Friday, 3 July 2009

Pertimbangan Iman dan Nafsu


" Assalamuaikum akh, kumaha damang ( apa khabar)?,"sapa saya.

"Waalaikumusalam, alhamdulillah bil khair," senyum dan salam disambut mesra.

Hangat muhibbahnya

"Nta kumaha?," disoal balas oleh beliau.

"Pangestu (baik-baik saja) akh."

Pagi itu ujian semester tidaklah menyesakkan fikiran ditambah pula dengan bilangan soalan hanya sedikit. Melihat jam pagi masih diawal waktu,untuk pulang ke rumah seakan belum terdetik dihati. Saya mengambil keputusan untuk "meronggeng" dahulu ke kedai buku-buku agama dengan tujuan mencari buku-buku yang menarik dan juga selalunya hanya sekadar bersembang dengan ikhwah penjaga kedai buku itu.

Semasa saya masuk ke kedainya, ada juga beberapa akhwat Indonesia yang kelihatan terintai-intai majalah terbaru, Majalah Tarbawi. Bagi dikalangan aktivis dakwah kampus, membaca buku dan menghadamnya menjadi satu trend bahkan menjadi mutabaah ibadah yang wajib dipenuhi.

Untuk menjual "barang" kepada orang kita perlu ada "modal". Jika masa kita sendiri diisi dengan hal sia-sia, mana mungkin "barang jualan" kita mahu dibeli oleh madu'.

Modal sekupang, mahu untung segantang...mana mungkin

Bahkan lebih mengujakan dan termotivasi sama apabila mendengar khabar, pimpinan ikhwah disini mewajibkan dirinya khatam apa sahaja jenis buku sebanyak 3 buah satu hari.

Kita Serumpun

Sementara penjaga kedai melayan pelanggan yang mencari-cari buku, saya duduk dimeja sambil membelik-belik buku yang baru sampai. Tiada yang menarik hati saya,mungkin juga tidak terdetik lagi untuk membeli kerana dikamar sahaja masih berbaki 3 buah buku yang meronta untuk dihabiskan.

Masa memain peranan, ungkapan sesuai adalah SIBUK.

Selesai dia menguruskan pelanggan, kami bersembang dan bertukar-tukar pandangan terutama perkembangan terbaru ikhwah disini. Pemilu sudah semakin hampir, dan juga beberapa isu-isu sensitive yang memerlukan cara bincang yang harmoni dan berlapang dada.

"Akh,ana mahu tanya. Mak ana ada bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia. Majikannya adalah Cina. Dia nelpon ana,menangis...Majikannya enggak benarkan dia solat.Bahkan semasa solat disimbah air dingin ke badannya. Pakaian solat dirampas dan dibuang. Emak ana terpaksa mengambil alas meja untuk menutup aurat semasa solat," dia menarik nafas panjang.

Gambar Hiasan

" Bahkan untuk solat pun terpaksa curi-curi masanya. Emangnya orang Malaysia begitu?," soalan tulus dari seorang anak yang terhiris maruah seorang mak dan muslimah diijak-ijak.

Jawapan yang ditagih bukan sebarangan. Ia melibatkan maruah dan nilai diri. Ia kelihatan agak provocative kerana dipanas sama dengan isu-isu bilateral dua negara yang banyak diwayangkan oleh media yang khianat pada amanah.

"Akh, sebelum ana menjawap soalan,nta izinkan ana ceritakan tentang bibik ana."

Dia mengangguk

"Ana masih ingat semasa dia menjejak kaki kali pertama ke rumah. Didalam beg pakaiannya hanyalah dua helai baju, dan badan kurus kering. Kami sekeluarga dia berasal dari keluarga miskin. Tugas dia hanyalah menjaga neneknya saya untuk mengurus diri. Dia kerja selama dua tahun dengan kami, sampailah pulang tahun lepas ke Indonesia"

"Terus gimana dia?," dia kelihatan teruja.

"Jika datang dengan dua helai pakaian,pulangnya dia dengan 2 beg besar yang penuh dengan pakaian. Sampai terpaksa membayar lebih untuk Airasia. Jika datangnya kurus, pulangnya badan berisi. Apa yang kami makan,itulah kami makan. Bahkan ana sendiri cukup menghormati dia dengan memanggil kakak,bukan bibik," saya meneruskan cerita.

"Tentang persoalan nta tadi, ana tidak menafikan wujud majikan yang bersikap binatang yang membelakangkan hak pembantu rumah. Jika nta terasa maruah emak diijak-ijak, ketahuailah ana turut bersama nta," berbalik kepada soalan.

" Ana memegang prinsip, sebarang kebatilan dan kezaliman adalah dilarang.Dan itu diajar oleh Islam. Ana tidak double standard dan memilih-milih. Jika dia zalim, hukumlah kerana kezaliman itu perlu dihapuskan walaupun kezaliman itu terjadi pada non-muslim. Disitu letaknya Izzahnya Islam."

" Akh, jangan kita terpancing dengan emosi berkenaan hal ini. Setiap isu,kita patut adili dengan saksama melihatkan fakta dan bukti. Jangan kita lupa pesan Allah, setiap khabar dari orang munafik, kita patut selidiki...Tabayun akh."

Isu Dua Negara

Isu dua negara ini cukup memanas dengan kontroversi pernikahan bekas model dengan orang kenamaan di Malaysia dan juga tentang adu kuasa di perairan. Media disini bukan mengambil sikap air dengan menyejukkan isu, tetapi lagak seperti minyak petrol.

Api yang sedia marak,disimpah dengan minyak.

Kuat Membakar

Kedutaan bertindak dengan menasihatkan pelajar tidak menghampiri tempat-tempat panas dan dilarang mengulas tentang hal ini. Ia bagaimanapun tidak meredakan panas hati sebahagian saudara kita disini.

"Bagi ana,kita perlu berhati-hati dengan isu yang dimainkan. Ingat banyak musuh Islam yang enggak mahu lihat dua negara Islam ini berpadu. Setiap isu,kita perlu adili kepada fakta dan setiap apa jua kezaliman patut ditentang," jawapan dari murabbi yang melegakan jiwa.

Keadilan Itu Islam, Islam Itu Keadilan

Dengan terjahan pelbagai isu,kita sebagai muslim perlu amati dan selidiki dengan cermat. Amat celaka jika kesilapan kita menghukum lantaran kegopohan dan dirasuk oleh nafsu amarah. Orang dibawah bergolok berparang, orang diatas enak menghirup teh petang.

Rasulullah telah meletakkan petanda aras yang cukup-cukup tegas dalam soal ini

"Seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, niscaya telah aku potong tangannya."

Tiada terpilih dan memilih,semuanya berbalik kepada keadilan.

"Dato Seri, isu yang dibawa Pas sekarang adalah keadilan. Adakah Pas telah melupakan prinsip utama Pas, menegakkan negara Islam?," soalan perangkap wartawan pada Ir Nizar.

" Adakah menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman itu bukan dari Islam?," soal balas Ir.

Wartawan membisu, dipulang balik buah paku keras

"Jika itu pun kamu tidak tahu, kamu tidak layak untuk tanyakan soalan itu," lengkapkan bola tanggung yang diberikan dengan smach mematikan.

Saya menyokong cadangan untuk mewajibkan pembantu rumah musliam hanya diletakkan bersama keluarga muslim. Banyak kes kekejaman terjadi apabila pembantu rumah diletakkan bersama non-muslim.

Muslim mendamaikan

Kita bersaudara didunia, Insyallah jua berjiran disyurga

Nota 1 : Ulasan tentang judicium II kepada kawan-kawan. Bersabarlah... Doakan agar Allah lembutkan hati depa.

Nota 2 : Saya ingin sekali lagi mengulangi kata tokoh ulama terkenal nusantara Prof HAMKA, Jika nasihat orang gila itu bagus,orang berfikiran waras tentu akan melaksanakannya. Terimalah saranan baik walaupun dari pelajar.

Nota 3 : Alhamdulillah sem baru ini saya akan melangkah ke tahun-4

Nota 4 : Lambat lagi untuk pulang ke Malaysia. Ibu sudah merindui

Nota 5 : Bagi memenuhi permintaan Hawa dan Ketua Kaum. Tag jela...layan-layan

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

8 comments:

duha said...

salam..
baru je berbincang tentang isu nih..erm..mmg sekarang isu ni dihangat-hangatkan lagi..sedangkan sebenarnya x perlu pun digembar gemburkan smpai boleh jejaskan hubungan antara dua negara..

lebih2 lagi negara yg majoritinya adalah org islam..

tapi kdg2 tahap kesabaran mmg tercabar bila pergi mana2 je org suke provok dengan menanyakan soalan2 yg tak sepatutnya..

moga kita sume nampak hikmah di sebaliknya dan dapat selesaikan masalah ni dengan baik..dan tak buat keputusan tergesa2..

wallahua'alam

sinar_islami said...

manusia kalau tak mahu melihat orang Islam bersatu, macam2 isu dicetuskan..
provokasi yang tak sihat, propaganda yg licik ana kira..

kita pula generasi "3 in 1"
kekadang terperangkap dalam menilai isu..
segera dalam segala hal...
beremosi dulu bru selidik..
instant dalam terima berita dan instant juga dalam menyebar cerita..
molek benar dh entri ni..pertimbangan kita tu perlu jelas..kerana apa..tu yg kena check sllu..
"slh timbang blh senget penimbang"..buruk padahnya..
wallahu3alan..diri pun byk kekurgn..lemah dlm menilai

Dr Amad said...

Duha- Isu ini makin menampakkan kesannya semasa pelajar menerima result masing-masing. Keputusan yang dibuat,seolah-olah menganaktirikan pelajar.

Amat kecewa ada orang atasan mengatakan bahawa mereka hanya fikirkan akademik bukan kebajikan pelajar. Dengan mak bapak sebenar nun jauh beribu batu,kita mengharap mereka yang mengantikan. Treat as anak sendiri.

Orang tua-tua kata "terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata binasa"

Setiap tindakan,berfikirlah... Jangan didunia menjadi bahan keji orang,diakhirat wat bekal bakar api neraka.

Dr Amad said...

Sinar- Ana melihat isu ini dari dua aspek.Pertama aspek,khianatnya para media dalam mengulas dan mengutarakan hal ini. Sampaikan ada pembaca berita mengatakan

"Jika begitu,perang aja," astafirullah sampai begitu statementnya.

Mudah ke berperang?
Sedap ke berperang?
Selesaikah masalah dgn berperang?

Aspek kedua kebodohan masyarakat yang mudah terprovoke dek media. Ia seperti Swine Flu yang membaham tidak kira siapa. Dari pengutip kotak tepi jalan sampailah penjabat awam bergelar Ir dan Dr.

Ikut emosi mati,ikut rasa binasa...

3rdmarch said...

salam..

hri 2 isu ambalat dan monohara siap masuk dlm exam lg..adeih~

xtao la result nye camne nt..

rmai y lupa kita ni 1 umat..
akibat drp kaedah penjajah barat dlu "pecah dan perintah"

Dr Amad said...

3rdmarch- Wslm...Erm,kekadang kematangan seseorang boleh dinilai dari perbuatannya. Jika dibawa masuk sampai ke ujian,entah apa yang hendak dikata...

Seperti buih Nabi Muhammmad kata...

Farid Rashidi said...

Assalamualaikum,

Salam kunjungan dari saya.

Kalau tuan rumah kelapangan, sudi-sudikanlah ke laman webblog saya untuk bertukar pendapat dan link. Insya'Allah, moga mendapat manfaat berguna.

Sila klik:-
Kembara Sufi Mencari Aspirasi

Dr Amad said...

Farid Rashidi- Waalaikumusalam...

Alhamdulillah sudah ke sana...