Tuesday, 15 September 2009

Studio Amad : 7 Checklist Sebelum Menembak


Kali ini saya mahu kongsi beberapa tips yang amat penting untuk seorang "penembak" kuasai. Alat robotik ditangan kita sama ada Cik Nikon atau Cik Canon jika dibanding mempunyai potensi yang sama sahaja, ada pun kelebihan dan kekurangan adalah pada juzuk perbezaan yang kecil. Senjata itu hanya sia-sia jika kita tidak belajar mengendalikan dan takut membuat kesilapan.

Orang yang sudah pro dalam bidang ini dari 1000 tembakan, hanya dipilih sebanyak 5. Inikan pula penembak cap ayam seperti kita. Jangan serik untuk menembak walaupun hasilnya buruk 5 petala langit.

Bagi penembak macam saya ini, sering terjadi tembakan itu buruk dan tidak menarik kerana kesalahan setting dan betapa tidak berpengalaman mencari angle yang sesuai. Jadi saya akan kongsi 7 checklist penting buat semua penembak cap ayam untuk diambil perhatian.

InsyAllah kita akan merasakan satu perubahan bermakna dari yang sudah-sudah. Itu tandanya keprofesionalan (maaf dewan bahasa dan pustaka) kita semakin bertambah.

Antara tips-tipsnya:

1. Kualiti: Set kepada RAW. dengan setting RAW anda masih boleh membetulkan beberapa kesalahan berbanding gambar format JPEG. Ini baru saya tahu. Benar kata orang tua, tidak belajar pangkalnya bodoh.

2. ISO:
ISO bukan gred untuk syarikat tetapi ISO ini adalah juzuk terpenting pada senjata kita itu. Jadi ini bergantung kepada keadaan. sebagai peraturan umum, gambar aksi pada ISO 400, subjek umum ISO 200, dalam studio atau high quality pada ISO 100. Keadaan cuaca dan cahaya juga mempengaruhi setting ISO ni. dalam rumah (siang) pada ISO 400 atau kurang, dalam rumah (malam) pada ISO 500 ke 800. Elakkan ISO 1600 atau lebih tinggi kerana noise (bintik-bintik yang timbul apabila kita menembak pada waktu malam) akan timbul lebih banyak kecuali senjata yang high-end seperti D3 yg dapat mengawal noise dengan lebih baik.

3. White Balance: Kalau keadaan cahaya berubah-ubah, contohnya ada lampu kuning dan lampu putih, set WB kepada Auto, kalo tak, set pada White balance daylight, cloudy, flash dan lain-lain mengikut keadaan. Kalau keadaan cahaya terkawal, macam dalam studio, set kepada custom value dengan menggunakan sekeping kad target white balance.

4. Exposure Mode: Aperture Priority/Shutter Priority/Manual. Aperture Priority adalah lebih berkesan pada subjek statik (tak bergerak), manakala Shutter Priority adalah lebih berkesan pada aksi. Tukar kepada mode manual sekiranya inginkan kelainan dan kreativiti pada exposure mengikut penilaian kita sendiri. Pada Cik Canon biasanya Aperture Priority adalah ditanda dengan Av, Shutter Priority dengan Tv, dan manual dengan M. Untuk Cik Nikon, saya tidak pasti. Al-maklum belum pernah bercouple dengan Cik Nikon.

5. Exposure Compensation: Tutup atau 0. Sesetengah situasi memerlukan over atau under exposure. Nilaikan keadaan cahaya betul-betul. cuba satu gambar sebelum menukar setting dan adjust mengikut kehendak anda. Jika anda menembak melawan matahari, exposure perlu dinegativekan.

6. Focus: Ini bergantung pada beberapa setting, dan berubah-ubah bergantung pada pembuat lens dan model. saya biasanya set pada AF C-Continuous (lens sentiasa try untuk fokus pada subjek yang bergerak semasa shutter release ditekan separuh), kadang2 AF S-Single (fokus dan lock bila shutter ditekan separuh) atau AF M-Manual untuk makro shot. Auto focus area pon memainkan peranan penting. pilih single atau dynamic menurut keperluan anda.

7. Lens Aperture:
Mula dengan setkan lens pada 2 stop turun dari bukaan penuh. contoh: bagi lens f 2.8 set pada f5.6, bagi lens f4 set pada f8. seterusnya, ubah setting mengikut kehendak anda pada imej.

Cik Canon

Jadi buat semua menembak cap ayam, luanglah masa untuk check semua ini. Ia berbaloi dari anda terpaksa menghabiskan masa di photoshop untuk membaiki hasil tembakan yang huduh itu.

Canon itu hanya alat, manusia hanya merakam, Allah Yang Menciptakan... Maha suci Allah yang berkuasa diatas segala ciptaan.

Nota 1 : Dah nak balik raya...Ya Allah selamatkan pergi dan pulang ku.

Nota 2 : Buat Abu Ubaidah di Syria, article ini ana nak selesaikan hutang ana. Nah, ambil tengok gambar walimah Abu Bakr. Ana hadir dengan satu soalan, Abu Bakr udah, enta bila lagi...ekekeke ( Jangan tanya ana balik, ana sekeh kepala)


Nota 3 : Article ini dikreditkan untuk Digital Mukmin forum

Nota 4 : Kemana menghilangnya pengomen tegar amadanaksoleh. Sikit-sikit dah la merajuk..=)

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

12 comments:

Balqis Riza said...

salam..

hik3..tak paham..org tgkp gmba gune hp je..rase diri sndri cm cun, trus snap..hahahaha...

yg ISO tu, cm nama buku ubat kitorg..hehehe

Dr Amad said...

Riza- Wslm...

Mengikut tok guru saya ISO itu adalah

"ISO adalah tahap sensitif kamera kepada cahaya.

Gunakan ISO yang rendah bagi mendapatkan aperture dan shutter speed yang diperlukan. Tambahkan ISO jika menggunakan aperture kecil dan shutter speed yang lebih pantas.

Ini kerana ISO akan memberikan cahaya yang lebih untuk imej .
Penggunaan ISO yang rendah adalah untuk mengurangkan ‘noise’ atau ‘grain’.

Penggunaan ISO yang tinggi biasanya akan menjadikan imej lebih ‘grain’ berbanding dengan ISO rendah.

Kalau bacaan meter menunjukkan shutter yang perlahan seperti 1/15 sec sedangkan ISO ialah 100..kalu amik dengan tangan gambar akan blur sebab bukaan shutter yg perlahan..

Jadi naikkan ISO kepada 400 dan shutter akan naik menjadi 1/60 sec."

Ini mesti xpaham jgk..ekeke..layan jela.hak3.

"rasa diri sendiri cun" ....erm,just wondering..ahaks

Abu Aiman said...

betul tu. Kalau setakat nak guna function 'auto' baik takyah beli DSLR, buat duit ajerr. Kena berani experimentasi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Dr Amad said...

Abu Aiman- Terima kasih berkunjung sini. Tetapikan kalu function auto saya akan guna kalu occation yang memerlukan snap yang cepat dan tidak memerlukan shoot yang terbaik...segalanya perlu pantas.

Jika potret santai, dan landcape damai,kita belajar guna mode-mode lain pulak.

Selamat Hari Raya utk Abu Aiman dan keluarga

syaheed said...

salam ziarah...ana rasa hutang anta tak habis lagi...kat syria mana boleh tengok blog...kan negara sosialis...semua kena block...

Dr Amad said...

Syaheed- Selebihnya,serah ke dia la..hehe.terpaksa amik bus,semata nak tgk gmbr abu bakr...hehe.

Wslm ziarah akh...lama tak datang tu

Nina :) said...

slm..hihi br bace post nih
wahh br la fhm semua function dan term2 pelik dlm camera tuh..
klu x termangu2 je..last2 gne auto..hahaha..
lps ni, bole la amek gmbr cantik2 mcm pro..wee~ (seblom ni pon amek cantik jgk..haha bongkak)

Dr Amad said...

Nina- Dah beli camera baru ke? tak nmpk pun..=)

Nina :) said...

xde lgi :(
xpe..blum rezki lg kot :) (sedapkn ati sndri)

Nina :) said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Dr Amad said...

Nina- Kumpul duit,,,makan seminggu sekali je...ataupun lagi best, time nak nikah kekgi, hantaran mtk DSLR...baru pengsan bakal suami..ekekeke

Nina :) said...

makan seminggu sekali? pengalaman ke?haha

agagaga..mintak as hantaran..idea bernas tu..parah la org tu nanti..haha