Barangkali bila disebut Umar Mukhtar untuk generasi sekarang, tidak ramai mengetahui insan ini. Nama sahaja belum pernah dengar, mahu menceritakan kisahnya. Jauh panggang dari api.
Sedikit sejarah ringkas tentang beliau. Beliau lahir di Tobruk. Semasa era penjajahan Italy, beliau adalah pemimpin utama gerakan jihad Libya yang dicengkam penjajahan regim Italy. Sebelum itu beliau hanyalah seorang guru yang mengajar Al-Quran kepada masyarakat. Oleh kerana sikap dan akhlaknya yang soleh ditambah pula dengan kemahiran peperangan di padang pasir,beliau dipilih sebagai ketua.
Pemimpin Berjiwa Besar
" Syeikh Umar, didalam tangan kita ada sebilangan tentera Italy yang tertawan," ujar seorang anak buahnya.
" Owh, Alhamdullillah," jawap ringkas Umar Muhktar.
" Saya cadangkan kita bunuh sahaja tentera Italy itu, wahai Syeikh Umar," satu cadangan dilontarkan.
" Kenapa kamu mahu membunuh mereka?," ditanya kembali oleh Umar Muhktar.
" Tentera Italy telah membunuh semua sahabat-sahabat kita yang tertawan semasa peperangan. Dan kita patut membalasnya," ujar anak buahnya dengan geram.
" Sejak bila Tentera Italy menjadi guru kepada kita sehingga kita mahu mengikut sama perbuatan mereka itu!?," jawapan tegas dari Umar Muhktar.
Semuanya terdiam.
Pada tahun 1931, beliau telah berjaya ditangkap oleh tentera Italy dan dihukum gantung dihadapan masyarakat Libya.
Akhirnya gugurlah seorang mujahid yang berjiwa besar. Jasa, perwatakan dan pengorbanannya meniti dari bibir ke bibir generasi terkemudian
Pantaslah perjuangan agungmu wahai Umar Mukhtar, melayakkan dirimu dipanggil Lion Of The Desert
Pengajaran
Kita sebagai seorang muslim bahkan kader gerakan Islam perlu ada akhlak dan faktor pembeza dengan golongan kuffar dan juga ahli maksiat.
Memakai baju Islam, bahkan menyalahgunakan pakaian itu untuk menghalalkan perbuatan kita adalah kecelakaan beragama. Akhirnya sikap dan akhlak kita sama seperti mereka.
Tiada beza
Ingat, mereka bukan guru kita!
Nota 1 : Sebenarnya perjuangan Umar Muhktar ini telah difilemkan dengan bertajuk Lion Of The Desert. Buat sesiapa yang mahu lihat, cuba cari di kedai CD. Jika tidak jumpa juga, meh hardisk, saya boleh bagi.
Nota 2 : Kelangsungan dari article sebelum ini.
Video Promo Untuk Program Explorasi Du'at
~~~Check it out~~~
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
14 comments:
dr burhanuddin helmy mujaddid melayu sayu-satunya..
sultan abdullah sultan perak dibuang negeri....
mereka yang terlibat dalam hartal..mereka adalah guru kemerdekaan negara kita..
Al_Madd- Tu sejarah unrevealed. Patutlah masa subjek sejarah SPM aritu,aku duk ngantuk jah...tipoo punya sejarah.
Sejarah wajib disemak semula.
salam,
Pertama kali mengenali Umar Mukhtar time Minggu Penghayatan Islam 2005 anjurn BADAR kt SESTER. kn ad 1 mlm u prgrm tayangn kt dwn nadwah. Asalnya cdng nk wt tayangn citer C U d IPT, tp xtau naper alhmdulillah ditukar kpd cerita Umar Mukhtar. Ramai bdk2 y keciwa sbb xleh tngk citer C U d IPT.. tp sbnrnya sngt bertuah dpt gk tau sjrh Umar Mukhtar.
Cari gk CD The Lion of Desert sbb dh lupa cerita 2 cmner, tp x jmpe r.. mau le..
Skdr prkongsian, sy suka akn nvl2 sjrh Islam Abdul Latip Talib. Sbbnyer method pnlsn pak latip dlm mnceritakan tntng tokoh2 Islam btul2 menarik mnt pembaca trutamanya gol muda. Novel y srt dngn fakta tetapi ringn bacaannya. Sngt sesuai u penggemar novel picisan u berubah angin kpd membaca buku2 y lbh brbntuk fakta.
wallahua'alm..
p/s: syukran kathiran ats blsn email berkenaan paggung wyng. Jzkk..
Mutiara- Adoila,sape la bagi cadangan pi pasang C U d IPT kat Malam Penghayatan Islam tu? patut le longlai Badar, si naqib couple dgn naqibah...Penangan filem entah hape-hape.
p/s: aik,baru bukak email ke? dah lama balas email tu
xtau le sp y bg cdngn time tu. nasib baek sy bkn badar dulu.. he2.. time 2 mmng xtau citer c u d ipt gane, so beri-ria gk r nk tengk (he2, zmn jahliyah)..
a'ah.. br buka email, sem br ni dpt hostel y dpt wireless, so ssh nk dpt ternet.. huhu, kesian kt ceq.. sbb tu la teratak sy mkn berswng..
Mutiara- Hehe...siapa la punya cadangan tu ek.Ermmm...
Selamat bersawang...=)
sungguh luas pengetahuan dr.amad. bagos! XD
assalamualaikum..
erm..cite lion of the desert ni mmg byk bagi pengajaran..
kita boleh belajar dan ambik contoh dr byk perkara seperti keberanian umar mukhtar nih..
walaupun umur dia pd ketika tu dah lanjut tapi semangat tak pernah padam..tapi pemuda zmn skang nih muda2 lagi n patutnya msih kuat tapi mcm tak bpe nk 'involve' dlm pergerakn islam..
tapi iA situasi ni sedang berubah~
tak perlu jadi org yg SGT terkenal untuk memberi perubahan/kesan pada islam..beliau hy seorang guru dan begitu juga hassan Al-Banna..mungkin di mata manusia siapalah sgt, tapi pengorbanannya utk islam sgt besar..
iA sama2 kita contohi n jgn sia2kn perjuangan dia..
Nadia- Alhamdulillah (Segala puji hanya milik Allah)
Berkongsi ilmu yang sedikit. Kebetulan ada yang tak tahu, so nampak banyak.Hakikatnya...hehehe
Duha- Jzkk atas tambah nilainya
Orang biasa yang mempunyai semangat luarbiasa.
=)
kesimpulannya jgn slh pilih guru dalam hidup ini la ya...
buruk padahnya..
jgnkn kerana kita ini muslim tpi tiada tamaiyuz(perbezaan) dgn pihak kuffar..bhkan ibarat celupannya pula..
jgn pula kerana kita, Islam sendiri terhijab..
Terigt Yusuf islam..
kalau disebabkn umat Islam skrg ni sush beliau nk berada di jalan Haq tpi kerana Keindahan Islam secara trus Alhmdulillah Allah kurniakn hidayah..wallahu3alam
Sinar- Salah pilih sosok guru,itu satu hal. Kita boleh nasihat,boleh bagitahu itu salah atau benar.
Salah pilih guru yang ini, adalah mengamalkan tindak tanduk mereka dengan alasan agama.
Kita tahu apa yang mereka buat itu salah,tetapi kita akhirnya mengulangi hal yang sama dengan alasan agama.
Jika mahu harapkan umat Islam menyebarkan Islam, malapkan agama ini. Kotor Islam kerana kotornya muslim.
Alhamdulillah, Yusuf Islam jumpa Islam dahulu sebelum jumpa Muslim
The lion of desert ke lion of the desert :)
Dr. tak nak kaji ke sumber kekuatan Umar Mukhtar. Boleh kita ambil jadi teladan, jadi amalan, Insya-Allah
Abuyon- Tertukar pulak ana, jzkk akh membetulkannya.
Ana tak ada resource lain dah, ustz2 kita pun amat kurang menyentuh sosok pejuang ini. Jadi apa ana ulas dari filem dia jah.
Akh, taknak buat ulasan ke tentang Umar?
Post a Comment