Saturday, 5 September 2009

Akhlak Bunga Iman : Membedah Isu Kuil Shah Alam

Tenghari itu perut saya suka mendendangkan irama keroncong. Lapar. Tetiba masuk satu sms ke inbox telefon.

" Salam Amad, dah balik ke? Ana sekarang ada kat Ganu neh. Jom keluar jumpa kat mana-mana. Banyak benda yang ana nak cerita," itu sms dari seorang sahabat yang saya kagumi akhlak dan budi bicaranya. Tua dari saya lebih dalam 10 tahun,tetapi cukup menghormati dan terjaga tingkah lakunya.

"Waalaikumusalam...Ana sudah sampai Ganu, Ustaz. Bereh jugak tu. Boleh sembang-sembang," balas saya ringkas.

Dikala perut berkeroncong, tempat pertemuan terbaik disaat itu semestinya kedai makan. Boleh bersilaturahim dan bersilatperut.

Tempat ditetapkan

Masa dinyatakan

Makanan dipesankan

Banyak yang saya dan dia bincang dan bertukar-tukar pandangan dari soal ummat sehinggalah soal perangai manusia. Cuma saya agak tertarik dan terkesan dengan satu dialog bukan dengan saya,tetapi dialog ustaz itu dengan seorang mungkin pelajarnya. Tengah kami seronok berbincang ada panggilan masuk...


" Kita tidak boleh buat macam itu. Kita ini, walaupun dia kafir bahkan sebangsat-bangsat manusia, satu ilmu yang wajib adalah akhlak. Orang kafir wajib ada akhlak, apatah lagi kita sebagai muslim. Islam itu didik kita berakhlak dari sebesar-besar perkara seperti dalam pemerintahan, hatta nak masuk tandas pun Islam mengajar adab-adabnya," itu sedikit perbualan yang dapat saya tangkap antara ustaz dengan pelajarnya.

Cukup membuatkan hati bergetar.

Kita dan akhlak

" Man, jangan duduk atas bantal tu. Nanti ada bisul," Mak Timah menasihati anaknya.

" Walaupun dalam kelas ini ada yang hidung kembang, ada mata sepet, ada hidung tajam, kita jangan sekali-kali gaduh atau bermasam muka. Ingat kita semua ini asal dari tok nenek yang satu, Adam Hawa," pesan Cikgu Milah pada anak-anak murid di sekolah tadikanya.

"Abuuuuu.... Hah, naik lagi tinggi...Biar kalau jatuh, banyak sikit patahnya," juga nasihat dari mak abah kita yang mengunakan reverse psychology

Sedar atau tidak sedar, dari kecil kita telah diasuh dan didik dengan cara bersikap, berakhlak dan bergaul. Bermula dari guru pertama manusia iaitu ibu dan bapa sehinggalah ke peringkat pensyarah di universiti.

Manusia yang tanpa adap dan akhlak adalah manusia yang tertolak. Tertolak segalanya walaupun yang dicanang adalah mutiara indah. Itu yang mak ayah kita ajar bahkan yang lagi penting, itu yang disuruh dan diwajibkan oleh Sang Pencipta kita, Allah swt.

Sebodoh-bodoh manusia, ilmu wajib yang patut ada adalah akhlak.

Nabi Muhammad dan Islam Dihina

Saya masih ingat disaat dunia Islam memanas dengan gambar pelecehan Nabi Muhammad oleh kartunis dan Kerajaan Denmark, umat Islam bangkit membantah dan demonstrasi pecah di mana sahaja. Walaupun, ada segelintir "ulama jadian" menghukum demonstrasi sebagai mungkar dan berdosa, tetapi isu pelecehan Nabi Muhammad, demonstrasi menjadi salah satu cara menyuarakan bantahan.

Ikhwanul Muslimin di Mesir

PKS di Indonesia

Jamiat Islami di Pakistan

Begitu juga di Malaysia

Bantahan di Pakistan

Bahkan senario yang amat menarik yang kita dapat lihat, terutama demostrasi di negara atas angin, bantahan turut disuarakan oleh masyarakat non-muslim. Penyertaan mereka menyuarakan bantahan kerana mereka melihat isu perlecehan itu lebih dari isu agama tetapi isu sejagat. Setiap kebiadapan dan sikap tidak menghormati insan lain perlu ditentang walaupun yang menghina itu adalah sama kulit dan sama agama.

Satu sikap persis yang Islam anjurkan.

Saya sendiri tidak akan dan tidak pernah kompromi dengan sesiapa yang mempermain dan menghina agama Islam. Satu-satunya cara hidup yang menentukan nasib baik buruk kita diakhirat nanti.

Bahkan dalam satu dialog saya dengan seorang sahabat non-muslim saya pernah menyebut

" Jika Islam itu wajibkan penganutnya membunuh non-muslim, saya akan lakukan kerana itu yang saya percaya. Tetapi ketahuilah itu tidak pernah diajurkan oleh Islam bahkan Nabi Muhammad sendiri cukup sayang dan santun dengan non-muslim. Kami datang kepada kamu dengan penuh hormat dan kasih sayang."

Menghina Islam itu melukakan hati saya

Menghina Agama orang lain juga melukakan hati saya

Golongan Oppurtunistic

Disaat Perdana Menteri kita, mencanangkan satu gagasan 1 Malaysia, masih ada manusia yang bersikap biadap dan cukup terkeluar dari semangat itu. Satu contoh yang masih hangat dibicarakan adalah isu memindahkan kuil di Shah Alam.

Bermula dengan perarakan kepala lembu di depan Bangunan SUK Selangor sampailah semalam satu program yang dianjurkan Kerajaan Selangor dengan semua masyarakat Seksyen 23 Shah Alam. Saya hadir untuk menyatakan sokongan penuh kepada Kerajaan Selangor. Sokongan itu bukan pada aspek teknikal memindahkan kuil tetapi kesediaan pemerintah untuk membuka ruang rakyat marhaen untuk menyatakan bantahan mahupun sokongan. Satu revolusi pendekatan yang tidak dibuat oleh legasi terdahulu.

Masyarakat membantah

Kerajaan sudi ditegur

Seharusnya ia berjalan dengan aman dan damai, penuh profesional dan semangat muhibbah. Tetapi semudah itu apabila ada segelintir insan yang mahu menangguk di air yang keruh. Dengan demostrasi membawa kepala lembu, cukup menguriskan hati penganut Hindu. Haiwan suci mereka diperlecehkan.





Satu tindakan bodoh dan terkeluar dari akhlak Islam. Untuk membela Islam, tidak memerlukan kita untuk menghina agama lain. Sebarang hasrat yang ingin disuarakan perlu dinyatakan dengan cara yang betul dan benar.

Apa perasaan kita jika penganut lain memijak Al-Quran?

Begitu juga apa yang mereka rasakan.

Cukuplah dengan peringatan tegas dari Allah

"And insult not those whom they (disbelievers) worship besides Allah, lest they insult Allah wrongfully without knowledge. Thus We have made fairseeming to each people its own doings; then to their Lord is their return and He shall then inform them of all that they used to do" (Surah Al-Anaam : 108)

Wahai perjuang agama, jaga akhlakmu agar kebiadapan itu tidak disandarkan pada buruknya didikan mak ayah.

Kita boleh khilaf pelbagai hal tetapi tiada khilaf soal akhlak!

Nota 1 : Saya rasa yang pakai baju hitam bertopi itu adalah imam surau seksyen 23 sebab marah benar berkenaan pemindahan kuil dekat dengan masjid.

Nota 2 : Dimana mereka disaat Masjid dan Surau ini ditutup dan dirobohkan

• Surau Ar Rahmah, Sekyen 8/A, Shah Alam
• Surau di Berembang, Ampang
• Surau Jubli Perak, Hulu Langat
• Surau Al-Ikhwan, Puchong Perdana
• Surau Fatima Al-Zahra, Taman Kosas;
• Masjid Al Hidayah Kelana Jaya,
• Masjid Al Munawwarah Shah Alam,
• Surau Ar Rasyidin Gombak dan

Nota 3 : Saya amat bersetuju dengan pandangan Prof Teo. Masakkan rakyat Malaysia tidak boleh bertutur dalam bahasa Malaysia.

Nota 4 : Sudah masuk separuh masa kedua Piala Ramadhan. Berapa gol sudah kita jaringkan?

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

10 comments:

Nadia Nazifah said...

byk betul isi yg sy dapat. yg sy tak terfikir sblm ni. atau lebih tepat, mls nk fikir.

argh. harap2 dpt jadi org yg lebih berakhlak. dr. amad doakan ye. =)

Dr Amad said...

Nadia- Banyak permasalahan ummat hari ini kerana penyakit malas berfikir dan enak berada di comfort zone.

Pelbagai isu yang timbul,kita perlu ambil tahu,tetapi untuk menyatakan sikap dan respon perlu mengambil kira pelbagai aspek. Yang penting buktikan kita masyarakat peduli.

Semoga sama-sama kita menyemai iman dan akhirnya membuahkan bunga iman yang indah...

Sama-sama doakan..

p/s: nak duit raya...hehe. pass kat naqi

zanuara said...

Salam Dr Ahmad.. info yg menarik dan sgt bermanfaat, mmg betul, kita sebagai ummat islam patut menjadi contoh kpd penganut agama lain dgn menunjukkan nilai akhlak yg murni.

Saya sndiri sgt tidak brsetuju dgn tindakan skumpulan manusia yg brtopengkan islam mghina agama lain.

Salam perkenalan dari saya ZAID ANUAR.

Dr Amad said...

Zanuara- Wslm...senario ini pernah diungkap oleh Muhammad Abduh apabila pergi ke Perancis.

“Aku ke Paris dan kutemui Islam tanpa Muslim. Kupulang ke Mesir, kutemui Muslim tanpa Islam”

Wahai muslim berakhlaklah!

Ahlan buat akh zaid...sudi2 berkunjung lagi ke sini

Nina :) said...

slm.. nk komen jgak..
sy pon rase yg tindakan diorg x sesuai.. kne igt, in order to earn respect, we must show others some respect too.
ble org da hina kite, baru nk rse terbakar, tapi bile kite hina org, kite x pikir perasaan diorg.. sedeh2.. tpakse la jgk ckp kn, inilah mslh org melayu skrg..narrow minded n racist.wpon org dok ckp msia ni aman damai sbb xgaduh ape..itu yg org nmpk.. yg dlm hati, yg ditutur, xde spe yg sedar..kan? hmm.. bile nk berubah..

n oh ye.. masjid darul ehsan mne tutup.. die buat renovation la.. sgt selesa da skrg :)

Dr Amad said...

Nina- Want you give,you get back... Bodohnya tindakan muslim,alih-alih terpalit sama Islam...adeh laaa

Racist tu ada mana2 kaum...melayu yang racist melampau,begitu jugak dengan cina, india...golongan itu masih ada walaupun diambang jurasic park.

Lama tak datang sini tu...

sinar_islami said...

Manusia kalau dibiarkn emosi mendahului..mcm2 akan jadi..
rasional pun hilang..

Islam sentiasa menganjurkan yang terbaik..kita la kena bijak memilih..akhlak tu elemen penting..

The Prophet (peace be upon him) also said: “Indeed Allah has prescribed good conduct in everything.” [Sahîh Muslim]

Rasulullah pun nk umatnya berbuat baik dalam segenap hal..cuma dewasa ni akhlak umat muslim kian kabur tapi non mslim pula lebih berakhlak..Wallahu3alam...Umat islam jauh dari quran dan sunnah barangkali..

Dr Amad said...

Sinar- Syukran atas masukka yang bermakna itu...

*F.Y* said...

Salam dr amad,
sy memenuhi pmintaan untuk melawat ke blog amadanaksoleh ini (persis YB lagaknya haha)

Hmm..Shah Alam isu yang dekat di hati sbb membesar di Shah Alam.
Banyak masalah jadi bila kita dahulukan perkara lain melebihi Quran n sunnah... n sekarang ni manusia seakan melebihkan politik melebihi Islam...sedih n kecewa tu toksah nak cakapla..

Apatah lg surau ar-Rahmah tulah surau yg ayah n famili slalu pegi..apapun, orang2 boleh mendengar cerita, tapi bukan semua yang mengetahui hal sebenar..skrg walaupun surau tu dah dibuka semula, tak sama macam dulu sebab masyarakat dah berpecah. satu puak pegi surau tu, yang lain cari surau kat tempat lain huhu...
persaudaraan Islam? mungkin hanya wujud antara 'warna' yg disertai sahaja...

Tempat ibadah biarlah menjadi tempat ibadah...Semangat kepartian atau apa-apa pun bukan boleh bawa ke kubur.

Marah orang nak buat kuil, penuhkanlah masjid2 n surau2 yang dah ada tu...be proactive not defensive. pemikiran harus diubah...

sama2 kita doakan.

*saya sayang Shah Alam*

Dr Amad said...

FY- Islam merangkumi segalanya termasuk politik. Nak berpolitik, berpolitiklah cara Nabi. Nak beribadat,beribadatlah cara Nabi. Selain dari itu tertolak.

"saya sayang terengganu"