Tuesday, 14 July 2009
PAS : Allah Sedang Berbicara Denganmu
Penamaan calon sudah
Berkempen sudah
Mengundi sudah
Keputusan sudah
Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana mengizinkan satu piliharaya kecil di Manek Urai dengan lancar walaupun ada ketegangan dan pergaduhan kecil yang lazim buat satu-satu piliharaya.
Seorang peraih ikan, Mohd Fauzi Abdullah dipilih oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai calon dan berentap dengan Tuan Aziz Tuan Mat dari Barisan Nasional (BN).
Selepas bermandi keringat, bahkan ada yang sampai berdarah, keputusanya diketahuai sudah. Kemenangan diatas kertas adalah berpihak kepada PAS dengan lebihan majority undi sebanyak 65 undi.
Kenapa saya mengatakan kemenangan diatas kertas? Masih ada kemenangan lain?
Benar, masih ada kemenangan lain. Sejujurnya, kemenangan moral adalah berpihak di pihak BN. Kita sorot kembali keputusan PRU-12 baru ini untuk Dun Manik Urai. Dalam pilihanraya umum tahun lalu, calon PAS Ismail Yaakob mendapat 5,746 undi dan calon BN, Zulkepli Omar mendapat 4,394. Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi.
Satu perubahan dan pengurangan undi yang cukup signifikan buat PAS. Jika dulu adalah ribu sekarang berkurang bukan lagi kepada ratus, bahkan merosot sampai nilai nominal puluh.
Sebelum pergi lebih jauh,saya ingin berkongsi satu sirah agung junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w untuk saya jadikan benchmark penilaian untuk pilihanraya kecil MU.
Perang Hunain
Usai umat Islam menyambut kedatangan Aidilfitri, panggilan jihad berkumandang kembali pada tanggal 13 syawal,tahun 8 Hijrah. Peperangan ini berlaku di Lembah Hunain dengan bertujuan menentang pakatan Kabilah Tsaqif dan Hazawin yang bercita untuk menghapuskan kaum muslimin.
Sarung pedang dibuang
Pedang dihurus menongkah langit
Panggilan jihad berkumandang
Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Nabi Muhammmad s.a.w dengan kekuatan dipihak Islam adalah 12 ribu dan dipihak musuh sebanyak 20 ribu terdiri dari Kabilah Hawazin, Tsaqif, Nasr dan Jasyam.
Semua ini berpunca usai Islam Berjaya membuka kota Mekah pada bulan Ramadhan 8 Hijrah dengan majority suku bangsa tunduk dibawah pemerintah Islam melainkan beberapa suku Arab jahiliah. Mereka yang diketuai oleh Malik bin Auf An-Nasri dari suku Hazawin mengumpulkan kekuatan dengan satu tujuan. Mencari nama dengan menumbangkan Islam selepas Musyrikin Quraiysh.
Nabi mendapat maklumat awal menerusi seorang perisik tentera Islam Abu Hadrad Al-Aslami. Dalam sejarah awal peperangan Islam, ini adalah bilangan teramai tentera Islam yang belum pernah dicapai sebelum-sebelum ini. Sampailah terucap dari bibir tentera Islam
“Kita tidak akan dikalahkan kerana KITA ramai”
Keyakinan ini ditambah lagi dengan beberapa siri kemenangan dalam peperangan melawan musyrikin.
Disangka cerah sampai ke petang, rupanya hujan di siang hari.
Terlebih dahulu suku Hazawin telah mengambil posisi dilembah Hunain dipagi hari. Sebaik sahaja tentera Islam memasuki lembah, mereka dikejutkan dengan serangan hendap yang hebat dengan dilontar tombak dan anak panah. Peperangan berkecamuk dan kekuatan di pihak tentera Islam berpecah dan melemah. Hampir sahaja peperangan ini mengulangi sejarah Perang Uhud.
Namun, Allah takdirkan dipihak tentera Islam ada satu manusia yang sedikit pun tidak gentar atau takut dengan semua itu. Beliau adalah Nabi Muhammad s.a.w yang kokoh bertahan di atas kenderaan dengan dikelilingi oleh para sahabat.
“ Aku benar-benar Nabi bukan pendusta. Aku adalah anak Abdul Muthalib,” laungan keras dan kuat dari Baginda.
Lantas Baginda turun dari kenderaannya lantas berdoa,
“ Ya Allah, turunkanlah bala-bantuanMu.”
Abbas diarah memanggil semula tentera-tentera Islam supaya berkumpul dan membina kembali kekuatan.
“ Kami sambut panggilanmu, kami sambut panggilanmu,” ucap tentera Islam sebagai respon kepada Abbas.
Baginda tunduk dan mengambil segenggam tanah dan dilemparkan kepada musuh. Hasil lemparan itu, Abbas berkata “ Aku lihat serangan musuh menjadi tumpul dan ramai diantara mereka melarikan diri.”
Akhirnya kekuatan musuh telah berjaya dipecah dan dikalahkan dengan bantuan Allah, dan bukannya kerana bilangan tentera Islam yang ramai. Allah juga menurunkan sejumlah tentera terdiri dari para malaikat (At-Taubah: 25-26)
Sejarah Mengajar Kita
Sejarah bukan sekadar diulang dan diulang dari satu generasi ke satu generasi. Sejarah mengajar kita lebih dari itu. Ia banyak menceritakan jatuh bangun satu empayar besar dunia. Hanya menunggu kita memanfaatkan kisah-kisah ini semua.
Apa kaitan perang Hunain dengan Manek Urai?
Teruskan membaca
Allah Sedang Berbicara Dengan Kita
“ Saya pun tidak tahu kepada Ustaz Nasharuddin tidak tidak datang. Mungkin dia malu mata,” seronok seorang pimpinan menambah lebih “budu” dalam nasi kerabu.
“ Kita tidak akan mengeluarkan poster-poster Tuan Guru Abdul Hadi melainkan hanya Tok Guru Nik Aziz. Ini bertujuan melokalisasi isu dan sebagai stratergi,” juga ulasan ‘matang’ dari pimpinan. Baki dari demam Kerajaan Perpaduan yang tidak jua kebah.
“ Tengok gambar tok guru dah dapat pahala,” fatwa dari pimpinan PAS.
“ Kita sudah menang dengan 2000 undi,” keputusan awal yang dikeluarkan juga oleh pimpinan walaupun pengundian masih rancak berlangsung.
Perlukah itu semua diucapkan?
Saya sendiri pada awal amat-amat kurang senang dengan akhlak, ucapan dan perbuatan sesetengah dari pimpinan dari parti Islam ini. Dengan kemenangan demi kemenangan yang mereka dapat seolah-olah mereka lupa satu factor yang amat dan maha penting dalam satu-satu perjuangan hatta jihad pilihanraya.
Kita lupa ALLAH !
Usah difikirkan apa yang BN telah buat. Mereka telah begitu sejak dari dulu. Wang yang menjadi taruhan, tetapi kenapa masih ada yang tidak goyah dan tetap dengan perjuangan. Apa yang kita boleh harap yang baik dari mereka. Benar mereka masih mempunyai factor penyumbang tetapi bukan itu satu-satunya factor. Mereka tetap begitu dari dulu sampai sekarang.Enak kita berbicara soal mereka sampai lupa factor lemah diri kita sendiri.
Masihkah kita ingat, disaat kerajaan PAS Kelantan diambang kejatuhan. Bagaimana pergantungan kita kepada Allah? Dengan munajat massal, tangisan dan pengharapan kepada
Allah bergema di seluruh negeri Kelantan.
Kekalahan itu ujian, begitu juga kemenangan.
Dengan keselesaan dan kemenangan ramai dari pejuang Islam enak duduk diatas. Akhlak dalam berbicara telah dibangkul sampahkan. Saya tidak kisah dan tidak mahu ambi kisah pada golongan yang menyokong kerajaan perpaduan mahupun menentang. Yang saya kisah adalah bagaimana kita menguruskan isu itu.
Pimpinan melondehkan pimpinan.
Aib sahabat dicerita oleh sahabat.
Itukah adap-adap seorang yang mengaku berjuang di platform parti Islam. Ingatlah bagaimana besar pun kita tidak setuju dengan pandangan sahabat, jagalah adap. Mereka adalah masih teman seperjuangan kita yang InsyAllah teman disyurga. Ucapan pimpinan dan ahli gerakan Islam perlu diperhalusi. Usah ditambah budu sebagai penyedap kata. Disaat Ustaz Nasha, berbaring di Hospital,enak insan bercakap. Dikeluarkan oleh media massa, dan pada pandangan saya wajib ditarik balik juga melalui media massa. Meminta maaf selepas membuat salah adalah akhlak seorang kader gerakan Islam.
Dibibir mengatakan segala isu sudah selesai, ibarat kiambang kembali bertaut. Tetapi pada hakikatnya yang dilihat masyrakat luar, ibarat endau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Tergambar dari ulasan-ulasan yang diberikan.
Tok Guru adalah pejuang, dan dia bukan satu-satunya pejuang. Jika ditakdirkan beliau meninggalkan kita, adakah kita mahu kembali kepada perangai jahiliah. Ingat kita mempertahankan kerajaan Kelantan bukan kerana sosok tubuh Tok Guru. Tetapi manhaj dan Islam yang dibawa. Usahlah mengeluarkan ucapan-ucapan yang berbau taksub.
Oleh factor inilah ada diantara anak-anak muda berfikrah Islam masih teragak-agak untuk menyumbangkan tenaga dalam gerakan Islam ini. Penyakit MEREKA ada jua pada KITA. Jadi apa bezanya? Allah telah mentarbiahkan para pejuang dengan darah dan airmata, begitu juga Allah boleh mentarbiahkan para pengerak parti Islam dengan kekalahan didalam piliharaya. Harga yang perlu dibayar adalah tinggi jika sampai ke tahap itu.
Tarbiah perlu digencarkan dengan tidak mengukur kadar pentarbiahan pada berapa banyak ceramah politik yang dihadiri dan diberi!
Muhasabahlah diri, setiap langkah perjuangan letaklah Allah dihadapan.
Dengan lebihan undi sebanyak 65 adalah tanda.
Tanda Allah sedang berbicara denganmu wahai pejuang Islam sebagaimana Allah berbicara dengan tentera Islam dilembah Hunain.
Allah sedang berbicara!
Nota 1 : Buat kawan-kawan, jangan takut untuk meninggalkan jejak dalam article ini. Ini bukan article politik PAS atau BN tetapi ini adalah article membicarakan penyakit yang lazim terkena mana-mana sekalipun gerakan Islam.
Nota 2 : Jadi tumpukan lebih kepada maksud sebenar yang ingin dibawa, tanpa perlu diulas isu-isu yang dibawa sebagai contoh.
Nota 3 : Sesungguhnya kita telah berjaya walaupun kalah. Kita berjuang dijalan Allah, syurga janjiNya. Kemenangan hakiki.
Nota 4 : Semoga maju jaya buat semua gerakan Islam.
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
46 comments:
orang yang bijak adalah orang yang terima kesilapan sendiri dan perbaiki...
terima sahaja tak guna. tapi perbaiki.
penat dah kita memberikan usul, sekarang masa untuk kita berubah. muhasabahla sebelum sampai masa kita pula dihisab...
Dr Radzi- Jika terima tetapi tidak bergerak mengubah, pun itu tanda tarbiah yang sebelum ini adalah tidak berjaya.
Tidak berjaya kerana faktor manusia
Tidak berjaya kerana kelemahan menyampaikan tarbiah.
Sesiapa sahaja, tidak kira mana gerakan, perlu bahkan wajib muhasabah diri.
Duduk sejenak fikir
"Kenapa ek org tak nak terima PAS"
"Kenapa ek org tak nak terima sunnah,tak mesra dengan hadis. Tak mesra dengan hadis ke, tak mesra dengan insan membawa hadis"
"Kenapa ek kawan yang aku nasihat ni,makin dinasihat,makin kuat pulak maksiat ye"
"Kenapa ek makin aku banyak baca quran,makin banyak dugaan aku kena"
Muhasabah itu tepat dan wajib pada sesiapa yang bergelar MUSLIM!
Salam,
Perlu dingat dalam PRU 2004 PAS kalah di kerusi ini. Masa itu calon PAS orang lain, bukan arwah.
Jadi ini bukanlah kerusi yang PAS selesa/kubu kuat.
Dengan taburan wang yang banyak, dan mungkin ada pengundi PAS yang tidak balik mengundi-Selasa, pertengahan bulan, menyebabkan majoriti merosot.
Apapun, post mortem perlu dibuat.
Dan saya adalah antara orang yang sesak dada bila isu kerajaan perpaduan dihebohkan.
Pendapat saya tidak diperlukan buat masa ini, fokus untuk kemenangan PR pada PRU13
Afandi- Wslm...
PRU 04 suasana amat berbeza dengan sekarang ini akh...Dengan kemunculan Pak Lah sebagai Mr Clean, hingga mampu mendapat undi simpati dari rakyat khususnya Melayu. Disamping itu dipihak pembangkang kurang bermaya dalam menyampaikan maklumat.
Akhirnya tumbang...
Sekarang adalah zaman Dato Seri Najib, bilangan isunya usah dibilang. Faktor wang dari dulu lagi,dan masih tidak berubah.
Sudah 6 pilihanraya kecil, faktor wang tetap sama ada,kenapa ada ditempat tertentu bilangan undi bahkan meningkat untuk PR.
Post-mortem tepat sekali. Renung dan muhasabah kembali disisi mana "maksiat" yang pejuang-pejuang agama ni buat.
Saya tidak sesak dengan isu kerajaan perpaduan,tetapi saya sesak dengan cara gerakan Islam tertua di Malaysia ini manage isu kerajaan perpaduan.
InsyAllah,jika kita mampu untuk berpaling sejenak ke belakang dan merenung kembali salah silap dan membaikinya, saya cukup yakin masa depan Islam cukup bersinar di bumi Malaysia.
takut gak semalam pembangkang hampir ja menang..huhu..
tapi jangan dilupakan sejarah,selama 12 tahun terakhir,PAS tidak pernah menang PRK di kelantan,kemenangan semalam juga adalah satu sejarah buat PAS!
Perlu diingat juga,pembangkang hanya berpeluang menang di kawasan-kawasan yang rakyatnya miskin sahaja.Jadi PAS perlulah berusaha memenangi hati rakyat di kawasan miskin ini...
Membangun Bersama Islam...
Al Madd- Biar miskin harta,tapi kaya jiwa dan iman.
Bekalkan rakyat dipedalaman dengan hal itu. Tanpa sedikit kita mengurangi aspek material untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Muhasabah masih point relevan
miskin tu menghampiri kekufuran amad oii...
jangan kita lupa anak-anak melayu kita dimurtadkan dengan wang..jangan lupa fakta itu..
jangan lupa kenapa sabah dan sarawak masih di tangan BN sebab rakyat di sana banyak yang miskin..
Ya..memang muhasabah itu ada main agenda...tidak dinafikan..
banyak lagi perlu dilakukan..pengarah PRU PAS ni orang baru,dia tak panas lagi kot..hehe
al_madd- Sal tu gue kata, jangan kita lupa aspek material...=)
Dia yang tak panas,tapi komen beliau bikin gue panas hati...=)
Salam,
smlm byk tgk kete duk bwk bendera PAS..merasa berada di tempat pilihanraya~(komen tak selari..larii..hee)
Imam Aisyah- Hok ni memang nak kene rodang!=p
memg tak pernah lupa material,tapi kalau royalti 1000juta tak bagi susah gak nak berdiri....
sabarlah...pemimpin itu bukan maksum,kalau dalam jemaah ini perlu wala' kepada pemimpin...selagi tak menderhaka kepada Allah la...
Al_Madd- Jika kita guna alasan tidak maksum,kita masuk balik kepada putaran yang dibuat sama oleh lawan sebelah sana.
Apa agaknya reaksi kita,bila orang UMNO menjawap...
"Ala, pimpinan UMNO bukan maksum. Tegur la depa baik-baik"
Pimpinan perlu ingat, rakyat dibawah melihat tindak tanduk pimpinan. Pimpinan yang mengeluarkan ucapan2 sebegitu tidak pula wala pada pimpinan pusat.
Wala' itu ada dalam gerakan Islam.Tetapi dengan menggunakan alasan wala' untuk memandulkan pandangan orang bawahan adalah pengkhianatan diatas nama agama.
Mereka tidak berakhlak dalam menyatakan ulasan dan pandangan kena pula title pejuang parti Islam, kita mahu berharap lebih rakyat bawahan untuk berakhlak.
Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
Pendekatan boleh berbeza dan khilaf,tetapi akhlaq tiada khilaf mengenainya.
p/s: sape xsayang gerakan Islam. Marah dan tegur itu tanda sayang =)
Abu Huzaifah- Itu yang ana terfikir semasa melihat tindak tanduk pimpinan.
"Perlukah Allah tunda kemenangan parti Islam ini untuk kifarah dan dosa-dosa para pejuang agama"
Allah masih sayang kita, oleh itu masih diberi kemenangan dalam peringatan tegas!
Terlampau melihat mereka tanpa lupa melihat kita sendiri,juga kecelakaan akh.
p/s: Entah,kurang berminat dengan puteri
p/s2: SBY agak jarang attack lawan,hanya dicanang visi dan misi dia...Itu cukup untuk memenangkan beliau.
salam 1malaysia...
aisyeh...menang lak pas. awat tak kalah jek? baru insaf sket. bagi susah2 sket. ha...dah kena baru la nak muhasabah. ni menang lak. makin sombong la pas.
kalah lak umno. isk3..sian MU tak dapek jadi anak emas pusat. abis dah rm300 1 kepala. menang moral je pun jadi la. moral mane tatau la. sume jentera dah gerak habis2an sampai tabung haji pun diperalat. kalah gak. skit lagi lak tu. takpe2.moral kite menang.
p/s : sib baik tak turun MU. kalo tak leh join same skuad melontar jamrah puteri umno.
Abu Huzaifah- Anak soleh cukuplah dengan jelingan Abi dia untuk membaiki akhlak.
Inikan pula peringatan dari Allah. Lagi-lagi kita cepat-cepat baiki.
p/s: bimbang sebelum melontar,mung sangkut dek puteri jah. Biru haru umi terima menantu puteri...ahaks
pape pun...MU by-election was one of the most interesting by-election since public election 2008. a lot of factor contributes to this final outcomes. waiting for the post-moterm by all the parties involves. the next step taken by each party realy determine their suvival in the future. let us wait, see and contributes.
adios PPSMI.
sheikh..abi die tak jeling ke anak...abi jeling ke ummi..ummi renung tajam ke anak...
PPSMI can't adios lagi bro...MCA suh ajar balik tow utk form 4,5...haha.
A lot of factor, maybe from them but also forget about factor came from us...
Abu Huzaifah- Abi ana tak jeling, dia rentap dengan rotan jah...settle
p/s: Umi ana adalah guru disiplin...saje nak royak..hehe
Abah ana gi camping taman negara bawak balik ole2 rotan panjang dekat 2 meter. cuak gile.
best kalo ade yg rajin wat analisa lengkap kesan PRK MU ni. hope team dr dzulkifly ahmad amik serius utk post moterm dr segala aspek. boleh jadi bahan wacana penggerak dakwah dan siasah. terutama kpd ana. nak wat sendri bodoh lak. hohoho
Abu Huzaifah- 2 meter tu cukup utk orang berbadan cm anta...hak3
dolu2 ana slim...percaya atau tidak?? percayalah...
Abu Huzaifah- Abi anta dah bajet nta membesar kot masa besar,satu prepare siap2...hehe.
Ana percaya...(nak sedapkan hati jah)
salam,
Pertama - tahniah ats article ini.. betul,sjrh mengajr kita, kita lupa ALLAH..
Kedua - lame tidak mnjjk kaki di sini, wah..! sdh bnyk artikel2 br, ssnghnya sy sngt2 jealous, blog sy udah lme x diupdate dngn article sndiri.huuhu. sedihnyer sy.. sdngkn Allah bg ms 24 jam kpd semua orng.
Ketiga - sy msh optimis dngn PAS trutamanya dngn pimpinan trhdp isu kerajaan prpaduan. Prlu diingt jg, jngn kita trpengaruh dngn mainan kotor media pro BN.
Keempat - kpd pendokong2 grkn Islam, jngn doakan kekalahan PAS.. tp daoakn kejernihan y muncul di dlm satu2nya parti Islam di Msa ini.
Wallahua'alam..
Mutiara- Wslm
Pertama- Sama-sama,semoga bermanfaat.
Kedua- Itulah, lama le cik mutiara tak datang ke sini...cari la masa,walaupun article pendek.
Ketiga- Saya lihat, deme yang terjebak dalam mainan BN tu seme. Time tu, saya sedap duk makan biskut kat bilik. Malas nak layan benda-benda tu.
Keempat- Kalah! siapa yang mahu ukhti.Tetapi jika hanya dengan bahasa KEKALAHAN baru mahu kita sedar dan berubah, Allah lebih mengetahui segalannya. Mahal harga yang perlu dibayar jika sampai ke tahap itu.
Jom kembali kepada Allah...
Bak kata TGHH,dakwah dan tarbiyah tetap matlamat utama kita di samping siyasah...
Kadang2,sewaktu mengejar status siasah,jangan terlepas dakwah dan tarbiyah...
Kalaulah dengan kalah itu prinsip terjaga,Islam dijunjung,saya lebih rela itu sebagai pilihan...
Bdw,malas dah nak bangkit isu material nih..
Memang xdinafikan kawasan2 sebelah Gua Musang,Kuala Krai,Jeli,material ni masih lagi laris...
Tetapi secara umumnya,orang Klate xmakan muslihat nih..
"Ore wi kain kito paka,ore wi duit kito amek,tapi time ngundi pakoh bule"
P/S:
Kesian along momo.Patut la dulu kurus,sebab ayah ada rotan 2meter rupanya ;-P
Max- Jika sesiapa ikuti ucapan dasar presiden itulah yang TGHH ucapkan:
Pas adalah
-Parti Dakwah
-Parti Tarbiah
-Parti Siasah
Ketiga ini tidak boleh sekali-kali dibiar lompong. Market besar dengan keanggotaan hampir sejuta.
KT, Bukit Gantang, Permatang Pauh, Bukit Selambau tidakkah duit turun mencurah-curah disitu?
Rakyat disitu semuanya educated ke? Bukit selambau banyak estate jah.
Oleh kerana itu, skdr peringatan. Jangan sekali-kali lupa silap diri sendiri dalam usaha nak bongkar silap orang.
Silap belah sana,usah cakap la...byk sangat
Btw, suka nak tgk pimpinan itu meminta maaf secara terbuka. Jantan dan insyAllah tiada pihak mana-mana rugi.
Isu wala'...
Bukan suatu kehinaan kalau pemimpin teratas ditegur secara berhemah..
Siapa pemimpin berbanding Rasulullah yang dicanangkan idea berbeza oleh para sahabat..rasulullah dapat menerimanya...
Dalam Islam pun,apabila ulama' berijtihad tetapi dia salah dalam ijtihadnya,tetap dia diberi ganjaran pahala...
Akan tetapi,kita yang sudah tahu ijtihad itu kurang tepat berdasarkan petunjuk AlQuran dan Sunnah dan ulama2 lain,seharusnya tidak mengikuti ijtihad ulama yang salah tadi..
Wala' itu jangan disalahfahami maksudnya...
Tau takpe...
Isu material xbanyak yang makan umpan betul2...
Jangan kalah dengan Nozula Mat Diah sudah..
Kalau pemimpin Parti Islam ni xperlu dibuktikan bersalah di mahkamah baru nak mitak maaf..Awal2 lagi kene buat dengan Ihklas...
Bak kata Pak Natsir
"Pemimpin itu harus berani mengakui kesalahan dirinya!!"
Max- Afwan cakap,bila timbul isu menegur PAS, dalil yang diguna adalah wala'.
Tidakkah kita perasaan bahkan hal yang sama kita lontarkan kepada UMNO. Ahli UMNO takut dan bacul untuk menegur pimpinan mereka.
Apa agaknya mahu kita jawap bila jika mereka gunakan perkataan wala' dalam membenarkan tindakan mereka itu.
Soal menegur tiada adap dan rendah akhlaq itu satu bab yang lain.
Bab tu kita buka bab lain,yang rasanya kita seiya dan senada mengenainya
Max- U hit the nail,bro...
Pimpinan bukan sahaja perlu "memakai" baju gerakan Islam, tetapi pada masa yang sama dipakai adalah "wangi-wangian" Islam.
Baru segak, baru kasep, baru hensem, baru macho, baru cool, baru Allah sayang!
MU tak same ngan KT, bukit gantang, bukit selambau, permatang pauh, penanti mahupun batang ai. duit mencurah di mana2. tp lihatlah konteks. jangan pukul rata.
MU ni special skit...maybe sebb malaysia nak lawan Man Utd sabtu nih.
wala'...susah la gerak kalo takde org wala', bukan nak suh taat, angguk all the time..nak suh taat arahan bile pimpinan dah wat keputusan. ni keputusan dah kuar pun nak ikut kepale sendri. alasan, pimpinan bukan maksum la, wala' hanya pada Allah dan rasul la. lepas tu wat keputusan sendri belakangkan pimpinan.tak reti beza pendapat pimpinan degan arahan jemaah. tak reti nak ikut arahan takyah join jemaah. common la weh...
Alhamdulillah,
satu muhasabah yang cukup baik.
pandangan sebeginilah yang kita perlukan untuk menguatkan gerakan Islam. Bukan sekadar mengikut tanpa memahami atau mengutuk sewenangnya tanpa usul periksa.
kepada pejuang Islam,pembaikan nilai-nilai Islam di dalam diri perlu seiring dengan perjuangan Islam yang kita lakukan. Ayuh, buktikan kesyumulan dan keindahan Islam itu. Takkanlah nk harapkan kepada Tok2 Guru je.Bertindaklah!
Syukran :)
erm. tak tahu nak komen. tapi itulah. ape-ape pun kita tak bole taksub :D
Anoy- Kuar konteks jap... Lihat kejayaan Toyota. Pengusahanya tidak pernah menyalahkan pengusaha kereta yang lain apabila jualan kereta toyota menurun. Dia menyalahkan tidak lain tidak bukan adalah dirinya sendiri. Dengan sikap itu, dia berusaha dengan lebih kuat sampailah ke tahap ini.
Persoalan taat dan apa sahaja berkenaan isu sebelum ini, refleks pada pimpinan dahulu. Tok guru, ustz hadi, ustz nasha sudah makan bersama, kenapa diperingkat negeri dan bawahan masih nak bersilat? Buktinya lihat statement2 yang dikeluarkan...
Terperangkap dengan state of denied! Masalah itu masalah
Someone- Tahniah kerana memahami maksud article
Nadia- Statement itu benar. Taksub tiada dalam agama Islam, dan bukan dari Islam. =)
is it not about making analogy..its about making analysis base on context...u can make thousand of analogy,but in the end, u must back to the field...face the reality. and of cos its not about blaming others or ourself or about denial, but its about making SWOT. weather it is internal or external,take into account. we can make fair conclusion. thats it.
everyone can make statement nowadays with the technology today. its up to us to take it as a proposal to the management or just a gafiti at the street wall.like u said, we can wacth it while having snack.
the fact is, there is a lot of room for improvement. either gov or opp.
salam 1pengguna 1suara...
anonym, setuju apa hang habaq, cume sudut pandang je beza dri ahmad.
takpe2. yg penting lakukuan tindakan. jika hang yg dok baling batu ngan botol ke puteri umno dulu, tahniah aku ucapkan, tp hang kena wat lebih untuk atasi masalah duit yg mencurah dr BN utk mane2 pilihan raya. hang buka komponi, wat bisnes. bagi kat parti hang. nanti boleh cover skit keyakinan rakyat dgn kemampuan ekonomi parti hang.
si ahmad ni hang dun worry anonym. die balik ganu wat bisnes lembu ngan kopok leko. pastu wat bisnes juai kain. pastu bisnes juai buku. lepas tu buka hosp. pastu jadi kaya. pastu die bagi la skit2 ke mana2.die balik pun nanti die gerakkan tarbiyah kat marang,pastu kat ganu,pastu kat pantai timur,pastu kat semenanjung,pastu 1 malaysia.
dah tak men dah retorik ni. kerja2.
adios .
Anoy- Actually we shared same point of view
"the fact is, there is a lot of room for improvement. either gov or opp"
Tetapi kenapa saya "kick" lebih kuat kepada PAS untuk article ini berbanding dengan UMNO?
Pertamanya, sudah berlambak dan bahkan boleh kita katakan ramai yang sedia maklum tentang perbuatan-perbuatan mereka.
Adakah saya tidak menyentuh UMNO dalam article ini,saya bersetuju dengan mereka? Itu satu conclusion yang tidak tepat.
Jadi kenapa saya sentuh PAS?
Ini kerana saya menyedari penyakit H1N1 dari pihak sana telah berjangkit kepada sebilangan kader-kader gerakan Islam ini.
Ia perlu disedari,diketahuai dan diambil tindakan tegas kerana, ia dibimbangi akan membantutkan kejayaan dan kemaraan gerakan Islam. Bak kata seorang murabbi disini
" Dakwah itu amat sensitive pada maksiat. Mungkin rakyat Palestine sana dibunuh,kerana kesilapan kader-kader dakwah di Indonesia"
Saya melihat keperluan refleksi kembali gerakan Islam kerana jika sebelum-sebelum ini banyak diantara kita berada di zone selesa.Sama seperti dizaman sahabat. Medan disana dan di MU berbeza, tetapi apa yang kita boleh ambil adalah pengajaran darinya.
Kembali kepada titik temu antara kita
"the fact is, there is a lot of room for improvement. either gov or opp"
Abu Huzaifah- Bakpe mung duk bocor plan kat sini? hehe...
Monceh lagi banyak lembu daa...
tak maksum buat dosa kecil ja akhi..bukan buat dosa besar dengan bergabung dgn freemason..ingat tuh..
sila lihat pendangan hassan al banna mengenai wala' ini..kita yang tak turun pandang ni memg sedap ja boleh kritik..
apa-apa pun kita tgk dulu tarzan dekat MU ni.heh
http://www.youtube.com/watch?v=7W8K-SY5lrk
Al_Madd- tidak mengkritik usaha,penat lelah,darah dan airmata mereka. Tiada satu pun perkataan yang menyentuh dan memperkecilkan bab itu.
Perang Uhud, betapa ramai sahabat meninggal. Mereka tetap syahid, tetapi tetap Allah ingin "mentarbiah" para sahabat dengan bukan calang-calang kecilnya lantaran sedikit kesilapan yang dibuat oleh para sahabat. Mahu memperkecilkan pada sahabat? tidak sama sekali,itu bukan akhlaq muslim. Cuma yang boleh kita ambil adalah pengajaran dari kisah itu.
Medan kita disini dan disana berbeza.Kita ada tugas,mereka ada tugas. Tugas itu tidak perlu kita war-warkan kerana ia adalah urusan kita dengan Allah.
Yang disentuh adalah sekelumit "kemaksiatan" yang pengerak parti Islam lakukan,tanpa sedikit pun memperkecilkan sumbangan mereka.
Sudah jelas rasanya untuk saya menyatakan pendirian tentang hal ini dengan article dibuat selama 3jam dan jawapan balas yang memasuki angka 40...
Tinggal sekarang adalah tindakan
Sekadar tambahan buat sahabat-sahabat dari blog ketua penerangan PAS Kawasan Padang Besar, Zolkharnain Abidin. Beliau adalah pemuda Pas yang sependapat dengan hal ini.
Dia adalah pemuda PAS
Dia di Medan
Dia Wala'
Sedikit petikan dari blog beliau:
Untuk menggambarkan sudut-sudut kekalahan itu, izinkan saya mengungkapkannya dalam bentuk pertanyaan untuk menjadi renungan.
* Adakah benar kita menyertai PRK Manek Urai dalam suasana kasih-sayang dan ikatan persaudaraan berasaskan jamaah teruji dan longgar?
* Mengapa ada yang boleh turun dan ada yang tidak, ada poster yang boleh terpamer dan ada yang tidak?
* Benarkah ada pihak yang mengambil kesempatan gelanggang terbuka ini untuk menuding jari dan menjeling tajam kepada orang-orang tertentu?
* Mengapa dibiarkan ahli-ahli gelisah dan resah dengan pelbagai soalan yang sukar dijawab?
* Betulkah mereka yang berada di luar Pas yang bersedia membantu kita, turut merasa rimas dan lemas dengan kerenah sesama kita?
* Benarkah ada orang yang merasa dirinya bijak dan hebat sehingga menafikan kebolehan dan keupayaan orang lain?
http://bongkarsauh.blogspot.com/
Sudah tentu beliau tidak menaqalkan hal-hal ini kerana ingin menjatuhkan PAS. Insyallah tidak lain tidak bukan kerana SAYANG.
Post a Comment