Wednesday 14 April 2010

Sang Luncai Si Robot Islamic

PERMAI (Gambar Hiasan)

"Amad, saya ada masalah sikit. Jadi nak mintak pandangan sikitlah," disapa oleh seorang teman.

"Boleh je, apa masalahnya?," saya menjawap. Kebetulan pada masa itu ada masa luang.

"Gini, saya sekarang tengah set up satu persatuan agama kat tempat saya belajar ni. Sebelum ini tak ada lagi orang yang mula, jadi kalau boleh saya nak cuma set up macam IMAN dan BAIK kat Bandung tu. Dan disitulah masalahnya," beliau mula membuka bicara.

"Baguslah macam itu, tapi apa masalahnya? cerita bior habis," saya cuba menggali lebih mendalam apa yang dipermasalahkan, agar tidak tersasar memberi komentar separuh masak.

"Macam dikatakan tadi, sebelum ini tiada orang berminat nak buat kerja dakwah ini. Jadi kiranya kami memang betul-betul mula dari awal. Saya sudah berjaya kumpul muslimat beberapa orang, tetapi menjadi masalah diperingkat muslimin. Bukan tidak ada orang bagus, ramai, tapi bila saya minta join sama, nak tahu apa mereka kata?," dia cuba menduga.

"Dah tak cerita, mana le saya tau," jujur menjawap.

"Kami boleh join persatuan Islam ni, tapi pastikan jangan ada muslimat. Itulah yang mereka demand dari saya. Jadi, macamana nak buat ni Amad? Saya tak tahu, tapi keperluan persatuan Islam kat sini memang betul-betul diperlukan. Banyak sangat hal perlu diperbetulkan," akhirnya sampai ke akarnya.

Gambar Hiasan

Tetapi, saya apabila mendengar begitu, hati tiba-tiba jadi panas.

"Amboi deme, nak Islam, Islam sesekor. Habis tu muslimin je nak masuk syurga, muslimat deme nak suh jadi setan ke?," melepaskan kemarahan dalam bentuk soalan. Tetapi soalan itu tidak perlu dijawap kerana ia dalam bentuk pernyataan.

Syadid tidak bertempat!

Perlu Sedar Diri

Setelah menulis beberapa article yang bertajuk haraki, pertubuhan dan persatuan, saya banyak mendapat soalan-soalan yang berkisar tentang haraki tetapi masalahnya berbeza-beza hanya bagi saya ia berpunca dari akar permasalah yang sama.

Mahu mendabik dada saya pandai berilmu dalam hal ini tidak pernah terdetik dihati, hanya saya sendiri secara pribadi mempunyai pengalaman didalam pembinaan dan pengukuhan satu gerakan Islah dibumi Bandung diperingkat awal.

Dari tiada jadi ada.

Itulah pengalaman seciput yang saya ada. Oleh kerana itu, persoalan-persoalan yang dikemukakan kepada saya, suka saya menjawapnya dalam bentuk cerita pengalaman diri saya sendiri dari qoute dari kitab itu dan ini. Saya menginsafi kekangan diri untuk hal itu.

Dewasakan Diri

Soalan yang dikemukan kepada saya itu, sebenarnya amat dekat dengan hati dan pengalaman saya sendiri. Pengalaman pahit manis di Bandung.

Sebelum datang kesini, umumnya apabila mendengar pertubuhan mahasiswa. Namanya cukup gah dan mantap penuh dengan idealisma. Jika yang pertubuhan tanpa memegang jenama Islam sudah begitu, apatah lagi idealismanya pengeraknya adalah Islam. Harum wangi gah cerita-cerita yang hinggap ditelinga saya.

Jadi menjadi satu kesungguhan dan keazaman apabila menjejak dan memegang title mahasiswa untuk saya sekurang-kurangnya mahu menumpang sama. Dan sudah semestinya mahu bergerak dibawah persatuan Islam.

Disaat itu, hasratnya sekadar menumpang, bukan lagi penggerak, apatahlah pemula. Tidak pernah terfikir.

Jauh meninggalkan ibu abah dikampung, terbang ke bumi intelek Jatinangor, Bandung demi mencari sekelumit ilmu Allah.

Benarlah kata orang tua-tua, langit tidak selalunya cerah.

Sampai kesini, semuanya bertukar sebaliknya. Persatuan agama hilang taring, dan sebenarnya dari dulu lagi tiada taring. Anggotanya ada seciput, dan kerjanya sebatas membuat bacaan yasin untuk pelajar menduduki peperiksaan, dan menjadi pembaca doa bagi majlis pelajar. Buka dengan doa, tutup dengan tarian.

Suasana yang baik dan sejahtera sukar didapati. Mahu contohi abang dan kakak, itulah yang ada tinggal serumah tanpa ikatan. Mahu contohi abang dan kakak, itulah yang banyak bergendong berpegang tangan kehulu kehilir. Mahu contohi abang dan kakak dalam aspek beragama, itulah menjadi first line menentang orang beragama. Mahu berusrah? apa itu usrah?!

Itulah keadaan segelintir pelajar dahulu. Menjadi sejarah yang patut kita sama-sama muhasabah.

Takkan tak ada orang yang mahu pada agama?

Ada, tetapi seperti pernah dinaqalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, golongan itu hanyalah sedikit tambah bermacam ragam.

Kaki games, itulah semangat untuk bawa Islam.

Bercouple, itulah semangat untuk bawa Islam.

Tidak bertudung labuh, itulah semangat untuk bawa Islam.

Berpakaian pas-pasan, itulah semangat untuk bawa Islam.

Orang yang suka lari dari usrah dulu, itulah semangat untuk bawa Islam.

Itulah generasi awal disini. Sememangnya ia satu kekurangan yang perlu dibanteras tetapi jika betul kita faham dan berfikir panjang, sudah memang dikatakan jalan dakwah itu adalah jalan yang panjang. Hasilnya mungkin saja bukan semasa kita, mungkin juga 10 tahun akan datang. Kerja perlu tetap jalan.

Hanya sedikit, datang liqa' pun bertopi sudu bukan kopiah (Gapo pun masih kurus masa ini, ahaks!)

Kekurangan dan kesilapan itu adalah satu input, tetapi yang perlu ditekankan adalah proses, kerana natijah baik dari satu proses yang mantap adalah insan yang mempunyai Allah dan Rasul didalam dirinya.

Disebabkan itu, diperingkat saya sendiri, saya tidak kisah sama sekali orang yang berada didalam IMAN, BAIK bahkan mengikut usrah, taalim, tamrin, jaulah, mukhayyam itu tidak bertudung, berseluar pendek, rambut kuning, rantai besi dileher. Kerana semua itu adalah input, dan kewajipan pendakwah menekankan kepada proses.

Sudah semestinya hasrat kita mahukan outputnya adalah output yang mendamaikan hati, kebanggaan kepada Rasulullah, kesayangan Ya Rahman Ya Rahim.

Saya akan kurang percaya kepada kuasa paksaan tetapi saya lebih percaya kepada kuasa pemahaman dan sentuh hati. Kerana pemahaman itu menghadirkan kelangsungan, sentuh hati menumbuhkan ikhlas.

Biarlah Luncai Terjun Dengan Labu

Apa yang kita mahu harapkan lebih dengan gerakan dakwah yang masih mahu belajar bertatih?

Apa yang kita mahu harapankan lebih dengan gerakan dakwah yang umurnya setahun jagung?

Apa yang kita mahu harapankan lebih dengan gerakan dakwah yang baru mengenal huruf?

Mereka yang tidak mahu muslimat terbabit dengan alasan ikhtilat, mahu bercakap dengan muslimin dengan nada sarjan dengan prebet adalah mereka yang mahu melihat Islam itu bangkit dalam masa satu hari. Pejuang mee segera. Manusia seperti ini, berdasarkan pengalaman, merekalah yang awal sekali kecundang.

Saya tidak dapat bayang, jika syarat pertama yang saya dan sahabat-sahabat lelaki letakkan untuk membuat kerja Islam ini adalah "TIADAKAN MUSLIMAT!". Mahu kemana muslimat? Zoo Negara? Kerana ralitnya dimedan sebenar, 100 muslimat tanpa muslimin mengalami kesukaran melakukan aktiviti. Tetapi jika ada seorang muslimin yang komited, beliau mampu mengerakkan 100 muslimat untuk berkerja. Kerana semedikian fitrahnya lelaki itu adalah memimpin.

Jika liqa sudah niatnya mahu lihat muslimat, dapat melihat muslimatlah habuannya. Syadid terhadap muslimat tidak tentu hala, itulah makhluk yang naik 'syeikh' jika diuji dengan kehadiran wanita. Muslimat yang nada 'arahan kawat' apabila bercakap muslimin itulah minah yang angau tidak tidak berjejak jika nanti diuji dengan muslimin.

Luruskan niat. Islam dan perjuangan itu perlu diasing dengan kepentingan pribadi. Apabila masuknya kepentingan diri, nescaya binasalah dakwah itu. Jika berdakwah untuk mencari redha-Nya, insyAllah kena pada cara, itulah yang kita dapat. Penambahbaikan dan 'precaution' itu wajib diteliti saksama dengan mengambil kira keadaan dan sedar diri. Tetapi jangan pula sampai syok berdakwah, bertempuk tampar, bergurau tanpa batas, sms tanpa sebab. Saya berlepas diri dari akhlak batil itu.

"Agama ini dibina di antara dua jangan. Jangan melampau, dan jangan cenderung kepada orang-orang yang zalim," Hasan Basri

Dakwah satu seni, seni ini hanya dapat dilihat dengan manusia berjiwa manusia dengan suluhan Ilahi bukan manusia berjiwa robot yang geraknya diaturkan mengikut manual program.

Jika mahu jadi robot, biarlah robot pejuang!

Elakkan menjadi robot Islamic kerana fitrah Islam itu adalah memerdekakan jiwa.

"Macamana nak buat ni Amad?."

Biarkan mereka, anda kumpullah orang yang berminat dengan Islam. Usah difikirkan bagaimana keadaan awal mereka mahu berkerja, kerana minatnya mereka kepada Islam walaupun dengan rambut kuning, pusat bertindik, seluar rabak itu adalah anugerah akhir zaman yang kita perlu hargai. Mereka yang bertudung atau berkopiah mahu memandang sinis, biarkan mereka. Biarkan dan bersabarlah wahai sahabatku.

"Sesungguhnya barangsiapa bertakwa dan bersabar, maka sungguh, Alllah tidak menyia-yiakan pahala orang yang berbuat baik" (Surah Yusuf:90)

Amad ! Itu 'luncai' mahu terjun dengan labu-labunya...

Ayuh dendangkan lagu

Biarkan...biarkan...

Nota 1 : Saya masih menunggu statement pejuang negara dan pejuang Melayu tentang isu APCO. Jika saya dituduh tidak patriotik, tidak cukup melayu, anda harus buktikan diri itu muslim kerana di akhirat tiada syurga Melayu, syurga Malaysia.

Nota 2 : Seksa sungguh thesis Moveen, pagi buah, tengahari sayur, malam nasi separuh...tapi dua kilo beb untuk 3 hari =p

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

9 comments:

Al-Tuah Al-Shahab said...

salam,
org slalu nk senang je,
xnk yg ssh,
even dlm berdakwah..

nk jd pendengar je,
sbb mudah;
nk bagi taklim kosong,
sbb malas meng'isi' hati;
nk terus ramai yg ikut taklim,
sbb malas nk ajak org lagi;
nk laki je sume,
sbb ssh nk kawal hati dpn perempuan..

padahal,
yg bestnya bila selepas ssh tu,
selepas kita berjaya menawan yg ssh..

dlm buat kebaikan mmg ssh,
mana bleh nk sng je..kan?

p/s: maaf panjang sgt, hehe

Dr Amad said...

Tuah- Orang kampung saya sebut "No sweat!"

Dunia ni tempat orang nak bersusah payah, sebab diakhirat mereka akan bersenang-lenang.

Jadi...dipilih...dipilih.

p/s: takpe, saya nak lagi panjang...serius =)

Abu Aiman said...

Salaam,
Ramai juga mereka yang zahirnya tak islamik, tapi cenderung kepada Islam, cuma tak mendapat dorongan sepatutnya dan tak tahu nak cari kat mana. Kena cara dakwahnya, kembalilah mereka kepada fitrah. Yang susahnya bila ada set2 melampau atau macam bagus tu, semua nak express.

Dr Amad said...

Abu Aiman- Selagi kita belum kenal mereka, jangan kita letak prasangka walauapa pun mereka.

Ini kes banyak makan currypuff segera dan roti canai, jadi nak berdakwah pun express.

p/s: Suka tengok komen-komen orang hebat cm Abe ni...simple tapi bermakna.=)

Abu Aiman said...

Dr Amad,
ana tak hebat mana pong, pengalaman pun tak banyak. cuma dah pernah melalui zaman2 tersebut.

Betul lah, banyak sangat bende segera sekarang ni. Tapi yang segera tak sesedap yang ori, biar lambat asal sedap dan ingat sampai bila2.

Dr Amad said...

Abu Aiman- Pengalaman tu yang mantop tu..bukan semua orang ada.

sinar_islami said...

Terasanya bila orang tak mau buat dakwah sebab ada wanita...
penting wanita ni...
kalau dibiarkan nahaslah negara...
sebabnya...
kalau nak tengok bagaimana keadaan sesuatu bangsa or negara pada masa akan datang tengoklah keadaan wanita2 dia...
Maka tidak dapat tidak...wanita ni perlu diajak berdakwah...kena juga dibasuh minda mereka...kena disiramkan dengan iman..

panas pula keadaan sekarang =)
summer dah tiba waktunya..

Erm...tapi gunalah akal dan kaca mata syarak dalam bekerja...

ikhwah+akhwat=sinergi=succes in dakwah

cara macam mana..itu kena bincang...

Wallahu3alam

Dr Amad said...

Sinar- Jzkk atas input yang mantap dan menarik...mungkin boleh kupas cara di blog saudari pula...

sinar_islami said...

Pramatang lagi ni kalau ana nak kupaskan...
mungkin tuan punya blog dulu...
pengalaman banyakkan...=)