Thursday, 8 October 2009

Kerepek Siput H1N1 Sedap...Tunggu Dulu!

Kali ini saya mahu bercerita dan berkongsi hukum dengan pembaca blog amadanaksoleh ini. Kisah tragis ini, bukan kisah saya tetapi kisah sahabat...Hehehe. Aik, kata tragis, kenapa ketawa? Jom sambung cerita.

Petang itu, kami ada tutorial seperti biasa. Entah macamana tutor sebelah ini, lecturer mereka sungguh baik hati dengan belanja pelajar dalam tutor itu dengan kerepek Bekicot. Namanya sungguh comel bukan. Ala-ala, Beckham...

Mereka pun tanpa segan silu, mengambil kerepek itu bahkan dengan penuh kerelaan hati memuji

"Sedap dr..sedap," kata mereka. Masyarakat sering berkata, makanan yang paling sedap itu, makanan percuma.

Itu kali pertama mereka memakan kerepek yang mempunyai nama comel itu. Tetapi tidak dapat disembunyikan jua, hati yang penasaran itu. Jadi salah seorang dari mereka telah mencari di google dengan menaip "BEKICOT"

Dan hasilnya adalah


Bekicot= Siput Babi

Kisah selanjutnya boleh didapatkan dari mangsa itu sendiri. (Cerita sama, cuma ada tokok tambah dialog, untuk membuatkan cerita menjadi comel macam Bekicot)

Hukum Memakan Siput Babi

Hukum ini berlaku untuk semua jenis masakan siput babi, sama ada sup, goreng celup tepung ataupun dibikin kerepek.

Dr Amad : Salam ustaz, ana nak tanya soalan sikit ni berkenaan makanan. Ada kawan ana dibelanja oleh Dr mereka makan kerepek siput babi. Apa hukum memakan siput babi dalam Islam, dan apa dalilnya?

Ustaz Mahadi : Salam...Macamana kerepek itu? Ada kandungannya? Kalau kandungan halal, halal lah jawapnya. Tetapi jika benar dari siput babi, haram kita memakannya.

Dr Amad : Ikut dari keterangan deme, kerepek itu sahih dari siput babi. Kenapa siput babi haram dimakan pulak?

Ustaz Mahadi : Sebabnya siput babi adalah binatang yang kotor, hidup pada tempat yang kotor, makan benda yang kotor. Untuk dalilnya, anta boleh buka Al-Quran, Surah Al- A'raf : 157.

"....,dan menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka..." ( Al-A'raf : 157)

Oleh:

Mahadi bin Mohammad
Pelajar Master Syariah
Universiti Yarmouk, Jordan

Jadi kesimpulannya,

1. Memakan siput babi adalah haram. Tinggalkan yang syubhah dan haram! Kita tidak pernah dengar hukum ini sebab kita jahil, bukan kerana tiada hukum.

2. Hukum halal dan haram satu hal, manusia mahu ikut satu hal yang berbeza. Hukum tidak berubah disebabkan kebiasaan masyarakat itu. Halal itu halal, haram itu haram.

3. Bukan semuanya yang free itu enak.

4. Bagi yang termakan tu, dimaafkan dalam agama. Sebabnya bagi hal-hal yang ada "TER", memang dimaafkan.

Nota 1 : Best tak rasa siput H1N1 tu? ekeke...

Nota 2 : Kembang tekak saya dengan budak-budak ni makan menatang itu. Sup diatas...ermmm

Nota 3 : Ayam ada, kenapa makan siput babi.....hahaha

Nota 4 : Untuk article ini, saya menjadi budak nakal

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

12 comments:

Rafahiah Haron said...

gelak2 je bace entry ni. sungguh terase. tau tak doctor tu dr shamsuddin. naqi kate tu doc pembimbing thesis sheikh. die pun tak tau kot siput babi ni xleh makan. he said 'bagus itu, calciumnya banyak'.

bekicot kot, bukan becikot.heheh.

Dr Amad said...

Cik Rafa- Dah tahu,tadi time dinner,naqi royak...hehe. Dah dr deprt Kimia Medic,mestilah sembang soal calcium sokmo. Mungkin jgk korang menjadi subjek tesis beliau..ekeke.

"Peranan calcium dalam Bekicot untuk menambahkan kebugaran banda" ekekekekeke.

Bila nak pass arnab ni...lama dah xbela.

BaLQisRiZa said...

hehe..sguh gilaks..betul3..ade ayam, nk mkn siput babi..lawak btol..hahahaha

kalau lps ni lecturer farmasi lak nk bg mkn pape, amk, konon2 mkn, msuk dlm beg..blk umah google dulu, br mkn/buang..hihi

Dr Amad said...

Balqis- Tak rasa kembang anak tekak ke dengor org makan kerepek yang mempunyai nama comel tu? ekekeke.

Teringat cerita Mr Bean plak time makan tiram...pi letak tiram dalam beg perempuan sebelah kes tak lalu nak telan benatang tuh...

Jom....hahahahaha

BaLQisRiZa said...

tiram ke? bkn daging mentah?
die g fancy restoran kan? pastu die tak suke mknn tu, die letak kt meja la, dlm roti la, dlm beg pompn la..hahahah

kembang la anak tekak..pg td ade siput babi kt fac, byg die dilenyek lenyek pastu jdkan kerepek..mak aih..mual tekak

Dr Amad said...

Balqis- Tak silap, ada satu tu daging mentah, ada jugak tiram....

Laa...awat tak amik,belai,buka mulut dan telan...fresh dari ladang tu. Mesti banyak calcium...ekeke

Anonymous said...

fuhhhh~
informasi berguna ni

BEKICOT = SIPUT BAB 1..hehehhe

Dr Amad said...

Anony- Ishhhh...sebut slow-slow sikit...malu siput dipanggil babi..=)

DrmohdHafizDentalSurgeon2be said...

xpe..tp lain kali kene perhatikn btul2 mkn kt indon ni..kplbagaian bngsa, budaya & agama 'memungkinkn' variasi mknan..mlh ada sate tokek, ota-ota or otai-otai (smthg like tht, x sure correct pronunciation) adalh dr tikus & haiwan 'exotic' yg lain..nnt gi bndung nsht kpd anda smua,tgk2la kdai2 tu cmne..wslm..

Dr Amad said...

Hafiz- Berhati-hati..itu tindakan yang amat tepat. Bukan semua yang terlintas depan mata, sapu semua...tolak batu dan kayu je.

ummu Masyitah said...

assalamualaikum
Ya Allah..tak terbayang saya kalau tiba2 saya termakan seperti sup @ kerepek di atas..
nampaknya, kena banyak berhati-hati ya dalam bab makanan di sana?

Dr Amad said...

Ummu Masyitah- Mengikut laporan deme yang "ter"makan, kerepek tu masin-masin. Mungkin macam kerepek pisang kot..huhu.

Disini, banyak hal yang kita tak buat,mereka buat. Itu tak cerita lagi kepala ayam celup tepung, kaki lembu masak merah, satay kulit lembu.

Dimensi baru, tak kenal maka tak tahu...

Ahlan Ummu ke sini yaaa