dan keberhasilan dakwah itu tetap ada walaupun ia berkurang 1% dari 100%... Jadi ceriakan diri kamu dengan Islam."
Manusia Tetap Manusia
Baru sekarang saya mengerti kata-kata Ustaz Hasrizal kepada saya satu tahun yang lepas.
"Ana letih akh...." adu ustaz.
" Takpe ustaz, letih kerana ceramah dan dakwah berbaloi," jawap saya.
" Tapi ana letih bukan kerana ceramah dan dakwah. Ana letih kerana berurusan dengan manusia yang beribu ragam," itu luahan setahun dahulu,yang baru sekarang saya dapat hayatinya.
Insan yang lain pula...
"Salam,boleh saya nak mintak nasihat dan pandangan?,"sapa seorang teman.
"Salam,boleh-boleh," saya memenuhi hasrat.
"Macam mana la cara nak fokus dalam buat kerja? Ni saya buat sikit,ada orang kata itu dan ini. Semuanya tidak puas hati. Itu menjadi beban kepada saya,"cerita dia.
" Nta tahu pun masalah nta sebenarnya. Jangan dikisah sangat apa orang kata. Nak dapat redha orang amat-amat payah, yang penting tumpu untuk dapat redha Allah," saya memberi pandangan.
"Tapi... kalau tak kisah tak boleh juga," ada pula tapinya.
" Tadi mintak pandangan, tapi bila bagi solusi banyak duk pusing-pusing pulak. Dan tahu apa silap dan kusut kat mana, ubahlah. Banyak fikir tapi tak gerak tak guna jugak," saya sudah naik angin.
Banyak yang datang meminta pandangan tetapi bila diberikan jawapan tidak mahu melaksanakanya. Tiada guna, membazir masa, keringkan tekak dan perabis ke beras. Saya boleh bertolak ansur jika benar-benar mahu berubah. Tetapi jika sekadar suka-suka, jangan cari saya.
Hari ini saya penat dengan manusia!
Sebab saya manusia
Kuda boleh dibawa ke sungai tetapi kita tidak mampu paksa meminum air.
“Bahawasanya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah nasibnya sendiri” ( Surah AI-Ra'ad, ayat 11)
Jika sampai satu seruan Allah kepada kita, lakukan dan amalkan. Itu lebih baik dari hanya menunggu menanti hidayah turun dari langit sambil memicit jerawat dipipi.
Kamu mampu mengubahnya
Nota 1 : Sesiapa mahu harta rampasan perang XPDC Ar-Ruhul Jadid, boleh mintak kat ketua kaum, Aiza. Pastikan folder yang benar =P
Nota 2 : Berbaki sebulan lagi tinggal di bumi bertuah ini. Adehlaa...
Nota 3 : Sekarang ramai terkena selsema yang entah datang mana puncanya. Jadi hati-hatilah
Nota 4 : Aku Terima Nikahnya sudah, sekarang saya Bercinta Sampai ke Syurga pula. Wardah pepagi ni...
Nota 5 : Doakan semoga Kak Aimi sihat
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
22 comments:
salam boh..
"Kuda boleh dibawa ke sungai tetapi kita tidak mampu paksa meminum air."
sabor je la smbil terus berusaha dan berdoa..
semoga kita terus diberi kekuatan untuk meneraju diri sendiri dan umat..Amin~
salam..ni artikel dari saifulislam k??
jom pakai sabily jom??he
3rdmarch-Wslm... masih bersabar dan tenang dengan ditemani kopi susu hangat dalam kabus luar rumah..=P
al madd- Wslm, article 100% ditulis sendiri...Suntikan idea mungkin
sabily tu majalah sabili ke bos? lama tak baca majalah tu...
Mano yo baju jersey TKO tu?hahahaha
salam..
suke yg poem tu...
niceee..
eh eh..kak aimi mana ni?
Balqis bukan anak pakcik reza- Wslm
Suka poem...euw,puitis sangat jiwa tu..hehe.
Kak aimi aka kak jah...ahaks
salam...
baru kukenal siapa dr amad yg sebenarnye..tak garang,caring dan romantic rupenye..ngee~~
dulu pon hawa same la cam abe amad ni..
liat sungguh nak g usrah..nk g ceramah apatah lg..ish3..
mujur la Allah sayang lagi ke ambo nih..
kalau tak,dop taw la jadi lagu mane weh..
so,jutaan terima kaseh hawa ucapkn pada individu2 yg bnyak tolong hawa kat sini
direct mahupun indirect
termasukla kat abe amad nih..
maaf la salah silap
doakn hawa istiqamah ye..=)
Hawa-Wslm itu...itulah pasal,baru semalam tahu saya ada character itu semasa makan nasi sorang-sorang.. hehe.
Hawa xpegi usrah? APA!!!??? hehe... releks sudey,yang dulu, bior le...lani kita halaqaholic...watchaa.
Silap so far tak dop lagi...hutang ada...piza paparon 4.Wokeh!!!
Doa sokmo ke kawan-kawan ni. Istiqamah dan teruskan melangkah. Ceriakan dirimu dengan Islam...
salam..
ye..berdepan dengan manusia mmg bukan mudah..dengan pelbagai ragam n kerenah..
kadang2 mrk ni bertindak melulu dan mengikut nafsu..dan mungkin tindakan yg patut kita ambil bukan marah pd mereka, tapi cuba membimbing..kerana Alhamdulillah diberi kelebihan berbanding mereka tu..
masih banyak yg perlu sy pelajari..belajar sepanjang hayat iA..
p/s: satu soklan--> erm..betul ke tak perlu lihat pd pndgn manusia? mmg pndgn Allah yg utama, tapi takut kalau mereka xstuju ngn cara kita boleh menyebabkan mrk jauh dr kita.."-____-
haha..sori..baguslah rajin menulis..hehe..
ni ha sabily..ada plak majalah...haha
http://afe87.blogspot.com/2009/07/sabily-ubuntu-versi-islamik.html
Duha- Jika makan perlu sepanjang hayat,begitu juga dengan belajar. Belajar dan terus belajar.
Pandangan Allah penting dilihat untuk memastikan kita masih dilandasan yang betul. Disini fiqh hukum hakam Islam memain peranan.Dalam masa yang sama kita perlu kuasai fiqh dakwah...
Fiqh dakwah akan membolehkan kita lakukan manuever-maneuver dakwah dengan bebas dan bersifat kontemporari tetapi masih didalam batasan syarie' yang dibenarkan Islam...
Tauhidkan Jalan Juang Kita!!!
Manusiawikan dakwah kita!!!
Al-madd- Nama dekat-dekat tekpon...guane dok tukor baroh...
So far masih mengekalkan trademark blog ini dengan segala article ditulis sendiri.
moga terus bertahan
didoakan
hehe
senuguhnya ujian dan dugaan manusia adalah berbeza
namun tika mana diuji disitulah kita menegal diri :)
As- Sama-sama doakan...
Saya sudah beriman!
Belum maa...selagi kamu tidak diuji..
Panjang kisahnya ya.. =)
Mga terus istiqamah..
kalau kita tak hargai hidayah yg Allah beri..ramai lagi yg hajat dan ramai lagi insan yg Allah blh pilih..
"Didalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terungkai kecuali menerima kehendak allah s.w.t "-Ibnu Qayyim
Sinar- Kisah manusia, nak nukilkan berabad tak habis.
Jangan sampai Allah kata
" Ko tanak hidayah sudah,Aku bagi ke orang lain,siaplah sampai masa Aku sumbat dalam neraka"
salam...
post kali nie byk pengajaran yg kna kat sye sndri..
mmg kdg2 penat nk fhm karenah manusia..
kang salah gaya persembhn menegur,jauh pulak dri agama..
n kdg2 mansia nie terlalu degil dgn sifat keras kepalanye..
abg amad,what if kter dh tegur org tu n die taw silap die,but then die still plih jln yg salah tu,smpai kter xtaw dh nk tegur cm ne..geram la..nk biarkan je or juz doa moga die mndapat hdayah?
Miss Susi- Wslm...pertama sekali tahniah kerana sudah mengalami sakit mental melihat gelagat sahabat-sahabat sekeliling. Biarlah sakit kepala kita itu kerana fikir masalah ummat dan jua membawa beban dakwah ini.
Allah telah memberi amanah kepada kita hanyalah untuk deliver the message bukan untuk memberi hidayah. Itu sebenar-benar tugas kita. Jadi jangan sedih jika nasihat dibangkul sampahkan oleh teman.
Tetapi ingin saya memperingatkan jugak,kita perlu sentiasa muhasabah pendekatan dakwah kita. Jangan segalanya disalahkan kepada madu' apabila gerak kerja dakwah 10 tahun tanpa sebarang hasil. Mesti ada silapnya, disitu kita perlu berubah dan sedia diubah.
Usaha,doa dan tawakal memenuhi dua syarat penting dalam keberhasilan dakwah dan tarbiah. Syarat itu adalah Sunnahtullah dan Syariatullah.
Jangan cepat berputus asa dan jangan cepat berpuas hati.
Bersederhanalah...
a very good article :)
Rafahiah- Semoga bermanfaat...
kelinci kapan mau bagi pada kami?hik3
salam akhi...
best sungguh post kali ni....
mantop.....
Tazkirah- Lama tak singgah kat teratak ana ni...
semoga sama-sama kita amik manfaat hendaknya.
Post a Comment