Muaahh...Muaahh...Muaahh
Si kecil, dicium bertalu-talu oleh saya. Entah kenapa ditakdirkan Allah, saya memang suka bahkan mungkin sudah tahap obses dengan budak kecil. Jika pulang ke kampung, dengan anak buah yang ramai, saya boleh dukung dua orang sekali gus.
Dan sekarang bukan soal budak kecil. Saya mahu berkongsi tentang hikmah diam.
Pulang ke kampung cuti kelmarin, saya seperti biasa wajib akan bertandang ke rumah tok. Mahu mencium tangan tok, mahu memeluk tok, mahu bertanya khabar tok dan mahu bergurau senda dengan tok.
" Bakpe Nik Aziz doa sapa nok bagi pecah perut orang. Tu ke ulama. Orang tahu agama dok wat gitu seme," soalan terjah tok.
(Kenapa Nik Aziz doa sampai mahu bagi orang pecah perut? itu ke ulama. Oran tahu agama tidak buat macam itu)
Dan saya, hanya DIAM. Sambil buat-buat main dengan anak buah.
" Patutnya dia dok wat gitu. Abendelah sapa doa gitu seme," tok masih meneruskan soalan provokasinya. Masih tidak berpuas hati tiada sambutan.
(Sepatutnya dia tidak buat macam tu. Kenapalah sampai nak doa macam tu)
" Erm...dok auw gok toki weh. Ami dok dang nok dego doa Nik Aziz. Jadi dok comey nok ulas," jawap saya.
( Erm...tak tahu pulak tok. Ami tidak sempat nak dengar doa Nik Aziz tu. Jadi tidak elok kalau nak komen)
Tok masih mengomel-ngomel.
" Tok dengo dari mana doa tu?," tanya saya.
(Tok dengar doa tu dari mana?)
" Doa dok dengo, tapi duk dengo ulasan dari tv lah,"jawap tok.
(Tak dengar doa, tapi dengar ulasan doa dari tv)
" Owh gitu...tv steseng ape hok tok dengo tuh?,"tanya saya lagi.
(Owh macam tu...stesen tv apa yang tok dengar?)
" TV1 lah," jawap tok sambil ngomel dan ngomel.
" TV1....hehehe...patutlah!," kata dan ketawa saya dalam hati. Mulut masih memilih diam.
Mencari Hikmah Dengan Diam
Jika diikutkan perangai biasa saya, hal seperti ini biasanya akan saya balas dan balas. Berbalas hujah sampailah salah seorang menarik diri.
Tetapi kali ini saya cuba mengubah sikap itu dengan memilih diam.
Kenapa memilih diam sedangkan ada hujah untuk mematahkan soalan itu?
Disini terletaknya hikmah diam.
Melihat keadaan tok yang menyokong tegar kapal layar, pengundi saluran 1 dan pertimbangan akhlak. Saya memilih diam. Buat apa kita mahu bertegang leher, dan melukakan silaturahim yang terbina dengan hal yang kita tidak pasti ketengah ketepinya. Boleh jadi, jika balas dan berbalas hujah akan ada insan yang akan terluka hatinya.
Jadi saya diam.
Dan hubungan saya dengan tok...seperti biasa. Penuh kemesraan dan kasih sayang.
Jika mahu membalas soalan-soalan tok itu, bisa-bisa saja. Saya tahu dan mengambil tahu tentang hal itu. Tetapi bukan untuk kali ini.
Menjawap soalan tok itu bagi saya bukan lagi sampai tahap wajib disisi agama. Tetapi menjaga silaturahim, mengawal akhlak dan menghormati orang tua itu sudah pasti amat dituntut oleh agama. Tiada khilaf bab itu.
Islam dan Hujah
Sebelum saya pergi lebih mendalam, saya mahu ber"mufaraqah" (berpisah) dahulu dengan kes yang tiada hujah tetapi masih mahu menjawap. Itu semacam memperbodoh-bodohkan diri sendiri tanpa sedar. Dikatakan badut pun boleh.
" Islam itu terletak pada hujah!," itu adalah ungkapan seorang pemidato hebat dari satu sosok pejuang Islam.
Benarkah begitu?
Benar!
Ada penambahan?
Ada!
Islam memang tertegak dengan hujah. Tiada keraguan yang dihadapkan terhadap Islam yang tidak mampu dijawap. Satu persatu keraguan dan persoalan akan dijawap semuanya dengan hujah yang kukuh oleh Islam. Itu yang berjaya dikekalkan sejak 1000 tahun lampau.
Tetapi...
Bukan semua persoalan yang ditimbulkan, jawapnya adalah hujah. Ada masa dibenarkan kita berbalas hujah demi menegakkan kebenaran. Ada kalanya, apabila perbincangan itu sudah terkeluar dari batas akhlak yang dibenarkan.
Amarah
Maki hamun
Caci maki
Jika sudah itu keadaannya, memilih jalan diam itu seharusnya menjadi pilihan. Haq yang ditegakkan cara yang batil, tiada nilai disisi Allah. Dimata orang dipandang najis.
Jiwa Daie Otak Faqih
Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat lapan atau dua puluh rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras.Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini?
Kata Hasan al-Banna, "apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum menjaga kesatuan umat Islam?" Kata mereka, solat tarawih itu sunat, manakala menjaga kesatuan umat islam adalah wajib.
Lantas Hasan al-Banna menjawab, "apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat?! Bagi yang mahu menunaikan lapan, tunaikan lapan, bagi yang mahukan 20, bebas juga berbuat demikian".
Itulah sikap dan letaknya pendekatan matang yang seharusnya yang daie ada. Boleh sahaja, dibebelkan tentang hujah dan dalil tetapi itu bukanlah cara yang bijak.
Jadi, kekadang jika sudah malas melayan dan mencari hikmah diam saya akan tutup dengan
"Apa-apa jelah labu..."
Nota 1 : Terpaksa translate Bahasa Ganu sebab ada orang mengadu tidak faham. Tidak diceritakan dalam bahasa ganu, nuansa ganu hilang.
Nota 2 : Cerita Jiwa Daie Otak Faqih diambil dari article Ustaz Hasrizal. Tidak boleh 'linkkan'.
Nota 3 : Kali ini article pendek. Yey!!!
Nota 4 : Bukan lagi article cinta. Kali kedua Yey!!!
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
3 days ago
11 comments:
saya jrg diamm...kalo ad yg x puass hati saya akn bersuara@bertanya....betool..certain2 perkara, kita perlu memilih jln diamm.....
haha..naseb bekk traslate bahasa melayu...saya poon jenis yg jarang diamm, kalo ad yg x puass hati sy akn bersuara@bertanya...dan betool, certain2 perkara@ situasi kite perlu pilih jln diammm...
org tua slaloo kata" diam2 ubi berisi"tp kaloo org yg diamm walaupoon tahu ia nya salah bknla org yg bijaksana~
p/s: nape komen sy sama ngan anynomous??? sbb komen ats tu saya punye..huahuahua..lupe ltk identiti da post..kikiki
Dulu ada tazkirah kat surau, pasal hikmah berdiam dan mengorbankan hak kita utk berkata2, w/pun kita tau kita yg betul. Untuk itu, Allah menjanjikan sebuah rumah di syurga. Pernah dengar tak psl ni, kalo pernah dan kalau itu betul, boleh tak share tentang hadith tu, n dgn explanation skali. Sebab tak tau nak cari kat mane.
Salam.. ye, saya pernah hadapi situasi sebegini. DIAM itu lebih baik. DIAM bukan bermakna kalah. Yang penting, kita ingin menjaga silaturrahim terutama ahli keluarga yang tiada fikrah Islam. Kita boleh tunjuk kehebatan Islam dengan banyak lagi cara lain. Debat bukan satu-satunya jalan. pendek kata, dakwah bil hal itu lagi berkesan. Kalau kita pilih perjuangan Islam, maka tunjukkan contoh yang baik... SAYA PUN BUKAN JENIS SUKA DEBAT. BANYAK DIAM. LAGI SUKA ORANG NILAI SENDIRI KEBAIKAN YANG DI BUAT.. LAMA SIKIT XPE, JANGAN TAK FAHAM SAMPAI BILA-BILA DAH LAA..
Buntu-Kerana itu saya bagitahu awal-awal, sikap saya sebenar adalah jika tahu itu silap, saya akan jawap.Jika sampai berdebat, saya siap.
Dan itu sebenarnya bukan kelebihan melainkan mendatang sama kekurangan.
Jadi menjadi azam saya mengubah sikap tersebut dengan memvariasikan bersama DIAM.
Sikap sebenarnya kita boleh ubah...
Miss Rabbit- Saya pun kurang pasti atau lebih tepat kurang ilmu bab hadis tu..huhu. Tapi ada satu hadis lain yang boleh kita kaitkan dengan diam..
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat BUKHARI & MUSLIM)
p/s:Laksa penang hari tu sedak molek (nak kene translate jgk ke yang ni?)hehehe
Anony- Yup, menjawap atau berdebat bukan satu-satunya jalan dakwah...banyak lagi.
Ada masa memerlukan debat
Ada masa memerlukan kita tunjuk akhlak
Ada masa memerlukan kita belanja
Ada masa hanya senyuman
p/s;Nak mtk tolong ni, next time comel guna nama...nama samaran pun tak pe...anony ini terlalu umum... Undertaker pun okeh-okeh je...hehehe
Salam..
ni kot hadith dia:
"Aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi orang yg meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tgh syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan aku menjamin dgn sebuah istana yg tertinggi bg org yg membaguskan akhlaknya" [HR Abu Dawud, disahihkan al-Albani]
Sungguh,besar sekali hikmah diam itu.
Saya lebih suka berdialog daripada berdebat. Entahlah, mungkin bagi saya berdebat tu lebih kepada mencari kemenangan... berdebat dan berdebat sampai hujah kita dimenangkan.
Masakan Allah menjanjikan istana di syurga andainya hikmah diam itu terlalu kecil...
Bukan untuk semua benda kita perlu menang. Kadang-kadang, mungkin saja kita betul, tetapi orang lain mengetahui lebih daripada kita dan dia juga betul.
Fikir-fikirkanlah...
--diam tak semestinya kalah, menang perdebatan tak semestinya benar--
and Allah knows best.
Serikandi- Terima kasih atas masukkan dan share hadis tu...
Datang-datanglah lagi kesini =)
salam
suka topik nih =D
Orang selalu salah faham antara hipokrit dan toleransi.. Bila seseorang itu diam, tak bermaksud orang tu hipokrit dengan apa yang dia buat, tetapi lebih kepada toleransi untuk menjaga keharmonian keadaan pada waktu itu.
Cik Misi- Salah dan faham...dua hal yang berbeza tetapi saling berkaitan...
Boleh salah kerana tidak faham
my 2 cent...=)
Post a Comment