Friday, 11 September 2009
Mencipta Ikhlas
"Assalamuaikum...sibuk ke ni bang Amad? kalau tak sibuk nak tanya sikit ni?," seorang sahabat menegur. Meminta izin untuk berkongsi masalah.
Perkara lumrah sejak dua mejak ini.
" Waalaikumusalam... Taklah sibuk mana pun. Nak tanya apa ke benda? silakan la," saya kebetulan mempunyai waktu santai.
" Saya ada masalah sikit ini. Saya tidak boleh tengok orang alim la?," satu penyakit yang aneh saya kira. Penyakit umat akhir zaman barangkali.
" Aik...kenapa jadi macam itu? tolong jernihkan sikit soalan tu?
" Saya tidak suka melihat orang yang baik-baik sebab pada saya semua itu hanya topeng dan dibuat-buat. Amal dan akhlak yang ditunjukkan hanya untuk ditunjukkan pada manusia, tiada ikhlas disitu!," jelas beliau dengan sejelasnya.
Saya pantas mendapat keypoint beliau iaitu sekitar dengan permasalah hati. IKHLAS.
Tetapi jujur, pada diri saya tidak mempunyai jawapan yang konkrit. Jawapan yang boleh menghadirkan 100% ikhlas itu. Ia berkisar dengan permasalahan hati, seharusnya pemilik segala hati yang boleh memberikan solusinya.
" Sejujurnya saya tidak mempunyai jawapan yang konkrit, tetapi saya ingin berkongsi satu kisah tentang ikhlas ini. Mungkin ia setidak-tidaknya membantu cara pandang kita tentang permasalahan ini. Boleh?," jelas saya.
" Boleh-boleh...ceritalah."
Mencari Ikhlas Pada Amal Yang Kecil
Siapa yang tidak kenal dengan satu sosok revolusioner Islam yang bernama Imam Hassan Al-Banna. Disaat umat Islam diratah dengan rakus oleh golongan kuffar selepas umat Islam telah kehilangan tempat bergantungnya, Daulah Turki Utmahiah. Hadir sosok ini yang berusaha membangkitkan kembali umat Islam dari lena dan berjaya membuat satu jamaah yang cukup fenominal didunia Islam.
Ikhwanul Muslimin. Diikat dengan tali ikatan yang amat kukuh iaitu persaudaraan Islam, beliau berjaya mengumpulkan lebih dari satu juta ahli yang cukup komited dengan Islam. Bukan satu tugas yang senang untuk membangkitkan kesedaran ummat dari keterpurukan.
" Wahai Imam...kenapa kamu membuat tugas ini. Sedangkan hal ini biar kami sahaja yang lakukan. Imam hanya perlu berdakwah dan laksanakan tugas-tugas yang lagi penting dari ini," tegur seorang kader Ikhwanul Muslimin.
As-syahid Imam Hassan Al-Banna pada masa itu tengah khusyuk menyusun kerusi didalam dewan sebagai persediaan untuk kegiatan jemaah IM. Logik dan telusnya, seorang pemimpin yang cukup disanjungi oleh umat Islam, tidak perlu turun dan bersama menyusun kerusi. Beliau boleh sahaja datang dan memberi ceramah dan menumpukan kepada masalah umat yang lebih membarah.
Tetapi, itu tidak pada sosok ini yang hayatnya berakhir dimuncung pistol
" Aku harus melakukan kerja ini kerana aku tidak pasti yang mana satu amal yang aku lakukan diterima oleh Allah. Mungkin aku boleh berpidato dan segalanya tetapi bagaimana hati ini riak dan tidak ikhlas dalam melakukannya , segalanya tertolak oleh Allah. Jadi dengan hal sekecil ini cuba mencari ikhlas dengan berharap ia menjadi asbab diterima amal soleh oleh Allah s.w.t," jelas As-syahid Imam Hassan Al-Banna dengan cukup merendah diri.
Segala amal yang dikira sebagai baik dan soleh akan dilakukan tidak kira satu tugas besar atau kecil. Tiada yang dipilih-pilih lantaran tidak pastinya kita saat mana ikhlas itu hadir. Syarat untuk amal diterima oleh Allah.
Kesimpulan Dua Golongan
Seperti saya katakan tadi, tiada jawapan "wow" yang saya dapat berikan tetapi saya cuba membuat kesimpulan yang boleh mewakili dua golongan.
Untuk golongan yang sudah lunak dan mesra dengan amal soleh, cubalah cari Ikhlas dalam amal. Kita tidak pasti bagaimana keadaan amal kita didunia ini. Boleh jadi kita hebat dalam beragama tetapi dihadapan Allah kelak, bekal kita adalah kosong. Tiada tersisa dan dibawa lantaran tiada unsur IKHLAS didalam amalnya. Amal pada zahir adalah untuk Allah, pada hakikat hatinya adalah untuk dibangga-banggakan. Jangan kita menjadi insan yang "syok seekor" didunia dan muflis tanpa disangka-sangka di Sana.
Wahai pejuang agama, carilah IKHLAS!
Buat golongan yang mencari IKHLAS baru mahu mengamalkan Islam, ketahuailah bahawa kita tidak pasti kapan datangnya ajal. Biarlah tidak ikhlas tetapi apa sahaja yang Islam suruh dibuat dan apa sahaja yang dilarang kita tinggalkan.
Terdetik untuk membaca Al-Quran, lakukanlah.
Terlintas untuk menutup aurat dengan sempurna, laksanakan.
Terfikir untuk bersama berjuang dijalannya, jangan tertangguh-tangguh.
Ini kerana, umur kita bukan diukur dengan hari atau bulan. Nafas yang kita hirup sekarang adalah milik kita. Nafas yang selepas itu belum tentu milik kita. Ia hadir tanpa dijangka. Jadi setiap apa amal yang baik walaupun tidak hadirnya Ikhlas, lakukanlah. Dalam 10 amal baik, mungkin ada satu yang kita ikhlaskan kepada Allah. Lebih baik buat, dari tidak langsung. Bahkan boleh jadi kerana amal yang satu itu, menjadi sebab syurga dijanjikan buat kita di Sana. Segalanya tidak mustahil apabila berurusan dengan Allah. Pemilik segala hati.
" Saya tidak mahu hipokrit!," ungkapan sering yang didengar. Jadi satu pesan saya.
Lebih baik dipaksa masuk syurga dari rela masuk neraka!
Nota 1 : Jika bercakap soal Ikhlas, sayalah kiranya insan yang paling tidak layak bercakap soal ini. Tetapi diharapkan, hadirnya article ini menjadi booster buat diri sendiri untuk mencari IKHLAS.
Nota 2 : Dah 10 malam terakhir,bagaimana Ramadhan kita?
Nota 3 : Berikut adalah sedutan tazkirah ramadhan saya untuk geng-geng CGC. Sorile kalau dah dengor.
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hurm..ikhlas3..
mmg tak mudah..
kadang rs sedih sbb tak tau lah
sepanjang hidup ni ade tak amal n ibadah yg considered ikhlas..
bukan bermakna sentiasa wat terpakse..
tapi penilaian Allah taala tu..
syaitan selalu ganggu niat tu..
kadang2 mula2 da pasang niat btul2..alih2 nnt dia ganggu tengah jalan..
huh
ya Allah..lindungilah kami dari gangguan dan bisikan syaitan~
Duha- Ikhlas mmg payah pun nak dapat...
Post a Comment