Wednesday 21 April 2010

Sahabat Lihatlah Resmi Padi


Disatu sudut dalam dewan, kelihatan seorang sosok lelaki yang sedang ralit menyusun kerusi-kerusi. Kerusi disusun lantaran akan ada nanti majlis yang melibatkan ramai orang.

Tanpa beliau sedari, perbuatan menyusun kerusi itu dilihat oleh orang ramai. Mereka datang dan menegur beliau.

"Ya syeikh, kenapa anda menyusun dan membuat semua ini. Bukankah hal-hal seperti ini kami yang perlu lakukan dan bukan insan seperti anda. Anda bukan dibawah menyusun kerusi tetapi anda diatas menunggu disusunnya kerusi," begitulah kata prihatin masyarakat kepada beliau.

Melihat dari ungkapannya, sudah mestinya insan yang sedang menyusun kerusi ini adalah satu figure yang hebat, penuh karisma dan dihormati oleh ramai orang. Sahabat mahupun lawan.

"Erm, saya sebenarnya melakukan tugas menyusun kerusi ini kerana saya tidak pasti mana satu amalan saya akan diterima oleh Allah s.w.t. Mungkin sahaja anda melihat saya hebat berpidato membangkitkan ummah, tetapi ada riak dalam diri. Ia tertolak. Mungkin sahaja anda melihat saya hebat berdakwah tetapi tidak ikhlas dalam hati, ia tertolak. Jadi mungkin menyusun kerusi boleh jadi menjadi satu asbab saya ke syurga," jawap tulus dari sang murabbi.

Siapa beliau?


Beliau adalah As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Tanyalah kepada sesiapa sahaja yang terlibat dengan dunia dakwah dan tarbiah, pasti membicarakan sosok pribadi tokoh ini tidak pernah tertelewatkan.

Insan yang masyhur dengan keimanan yang kental, pribadi yang zuhud, laungan jihad yang membakar, sentuhan hati yang lembut dan pidato yang memukau, itulah beliau. Semua itu dibayar dengan harga yang mahal iaitu syahid dihujung pistol sang tirani.

Luruskanlah

Luruskan niatkan itu

Saya membawa kisah ini kerana ingin mengajak diri, sahabat-sahabat dan pembaca semua kembali merenung kepada persoalan terpenting dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Saya tidak habis fikir bila memerhatikan pendakwah mendakwa cara mereka, perbuatan mereka bahkan dakwah dan tarbiah mereka terbaik dengan meremehkan orang lain.

Saya tidak habis fikir bila memerhatikan sahabat memandang rendah pekerjaan mereka itu kerana tidak dikepilkan sekali title agama pada kerja itu.

Saya tidak habis fikir bila memerhatikan insan yang melakukan sesuatu perkara tetapi dimulut masih mengeluarkan kata-kata yang dalam nada mengeluh.

Saya tidak habis fikir bila memerhatikan masyarakat mencemuh dermawan memberikan sumbangan tetapi dalam bentuk cek sebesar 'alam'.

Tidakkah kita pernah mahu fikir, semua amalan dan perbuatan itu bergantung erat dengan satu prinsip beribadah didalam agama Islam iaitu IKHLAS.

Mungkin sahaja dicemuh dermawan dicemuh oleh masyarakat kerana sumbangan disorok jutaan media, tetapi niatnya lurus ikhlas. Ia diterima sebagai amal oleh Allah s.w.t.

Mungkin sahaja anda bekerja sebagai menyapu sampah dalam satu majlis besar, tetapi niatnya lurus ikhlas. Ia diterima sebagai amal baik oleh Allah s.w.t.

Mungkin sahaja anda memberi sumbangan sebagai menjadi pengurus lawatan yang tidak ada sama sekali dibuat atas title persatuan agama tetapi niatnya lurus ikhlas. Ia diterima sebagai amal baik oleh Allah s.w.t.

Mungkin sahaja anda menyangka andalah yang berbaik, terhebat, tersusun dan segala TER didalam perjuangan Islam, tetapi tidak dilandasi dengan niat tulus ikhlas. Ia tidak akan dipandang mahupun sekilas oleh Allah s.w.t.

Nama kita mungkin tidak popular dikalangan masyarakat umum, kerja buat kita mungkin tidak diketahui oleh rakan dan teman, kita adalah UNSUNG HERO pada mereka tetapi kita adalah insan yang disayangi Allah s.w.t bila diukur dengan amal perbuatan ikhlas.

Tidak cukupkah sirah syahid dimedan jihad sahabat Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w yang kita tadabburi? Beliau tidak dikenali dikalangan sahabat, tetapi apabila darah membasahi bumi, nyawa berakhir dimata pedang musuh. Pada saat itu...

Pada saat itu, Arasy Allah bergegar dan semua malaikat menangis dengan pemergian syuhada dan bidadari tertunggu-tunggu wira mereka di syurga!

Beliau bukan SESIAPA dikalangan manusia, tetapi nama beliau adalah gah dimata penghuni langit.

Persoalanya...

Kita SIAPA?

Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Jangan seperti kain buruk, ayam tidak patuk, itik tidak sudu.

Pujian tidak menambah, cacian tidak mengurang.

Bimbang...bimbang

Sangkaan kita yakin menyatakan akhir hidup adalah di syurga sedangkan sebaliknya, Nauzubillah. Dan jika sangkaan kita yakin menyatakan akhir hidup adalah di neraka, nerakalah jawapnya!

Allah is my CEO!

"Dari Amirul Mukminin, Umar bin Khatthab radhiallahu 'anhu, beliau berkata: Sesungguhnya seluruh amalan itu bergantung pada niatnya dan setiap orang akan mendapatkan ganjaran sesuai dengan apa yang diniatkannya. Barang siapa yang berhijrah karena Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya menuju keridhaan Allah dan rasul-Nya. Barang siapa yang berhijrah karena mencari dunia atau karena ingin menikahi seorang wanita, maka hijrahnya tersebut kepada apa yang dia tuju." (Hadis Bukhari No 1)

*Saya tidak aneh melihat melihat hadis ini diajurkan oleh ramai ulama untuk diletakkan pertama sekali didalam setiap perbahasan kitab syarie' kerana bersangkutan dengan keseluruhan natijah kitab-kitab itu...persoalan niat*

Nota 1 : Saya ada menyiapkan satu article menyentuh sikap dai'e dalam silap letak sikap tentang politik tetapi amat panjang. Mahu baca?

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

12 comments:

Nadzir said...

Allahu Akbar..

Terima kasih, sangat terkena dlm diri ana..

Ana nak berubah!

Dr Amad said...

Nadzir- Terkena apa? huhuhu

Unknown said...

"Nota 1 : Saya ada menyiapkan satu article menyentuh sikap dai'e dalam silap letak sikap tentang politik tetapi amat panjang. Mahu baca?"

Nakkkk!!!

sinar_islami said...

Erm..
kadangkala lebih baik kita kurang dikenali oleh masyarakat tapi makhluk di langit mengenali dan mendoakan kita...
kerana alangkah rugi, dikenali masyarakat umum tapi di sisi Allah tiada, apatah lagi tiada makhluk mahu mendoakan kita..
Bila insan mengaku daie..hatinya perlu lebih zuhud dan rendah diri

kadangkala jelek dengan perangai manusia suka menghukum dan menilai orang lain..Bukan mahu membantu tapi seronok melihat kawan dijatuhkan..Na'uzubillah..Moga dijauhkan..

Niat tu sangat tersembunyi..rahsia antara hamba dengan Rabbnya..

Allah..Allah..
terasa jauh lagi peribadi ini untuk dimuliakan disisinya..
Bila mana mujahid besar masih rasa dirinya serba kurang, layakkah kita rasa serba cukup?
Oh TIDAK LAYAK!

wallahu'alam..kepadaNya kita kembali..

Dr Amad said...

LittleCaliph- Sabar naa...nak touch up sikit untuk make sure pembaca tak bosan dengan article berat dan panjang tu =)

Dr Amad said...

Sinar- Putar-putar ia kembali kepada masalah sikap...

Jika merasa diri cukup itu tandanya diri masih belum cukup...jangan sekali-kali lupa itu. =)

Unknown said...

Teringat seorang murabbi ummah - umurnya hampir mencecah 80 tahun.

Seorang muassis dan mursyid am sebuah gerakan Islam yang punya ribuan anggota di seluruh dunia.

Beliau juga seorang mudir di sebuah sekolah agama.

Satu hari, dengan Izin Allah, sebuah tandas tersumbat di sekolah tersebut.

Tahu apa yang dilakukannya?

Dicelupnya tangan beliau ke dalam lubang jamban yang 'dihiasi' dengan najis pelajar sekolah untuk buang benda yang menyumbat jamban tersebut!

Kami sampai sekarang segan nak guna toilet tersebut; sebab tidak proaktif (baca: lambat bertindak) seperti murabbi itu.

Malu, sheikh. Malu!!

Abu Aiman said...

ikhlas is the keyword here... and it get backs to niat... and it must be accommpanied by 'kerana Allah'...

Pengakhiran kita hanya dua, syurga ATAU neraka, maka pilihlah yang pertama dan berusahalah kearahnya.

Dr Amad, nanti kalau dah jadi orang hebat jangan lupa turun bawah, susun kerusi sama2 dan salam2 dengan ana yer. ;)

Dr Amad said...

LittleCaliph- Ana tahu siapa beliau. Dan memang hasrat dari dulu lagi nak bertemu dan mengambil mutiara pengalaman dari beliau. Mungkin sahabat-sahabat boleh kenalkan ana dengan beliau...=)

Dr Amad said...

Abu Aiman- Caption yang last kuat ngepam tow...ekekeke

Unknown said...

InsyaALLAH, no problem. Any time.

Ustaz memang welcome orang mari bersilaturahim dengan dia.

Contact ana pun bleh. Bleh arrange ziarah sama-sama.

Dr Amad said...

LittleCaliph- Bereh bos...ambe kelik cuti nanti, try cari ruang jaulah ke bumi para pejuang, Matri tu....=)