Saturday 19 June 2010

Le Tour De Java : Kembara Insan Mencari Ilahi (Ketiga)

Hari ketiga di Pulau Karimunjawa, sedikit berubah untuk diri saya sendiri khususnya. Bangun pagi, tekak merasa perit, signifikan dengan acute pharyngitis, dan mengikut sunnahtullah badan petanda demam akan datang.

Sungguh Maha Besar Allah dengan segala kekuatan. Badan saya masih belum mampu untuk menahan 'kuasa alam' dengan masin air laut dan bahang matahari terik selama satu hari terus menerus dari mengasak sistem imun badan.

Tetapi, rutin tetap diteruskan. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai selesai!

Solat Subuh, turun kebawah untuk sarapan. Sarapan hari itu nasi goreng, keropok dan teh hangat. Indah dan asyik. Subhanallah!

Sementara itu, sahabat-sahabat lain bersarapan sama, ada yang mandi dan ada yang masih berdengkur.

Aktiviti air kali ini dimulai sedikit awal kerana perlu melompat banyak pulau dengan menjelajah pulau-pulau dibalik timur Pulau Karimunjawa ini. Untuk hari itu, kerana badan sudah keletihan jadi gambar pun kurang diambil bahkan nama pulau-pulau pun saya tidak sempat bertanya.

Jadi untuk catatan kembara kali ini, jom saya ceritakan melalui gambar!

Bersarapan pagi bersama teman. Juadah setiap pagi amat mewah bagi kami sebagai pelajar dan amat tidak menyehatkan bagi orang bandar. Untuk mereka, wajar. Pagi itu, nasi goreng, keropok dan teh manis hangat.

Sementara menunggu teman lain bersiap, main kad atau disini populer dipanggil main kartu. Saya belajar main ini semua di sini. Strategi dan nasib itu persoalan asas. Tiada judi, kerana judi itu haram walaupun diatas apa alasan sekalipun termasuklah melawan judi haram ( Ada judi halal ke?)


Diatas bot menuju pulau pertama kami untuk hari itu. Hari itu, kami berlayar ke Timur Pulau Karimunjawa. Malam sebelum itu ribut melanda, jadi ombak agak sedikit besar.

Kami dibekalkan camera underwater oleh agen travel...

Ini pulau kedua, matahari sudah tegak diatas kepala. Sambil-sambil makan tengahari, tour guide candat sotong. Itu hasil tangkapannya.

Semuanya sudah keletihan, jadi keindahan pulau belum mampu untuk menggoda kami turun menikmatinya. Memang betul-betul orang pulau. Rentung sudah semua.

Ini antara gambar yang saya sempat ambil didalam diri yang kurang mengizinkan. Indah bukan ciptaan Allah.

"Tunjukkan KAMI jalan yang lurus" (Al-Fatihah : 6)....

Kanak-kanak ribena

Dipulau kedua, kami berada disitu agak lama. Sampai tertidur diatas bot, melayan kepenatan. Ini destinasi ketiga dan terakhir kami. Ini sedikit unik kerana ditengah-tengah laut dalam, ada tertinggal pulau pasir ditengah. Pokok tiada, hanya pasir memutih. Untuk hari itu, dan ketika itu kami orang pertama yang sampai. Jadi kami menanam Nazi menandakan pulau itu 'kami punya'. Diberikan nama Pulau CGC...hahahaha

Orang semakin ramai datang 'merampas' pulau kami...hihihi.

Destinasi terakhir sudah selesai, jadi kami semua pulang. Penat amat sangat.

Silaulah..ray ban dulu!

Haa...itu pengalaman yang menarik buat kami. Bukan ikan diternak, bukan ikan dijinakkan, dan bukan ikan didalam aquarium. Dolphin asli yang kami jumpa dalam perjalanan pulang ke Jeti Pulau Karimunjawa.

Detik-detik terakhir kami di Pulau Karimunjawa. Pulang menaiki feri selama 6 jam membuatkan kesemua kami ada pengalaman tersendiri. Destinasi seterusnya adalah Surabaya, Jawa Timur.

Subaraya

Dari Jeti Jepara dalam jam 2 pm, kami bertolak ke Surabaya. Sampai ke Surabaya dalam jam 12 tengah malam. Menumpang berteduh di rumah Abu Bakar dan Fahmi. Destinasi kami keesokkan harinya ke Muzium Maritim dan berpeluang ke Masjid Agung Sunan Ampel.

Sunan Ampel adalah antara Wali Songo (Wali Sembilan) yang berjasa menyebarkan Islam ke Pulau Jawa ini. Sudah lama saya mencari buku sejarah tentang mereka, dan saya dapatkan disini. Tapi sedikit mengecewakan kerana, saya mahu tahu sejarah jatuh bangun dakwah mereka bukan kisah-kisah keramat.

Sayup mata memandang. Benarlah kata Allah, kerosakkan dan kehancuran dunia ini kerana akibat tangan-tangan manusia. Kami sempat pergi ke kawasan bencana Lumpur Lapindo. Mengikut cerita masyarakat, di desa ini ada satu syarikat minyak telah menjalankan kegiatan pengambilan minyak. Kerana nafsu serakah dan tuhannya adalah wang, aspek keselamatan diabaikan. Meletup!. Yang keluar bukanlah minyak, tetapi lumpur panas sehingga menutupi dan menenggelamkan 6 buah desa besar. Dan sampai sekarang lumpur itu masih keluar dan terus menenggelamkan rumah penduduk.

Mengambil pengajaran mendidik hati supaya tunduk kepada Allah dengan sebenar-benar perhambaan.

Gunung Bromo dan Malang

Saat-saat yang ditunggu oleh saya telah tiba. Kami bertolak dari Surabaya tepat jam 12 malam dan menuju ke Gunung Bromo. Kami perlu bertolak malam kerana mahu merakam saat-saat indah matahari terbit. Sampai ke kaki gunung, kami harus tukar kenderaan. Dari kereta MPV ke kepada paduan 4 roda. Jalan yang berbatu dan curam. Suhu disana amat dingin, menyebabkan terpaksa memakai sarung tangan dan segalanya untuk menahan kesejukkan.

Saya, camera dan tripod. Menanti matahari terbit.

Mencerap anak matahari untuk penentuan raya...hehehe

Maha Suci Allah dengan segala Keagungan, Yang Menerbitkan Matahari Dari Belah Timur dan turun disebelah Barat. 1 shot!

2nd shot

Kian jelas roma merahnya

Garuda didada langit! Merah saga...

Gunung Bromo yang diambil dari penanjakan. Padang lava masih ditutupi oleh kabus tebal.

Saya dengan latar belakang pemandangan Gunung Bromo

Bersama teman CGC dan Abu Bakar dari Surabaya.

Abu masih tidak puas lagi tu...

Kabus tebal, dan kaki memijak pasir-pasir lava yang telah menyejuk

Dipadang lava ini tersergam kuil Hindu. Mengikut cerita, kuil ini akan dibuka setahun sekali dengan dibuat upacara penyembahan kepada gunung Bromo. Akan dicampakkan seekor lembu setiap tahun kedalam kawah gunung Bromo. Macam dekat Beijing kan...hehe

Untuk mendaki gunung Bromo, kami berjalan kaki lantaran bayaran kuda teramatlah mahal. Memerah keringat sungguh.

Latar belakang kawan Gunung Bromo. Anda boleh lihat kembali di gambar Gunung Bromo diatas.

Merentas padang pasir, dan sekarang memanjat tangga yang sayup pandangan mata. Semuanya zikir fikir buat jiwa-jiwa yang mengaku Allah itu Besar.

Keadaan sudah sedikit panas, jadi baju tebal dan segala yang membalut diri sudah ditanggalkan.

Untuk kembali ke kereta, naik kuda pula. Penat rasa, jika memilih jalan kaki.

Pulang ke tempar parkir kereta, dan berbincang dengan teman untuk destinasi seterusnya. Kami akan ke Batu, tempat berhawa dingin di Malang dan seterusnya ke Kota Malang. Singgah ke rumah Aqilah. Kami 8 orang bujang dijemput makan malam disana. Langkah kanan sungguh!

Bertolak pulang malam itu juga, dan sampai ke kampung halaman setelah mengambil masa 16 jam.

Hukamak ada berkata "Jika mahu kenal siapa kawanmu, keluarlah mengembara bersama mereka"

Nota 1 : Catatan kembara ini saya lajukan untuk memberi ruang untuk coretan yang lain.

Nota 2 : Pergilah mengembara!

7 comments:

Anonymous said...

salam..dah khatam dah baca ketiga-tiga bahagian petualangan cgc..menarik sangat..rasa nak pergi dgn kawan2 je..bile lagi kan nak bersusah2 travel,sementara badan masih sihat ni..hehe..gambar scenery memang cantik2..great shots..rasa cam nak gi tembak sendiri je..huhu.. thanks for sharing.. :)

Dr Amad said...

Anon- Wslm...terima kasih kerana sudi membaca catatan kembara yang tidak seperti catatan ini.

Apa tunggu lagi, asap kemenyankan camera, dan pergi! =)

Anonymous said...

salam alaik.. menarik2...
trima kasih share... huhu.. ^_^

Dr Amad said...

Anon- Wslm...sama-sama.Semoga bermanfaat ya.

qish said...

salam!

haha..terima kasih lah sudah sudi menjejak pondok buruk kami di malang.

hmm..nak betulkan..surabaya..bukan subaraya.. :D

Dr Amad said...

Qish- Wslm!!!

Salah ek eja...takpalah..malas nak baiki...hahahaha

Ren said...

salam
satu pengalaman yg sangat bagus! Terasa macam nak pergi sana skg jugak.. insyaallah akan ku jejaki jugak Surabaya satu hari nanti. Thanks for sharing.