Monday 21 June 2010

Bersama Dr Syed Haleem, Satu Coretan Pribadi

Poster program, air tangan Awang...Versi Kapal Mavi Marmara

Juga dari Awang, Versi Dr Syed Haleem

Melihat update terbaru di Facebook rasmi LifeLine 4 Gaza yang memuatkan jadual terbaru roadshow relawan kita diseluruh Malaysia, membuat hati saya terdetik.

"Apa kata, kali ini kita cuba bawa mereka di Bandung pula, biarlah cerita mereka dapat sampai ke pengetahuan kepada semua," detik hati saya. Saya cuba mendapatkan maklum balas pelajar disini menerusi Facebook juga. Ramai yang memberikan respon positif dengan meng'like' dan memberik komentar.

Ada satu kekangan lagi!

Di Bandung sekarang, majoriti pelajar berada didalam bulan peperiksaan. Hanya tahun ke-4 Fakulti Kedokteran yang sudah selesai dan hanya menunggu melangsaikan thesis sahaja. Ralitnya, bila disebut tahun ke-4, sinonim dengan tahun pencen untuk segala aktiviti. Mengikut track record terdahulu usahkan mahu menjadi penganjur program, untuk sekadar menghadiri program banyak alasannya.

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Gol!!!!!

Terdengar jeritan sahabat diruang tamu. Demam piala dunia melanda. Dan rumah saya untuk kali ini menjadi port menonton perlawanan bola. Saya keluar dan terus bertanya kepada kawan-kawan CGC lain.

"Nok panggil relawan LL4G dok mari sini? Tapi kalau nak panggil takdok orang lain dah kena urus, kitalah. Budak-budak ramai duk exam," saya bertanya kepada teman. Meminta pandangan.

" Hah, boleh je. Kali ini CGC yang lead pula," kata teman. Yang lain semua mengiyakan dan bersemangat.

"Kita kena bagitahu orang luar, CGC bukan kelab songsang 'itu'," gurau seorang teman lain.

Saya seakan mendapat semangat baru, dan terus menghubungi sahabat yang soleh Ustaz Muzakkir dan seterusnya saya berurusan dengan seorang pakcik yang terkenal dengan eksistensi dan komitmen dalam dakwah, Pakcik Solahuddin. Perbincangan cukup singkat, sehingga keesokan paginya, penceramah dan majlis conferm.

Tetamu kami kali ini adalah Dr Syed Muhammad Haleem, beliau adalah seorang doktor perubatan. Didalam NGO beliau adalah ketua Biro Misi Kemanusian dan Bantuan Kecemasan HALUAN. Beberapa teman ada bertanya bagaimana, kenal dan mendapat link untuk semua ini.

Sebenarnya saya pernah berprogram dengan Dr Syed Haleem di Kelab Perubatan Haluan satu ketika dahulu. Dan selepas itu, saya pernah terserempak beliau bersama sahabat lain, baru pulang dari misi kemanusiaan Gempa Padang.

Urusan yang besar dan melibatkan masa, saya aturkan bersama teman-teman CGC dan juga pertolongan banyak diberikan oleh IMAN dan pelajar lain. Cukup indah kerjasama itu.

Masa berbaki satu minggu, dengan jadual presentasi thesis yang berbeza hari antara satu sama lain.

Penantian di Bandara

Saya, Farid bersama Naqi ke Bandara untuk mengambil Dr Syed Haleem. Selepas menunggu beberapa ketika, beliau muncul. Senyum dan tenang.

"Ahlan...selamat datang ke Bandung, Dr," saya bersalaman erat.

Tempat program sebenarnya bukanlah di Kota Bandung, tetapi di Universitas Padjadjaran yang jarak masa dari Bandara selama 1 jam perjalanan. Disitulah majoriti pelajar tinggal dan menuntut ilmu.

"Akh, ana nak contact Ustaz Ferry Nur la, anta ada no dia?," Dr Syed Haleem bertanya. Ustaz Ferry Nur adalah dari KISPA, NGO Indonesia yang turut sama berada diatas Kapal Mavi Marmara.

"Ana tak adalah, nanti ana cuba carikan," saya menjawap. Selepas menghubungi ikhwah Indonesia dan jawapannya masih negatif saya teringat pada Gapo. No telepon dapat, tapi belum tentu masih aktif atau tidak.

Bismillah...saya berbisik dalam hati dan menelefon.

"Assalamuaikum...ini Ustaz Ferry ke? Ini Dr Syed mahu ngomong," langkah kanan kami. Saya terus menyerahkan telefon kepada Dr Syed.

Dari perbualan yang saya dapat tangkap adalah mengenai khabar terbaru tentang sukarelawan yang diracun Arsenik oleh tentera Israel semasa didalam tahanan. Walaupun hanya 28 jam sahaja, bangsa Laknatullah itu masih sempat melakukan fasad! Dan kata Dr Syed Haleem, jika mereka tinggal lebih lama, mereka akan dapat title syahid juga sama seperti 9 sukarelawan lain. Bezanya syahid mereka adalah 'syahid lambat'.

Kami sampai ke markaz 'perkampungan sungai penchala" dalam jam 11 malam. Dijamu oleh Bihun Goreng dan Murabak Manis dirumah saya, Rumah PASTI Hijau. Tidak menunggu lama, kerja berbaki terus dilakukan malam itu jua.

Ada yang sibuk menyiapkan video, ada yang berbual dengan Dr Syed, ada yang menyiapkan teks kerana menjadi MC majlis, ada yang berbincang menguruskan makanan dan ada yang tidur-tidur ayam kerana mahu mengambil sahabat Solo yang akan datang ke Bandung menghadiri program ini. Kebersamaan.

Perbincangan demi perbincangan untuk program keesokan pagi

Kami tidur lambat, Dr Syed pun tidur lambat.

Kami mata merah, Dr Syed pun mata merah.

Kami bersolat jemaah Subuh, Dr Syed pun bersama menunaikan solat Subuh jemaah.

Tugas saya selain sebagai pengarah program, seperti yang sudah-sudah saya menjadi PA tetamu istimewa ini.

"Akh, kejutkan ana subuh ya. Takut terlewat nak jemaah di Masjid. Awal sikit pun tak apa, boleh tahajut. Kan!," sambil bahu saya ditepuk lembut. Malam itu, beliau tidur di bilik yang pernah Ustaz Hasrizal menginap. Semoga beliau selesa.

"Ana tak kisah, anta bagi khemah pun ana boleh ja," kata Dr Syed selepas saya memberitahu tentang keadaan bilik penginapan.

Sungguh beliau insan terpilih untuk ke sana...Akhlak, cakap dan ibadat cukup dijaga. Insan yang soleh. Wajar beliau terpilih.

Hari Program Sehari dan Selamanya : LifeLine 4 Gaza, Satu Perkongsian

Saya dan beliau bersarapan pagi dirumah PASTI hijau. Teman-teman yang lain semua keluar awal ke tempat program untuk menguruskan tugas masing-masing.

Apa yang saya suka menjadi PA adalah, saya dapat menimba secara langsung pengalaman dan mendengar butir-butir mutiara nasihat dari insan-insan hebat ini. Pagi itu banyak bersembang tentang perkembangan terbaru dakwah di Malaysia, usaha-usaha NGO untuk Palestine dan juga berkongsi cerita tentang dakwah di Indonesia.

Melihat video

Penyampaian yang penuh dengan mutiara-mutiara berharga buat kami

Dr Syed Haleem in action!

Inilah Furkan Dogan, antara 9 orang yang syahid. Ketika ini beliau masih hidup, Dr Syed Haleem sempat merakam gambar dan dengan izin Allah berjaya diseludup keluar oleh beliau. Live!


Video yang ditayangkan...Viva Palestine 3


LifeLine 4 Gaza dari IMAN...Air tangan Radzi



Antara sedutan rakaman talk hari itu...Selebihnya disini

Majlis berjalan dengan penuh bersemangat dan lancar. Ucapan perkongsian pengalaman diselang-seli dengan video-video misi kemanusiaan sejak dulu sampailah yang terbaru Mavi Marmara, mereka semua insan yang ingin memecahkan tembok kematian itu. Susunan majlis seperti itu menjadikan majlis sentiasa segar dan amat berinformasi.

SubhanAllah...kutipan program separuh hari itu berjumlah lebih 10 juta rupiah! Syabas..

Diserbu 'peminat'... Disitu ada YDP PKPMI-CB, dan Presiden Kelab UMNO Bandung

Seusai majlis

Usai majlis, Dr Syed Haleem diserbu 'peminat' untuk bertanya lebih lanjut dan lebih dekat pengalaman beliau, sampailah saya terpaksa melarikan beliau kerana sedar penerbangan pulang beliau sudah hampir. Kami sempat singgah dahulu ke kedai buku, dan disitu sahaja beliau menghabiskan ratusan ribu rupiah untuk membeli buku. Satu kotak!

Insan yang cintakan ilmu.

Restoran Makcik Gelek, Kisah "Allah dan Rasul".

Sama seperti Ustaz Hasrizal juga, kami kali ini membaca Dr Syed ke restoran makanan sunda, atau terkenal dikalangan kami restoran makcik gelek. Patung makcik sedang bergelek didepan kedai makan itu.

"Sahabat ana ada tanya, apa kelayakan untuk kita sertai misi kemanusiaan ni?," saya menyampaikan soalan kepada beliau. Teman yang pinta ditanya.

"Pertamanya, fizikal harus siap dan juga mental. Kedua, kita mesti ada keistimewaan tertentu seperti doktor, tukang masak atas kapal, pakar welding kapal ke. Ketiga, orang itu wajib patuh kepada arahan ketua. Keempat, akhlak dan agama menjadi keutamaan, kerana rombongan dari Malaysia amat dihormati oleh peserta konvoi ini kerana itu. Kelima, hubungan dengan keluarga harus diselesaikan terlebih dahulu," jawapan padat oleh Dr Syed Haleem.

"Dr, apa kata keluarga sebelum, dan selepas misi ini. Kan kita tahu, hampir-hampir meragutnya. Terjejas tak mereka?," tanya saya lagi.

Dr Syed Haleem makan sambil mengisi sama jiwa-jiwa pemuda dihadapannya

Saya bersama beliau

"Oleh kerana itu, sebelum kita pergi kita harus well prepared. Bukan hanya diri kita sendiri, tapi juga keluarga, anak dan isteri. Ana tinggalkan anak dan isteri dengan Allah dan Rasul. Jika ana ada disisi mereka, yang menyuapkan makanan, makan pakai kepada mereka bukan ana, tapi Allah. Ana hanya menyalurkan sahaja. Ana memahamkan diri ana sendiri dan anak isteri tentang hakikat itu," terang beliau.

"Mati? dimana-mana pun boleh mati. Kita tengah makan, tup-tup ada peluru sesat datang, mati juga. Jadi kita orang beriman, harus percaya dengan sebenar-benar percaya yang segala ketentuan itu Allah yang berkuasa. Diperingkat isteri dan anak, ana kira sudah selesai ana terang dan fahamkan," pengalaman yang dikongsi diselitkan dengan tazkirah cukup membuatkan diri sendiri dan sahabat lain terdiam.

'Tinggalkan Allah dan Rasul' itu intipati yang saya dapat hadam. Kita bersembang tentang ujian, keimanan, pengorbanan. Semua itu tetap menjadi satu bahan materi takzirah, bahan sembang usrah dan juga mainan perbualan selagi mana, semua itu tidak dibuktikan. Semua itu wajib, kerana harga syurga itu bukan murah.

"Lepas ini, mungkin pakcik-pakcik sudah boleh bagi peluang ke anak muda untuk pergi misi-misi jihad kemanusiaan ini. Pakcik-pakcik sudah boleh berehat dan menasihatkan mana perlu," saya berkomentar separuh bercanda.

"Betul akh, tidur atas lantai keras ini pun pakcik-pakcik dah sengal-sengal badan. Kalau orang muda, tahan sikit, kudrat badan pun kuat. Boleh bantai Yahudi kuat-kuat in case la, nak mati syahid pun dosa sikit lagi," Dr Syed Haleem menjawap. Kami tersenyum.

Kami menamatkan perbualan dan terus ke Bandara.

Mendapat hadiah dari Dr Syed Haleem, Mafla Turki-Palestine. Filistin Hepimizin membawa maksud "Kami Semua Palestine"

Beliau masuk kedalam untuk check in, dan keluar kembali. Sempat pula minum kopi di kedai. Perbincangan terus dilanjutkan. Setiap butir kata beliau, tidak lepas dari Allah, Rasul, Iman, Islam, Perjuangan dan Tarbiah. Cukup indah, penyampaian tenang. Ya...mahu menyampaikan Islam bukan hanya di masjid, di kedai kopi pun bisa!

Dikedai kopi sebelum berangkat pulang

Setiap mula, ada akhirnya...

Setiap pertemuan, ada perpisahannya...

Setiap dari kami didakap, memeluk insan hebat dan soleh ini memberikan sesuatu pengalaman pribadi yang tidak mampu diungkapkan.

Jangan ucap selamat tinggal, Tapi ucaplah sehingga bertemu lagi, Andai tidak dibumi tuhan, Mudah-mudahan di Syurga-Nya nanti...

Al-Aqsa bukan menanti untuk diratapi tetapi untuk dibebaskan! Semoga selagi hayat dikandung badan, mudah-mudahkan dahi ini sempat bersujud di Masjidil Al-Aqsa.

Daku melepaskan pelukkan Dr Syed Haleem dengan bisikan.

Seeru ala barakatillah!

Nota 1 : Saya diatas kapasiti pengarah program, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang menolong menjayakan samaada secara langsung mahupun tidak.

Nota 2 : Laporan program boleh baca disini dan gambar program disini

Nota 3 : Kepada sahabat-sahabat yang mahu berminat untuk memanggil sukarelawan ini boleh pm saya di email ini fahmieman@yahoo.com

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

12 comments:

hacked by w3d0z-hacker said...

masyaAllah..bestnye ble baca psl prgm kt bandung nie..bertuahnya amad & kwn2 bndung dpt jmpa Dr Syed Haleem nie..

Dr Amad said...

Cik Effa- Kalian boleh je jemput Dr Syed Haleem kesana bagi pengisian tentang Palestine... =)

Unknown said...

waa... kagumnya. subhanallah.

ana nak ke UNPAD lah camni. ^^

Kagum dgn cakna, proaktifnya dan gigihnya antum.

syuhadah said...

assalamualaikum..

selesai sudah program sehari dan selamanya bersama palestin..perkongsian dari dr cukup bermakna dan bersemngat..seolah-olah kita yg berda dlm mavi marmara..smoga yg lai juga dpt manfaat..n ap yag penting,kesedara tentng palestin bukan setakat di situ tetapi sehingga baitul maqdis kembali dimiliki sepenuhnya oleh umat Islam..insyaAllah..

p/s=terima kasih kepada semua yg melancrkan perjalanan program...

Dr Amad said...

Little- Anta jangan mari Bandung la...orang hebat macam anta, orang Malaysia ramai yang perlukan =)

Dr Amad said...

Sue- Wslm...

Kita sama-sama elakkan semangat 'pepsi cola'...dikocak, kuat keluar buih, tapi sat ja!

Yup, terima kasih untuk semua...

Humayra' said...

alhamdulillah..
mabruk atas program tu. Dr Syed Haleem is my uncle. dan memang, dia persiapkan awal2 anak2 dia, hingga masa kapal tu kna serang, mindsetting anak lelaki dia terus, 'walid dah syahid'.

moga kita semua mampu juga berkorban untuk Islam, sebanyak ini, malah lebih lagi, insyaAllah.. islah nafsaka, wad'u ghairaka. sama2 perbaiki diri dan ajak orang di sekitar kita..

terry bogart said...

semoga berjaya mencontohi beliau

Dr Amad said...

Humayra- Owh,sampai ke anak sedara 'semangat' tu sampai. Tahniah juga.

Satu hal yang cantik untuk kita perhatikan, bagaimana mahu membentuk mindset 'walid dah syahid' dikalangan kanak-kanak dan memahamkan keluarga. Sudah semestinya tarbiyah harus mampu menembus hati-hati mereka.

Dr Amad said...

Terry- Sama-sama kita contohi...selamat datang Terry!

hacked by w3d0z-hacker said...

hehee..insyaALLAH..nnt akn diusulkn ke UPIMI..ahad lpas de la ckit2 pngisian ttg palestin dri Dr Zainur..beliau pn de terlibat gak dgn misi aman palestin..

Dr Amad said...

Cik Effa- Usul jangan tak usul...royak je kat Farizi tu...hehe