Friday 9 April 2010

Islam Yang Seperti Apa?

Seorang tokoh Islam Liberal Indonesia pernah melontarkan satu persoalan tidak mampu untuk saya tidak berfikir panjang. Ketepikan sebentar title "Islam Liberal" yang bangga dipegang dan perbahasan tentang aqidah Islam liberal tetapi tumpukan menghayati dan fikir tentang wacana yang dilontar.

Menolak tanpa mendengar itu kesilapan

Menerima tanpa berfikir itu kecelakaan

Wacana yang dilontar adalah

" Ada segelintir umat Islam sekarang mengumandangkan tentang kewajiban untuk semua ummat Islam kembali kepada sistem Khilafah Islamiah. Saya mahu bertanya, jika benar sistem khilafah itu terbaik, bukankah Islam itu tersungkur dan dihinakan dizaman khilafah?," kata tokoh Islam Liberal ini.

Pertanyaan ini seakan mengetuk-getuk aqal untuk berfikir. Tidak mampu kita nafikan bahawa sejarah membuktikan Islam itu terpuruk dan dihina sehinanya ditangan Islam menguasai dunia.

Tadabbur saya tentang persoalan ini lama mendekam

Dari satu buku, ke satu buku

Dari satu ustaz, ke satu ustaz

Dari satu pemikir, ke satu pemikir

Sebelum saya masuk kepada pencerahan yang akan dikongsi, mari kita lihat stage-stage sejarah jatuh bangunnya ummah.

Peringkat Kepemimpinan Ummat

Mengikut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Intipatinya adalah, sebenarnya Nabi Muhammad telah memberi pesan dan wawasan bahawa sejarah ummat Islam akan mengharungi 5 peringkat zaman.

Kenabian. Diperingkat ini sosok insan agung bernama Nabi Muhammad s.a.w akan bersama dengan generasi terawal umat Islam. Sinar kegemilangan Islam begitu gencar dan ia seakan air sungai yang mengalir deras tanpa mampu dibendung. Umat Islam begitu sejahtera. Sehingga wafatnya Rasul.

Khilafah di bawah manhaj kenabian. Panji kecemerlangan Islam disambut kemas oleh 4 tokoh khalifah yang agung dan dibantu kuat oleh sahabat-sahabat yang lain. Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. Mereka adalah insan-insan yang mendapat didikan dan asuhan langsung dari Nabi Muhammad s.a.w. Pada awal pemerintahan dua tokoh utama, kestabilan Islam masih terjamin. Tetapi ia semakin goyah apabila masuk kepada dua tokoh yang terakhir. Goyahnya bukan kerana kurangnya iman mereka, tetapi musuh-musuh Islam telah berjaya menyeludup kedalam kubu kental umat Islam. Kafir dan munafik berganting bahu. Khalifah ini ditutup dengan matinya Saidina Ali dibunuh.

Raja yang mengigit ( Malikul Aadhun)
. Disinilah mulanya umat Islam jatuh dihinakan. Khalifah-khalifah yang naik bercampur baur. Ada yang komited dengan Islam, dan ada yang memusuhi suara-suara Islam walaupun dia muslim. Disinilah jua tamadun Islam mencipta kegemilangan dan juga dizaman ini jua tamadun Islam dimusnahkan lantaran tercabutnya "Allah, Nabi Muhammad, Al-Quran dan segala aspek Islam" dalam jiwa-jiwa ummat Islam. Begitu sukar keadaanya.

Masjid Cordoba, masjid yang mencatat sejarah kegemilangan dan sejarah berdarah umat

Raja yang diktator ( Malikun Jabbariyah). Inilah zaman kita. Zaman yang kita hidup dan tinggal. Dan dizaman inilah keadaan umat Islam berada diperingkat yang terbawah. Segala kehinaan dan kesusahan diwarisi pada zaman ini. Zaman yang kita tinggal. Bukan Islam tidak perlu menjalankan tugasnya untuk memenjara dan membunuh umat Islam terutama pejuang-pejuang Islam, cukup tugas mereka diganti oleh rejim muslim yang diktator. Wacana-wacana Islam dipandang remeh, mudah dan dihinakan oleh muslim sendiri. "Poyo", "Bajet maksum", " Bajet Alim". Itu suara-suara sinis muslim kepada muslim. Sungguh ironi.

Adakah ini semua akan berakhir disini?

Sabar!

Ibn Khaldun pernah menaqalkan teori peradaban dunia ini adalah seperti roda. Yang diatas, pasti ke bawah, dan yang dibawa akan kembali ke atas. Hinggalah sampai roda itu berhenti berputar.

Khilafah diatas manhaj kenabian
. Disinilah zaman yang Islam akan berada diatas kembali. Dan sampai dizaman ini sahaja usia dunia akan berhenti, berhentinya seperti roda statik. Dihentikan dengan hadirnya kiamat.

Seperti Apa?

Disini persoalan tokoh Islam Liberal itu kembali mengetuk minda.

Khalifah, khalifah seperti apa? khalifah yang mengigit seperti ribu tahun dahulu? khalifah yang sudah mencabut Islam dalam jiwa-jiwanya?. Jika YA, demi Allah, saya tidak akan sekali-kali berusaha menaikkan khalifah yang membawa fitnah kepada Islam. Tidak akan pernah bersihnya Islam dengan kotornya muslim. Mahu dibangga apa dengan cara pemerintahan Islam seperti itu. Ada non-muslim memerintah dengan Ihsan, kita mahu bangga dengan pemerintahan Islam yang membelakangi Islam? Jiwa saya tidak dapat menerima.

" Ustaz, seperti apa khalifah yang diperjuang dan diperkatakan Rasul itu. Jika khalifah yang seperti dulu bukankah nasib umat Islam sekarang terhina mulanya dizaman khilafah?," saya bertanya kepada tokoh dakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abu Syauqi.

Abu Syauqi (berbaju putih lengan hitam) sedang bersama pimpinan dan kader-kadernya

" Begini Amad, Rasulullah tidak pernah mengatakan spesifik Islam itu akan bangkit dalam bentuk apa. Khilafahkah, republikkah, negara berajakah, itu tidak disebut secara spesifik. Cuma yang dipesan dan dikatakan oleh Rasul, pemerintah itu akan kembali kepada Islam dalam bentuk pengamalan Islam secara keseluruhan. Seperti apa? itu tidak dikatakan secara khusus," terang Ustaz Abu Syauqi.

Saya diam menghadam.

" Bahkan akh, nanti bukan sahaja muslim yang merasakan sejahtera dibawah pemerintahan khilafah dibawah manhaj kenabian, tetapi juga non-muslim berasa begitu selesa dengan Islam. Mereka sendiri yang mahu berada dibawah pentadbiran Islam," sambung Ustaz Abu Syauqi.

Keadaan Bandung

Saya tertarik dengan satu qoute dari seorang adik yang baru datang ke Bandung. Beliau mengatakan begitu syukur kerana 'dicampak'kan ke pulau Jawa ini, dan apa yang beliau syukuri adalah lebih mengenal Islam disini. Bukan ditanah air, tetapi dihulu pulau Jawa ini.

Bersama adik-adik untuk mengucap terima kasih diatas komitmen yang superb program qurban

Pengalaman saya sendiri sebenarnya, sudah empat tahun. Umum masyarakat luar dan khususnya pelajar Malaysia di Bandung. Bergaul dengan senior, kawan dan adik junior dibawah. Saya boleh membahagikan pelajar yang datang ke sini ada beberapa 'spesies'.

Spesies pertama, orang pada dasar dan amalan Islamnya sudah kemas cantik. Dan ini kelihatan tiada masalah, cuma mungkin ada seorang dua yang terbabas.

Spesies kedua adalah mewakili golongan teramai di Bandung. Mereka baru kenal Islam itu di Bandung bahkan ramai yang semangat nak bawa suara Islam walau apa jua keadaannya. Mungkin mereka tidak terbabit dengan dakwah dan tarbiah secara langsung, tetapi lunaknya mereka dengan Islam cukup mendamaikan. Mahu mendengar dan mahu berubah.

Spesies ketiga adalah spesies 'aku hidup dalam blues'. Apa nak jadi diluar, apa yang mahu dibuat tidak diambil peduli. Prinsipnya "Kau kau, aku aku...kubur masing-masing". Tetapi ini semakin berkurang kerana ramai sudah masuk kepada kelompok kedua. Segala puji hanya milik Allah.

Kebangkitan Kedua Islam dari Timur

" Ish teruknya masyarakat sekarang...bilalah Salahuddin yang baru akan muncul?," keluhan umum yang selalu kita dengar bukan.

" Perh...hebat Muhammad Al-Fateh. Kita perlukan orang-orang seperti itu," kata satu pihak.

Persoalan saya, kenapa kita sendiri yang tidak menjadi Salahuddin, kenapa kita sendiri yang tidak mahu memiliki jiwa Muhammad Al-Fateh?

" Alah, aku support belakang jela...aku bukanlah alim sangat pun. Lagipun aku bukan IMAN, bukan BAIK," alasan yang sering terdengar.

Rasulullah menjanjikan putaran akhir dunia adalah milik Islam bahkan didalam hadis Tabrani menyatakan lebih spesifik bahawa kebangkitan kedua Islam itu dari sebelah TIMUR.

Gambar Hiasan

Kita tinggal dimana? TIMUR, Malaysia.

Kita asal dari mana? TIMUR, Malaysia.

Jika itu wawasan dan janji Rasulullah, kenapa mahu melepaskan peluang untuk berada didalam saff kemenangan itu? Adakah anda kira, tanpa anda Islam tidak akan berjaya? Sungguh anda silap, tanpa anda Islam tetap berlari kencang merempuh kebatilan dengan insan yang komited terhadap Islam.

Apabila anda bersyahadah, kewajiban untuk berkongsi Islam itu automatik terbebankan diatas bahu. Ada menyebarkan, dapat pahala. Ada menyebarkan, tetapi anda tidak amalkan itu satu dosa. TETAPI, anda muslim, anda tidak menyebarkan bahkan anda sendiri terlibat dengan kemaksiatan itu dosa lagi-lagi berganda. Tiada alasan...

Kenapa mahu kita beralasan hanya mahu bantu dibahagian belakang. Anda mahu Allah s.w.t berasalan seperti anda didunia? Beralasan Allah hanya dua, jika DIA tidak mahu dimasuk ke syurga, nanti dicampak ke neraka. Mahu?

Pilihan ditangan anda!

"Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa (amanat) yang aku diutus (untuk menyampaikan)nya kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak dapat membuat mudharat kepada-Nya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu." (Surah Hud: 57)

Kepada adik-adik, sahabat-sahabat, selamat datang kedalam saff Islam!

Nota 1 : Ada sahabat meminta saya mengulas penulisan blog orang lain. Maaf saya katakan, saya tidak berminat. Jika anda menganggap apa yang ditulis itu mutiara, ambillah. Jika najis, anda sendiri saya yakin mampu menapisnya.

Nota 2 : Saya tidak rasa article ini 'tinggi', insyAllah anda semua faham. Jika tidak faham, moh bagitahu saya, saya akan terangkan.

Nota 3 : Terima kasih Ustaz Abu Syauqi atas pengisiannya.

Nota 4 : Antara yang dirujuk adalah slide PERMAI, Ustaz Hasrizal

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

15 comments:

3rdmarch said...

Salam syeikh~

Hebat sungguh perancangan-Mu!
Tiada seorang pun yang tahu
Yang Maha Mengetahui hanya diri-Mu
Syukur kerana diberikan rasa mahu

Dr Amad said...

3rdmarch- Wslm...

Dok reti nak balas pantun neh...huhuhu

Khairul Nadzir said...

JZKK..
sangat mantap perjalanan enta ye di sana,..

sejak menjejak kan kaki di bumi ireland, byk pengisian yang ana dpt tentang islam apabila menjadi golongan minoriti di sini, dan keluar dari kepompong bumi Malaysia,..

Bukan mahu melabel islam yang tipis di bumi sendiri, tapi fikiran lebih terbuka bila berada di bumi asing..

moga entri2 enta dapat membantu ana dalam mencari kemanisan islam..

SALAM PERJUANGAN!

sinar_islami said...

Alhamdulillah...
penulisan yang bermanfaat...
Dapat la input dan kupasan stage jatuh bangunnya ummah...
Kita kena bangun dari lena...
Kena bekerja..bukan goyang kaki lagi..
nampaknya fenomena ini banyak dipengaruhi oleh kesedaran dan sikap ummah islam sendiri...

"Dan barangsiapa yang mengambil Allah, rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang"

(Surah Al-Maaidah :56)

wallahu3alam...

Dr Amad said...

Khairul- Cerita hal manis memang best, tapi tang pahit itu agar sukar nak tune nadanya menjadi neutral atau nada gembira.

Bicara bab agama, dicaci bajet maksum, bicara bab negara dicaci tidak patriotik. Yang mencaci bab agama itu pula senang bicara bab dalam kain, dan yang mencaci tidak patriotik idak pula berbaju kurung setiap masa...senang baju adik.Sukar nadanya untuk tune gembira bila menyentuh bab ini.

Perlukan masa dan kesabaran akh...

Disaat ramai pelajar menjumpai Islam diluar negara, ramai juga pelajar yang menjumpai 'berhala' diluar negara. Tugas kita masih berat, panjang, dan sukar.

Semoga coretan ana ini, menjadi saksi diakhirat nanti dalam usaha ana melunaskan tanggungjawap ana as muslim.

Wslm perjuangan!

Dr Amad said...

Sinar- Hasil perbincangan dengan Ustaz Hasrizal...

Kejatuhan ummat ini adalah bukan kerana kuatnya musuh, tetapi lemahnya kita.

Dan kebangkitan ummat itu bukan kerana lemahnya musuh tetapi kuatnya kita.

Kembali kepada persoalan KITA.

Dr Amad said...
This comment has been removed by the author.
EdAlia said...

Salam..
Kupasan yang sangat baik Dr Amad. Tambah semangat lepas baca entry ini. Bangkit! Mari kita ramaikan saff Islam.

Dan sebagai mahasiswi yang belajar di IPTA di Malaysia, diakui, memang disini 'suara' perjuangan memang tidak kuat, masing-masing buat hal sendiri. Alhamdulillah saya bertemu dengan rakan-rakan blog yang 'memanggil' saya.. Harus mujahadah dan istiqamah, InsyaAllah.

Syukran atas perkongsian. Salam perjuangan!

Unknown said...

Salam,

"tanpa anda Islam tetap berlari kencang merempuh kebatilan dengan insan yang komited terhadap Islam."

Diri bermuhasabah kembali..

Timbul beberapa persoalan, kbngkitn kedua Islam dari timur. Bleh tau hadis penuh psl ni?

"Disinilah zaman yang Islam akan berada diatas kembali. Dan sampai dizaman ini sahaja usia dunia akan berhenti, berhentinya seperti roda statik. Dihentikan dengan hadirnya kiamat."

Means, adkh Islam sperti zmn khilafah di ats man haj kenabian itu akn kmbali sblm brlakunya kiamat?

Mohon pencerahan...

Dr Amad said...

Edalia- Jika kereta Malaysia perlukan minyak RON95, kita as pendakwah perlukan tazkirah-tazkirah sebagai minyak pembakarnya.

Wslm perjuangan!

Dr Amad said...

Wan Afifah-

Dari Tsauban R.A, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas salju. (dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim) (dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti)

Mengikut apa yang saya belajar, stage terakhir kepimpinan Islam itu adalah khalifah diatas manhaj kenabian. Penutup akhir stage ini adalah datangnya kiamat...tiada lagi selepas itu...

mutiara solehah said...

Dr Amad: terima kasih ats pencerahan.. Mg Allah redha selalu..

Dr Amad said...

Mutiara- Sama-sama...semoga terus semangat...

Abu Aiman said...

Salaam,
Tetapkan pendirian walau dicaci tercaci. Apa saja yang berkaitan dengan quran & sunnah ni sering dipandang pelik, out dated, tak boleh diterima dsb. Bukan suatu yang mudah untuk mengamalkan sunnah di zaman ini, apatah lagi mengajak orang lain mengamalkannya sama.

Pernah dengar satu ceramah, tentang bermulanya kebangkitan umat Islam nanti sekitar kurun ke 16H. Kalau benar, maknanya kita akan terus ditindas dihina selama 70 tahun lagi. Wallhu A'lam. Namun bibit-bibit kebangkitan mungkin sedang bermula, dengan lahirnya generasi2 muda yang mahu kepada Islam, yang perjuangannya memang sukar. Namun insyaAllah berbahagialah mereka2 yang mahu masuk ke dalam saff Islam, seperti seruan Dr Amad...

Dr Amad said...

Abu Aiman- Awal menekan juga, bila sudah lama dan acap kali, diri dah mangli.

Jika tidak berminat, duk diam-diam ok lagi. Ini dah la tidak berminat, menyusahkan pula tu. Dunia...dunia.

Mungkin juga esok atau lusa ataupun 100 tahun lagi,itu semua didalam pengetahuan Allah. Tugas kita adalah make it on track.

Lihat kebajetan ummat, menyakitkan juga. Tapi lihat kiri kanan atas belakang bibit kebangkitan Islam itu cukup-cukup jelas riaknya...So diri semakin percaya dan semangat!