Thursday 8 April 2010

Bercinta Dengan Buku

Saya berjalan-jalan ke youtube untuk mencari bahan pengisi jiwa dan penguat iman. Dari satu tazkirah ke satu tazkirah, dari satu sedutan video taalim ke satu video taalim. Hati saya tergugah apabila mendengar satu tazkirah seorang ustaz. Tazkirah bukan tazkirah biasa, tazkirah beliau luar dari biasa.

" Orang-orang ikhwan mengatakan Sayyid Qutb itu mati syahid. Dia mati digantung. Jadi bukan mati syahid. Saya nak tanya, Sayyid Qutb itu matinya macamana? ," tanya Ustaz ini.

" Mati ditali gantung," serentak dijawap oleh hadirin didepan.

" Digantung kerana menetang pemerintah. Saya nak tanya lagi, Jamal Abdul Nasser itu Islam atau kafir ?," ditanya lagi oleh Ustaz.

" Islam!," jawap hadiri.

" Menentang pemerintah Islam apa hukumnya?," tanya ustaz.

" Khawarij," jawap anak-anak murid beliau.

" Alhamdulillah antum semua faham, jadi beliau bukan mati syahid," kesimpulan dibuat oleh ustaz.

Simple, ringkas dan mudah sungguh dia menjatuhkan hukum kepada insan yang telah menamatkan sirah dihidup beliau. Dan yang bercakap itu, belum tahu timbul tenggelam penamat hidup nanti.

Saya? mengaru-garu kepala yang tidak gatal.

Bercinta Dengan Buku

Ujian sudah tidak lama lagi akan menjelang, disamping dikelilingi oleh buku-buku pelajaran, saya suka mengambil masa-masa yang ada bercinta dengan buku-buku yang terkeluar dari genre kebiasaan pelajar perubatan.

Dan isu yang dikupas oleh ustaz itu, menguatkan tekat diri untuk membaca dan menyampaikan diri ini terus kepada sumber asal insan itu sendiri. Penulisan Sayyid Qutb!

Cuba mengunakan neraca iman untuk mengali ilmu, cuba mengunakan neraca ihsan membedah isu. Jauhkan diri dari insan yang mengeji tanpa akhlak, jauhkan diri dari insan yang taasub memuji tanpa menjejak. Buku Pengetar Iman di Medan Jihad ku bedah

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Buku Pengetar Iman di Medan Jihad: Tiga Arsitek Jihad Kontemporer ku bedah.


" Ketahuilah, kami mati dan mengorbankan diri demi membela dan meninggikan kalimat La Illaha illa Allah, sementara engkau mencari makan dengan La Ilaha illa Allah!," kata Sayyid Qutb ketika agamawan suruhan pemerintah Mesir meminta beliau mengingati Allah s.w.t sementara menunggu untuk dihukum gantung.

Nota 1 : Mahu memberi, kita harus memiliki. Jadi untuk membuat satu penilaian dan ulasan, kita haruslah banyak membaca. Membaca dan membaca!

Nota 2 : Senarai buku yang menunggu dibedah adalah Happy Ending Full Barokah, Pengantin Al-Quran, Atlas Sejarah Islam, Atlat Perang Salib, Secakir Teh Pengubat Letih, Murabbi Cinta, National Geographic. Baca dan baca. Jom bercinta dengan buku.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

8 comments:

Abu Aiman said...

Dr Amad,
mmg ada 'ustaz2' yg cepat jatuhkan hukum ni. nanti summarize sikit lepas habis baca buku tu ok...
All the best in ur exam.

Unknown said...

Ana agak tertanya-tanya.

Benarkah Sayyid Qutb benar-benar "menentang pemerintah"?

Apakah hakikatnya definisi "menentang pemerintah"?

Angkat senjatakah?
Atau tidak sependapat dan mengkritik pemerintah juga dikirakan menentang?

sinar_islami said...

Berhari-hari duduk membaca buku Zainab Ghazali,
Itu belum lagi sembang2 diwarung kopi dengan warga arab sendiri..
Sungguh mesir ini unik dan misteri..Kisahnya banyak...
itu pun sudah membuka mata..
Yang mana kaca yang mana permata..
Yang mana hak yang mana bathil..

Ilmu harus digali agar kita tidak buta menilai isu...
pengalaman orang terdahulu harus kita kaji...
menerima isu ikut selera sendiri jenayah pemikiran namanya...
Tak semua benda boleh ikut logik akal..

Cth : Kalau orang melayu mesti Islam..hakikatnya murtad pun dah ramai..

Bukan menyentuh isu perkauman tapi nak mengajak kita beringat...
Saya sayangkan bangsa dan deen..
Namun Islamnya pada ic tidak menjamin islam pada peribadi..
muslim dan mukmin dua entiti berbeza...
muslim tak semestinya mukmin..
tapi bila mukmin sudah semestinya muslim..
erm..masih banyak perlu dibedah..
Moga Allah pelihara iman dan pola pemikiran kita...

Menarik Buku Pengetar Iman di Medan Jihad. Kena carilah nampaknya. Sungguhlah buku apatah lagi ilmu itu tersangatlah banyak...

Dialah yang meninggikan kita dengan ilmu..ramai yang belajar mendapatkan ilmu tapi ramai yang kurang memahami ilmu yang dimiliki..Wallahu3alam..

maaf panjang..bila ada nama Jamal Abdul Nasser terpanggil mencoret di sini..

Dr Amad said...

Abu Aiman- Biasalah, deme ustaz tak jantan, mahu bersilat dengan orang yang tidak mampu sudah bersilat kerana sudah menemui Ilahi.

Jadi ustaz, selain dari ilmu, mereka juga harus JANTAN.

p/s: Xm dalam sebulan lagi..doakan

Dr Amad said...

LittleCaliph- Hurm...Sayyid Qutb menentang ketuanan perut, tetapi dimanipulasi oleh media dia menentang ketuanan kerajaan Islam...alahai!

Dr Amad said...

Sinar- Masyarakat sekarang suka pakej...melayu itu Islam. Selain bukan melayu itu bukan Islam. Sedangkan di tanah India dan negara China tempat itu menerima kedatangan Islam lebih awal.

Tapi tidak semua orang tahu...nak tahu cm, dah mereka maleh membaca...

mutiara solehah said...

salam,

Membeli buku, membaca buku itu mmng snng. Tp, part membumikan ap y dibaca itu plng susah...

Mg dpt membumikn dn menyampaikn ap y dibaca(nasihat u diri sendiri jg). Baca dengn mata hati, insyaAllah akn melekat jg dihati. Mg Alla redha selalu =)

Dr Amad said...

Mutiara- Tips mudah untuk mengelakkan diri berkiblatkan semata buku dan bertuhankan penulis buku adalah jangan kita membuat satu kesimpulan yang konklusif tentang sesuatu buku.

Kesimpulan boleh, tetapi satu engagement yang longgar yang patut ditompang oleh beberapa buku yang lain dan diberi pencerahan oleh insan-insan yang mahir dan faham tentang sesuatu isu.