Monday, 5 October 2009

Si Pendek Yang Menyusahkan

Petang itu saya bersama ibu, melihat satu rancangan National Geographic berkenaan tentang bagaimana usaha sekumpulan jurutera yang berusaha memindahkan rumah yang besar ke satu tempat lain dengan cara memisah-misahkan rumah itu kedalam bentuk kepingan dan dicantumkan kembali pada satu tapak rumah yang baru. Itu dinegara "omputih". Di kampung kita juga ada. Lagi "otai", tidak pisah tetapi angkat dengan rumah-rumah dengan kudrat manusia.

" Dulu, kat kampung masih ada tradisi pindah rumah ini. Ingat lagi orang kampung duk angkat rumah tok bersama-sama guna kayu," saya mengimbau kenangan.

" Ibu, masa kecik-kecik dulu, kalau ada orang yang pindah rumah, suasana memang meriah. Program mula dari malam lagi. Dengan masaknya, dengan riuh rendah orang kampung," ibu berkongsi.

Itu dahulu, generasi sekarang tidak lagi berkesempatan melihat antara budaya dan tradisi masyarakat kampung kita. Dengan barang yang pelbagai dan berat,mahupun majoriti rumah batu, tradisi ini tidak mungkin sama sekali diamalkan lagi.

Tidak boleh Angkat, Jangan Bergantungan.

" Kita dalam perjuangan, jika tidak mampu tolong, jangan menyusahkan. Macam orang angkat rumah untuk ke satu tapak yang lain. Jika orang pendek itu tidak mampu mengangkat rumah, jangan bergantung! Begitu juga dengan Islam. Jika tidak suka dengan orang menjuangkan Islam, jangan susahkan orang yang mahu memperjuangkan Islam. Ia amat-amat satu perbuatan mungkar !," jelas Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Inilah kalimat yang masih segar dalam ingatan selepas mendengar ceramah Ustaz Tuan Ibrahim. Satu analogi yang cukup tuntas dan tegas dalam membicarakan fenominal ini.

Oleh kerana itu, bila sahaja melihat cerita di TV itu, terus ingatan tentang kata-kata beliau itu hadir kembali. Ia amat tepat menjelaskan permasalahan ummah hari ini.

" Ingat baik sangatlah tu. Depan je baik,belakang setan!"

" Weh, tak payah la nasihat-nasihat aku. Kubur masing-masing beb!."

" Ooo..cakap pasal hudud. Siaplah ko...aku report ke Pejabat Agama."

" Baik ko tidak pergi majlis tu. Meh keluar dengan aku tengok wayang, lagi best dari dengar mereka duk membebel...pot pet pot pet."

Kata-kata yang sering kita dengar dari muslim yang takwanya tiada. Mereka Islam, tetapi hati penuh kebencian, mata berbulu melihat muslim lain bicara soal Islam, berjuang didalam Islam. Memiliki salah satu ciri orang munafik, yang akan ditempatkan dalam neraka pada tingkat yang paling dalam.

Mereka biasanya, jahil tentang agama. Kebodohan yang disengajakan lantaran dendam kesumat. Mungkin kebencian pada sesuatu tokoh agama, mereka mengambil tindakan dengan berlawan bukan sahaja dengan tokoh itu, tetapi berlawan dengan Islam. Bahkan tidak kurang dari mereka berbangga mampu menghalang dan menyusahkan insan-insan yang berusaha menegakkan agama Allah.
" Tengok cikgu tuh...kena tukar ke Sabah. Akulah yang pergi report tu."

Muslim melawan Islam, aneh bunyinya tetapi ada. Bahkan, ramai!.

Mereka tidak boleh menolong Islam,bahkan tiada keinginan mahu menolong, bagi saya tiada masalah dengan syarat duduk dipinggir diam-diam. Jangan mereka pula kedepan menghalang.

Bukan sahaja tidak mahu mengangkat, tetapi siap bergantungan menambah beban pada insan lain yang berusaha membawa "rumah".

Ia satu kecelakaan dalam bertindak, kecelakaan mengundang bala diSana.


Dan itu satu babak, ia tidak berhenti pada tahap itu. Ada lagi manusia yang lebih memedihkan hati. Mereka bukan jahil, bukan bodoh, bukan tidak tahu.

Siapa mereka?

Agamawan melawan agama

Jika mereka diatas itu jahil tentang agama, dan menjadi sebab melawan agama. Tidaklah pelik cuma menyedihkan. Tidak kurang tidak juga insan yang berstatus daie' berusaha menghapuskan Islam. Bahkan ada diantara mereka berijazah dalam bidang agama, tetapi bab melawan dan menghapuskan pejuang agama mereka kedepan.
Mereka anak tok imam

Mereka sekolah agama
Mereka ahli Badar sekolah
Mereka naqib Pusat Islam
Mereka mempunyai Ijazah Syariah

Jangan kita lupa sejarah lampau Mesir. Dizaman Anwar Saadat. Menjadi kader dan permata Ikhwanul Muslimin pada awal mudanya. Bila takhta dan kuasa dipegang, beliaulah menjadi diktator yang mendekamkan ramai alim ulama dan kader Ikhwanul Muslimin ke penjara di tengah padang pasir membahang. Tidak sedikit antara mereka menjadi syuhada dimucung senjata dan ditali gantung.



Ajal mereka...

Ditali gantung orang muslim

Dimucung senjata orang muslim

Allah boleh membolak balikkan hati manusia. Tiada siapa yang dapat pastikan bahawa akhiran hidup kita adakah masih Islam. Nauzubillah.

Mereka yang dahulu gencar bersama Islam berbalik menjadi musuh kepada Islam. Penyakit itu biasanya kena pada insanawal pembabitan dalam dakwah adalah insan yang ekstrim dalam pendekatan dan berlebihan. Bukan sedikit insan yang dia lukakan dalam menyatakan sikap. Jadi apabila membuang baju Islam, mereka berbalik melawan gerakan dakwah dengan sikap keras dan ekstrim juga.

" Ana pernah ada didalam tanzim tu. Memang teruk tarbiah dan pembawaan mereka. Pasal itu ana keluar. Ana nasihatkan nta, baik tak payahlah," racun pemikiran cuba disebar oleh seorang yang digelar "x-tanzim".

" Aku tidak boleh berperananlah. Jemaah ini lembab dan bengap," kader yang menunggu sahaja untuk disuap seperti lembu di padang ragut.

Sikap ini telah diceritakan secara jelas oleh Syeikh Fathi Yakan dalam bukunya Yang Berjatuhan di Jalan Dakwah.

Sememangnya faktor kepincangan dakwah itu berpunca dari faktor jemaah tetapi ia bukan satu-satunya faktor kehancuran dakwah, melainkan datang sama dengan pakej lengkap iaitu manusia didalamnya. Hancur dakwah kerana insan didalam dakwah itu rosak dan hancur.

" Apabila pergerakan dapat menjadi penyebab bergugurannya seseorang itu dimedan dakwah, adil kiranya apabila dikatakan bahawa sebahagian besar penyebabnya berasal dari pribadi yang berguguran itu sendiri," Fathi Yakan.

Mereka bukan sahaja tidak menolong mengangkat rumah, tetapi bergantungan bahkan juga menganggu insan yang mengangkat.

Bicara mereka, hanya bicara apa yang patut jemaah Islam itu berikan kepada mereka, bukan bicara apa yang mereka patut berikan kepada jemaah itu. Kitab ulama dihafal didalam benak otak, tetapi berbekas dihati tidak sama sekali. Melahirkan agamawan yang musuh pada Islam.

Kekadang, sikap itu lahir lantaran ada konflik pribadi antara daie'. Jadi ada diantara mereka mengambil pendekatan berusaha menghapuskan gerakan Islam yang pernah mereka perjuangkan.

"Jika mahu terasa hati, ana rasa Khalid Al-Walid lagi patut terasa hati. Dipecat oleh Umar ditengah perang berkecamuk. Tetapi jelas beliau tidak berperang kerana Umar, semuannya hanyalah untuk Allah ," saya cuba menjelaskan.

" Tapi ana bukan Khalid al-Walid, akh," jawap sahabat.

" Habis tu nta jadi Abu Jahal lah ye," cepat benar hati ini mendidih bicara dengan orang yang 'pandai'. Lagi pandai, lagi susah diajar. Hidup bertongkat langit.

Seperti orang melayu kita kata

"Cerdik tidak boleh ditumpang, bodoh tidak boleh diajar"

Ingat, tidak mahu tolong, jangan sekali-kali susahkan.

Nota 1 : Alhamdulillah, Abah dan Milah selamat sampai ke Mesir.

Nota 2 : Orang duk gempa, deme sibuk dengan ilmu kebal. Pi Padang tu, tolong sukarelawan. Dah kebal sangat.

Nota 3 : Saya sekarang kuat membebel. Hati-hati.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

14 comments:

sinar_islami said...

entri ini mengingatkan diri pada rentetan hidup zainab al- ghazali..

antara kata-katanya yg cukup menyentuh hati saat dirinya dikecam oleh pemerintah yg hanya bertopengkan agama..

"Biarlah pemerintah merampas segala harta dan pangkat dunia, tetapi mereka tidak mampu merampas akidah kita. Kerana sesungguhnya risalah kami adalah misi dakwah dan misi para pendakwah. Sesungguhnya kita sedang berada di bawah naungan La ilaha illallahu wahdahu la syarikalah dan Muhammadun Abduhu warasuluhu. Keyakinan ini mewajibkan kita untuk terus menerus berjuang dan berjihad tanpa henti sehingga tertegak daulah Islam, di mana di dalamnya depenuhi oleh ummat Islam yg memahami agamanya, melaksanakn syariatnya dan berjihad mengembangkannya"

Sungguh besar seorang jiwa srikandi dan mujahidah...tapi tak ramai abad ini mampu mengungkap kalimah sebegini...

manusia abad ini...mudah benar tertarik dgn sogokan dunia & kesenangan yg fana dari akhirat yang kekal selamanya... Hidupnya byk meminta..bukan memberi bahkan byk kritikan tanpa membina... lalu tnpa malu melucutkan keimanan dan menconteng arang pada agama..

wallahu3alam.. mga kita dipelihara dari fitnah dunia..

cOkodok said...

alhamdulillah ko bjaye pasan ko kuat mmbebel.. esok gi skola aku nak stat pake earplug dah~ haha

Dr Amad said...

Sinar- Maha benar firman Allah dengan menceritakan pelbagai jenis perangai manusia.

Islam, memang sukar membawanya. Laksana memegang bara api. Tetapi sampai satu masa bara itu tetap menjadi arang, dan pada masa sama tangan kita melepuh. Itulah perjuangan.

Dr Amad said...

Cekodok- Ciskek kamooo...ingat orang lain disentero dunia suka sangat kamo ckp, jaga perasaan je...ekeke.

Igt,ayam bawa dua ketul tau. Nak tapau,gue lapo donk.

Telinga jangan sumbat earplug, sumbat blender plug..baru otai tak sudah..ekeke

nabila-makassar said...

apabila kenikmatan yg dikurniakan Allah membawa'nya' kepada zon keselesaan...malah menjadikan'nya' lebih jauh dengan Allah. sahingga sanggup menjual agama dengan dunia..

"ya Allah tetapkanlah hatiku pada jalanmu.."

lima bintang utuk post ini..(^^)

Dr Amad said...

Nabila- Ada juga nti tinggalkan jejak kat sini...

Jzkk

cOkodok said...

ceit.. tgk lahh.. esok tammo cakap ngan ko dahhh!!

ko dapat se ayam cukup lahh.. kate diet~ haha

Dr Amad said...

Cekodok- Gue tak kisah tanak cakap, tapi kisah tang nak bagi ayam se je tuh...

tolong la...nak dua...plzzzz

Kah3...

littleCALIPH said...

Umat Islam berpecah belah nak tegakkan Islam; Kristian dan Yahudi bersatu padu nak jatuhkan Islam.

Semuanya masalah AKHLAK. Attitude!

Benarlah kata Abu Saif; akhlak bukan lalang.

Humayra' said...

analogi yang baik.

semoga Allah pelihara diri kita dari termasuk dalam golongan yg rugi itu..

Dr Amad said...

Little Caliph- Subjek AKHLAK menjadi subjek terbiar...ada bagus, takda tak kisah.

Sedangkan akhlak itu yang banyak melukakan luka orang mukmin zaman berzaman.

Dr Amad said...

Humayra- Amin, syukran atas ziarahnya

siswi said...

Assalamualaikum..tertarik dgn post ni..mmg betul apa yg dikatakan...kalau tak nak buat jgn pulak menyusahkan org lain..benarlah seperti yg dihuraikan oleh Mustafa Masyur dalam bukunya "Bahtera Penyelamat" ttg hadith Rasul yg mana dihuraikan oleh beliau ttg dugaan pertama- Mukmin yg dengki kpdny...

Rasulullah telah bersabda:- Orang mu'min sentiasa di ambang 5 dugaan yang susah:-
1) Mu'min yang dengki kepadanya
2) Munafiq yang benci kepadanya
3) Kafir yang memeranginya
4) Syaitan yang menyesatkannya
5) Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya.
(Hadith ini di takhrijkan oleh Abu Bakar Ibn Lal dari hadith Anas dalam tajuk Akhlak yg luhur)

Dia mukmin- dia muslim tapi penuh dengan kedengkian. moga kita tak tergolong dikalangan mereka..nauzubillah..

Dr Amad said...

Siswi- Orang menyusahkan satu bab, tapi ada pula sesetengah pejuang menyatakan kita harus redha dengan 'kesusahan yang disangaja itu' diatas nama sunnah...

Pelik sifir manusia ni